Cuba anda fikir-fikirkan… adakah dengan mengamalkan kaedah penulisan ayat power untuk mempromosikan bisnes Tone Excel dapat menarik minat prospek untuk sertai team network anda?
Bergantung pada medium pemasaran yang anda gunakan. Adakah online, atau anda pilih pemasaran secara offline?
Jika pemasaran secara online, saya tak nafikan, prospek pasti akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut tawaran yang anda sediakan. Tetapi, apa akan berlaku seterusnya?
Adakah mereka akan masuk ke network anda? Mungkin YA, dan mungkin juga tidak.
Pada tahap sekarang ni, saya beranggapan, sekadar menaburkan ayat-ayat power dan janji-janji manis masih tak cukup untuk meyakinkan prospek untuk sertai network kita.
Lebih-lebih lagi sekarang ni, individu yang berpengaruh seperti Zamri Nanyan, Azizi Ali dan ramai lagi diluar sana juga aktif menjalankan pemasaran untuk produk ini. Mereka juga seperti anda, ingin bina pendapatan pasif!
Kat atas ni ialah screenshot bagi laman web promosi milik Azizi Ali.
Jadi, jika ditakdirkan ada seorang prospek, dan prospek yang sama ini perlu memilih sama ada nak sertai network anda atau nak sertai network Azizi Ali, cuba anda berfikir sejenak, apa kelebihan yang ada pada anda yang akan buatkan prospek ini akan pilih anda berbanding memilih untuk sertai network Azizi Ali?
Well… kalau jawapan anda, anda mampu berikan ayat yang power… pandai goreng dan sebagainya, untuk jangka masa panjang, mungkin anda susah nak berjaya dalam bidang ini.
Dipersekitaran saya, saya perlu berhadapan dengan prospek yang bijak-bijak belaka.
Mereka memilih terlebih dahulu, upline yang mana satu yang mampu untuk beri tambah nilai dan membantu mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di masa akan datang.
Berbalik kepada persoalan diri anda, adakah anda boleh mengajar skil, teknik, strategi dan taktik untuk lakukan pemasaran bagi menjalankan perniagaan ini?
Ehem… saya boleh, In Shaa Allah.
Prospek anda pasti amat hargai jika anda berupaya untuk ajar mereka kemahiran-kemahiran tertentu lebih-lebih lagi kemahiran buat pemasaran.
Dengan pengalaman yang saya ada dalam bidang pemasaran secara online dan offline, In Shaa Allah saya dapat turunkan kepada anda. Dengan syarat, anda kena bertanya, soalan yang spesifik, kemahiran yang bagaimana yang anda perlukan.
Sebenarnya bisnes ni mudah. Terlalu mudah. Syarikat Tone Excel sendiri dah jadikan sistem perniagaan ini begitu simple sampaikan kanak-kanak yang berusia 12 tahun pun boleh sertai bisnes ini, jika ada kemahuan.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah, tukar sim kad kepada sim kad Tone Excel, jadi pengguna talian telefon ini, kemudian anda hanya perlu mengajak orang lain untuk buat perkara yang sama, iaitu menjadi pengguna talian Tone Excel.
Itu sahaja.
Walaupun konsep bisnes ini mudah, namun ia bukan untuk semua orang.
Walaupun majoriti rakyat Malaysia ini menggunakan handphone, namun bukan semua pengguna handphone sesuai untuk jadi pengguna talian ini, dan sertai bisnes ini.
Saya senaraikan mereka yang tak sesuai untuk jadi pengguna Tone Excel, antaranya
1. Mereka yang tak minat nak buat bisnes dan tak minat nak tambah pendapatan
2. Mereka yang tinggal di kawasan yang tak ada liputan
3. Mereka yang tak mampu nak keluarkan modal RM90 dan mereka tak berusaha pun untuk kumpul duit
4. Orang yang nak cepat kaya
5. Orang yang dah selesa dan dah puas hati dengan cara hidup mereka
6. Orang yang memang tak nak guna sim kad Tone Excel
Mereka ini semua hanya sebahagian daripada mereka-mereka yang tak sesuai jadi pengguna Tone Excel.
Mungkin ada beberapa kriteria lagi.
Untuk individu seperti ini, tak perlu bazirkan masa anda untuk cari ayat power untuk pancing mereka join bisnes ni. Sebabnya, nanti kalau jadi apa-apa hal, anda yang susah.
Contohnya, orang yang memang tak minat nak buat bisnes, lepas tu tak ada keinginan nak belajar macam mana nak buat bisnes ni, mereka pasti tak akan gerak.
Sama ada mereka cuma mengharapkan anda 100% untuk bantu mereka ataupun, bila mereka dah mula fed up sebab masih lagi tak nampak income, mereka dengan mudah akan terus keluar dari bisnes ni.
Nak terkeluar dari bisnes bukan susah pun. Cuma tak perlu topup, nanti sim kad tu akan expired sendiri.
Ada ketikanya, saya percaya dalam bisnes ni, biar lambat, asalkan network yang kita bina itu adalah network yang benar-benar berkualiti. Kalau setakat cepat dapat downline, dan cepat jugak kesemua downline ni terkeluar dari network pun tak ada gunanya.
Apa pun, terima kasih saya ucapkan kerana anda baca catatan saya ini.
Semoga ia bermanfaat.
Jadilah upline yang menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan ahli anda.
Amalkan kaedah pemasaran yang bersih! Jangan SPAM ya 🙂
Betul.
MOHON JANGAN SPAM lagi pada “mereka-mereka” yang berkenaan.
Bagus, tolong jangan spam lagi di wall facebook kitaorang, korang nak pakai, pakai je lah, kitaorg tak halang pun
Memang betol. Bisnes ni bukan utk semua orang. 🙂
Yup. Bukan untuk semua orang. Siapa yang tak nak, kita tinggalkan je.
Azizi ali ni bila sembang depan gunung….gunung tu boleh runtuh. Daftar tune excel rm 90.00 ………….dapat bercakap RM 30.00. RM 60.00 lagi pergi mana? apa lagi bagi syer kat downline lah. ini SKIM………….SKIM LAMBAT KAYA. Jual ebook entah apa-apa. Kalau dia punya promosi tak SCAM. Yang lain semua SCAM…Semua BUNGKUS. ini skim tune excel adalah Pak Man Telor jugak tapi modal kecik. Beli sim kad RM90.00 dapat masa berbual RM 30.00. Balance kasi syer pada downline. ape ni. Baik beli kad sim RM 8.00 je.
Fuh dahsyat jugak ye Azizi Ali tu. Saya tak tau pun dia hebat sampai macam tu sekali… Tak sangka gunung pun boleh runtuh ish3…
Memandangkan ttrax ni kata Azizi Ali jual ebook entah apa-apa, boleh saya nak baca karya ttrax? Mana lah tau karya anda tu lagi power.
By the way, program Tone Excel ni bukan untuk semua orang. Jika anda rasa adalah lebih baik beli simkad RM8.00 itu terpulang pada anda. Tak ada siapa pun yang tanya anda nak guna yang mana. Kalau itu yang terbaik untuk anda, maka buatlah pilihan yang sewajarnya.
Ps: Kenapa ya ayat tu macam dengki je dengan Azizi Ali? Haters ye? haha
Sy ada buku tulisan beliau, Azizi Ali, ok gak idea yg bagus n menarik ttg duit. Padan jugaklah beliau peroleh pendapatan dr usaha tu…tone excell
saya baru gune simkad tuneexcel, semua ok .. x da masalah ape pun, saya lebih kpd pengguna tapi skrg sy kongsikan kebaikan untuk manfaat yang lain, saya tak niat nak suruh orang join dan beli pun. rezki dari Allah. yang baik kita kongsi bersama, yang tidak baik kite usaha atasi dan perbaiki. in sya allah. jauhi sifat mazmumah .
Terima kasih atas pesanan tuan Musafir tu, In Shaa Allah, yang baik kita jadikan amalan, manakala yang buruk, kita buang jauh2 ya