Dalam posting yang lalu, saya ada cerita mengenai kelebihan memasang sistem chatbox dalam blog. Fungsi chatbox ini akan memudahkan pelawat laman blog kita untuk menghubungi kita dan bersembang dengan kita.
Komunikasi yang akan berlaku adalah antara anda dan pelawat laman web anda.
Bukannya antara pelawat laman web anda dengan pelawat-pelawat yang lain. Jika anda menjual sesuatu menerusi blog, maka memang sesuai untuk pasang sistem ini.
Dalam situasi saya sendiri, saya menjual perkhidmatan pengiklanan dalam blog ini. Jadi, pelawat yang berminat nak dapatkan perkhidmatan ini boleh terus hubungi saya menerusi sistem chat jika mereka ada sebarang soalan yang nak ditanyakan.
Selain itu, dengan adanya sistem chat ini juga, saya boleh membuat analisa, apakah dia soalan yang kerap ditanyakan oleh pengguna internet.
Salah satu soalan yang agak kerap ditanyakan adalah mengenai ayat power bagi tujuan pemasaran secara online.
Kalau nak jual barang atau berniaga secara online ni, perlu ke ada ayat power? … dan kalau perlu ada ayat power, kat mana kita boleh dapatkan koleksi ayat power ni?
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sepanjang waktu saya mula melibatkan diri dalam bidang penulisan secara online, sama ada bagi tujuan suka-suka atau mempromosikan barangan tertentu, saya sempat membuat pelaburan bagi mendapatkan ayat-ayat power yang mungkin berguna untuk saya.
Ada yang dalam bahasa Melayu dan ada juga yang didatangkan dalam bahasa Inggeris.
Kalau dalam bahasa Inggeris, istilah yang biasa digunakan ialah “swipe file“. Saya harap ini bukan kali pertama anda dengar tentang swipe file.