Blog Sabree Hussin

Perlu Ke Beli Servis Naikkan FB Likes Untuk Fanpage?

Adakah FB Fanpage yang anda gunakan untuk tujuan bisnes perlukan bilangan likes yang banyak untuk hasilkan jualan?

Untuk persoalan ni, ada beberapa jawapan yang anda mungkin akan temui. Setiap satu jawapan pastinya disokong oleh point yang bernas dan munasabah.

Jawapan saya, untuk tujuan buat bisnes online, anda tak perlukan fanpage yang memiliki bilangan likes yang banyak. Sebabnya, likes tidak mempengaruhi jualan dan mereka yang likes page anda belum tentu akan beli produk anda.

Walaubagaimanapun, mempunyai bilangan likes yang banyak mampu meningkatkan kredibiliti sesebuah fanpage.

Pelawat yang pertama kali layari fanpage anda akan rasa teruja dan yakin bahawa anda serius dalam perniagaan online anda.

Topik yang saya nak bincangkan kali ini ialah sama ada anda perlu beli servis naikkan likes atau tidak?

Sebelum tu, mari kita lihat kat mana anda boleh beli servis naikkan FB Likes. Antaranya ialah di

1. Fiverr.com

Servis untuk naikkan FB likes ditawarkan dengan kos serendah 5USD sahaja jika buat tempahan di Fiverr. Kira-kira RM18 kalau convert ke matawang ringgit

2. Facebook

Anda juga boleh dapatkan servis naikkan FB Likes menerusi laman web FB. Kalau anda bernasib baik, anda akan jumpa pengguna FB yang tawarkan servis seperti ini dengan harga yang murah.

Macam yang saya dah sebutkan tadi, likes yang banyak hanya bagus untuk tingkatkan kredibiliti sesebuah fanpage. Namun, ia masih belum cukup untuk jamin anda dapat jualan.

Ada beberapa perkara yang anda patut tahu mengenai facebook. Saya harap anda tak terlepas pandang mengenai isu berikut

1. Dekat FB ada banyak fake profile ataupun profil palsu.

2. Ada ramai pengguna FB yang ada lebih daripada satu FB profile.

Saya sendiri ada 3 – 5 akaun FB. Dua akaun menggunakan nama dan identiti sebenar saya, dan bakinya didaftarkan menggunakan maklumat palsu.

3. Setiap orang yang ada akaun FB, boleh bina Fan Page. Fan page juga boleh digunakan untuk tujuan likes.

Anda sebenarnya boleh bina banyak Fanpage dalam satu profile.

4. Ada juga akaun FB yang diselenggara secara automatik oleh software atau robot.

… dan banyak lagi.

Jika fanpage anda ada berpuluh-puluh ribu likes sekalipun, jika majoriti likes tu datang dari profile yang saya bincangkan pada point 1 hingga 4, maknanya likes yang anda dapat tu sia-sia.

Berapa ramai yang ambil kisah tentang FB Fanpage anda?

Bagi persoalan ini, kita akan lihat indicator Talking About This (TAT). Majoriti sahabat online saya mencadangkan, kita sekurang-kurangnya perlu mempunyai bilangan TAT 10% atau lebih.

Sebagai contoh, page saya sendiri.

Ada 3,237 yang likes, manakala mereka yang talking about this hanya 159. Kira-kira 5% sahaja.

Jadi, ini masih lagi tak cukup baik.

Salah satu sebabnya ialah, saya menggunakan teknik khas untuk kumpul likes pada page tersebut.

(Saya gunakan teknik tarik like pantas. Akan saya terangkan dalam artikel lain dalam blog ni)

Walaupun likes yang saya perolehi ini saya kumpul menerusi penggunaan software, namun ia masih lagi likes yang berkualiti, sebabnya ia datang daripada pengguna FB yang SAH dan kebanyakkan mereka adalah pengunjung dan pembaca bagi blog saya.

Masalah dengan servis naikkan FB likes

Ada beberapa masalah yang anda patut tahu, sebelum anda keluar duit untuk beli servis macam ni.

1. Likes yang anda perolehi tidak targetted dengan niche anda

2. Likes mungkin datang dari luar negara.

Bayangkan, fanpage anda diselenggara menggunakan bahasa Melayu, namun likes datang dari Afrika. Walaupun ramai yang lihat post anda, namun tak guna kalau mereka tak faham apa yang anda tulis.

3. Likes mungkin didapati daripada robot

… dan satu perkara yang saya sendiri tak suka ialah, kita tak dapat nak semak sama ada yang likes page kita ialah manusia sebenar atau robot.

4. Likes yang anda terima disebabkan orang yang likes dibayar upah

Contoh paling dekat ialah laman web microworkers.

Kadang-kadang mereka akan tawarkan job yang mudah seperti likes fanpage, likes website dan sebagainya.

Ini contohnya yang saya dapat kongsikan pada pembaca sekalian.

Kerjanya sangatlah mudah.

Hanya perlu layari laman web yang dinyatakan, dan klik likes. Siap.

Tanpa mengambil peduli sama ada likes tersebut benar-benar genuine, targeted dan sebagainya. Yang penting… banyak likes.

Saya ada tulis tentang microworkers di entri berikut : Pengalaman bekerja di rumah menerusi jobdirumah

Persoalannya ialah, perlu beli ke tak perlu beli?

Dah tentu saya tak boleh nak jawab soalan tu bagi pihak anda. Its your money, and it is your decision.

Apa yang saya boleh bantu ialah untuk menjelaskan kepada anda kemungkinan-kemungkinan yang boleh berlaku setelah anda beli servis naikkan likes.

Sebagai contoh

1. Likes tak ada kualiti

2. Likes banyak tapi TAT sangat rendah.

3. Likes banyak tapi tak ada sales.

Jika anda beli likes semata-mata untuk tujuan tingkatkan kredibiliti page anda, itu tak ada masalah.

Tapi kalau anda mengharapkan mereka yang likes page anda beli produk anda, saya kira anda sebenarnya sedang mengharapkan keajaiban (yang mungkin tak akan berlaku).

Sebelum saya tamatkan entri ini, ada satu perkara lagi yang saya ingin kongsikan pada anda.

Anda mungkin akan jumpa orang yang guna teknik like seperti yang dibincangkan dalam page Pakar FB Likes ini.

Laman web –> pakarfblikes.com

Teknik yang dibongkarkan ini memang agak licik dan keji 🙂 (ho ho)

… dan tak mustahil ada yang guna teknik yang sama, lepas tu caj pada klien dengan harga yang mahal. Sebabnya klien tu tak tau apa-apa pasal FB dan pasal naikkan likes di FB.

Anda pernah beli servis naikkan likes ke? Apa kata anda kongsikan pengalaman anda dibahagian komen.

Baiklah terima kasih kerana membaca dan semoga artikel ini bermanfaat.

 

 

 

Exit mobile version