Ayat-ayat power dalam pemasaran online dan bagaimana cara hasilkannya?

by sabree hussin on January 21, 2016

in Copywriting

Cuba bayangkan sekiranya diri anda mahir menggunakan ayat-ayat power semasa melakukan kerja-kerja pemasaran dan promosi. Adakah anda dapat lihat, pada waktu tu akan ada banyak prospek yang selama ni sangat susah untuk diperolehi, dengan tak semena-mena menyerah diri pada anda dan beli semua produk yang anda promosikan tanpa banyak soal!

 

Agak-agaknya, bagaimana perasaan anda pada ketika itu? Pasti anda akan merasa HEBAT, kan?

 

Sesetengah orang, dengan mudah dan spontan, mampu untuk menghasilkan ayat-ayat pemasaran yang begitu cantik dan menyentuh emosi bakal pembeli. Senang kata, kalau ada prospek yang terbaca ayat-ayat yang dihasilkan tu, kebarangkalian untuk prospek tersebut ditukarkan menjadi pembeli adalah sangat tinggi.

 

Sesetengah orang pula… terpaksa mengambil masa yang lama untuk hasilkan ayat jualan yang menarik dan mampu untuk memikat prospek. Saya termasuk dalam kategori yang kedua ni. Ya, saya juga mengambil masa yang sangat lama untuk menghasilkan ayat-ayat pemasaran yang seterusnya dapat convert kepada jualan.

teknik_copywriting

Saya terpaksa baca banyak sumber rujukan. Tak kiralah sama ada buku, majalah, laman web, laman blog orang lain dan sebagainya. Seolah-olah main puzzle, susun situ sikit, sini sikit kemudian saya cantumkan satu per satu, dan hasilnya, jadilah satu ayat atau satu artikel yang fungsinya adalah untuk menghasilkan jualan.

 

Untuk menghasilkan sesebuah artikel, yang lengkap mengandungi ayat-ayat jualan, adakalanya saya terpaksa mengambil masa yang agak lama. Paling kurang, satu jam setengah. Paling lama? Pernah sampai tiga jam baru dapat siapkan satu artikel yang mengandungi ayat-ayat jualan di dalamnya.

 

Saya rasa bukan saya seorang sahaja yang ada masalah untuk menghasilkan ayat-ayat jualan, atau yang biasa dikenali juga sebagai ayat power ni. Saya percaya, ada ramai lagi usahawan online kat luar sana yang ada masalah yang sama. Sekaligus membuatkan saya terfikir, mungkin ini adalah satu masalah yang common dalam kalangan pengamal pemasaran secara dalam talian.

 

Saya ada masalah tak pandai buat ayat jualan, anda pun ada masalah tak berapa pandai nak buat ayat jualan, orang lain pun raaamai lagi yang tak pandai buat ayat jualan… Eh! Kita share masalah yang sama la!

 

Kemudian saya tersedar satu perkara yang kritikal. Sesuatu ayat, walau power macam mana sekalipun, jika tawaran yang anda persembahkan kepada bakal prospek tidak sehebat dan tidak sepadan dengan ayat-ayat yang anda gunakan untuk memikat dan menarik perhatian prospek, anda tetap akan GAGAL membuatkan bakal pelanggan buka dompet dan buat pembelian terhadap barang yang anda promosikan.

 

Ouch! Kita dah susah payah perah otak macam nak pecah kepala, fikir punya fikir, nak dapatkan ayat-ayat yang menarik dan best, kesudahannya bakal pelanggan tetap tak beli. Geram, kan?



Apa benda sebenarnya ayat-ayat power ni? Perlu ke ia ada dalam aktiviti pemasaran yang kita jalankan secara online? Sesetengah orang menggunakan istilah copywriting bagi merujuk kepada ayat-ayat power. Copywriting, ataupun ayat-ayat power, ia merujuk kepada benda yang lebih kurang sama je. Jadi, kalau anda rasa kelakar nak menggunakan istilah ayat power, gunalah istilah copywriting. Nampak macam lebih elegan kan.

 

Pada saya, ayat power ini adalah ayat-ayat yang mengandungi kombinasi ataupun gabungan-gabungan perkataan yang terdiri daripada beberapa patah perkataan yang power atau kombinasi satu perkataan power dengan perkataan biasa.

 

Untuk memahirkan diri menggunakan perkataan-perkataan power, kita perlu lengkapkan diri kita dengan pengetahuan penggunaan bahasa dan perkataan. Pertama sekali, kena tahu tentang kewujudan perkataan seerti untuk perkataan-perkataan biasa yang kita gunakan setiap hari.

 

Sebagai contoh perkataan berkesan. Contoh ayat

Produk ini dijamin berkesan jika anda menggunakannya setiap hari.

 

Ayat kat atas ni adalah ayat yang biasa. Semua orang boleh faham, yang orang yang menuturkan ayat tersebut nak bagi tahu, produk tersebut berkesan. Siap ada jaminan lagi. Namun kita boleh ubah serba sedikit perkataan yang digunakan menggunakan perkataan seerti dan menambah lagi beberapa patah perkataan supaya lebih power tanpa mengubah maksud ayat tersebut.

Gunakan produk ini setiap hari sekali sahaja, dan saya jamin ia akan memberi impak positif dalam kehidupan anda. Kesannya akan dapat dilihat seawal 3 hari.

 

Bila prospek baca ayat yang kedua ni, akan ada beberapa perkara yang akan lekat dalam minda dia, iaitu

  • Sehari guna sekali je, tak susah pun
  • Penjual sendiri yang jamin, yakin betul dia! Kenapa? Oh sebab penjual pun guna produk ni
  • Dalam masa tiga hari dah boleh nampak kesan? Cepatnya, aku nak beli la.

 

Kita kembali kepada perkara asas, iaitu kenapa kita buat kerja-kerja pemasaran. Kenapa kita perlu buat marketing? Adakah semata-mata nak buatkan prospek kita rasa WOW dengan produk yang kita promosikan, ataupun sebenarnya tujuan marketing tu adalah lebih simple dari itu?

 

Marketing adalah untuk beritahu sesuatu. Ini asasnya. Kita nak bagitahu kat prospek, ada produk baru yang dijual kat pasaran sekarang ni. Ada benda istimewa yang anda perlu tahu tentang produk tertentu. Tak semestinya anda kena beli, cukup sekadar anda patut tahu tentang kewujudan produk tersebut.

 

Sebab tu, kebanyakkan aktiviti pemasaran yang bagus, yang confirm kena, confirm lekat dan dapat pikat pelanggan ialah aktiviti pemasaran yang difokuskan kepada sasaran pemasaran (target market) yang spesifik.

 

Pasaran tersebut telah kita ketahui, mereka sememangnya mempunyai masalah tertentu, ada keperluan yang boleh kita penuhi, dan produk kita adalah pelengkap kepada kehidupan prospek tersebut.

 

Sebagai contoh, kita ada prospek yang tinggal di kawasan apartment 30 tingkat dan kawasan tersebut, selalu ada masalah dengan perkhidmatan lif. Tak kira usia tua ke, muda ke, semua kena panjat tangga. Satu masalah dikenalpasti.

 

Masalah kedua pula ialah, bila mereka beli barang dalam beg plastik. Tahukah anda, barang yang diletakkan dalam beg plastik, bila kita pegang lama, lama kelamaan ia akan menyebabkan tangan kita rasa sakit sebabnya tempat yang kita pegang tu makin lama makin mengecil.

 

one-trip-grips-shopping-grocery-bag-holder-handleBayangkan nak bawa beg plastik yang berat, dengan banyak barang kat dalam tu, nak bawa naik tangga. Seksa, memang seksa. Saya sendiri pernah rasa kot.

 

Dah tak sanggup lagi nak lalui pengalaman rasa sakit kat tapak tangan sebab angkat beg plastik yang berat tu?

 

Maka bolehlah gunakan one trip grip ni. Masukkan je bahagian pemegang beg plastik tu kat bahagian yang boleh dibuka pada one trip grip ini.

 

Kemudian anda hanya perlu pegang kat tempat pemegang khas. Ia lebih selesa, lembut pada tapak tangan dan yang penting, tak ada lagi rasa sakit kat tapak tangan. So, siapa-siapa yang rasa dah tak nak lagi rasa sakit tu, gunakanlah produk ni. Nak tunggu lif rosak dibaiki mungkin ambil masa yang lama, tapi dengan one trip grip ni, setidak-tidaknya masalah tangan sakit dapat di selesaikan segera. Boleh dapatkan kat sini.

 

Ini contoh mudah bagaimana nak hasilkan ayat-ayat power. Sebenarnya ada terlalu banyak kaedah yang anda boleh gunakan untuk hasilkan ayat-ayat promosi yang memang memikat dan menarik.

 

Kena banyak explore dan kena banyak membaca. Teknik-teknik yang ada tu, kita boleh jadikan ia sebagai rujukan dan panduan. Namun, akhirnya teknik penulisan yang kita rasa selesa itu jugalah yang akan beri impak yang paling baik dalam kerja-kerja pemasaran kita.

 

Ok la, semoga bermanfaat.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: