Blog Sabree Hussin

Macam Mana Cara Nak Dapatkan Like FB Fanpage

Saya memang amat mengalu-alukan sebarang soalan, pertanyaan dan pandangan daripada pembaca dan pelawat blog ini. Setidak-tidaknya, saya tahu yang selama ini saya tak syok sendiri ketika menulis.

Bila ada yang bertanya, saya juga dapat menulis tentang sesuatu topik dengan lebih fokus. Sesetengah topik tu mungkin saya langsung tak terfikir, jadi bila ada yang bertanya, bolehlah saya bincangkan topik tersebut.

Soalan ini saya terima menerusi emel.

Macam mana cara nak dapatkan like pada page?

Sebenarnya ada banyak cara. Ada cara yang PERCUMA, malah ada juga cara yang berbayar. Lain orang, lain citarasa. Ada setengah orang, mereka tak kisah nak keluar duit untuk dapatkan likes pada fanpage.

Individu seperti ini lazimnya mempunyai cara dan formula sendiri untuk menukarkan fan kepada pelanggan. Jadi, tak ada masalah untuk gunakan kaedah berbayar.

Setengah orang, bab-bab kena keluar duit ini, berat sikit. Malahan, saya juga pernah tulis sebelum ini satu artikel yang berjudul, Perlu ke beli servis naikkan fB likes untuk fanpage?

Pada saya, selagi boleh gunakan kaedah yang menjimatkan dan tak perlu bayar, saya akan cuba dulu kaedah tersebut.

Jadi berikut adalah beberapa teknik yang boleh digunakan untuk dapatkan likes pada fanpage

1. Pasang skrip samseng Facebook

Teknik ini sesuai digunakan jika anda mempunyai blog.

Skrip ini berperanan untuk menghasilkan pop up yang ‘memaksa’ pelawat blog anda untuk like pada fan page anda terlebih dahulu.

Selagi mereka tak klik like, selagi itu mereka akan terus diganggu oleh pop up.

Download skrip samseng Facebook

Ps: cara ini memang samseng betullah.

2. Pasang skrip Like Warrior 

Skrip ini juga berfungsi untuk dapatkan likes ke FB kita.

Juga perlukan laman blog untuk beroperasi dengan baik. Saya juga menggunakan skrip ini untuk tarik likes ke beberapa fan page yang saya bina.

Memang mudah.

Keberkesanannya bergantung pada berapa ramai yang mengunjungi blog kita. Lagi ramai yang mengunjungi blog kita, lagi tinggi peluang untuk dapatkan lebih banyak likes.

Download skrip Like Warrior

3. Guna skrip Pakar FB Likes

Skrip ini special.

Ia tak memerlukan blog atau website untuk berfungsi.

Memang berkesan untuk dapatkan bilangan likes yang ramai dalam masa yang singkat.

Walaubagaimanapun, likes yang anda perolehi mungkin kurang berkualiti sebabnya

–> Likes mungkin berasal dari luar negara

–> Likes tak targeted

–> Likes bukan berasal dari manusia

Namun demikian, skrip ini bagus untuk naikkan likes pada FB Fanpage dalam masa yang cepat.

Download skrip Pakar FB Likes

4. Dapatkan servis tarik like dari laman web Fiverr

Boleh cuba kaedah ini.

Namun, jangan terlalu berharap untuk berjaya dapat sebarang hasil atau jualan apabila guna teknik ini.

Isu dia sama, likes tak targeted, likes tidak original, dan likes berasal dari negara luar atau daripada robot (fake account)

5. Guna FBAds

Ini cara terbaik.

Anda iklankan laman fan page anda menggunakan FBAds. Kalau anda tak tau macam mana nak buat, boleh dapatkan panduan percuma ini.

Saya dah baca dan dah pernah muat turun panduan ini, dan setakat ini, ini adalah antara panduan terbaik yang pernah dihasilkan mengenai tarik likes ke fanpage.

Layari: http://teknik-sannin.blogspot.com/

Selain itu, anda boleh juga minta rakan-rakan anda untuk likes pada fanpage anda. Jika anda adalah seorang yang pemalu seperti saya, saya pasti, anda mesti tak tergamak nak mintak kawan-kawan anda untuk likes fanpage anda 🙂

Semoga artikel ini bermanfaat.

 

 

 

Exit mobile version