Blog Sabree Hussin

Bagaimana tulis blog sambil kumpul likes pada FB Fanpage secara automatik?

Jika anda terlalu fokus pada pemasaran di media sosial Facebook, anda akan terlepas peluang untuk menikmati pengalaman menghasilkan pendapatan menerusi medium blog.

 

Akan tetapi, jika anda terlalu fokus pada pemasaran di blog, anda juga berkemungkinan untuk terlepas peluang untuk buat pemasaran kepada prospek-prospek anda yang setia di Facebook. Kadang-kadang memang begitu. Kita jadi serba salah dan tak tau nak fokus yang mana satu.

 

Jadi, apa kata kalau kita tak perlu buat pemilihan. Kali ini kita buat dua-dua serentak! Sambil kita menulis secara aktif di blog, kita kumpul juga pengikut ataupun fan di Facebook.

 

Anda berminat nak tau apa triknya? MUDAH sahaja. Anda perlukan skrip ini untuk menjayakan strategi yang saya maksudkan ini. Dengan penggunaan skrip tersebut, anda akan dapat lihat satu pop up seperti dibawah akan muncul yang akan “memaksa” pelawat laman blog anda untuk tekan like sebelum dapat membaca catatan penuh yang anda siarkan dalam blog anda.

Adakah cara ini berkesan untuk kumpul likes?

 

Oh sebenarnya cara ini SANGAT BERKESAN.

 

Kalau anda perasan, sebenarnya ada banyak laman-laman blog yang berkonsepkan berita menggunakan kaedah ini untuk kumpul likes pada fanpage dengan cara yang pantas.

 

Teknik ini menggabungkan kaedah penulisan berita-berita ataupun cerita-cerita yang viral dan panas untuk membangkitkan rasa ingin tahu daripada kalangan pembaca.

 

Anda boleh lihat sendiri pada contoh sample page diatas. Lihat screenshot ya.

 

Jika ini adalah berita tergempar, pembaca pasti akan tekan like kerana dia betul-betul serius nak tau apa sebenarnya berita yang ingin disampaikan. Lagipun, tekan like bukannya kena bayar apa-apa pun. Pelawat anda ramai yang tak kisah setakat nak tekan like.

 

Dengan kaedah ini, lagi kerap anda menulis di blog anda, maka akan jadi lagi banyak likes yang anda boleh kumpul. Sebabnya mudah sahaja, setiap hari blog anda pasti akan dikunjungi oleh pembaca dari laman web search engine. Mereka ini lah yang akan tekan like untuk anda dan seterusnya matlamat pun tercapai.

 

Berlaku pertambahan likes pada fanpage anda, dan anda hanya perlu fokus untuk menulis di blog seperti biasa.

 

Selamat mencuba dan muat turun skrip ini disini.

 

Exit mobile version