Dalam posting yang lalu, saya ada cerita mengenai kelebihan memasang sistem chatbox dalam blog. Fungsi chatbox ini akan memudahkan pelawat laman blog kita untuk menghubungi kita dan bersembang dengan kita.
Komunikasi yang akan berlaku adalah antara anda dan pelawat laman web anda.
Bukannya antara pelawat laman web anda dengan pelawat-pelawat yang lain. Jika anda menjual sesuatu menerusi blog, maka memang sesuai untuk pasang sistem ini.
Dalam situasi saya sendiri, saya menjual perkhidmatan pengiklanan dalam blog ini. Jadi, pelawat yang berminat nak dapatkan perkhidmatan ini boleh terus hubungi saya menerusi sistem chat jika mereka ada sebarang soalan yang nak ditanyakan.
Selain itu, dengan adanya sistem chat ini juga, saya boleh membuat analisa, apakah dia soalan yang kerap ditanyakan oleh pengguna internet.
Salah satu soalan yang agak kerap ditanyakan adalah mengenai ayat power bagi tujuan pemasaran secara online.
Kalau nak jual barang atau berniaga secara online ni, perlu ke ada ayat power? … dan kalau perlu ada ayat power, kat mana kita boleh dapatkan koleksi ayat power ni?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sepanjang waktu saya mula melibatkan diri dalam bidang penulisan secara online, sama ada bagi tujuan suka-suka atau mempromosikan barangan tertentu, saya sempat membuat pelaburan bagi mendapatkan ayat-ayat power yang mungkin berguna untuk saya.
Ada yang dalam bahasa Melayu dan ada juga yang didatangkan dalam bahasa Inggeris.
Kalau dalam bahasa Inggeris, istilah yang biasa digunakan ialah “swipe file“. Saya harap ini bukan kali pertama anda dengar tentang swipe file.
Swipe file ini ada dalam pelbagai bentuk.
Ada yang dalam bentuk artikel untuk dimuatkan dalam blogpost.
Ada yang dalam bentuk emel yang kita tinggal edit lebih kurang dan boleh hantar terus kepada subscriber.
Ada swipe file yang hanya untuk headline sahaja.
Ada swipe file yang hanya untuk perenggan pertama.
Swipe file untuk call to action.
Swipe file untuk ayat penutup.
Kelebihan jika ada swipe file atau koleksi ayat power ni, ia dapat menjimatkan masa kita. Kita tak perlu susah payah nak cari idea, macam mana nak tulis ayat, sebabnya kita boleh terus guna ayat power yang kita nak.
Rasionalnya begini, dalam sehari kita perlu update FB kita sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali setiap hari. Lebih kerap kita update, maka lebih tinggi engagement dan reach post kita.
Kalau update pun jarang-jarang, maka tak perlu rasa pelik kalau reach jadi agak rendah.
Tetapi, mana nak dapat idea?
Kadang-kadang tu, memang kita dah ada idea nak tulis tentang topik apa, tetapi kita tak tau macam mana nak mulakan ayat? Ataupun kita tak tau macam mana nak buat ayat headline yang memukau.
Saya sendiri gunakan swipe file. Ini salah satu yang saya gunakan. Kamus Copywriting.
Dulu masa mula-mula dapat koleksi ayat-ayat ni memang selalu jugak saya akan rujuk. Cuma sekarang ni, sebab saya dah mula hafal beberapa ayat yang ada dalam tu, saya dah kurang rujuk.
Kalau ada yang berminat nak rujuk ayat power dalam ni, boleh download kat sini.
Selain kamus copywriting ni, ada lagi yang anda boleh rujuk. Template Copywriting 10k Edisi 2016. Boleh download dengan menekan klik sini.
Kalau anda jenis yang semua benda nak fikir sendiri, mungkin anda akan kata, membazir je kalau nak invest duit untuk beli template ni semua.
Ya mungkin ada betulnya.
Mungkin anda masih belum nampak kat mana perlunya mempunyai template copywriting seperti ini.
Tetapi untuk saya, yang memang bergantung pada ayat-ayat power untuk buat jualan secara online dan nak maintain beberapa laman web saya yang lain, memang satu pelaburan yang sangat berbaloi bila ada koleksi ayat copywriting saya sendiri.
RAIHANAH AHMAD says
bagus ni, memang perlu ayat power utk bisnes online
onlajer says
Kiranya kalau ada benda ini tak payah lah susah – susah nak fikir kan…tak gitu
sabree hussin says
Kena fikir jugak hehe cuma tak perlulah nak fikir dari kosong. Tinggal edit mana-mana yang patut je
imnajmi says
lama tak blogwalking singgah blog bro huhu.. jeles tengok blog ni sentiasa berupdate haha.. aku takdak masa terikat dengan komitmen lain takdan nak jenguk2 update kerap haha… dah ada koleksi camni senang la… nanti nak buat kempen marketing.. copy paste saja hehe
sabree hussin says
Ha ha blog ni pun kadang-kadang tak terupdate jugak.
Noriza Abdul Rahman says
Wah berbaloinya melaburkan wang untuk dapatkan koleksi ayat power ni. Pasti pulangannya pun lumayan, kan?
Pengedar Shaklee Cheras says
bagi saya memang perlu sesangat..coz bab copywriting memang tersangatlah penting 🙂
Simpanan Emas says
Pergghhh..Hebat..Bagi saya ilmu ni memang berguna untuk semua2 peniaga di luar sana.
Dedaun Comel says
Ayat-ayat power memang penting untuk memikat pelangan..
Ayat power dan teknik copywritting kalau takde memang susah nak buat jualan..
si bongkok says
Ohh pakai teknik swipe file…padan laa komisen affiliate tuan meLETOP…. 🙂
sabree hussin says
Ha ha ye la tu. Tak ada la sampai meletop
RAIHANAH AHMAD says
best gak ni, brp harganya?
Anuar says
Tahniah tuan kerana berjaya menghasilkan produk sendiri… Kalau jual boleh laku ni..
sabree hussin says
hehe keywordnya ialah “Kalau jual”
Maidah Catering & Event says
Terima kasih tuan atas perkongsiannya. Saya memang tengah mencari-cari produk yang tuan syorkan di atas. Saya akan cuba aplikasikan dalam masa terdekat.
sabree hussin says
Semoga dapat beri impak yang positif kepada bisnes catering puan nanti ya
ahlong says
Yes! ada jugak bende mcm ni ya. Sngt memerlukan. Wajib beli!
sabree hussin says
Memang ada. Anggap la dengan memiliki koleksi ayat power atau swipe file macam ni, ia ibarat short cut daripada perlu tulis sendiri ayat-ayat atau artikel pemasaran