Blog Sabree Hussin

5 Laman Web PENTING Untuk Promosi Tone Excel

Sejak dua menjak ni, laman web Tone Excel dah jadi satu laman web WAJIB login.

Di laman web utama Tone Excel ini kita boleh semak berapa komisyen terkumpul dalam akaun ewallet, berapa ramai downline, berapa orang yang masih belum topup dan sebagainya.

Satu masa dulu, kalau online je laman web pertama yang kita akan buka mungkin emel.

Kemudian, bila dah pandai guna Facebook, maka laman web FB ini jadi antara laman web wajib bukak.

Tetapi, sejak saya belajar cara buat duit dengan program rujukan Tone Excel ini, laman web inilah yang jadi antara laman web terpenting. Serius! Hari-hari mau semak ini website.

Kadang-kadang tu rasa sangat TERUJA dan rasa macam tak percaya bila lihat jumlah network kita makin berkembang (walaupun saya tak buat apa-apa promosi) dan lihat komisyen topup yang meningkat dari bulan ke bulan.

Ah… cakap banyak pun bukan korang nak percaya. Nanti lah, saya buat entri khas untuk summary income bagi komisyen Tone Excel untuk bulan August.

Oh ya, komisyen yang kita terima pada bulan tertentu sebenarnya adalah untuk hasil kerja bulan sebelumnya. Maksud saya, komisyen yang kita terima pada bulan September, sebenarnya itu ialah komisyen terkumpul bagi bulan August.

Bagi kerja-kerja promosi Bisnes Tone Excel, saya menggunakan sekurang-kurangnya 5 laman web.

Sebenarnya ada banyak lagi website yang saya gunakan. Tetapi yang lain-lain tu tidaklah sepenting 5 laman web yang bakal saya nyatakan ini.

Laman web pertama: http://seratusperatus.com/tone

Laman web ini saya beri PERCUMA kepada network saya.

Dengan syarat, anda datang tuntut kat saya. Saya memang tak ada masa nak tanya seorang-seorang sama ada dia nak atau tidak guna landing page sama macam yang saya gunakan.

Kalau dia rasa laman web ini macam best, macam menarik dan sesuai untuk kegunaan kerja-kerja pemasaran dia, ha… mai sembang-sembang dengan saya.

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai laman web ini.

1. Laman web ini dibina menggunakan sistem wordpress

2. Dari segi design saya reka sendiri

3. Copywriting juga saya buat sendiri

4. Boleh masukkan kod custom borang autoresponder untuk tujuan kumpul list

5. Kalau tak ada autoresponder sendiri, boleh ‘sewa’ atau ‘guna’ autoresponder saya

Kalau anda bukan network saya, bermakna anda PESAING atau COMPETITOR saya dalam bisnes ni.

Now please tell me, why should I help my competitor?

Laman web kedua: http://www.sabreehussin.com/tonexpress

Sesekali saya juga akan gunakan laman web Tone Express.

Untuk laman web ini, ia sebenarnya TERBUKA kepada sesiapa sahaja sama ada yang dah sertai bisnes Tone Excel ataupun kepada mereka yang masih belum lagi sertai bisnes ni.

Selalu saya dengar jawapan daripada prospek yang nak join Tone Excel sebagai pengguna dan nak buat bisnes network marketing, tetapi tak ada modal. Jadi, sebagai alternatif, anda bolehlah cuba join laman web Tone Express ni terlebih dahulu.

Hanya perlu dapatkan 4 orang downline sahaja, dan lihat kesannya. Anda akan dapat income lain menerusi Tone Express.

Anda perlu penjelasan lanjut?

Boleh baca artikel saya sebelum ini berjudul Review laman web Tone Express ataupun anda boleh terus laman web utama Tone Express.

Laman web ketiga: http://www.sabreehussin.com/simkad-tone-excel

Laman web ini juga adalah PERCUMA.

Khusus untuk network Razif Yusof sahaja.

Siapa Razif Yusof? Geng Internet Marketer mesti kenal beliau.

Antara LEGEND dan orang lama dalam arena pemasaran dan perniagaan internet.

Laman web keempat: http://toneexcel.biz/?id=333279

Laman web ni pun boleh dapat PERCUMA.

Dimiliki oleh Mazelan Abas.

Kelebihan laman web ini ialah dari kandungan. Memang PENIPU la kalau prospek dah baca dari mula sampai habis, siap dah tonton video lepas tu kata tak faham bisnes ni.

Melainkan kalau prospek tu tadi memang PEMALAS dan baca skip-skip.

Untuk prospek macam ni, tak payah layan sangat. Awal-awal lagi kita dah boleh nampak perangai dia macam mana. Tak serius. Main-main. Nak buat kerja senang je.

So, kalau dia join nanti pun, perangai yang sama yang dia akan bawak dalam bisnes ni. Tak serius, main-main dan cuma nak senang.

Orang macam ni, better kita kick dia awal-awal. Buat beban je nak gendong dia nanti.

Laman web kelima: http://www.sabreehussin.com

Ya.

Blog saya sendiri.

Blog saya ini juga sebenarnya berfungsi sebagai salah satu tools untuk saya cari prospek yang sesuai untuk bisnes Tone Excel saya ni.

Apa yang saya perlu buat hanyalah menulis macam biasa. Kadang-kadang saya tulis hal-hal yang langsung tak ada kena mengena dengan Tone Excel.

Macam cerita tentang cara nak buat duit dengan Advertorial.MY dan lain-lain lagi.

Kelebihannya ialah, saya boleh gunakan kekuatan SEO untuk mempromosikan bisnes ni dan dapatkan prospek dari laman web search engine seperti google, yahoo dan bing! untuk dapatkan prospek secara automatik.

Ok, ini dia lima laman web UTAMA dan PENTING yang saya gunakan untuk promosikan bisnes ni. Laman web lain juga saya guna, cuma jarang-jarang.

Macam laman FB, saya turut gunakan.

Juga kadang-kadang.

Kat situ terlampau ramai kaki copy paste.

Kita susah-susah fikir ayat untuk buat marketing, depa senang-senang je nak copy paste.

Ah… meluat lah 🙂

 

 

Exit mobile version