Blog Sabree Hussin

Tulis Blog Pun Perlu Tahu Guna Ayat Power

Nak buat duit dengan blogging? Boleh. Boleh sangat. Dengan satu syarat.

Apa syaratnya? Betul nak tau?

Ok… syaratnya ialah anda perlu patuhi 100 syarat yang anda wajib ikuti untuk berjaya buat duit dengan blogging.

Mungkin bukan 100 syarat. Boleh jadi lebih, atau mungkin… kurang daripada tu.

Menulis blog sedikit berbeza berbanding dengan penulisan artikel majalah, surat khabar dan sebagainya. Anda boleh lihat susunan dan gaya bahasa yang saya gunakan.

Berterabur kan?

Itu belum lagi sentuh bab tatabahasa dan penggunaan perkataan dan juga istilah yang ada kalanya tak kena pada tempatnya. Dicampur pula dengan perkataan-perkataan English yang akan muncul disana sini dalam blogpost yang saya hasilkan.

The reasons kenapa saya tulis macam ni ialah… jeng jeng jeng

Sebabnya saya tujukan artikel dalam blog ini kepada golongan sasaran dan target pembaca tertentu. Jika anda rasakan cara saya tulis ni mengarut, sorry to say… anda mungkin dah terkeluar daripada demografi pembaca yang saya sasarkan.

No hard feeling ye.

Anda masih lagi boleh baca, cuma harap jangan salahkan saya jika ianya tak kena dengan jiwa anda 🙂

Untuk berlaku adil, In Shaa Allah apabila diberi kelapangan nanti, saya akan hasilkan beberapa lagi artikel baru, yang membincangkan topik yang sama, namun dengan gaya bahasa dan pendekatan yang lebih profesional.

Kalau ada yang faham kenapa saya buat macam ni, bagus. Maka, saya tak perlu nak terangkan dengan panjang lebar lagi.

Namun jika anda kurang jelas, apa rasionalnya perkara seumpama ini yang saya lakukan, ia berbalik kepada topik demografi itu tadi.

Setiap penulisan yang saya hasilkan, ada golongan tertentu yang saya sasarkan.

Menulis untuk semua golongan adalah suatu yang mustahil. Tak akan ada satu penulisan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Saya dah pernah buat dan dah pernah uji teori ni. Untuk golongan yang berbeza, perlu ada dua atau lebih set artikel yang berbeza, walaupun sebenarnya ia menceritakan perkara yang sama.

Dari segi susunan dan penggunaan ayat juga perlu disesuaikan untuk golongan yang berbeza. Semua ini dilakukan bagi mendapatkan kesan yang lebih POWER!

Buat yang masih lagi tak tau, sebenarnya saya ada buka tawaran servis penulisan artikel. Bonus kesan SEO pada artikel tersebut.

Memang kena dengan jiwa saya yang minat menulis.

Sekarang ni saya ada dua job yang masih lagi pending. Bayaran dah selamat saya terima, tetapi tuan punya diri yang bagi job ini masih lagi belum berikan maklumat lengkap tentang job artikel write up yang nak saya buat.

Job yang sebelum ini, alhamdulilah dah masuk ke page pertama google.

Sekarang ni apa yang perlu dibuat ialah monitor. Tarik audience dengan ayat power.

Kalau serius nak tau macam mana caranya nak tarik audience dengan ayat power, boleh klik dan baca.

Siap ada bonus hadiah lagi buat pembaca yang klik.

Nak tau apa hadiahnya? Kena lah klik dan semak sendiri.

 

 

 

Exit mobile version