Blog Sabree Hussin

Kelebihan memasang sistem Chat Box pada blog

Kalau anda perasan, saya ada pasang sistem chat box dalam blog ini.

 

Pada mulanya, saya pasang sistem chatbox ini adalah bagi tujuan memperbaiki kadar bounce rate laman blog ini. Teori saya, dengan adanya chat box ini akan buatkan pengunjung yang melayari laman blog ini akan luangkan lebih banyak masa untuk bersembang dengan saya.

 

Itupun kalau saya online.

 

Selepas beberapa minggu saya pasang sistem chat box ini, saya dapati ada beberapa data yang agak menarik yang dapat saya perhatikan.

 

Sebagai contoh, di member area saya boleh lihat, artikel yang mana satu yang paling kerap dibaca. Selain itu, saya juga boleh lihat berapa lama masa yang dihabiskan bagi seseorang pengunjung itu membaca artikel yang saya terbitkan dalam blog ini.

 

Sila lihat screenshot dibawah untuk lebih jelas.

Apa yang anda sedang lihat diatas ni ialah statistik pembaca yang sedang online dan “membaca” artikel yang saya siarkan dalam blog ini.

 

Seperti yang kalian dapat lihat, ada yang online sehingga 34 minit, 23 minit, 20 minit dan sebagainya. Kebanyakkan pembaca ini datangnya dari laman carian Google. Besar kemungkinan mereka sedang mencari maklumat tertentu menerusi kata kunci tertentu dan akhirnya pencarian mereka berakhir di laman blog saya ini.

 

Apabila kita ada data-data seperti ini, secara tak langsung kita boleh tahu, apakah artikel yang diminati dan paling kerap dibaca? Dengan adanya maklumat seperti ini dalam tangan, kerja-kerja penulisan jadi lebih mudah dan langkah seterusnya adalah memperbanyakkan artikel sedemikian.

 

Mungkin boleh tulis artikel baru yang berkesinambungan dengan artikel yang paling kerap dibaca.

 

Satu lagi perkara yang saya nak highlight mengenai chat box ini ialah, rupa-rupanya ia juga sangat berguna untuk mengumpul data seperti “apakah soalan yang paling kerap ditanyakan oleh pengguna internet?”

 

Dengan memasang chat box ini, saya telah memberi ruang kepada pengunjung blog ini untuk terus bertanyakan kepada saya secara real time.

Benda ni ada kebaikkan dan ada keburukkan.

 

Sesetengah soalan yang ditanyakan memang sangat berkualiti. Akhirnya ia menjadi penyumbang idea untuk saya mula menulis artikel seterusnya untuk saya siarkan dalam blog ini.

 

On the other side, ada banyak juga soalan yang tak berkualiti dan sia-sia. Kenapa saya kata soalan tersebut sia-sia dan tak berkualiti? Mudah.

 

Soalan yang ditanya adalah soalan yang memang saya dah jawab dalam blog ini. Sebagai contoh,  soalan-soalan seperti

(1) Macam mana nak join program affiliate?

(2) Macam mana nak buat duit dengan Lazada?

(3) Macam mana nak buat pembetulan nama pada tiket penerbangan Air Asia?

 

Setiap soalan ini, saya telah hasilkan sebuah artikel khas yang SEPATUTNYA pelawat tersebut BACA DULU sebelum tanya. Bukannya terus ajak saya sembang semata-mata untuk tanyakan soalan yang jawapannya memang dah ada dalam blog ini.

 

Ok saya faham .

 

Mungkin orang tu nak cepat. Mungkin dia tak biasa dengan blog ini. In fact, mereka juga mungkin tak tau yang kat blog ni, saya dah sediakan search box dan ada juga arkib bagi memudahkan mereka mencari artikel-artikel lama dalam blog ini.

 

Apabila situasi seperti ini kerap berlaku, maknanya ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

 

Pertama, daripada hasil carian yang dibuat, pengunjung tersebut TAK JUMPA halaman yang sepatutnya. Ini buatkan mereka beranggapan bahawa saya tak menyediakan jawapan bagi soalan yang mereka sedang hadapi.

 

Kedua, daripada carian yang dibuat, memang pengunjung tersebut jumpa laman blog saya, tetapi search engine telah memaparkan halaman yang kurang tepat.

 

Sebagai contoh, bagi mereka yang nak tau macam mana nak jadi ejen affiliate atau ejen pemasaran Lazada, sepatutnya mereka temui artikel yang ini terlebih dahulu

Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Sebaliknya, atas faktor-faktor yang saya juga kurang fahami, mereka terjumpa artikel lain pula. Mungkin sebab artikel tersebut lebih popular dan lebih banyak pembaca, membuat robot search engine beranggapan bahawa artikel tersebut lebih relevan dengan kehendak pembaca tersebut.

 

Setakat ini, saya tidaklah meletakkan Standard Operating Procedure atau SOP yang mewajibkan saya untuk jawab setiap soalan yang ditanyakan oleh pelawat blog ini.

 

Saya juga akan lihat jenis-jenis soalan yang ditanyakan terlebih dahulu.

 

Saya pun bukannya ada banyak masa nak jawab setiap soalan yang jawapannya memang dah tersedia dalam blog ini. Sepatutnya, jika pelawat tersebut luangkan sedikit sahaja masa untuk baca apa yang saya dah tulis dalam blog ini, dia pasti akan temui jawapannya.

 

Apapun, saya cukup tabik dan hargai dengan pelawat yang sanggup luangkan masa dan baca apa yang saya tulis dalam blog ini.

 

Saya cukup hargai setiap soalan dan pertanyaan yang diajukan kepada saya. Walaupun mungkin anda rasakan saya seolah-olah menyombong dan tak nak melayan soalan. Sebenarnya bukan begitu.

 

Saya juga ada kekangan lain.

 

Seperti anda, saya juga ada macam-macam benda nak buat dan perlu diselesaikan. Ada masanya memang saya free, dan ketika itu saya tak ada masalah untuk layan chat dari sesiapa pun.

 

Ada masanya, saya akan biarkan ruang chat box itu dalam status offline.

 

Namun demikian, setiap soalan yang diajukan, bergantung pada tahap kritikal soalan tersebut, dan adakah saya adalah orang yang tepat untuk jawab soalan tersebut, biasanya saya pasti akan jawab.

 

Cuma, bagi soalan yang jawapannya memang ada dalam blog ini, soalan yang sedemikian biasanya saya tak akan jawab lagi. Saya percaya, anda pasti akan temui jawapannya dalam blog ini.

 

Sistem chat box yang saya pasang pada blog ini adalah sistem dari Zopim yang dulunya dikenali sebagai Zendesk. Bagi pengguna wordpress Self Hosted, cara pemasangannya juga sangatlah mudah. Anda hanya perlu pasang (install) plugin Zendesk Chat Widget.

 

Wallahua’lam  

 

Terima kasih kerana sudi baca perkongsian ini. Jemput baca juga artikel saya sebelum ini berjudul Belajar buat blog yang boleh menghasilkan pendapatan LUMAYAN!

 

Exit mobile version