Blog Sabree Hussin

Macam Mana Nak Buat Promosi?

“Aku dengar nak buat promosi kat FB ni senang, betul ke?”

 

Kalau dulu soalan macam tu memang jarang-jarang muncul dalam hidup saya. Almaklumlah sebelum ini saya lagi banyak luangkan masa untuk buat promosi di blog-blog. Sekarang semenjak saya dah mula aktif ber facebook, maka makin keraplah soalan tu ditanyakan pada saya.

 

Posting kali ini saya nak kongsikan dalam bentuk perbualan yang berlaku antara saya dengan rakan di FB. Untuk ayat yang berwarna biru seperti ini adalah dialog saya, manakala ayat yang berwarna hitam seperti ini adalah dialog kawan saya tu ya. Hmm… saya harap anda tak terkeliru.

“Senang. Kalau tau cara macam mana nak buat memang senang la.”

“Ok, dah ko cakap senang, boleh ko share dengan aku tak macam mana nak promot barang dekat FB? Aku pun teringin jugak nak buat bisnes kat FB ni… Aku dengar dah ramai yang dapat income 4 – 5 angka. Eh ko rasa betul ke diorang tu boleh dapat income macam tu?”

“Dia ada tunjuk bukti ke?”

“Maksud ko?”

“Maksud aku, dia ada tunjuk bukti bukti pendapatan ke? Macam screenshot Maybank atau CIMB.”

“Oooo ada ada. Dia ada tunjuk.”

“Ha, kalau dia dah tunjuk, maknanya betul lah tu.”

“Aku minat la nak belajar macam mana nak buat bisnes kat FB ni, ko ajar aku boleh?”

“Apa yang ko nak tau?”

“Mula-mula sekali aku nak tau macam mana nak buat promosi kat FB? Tolong ajar aku boleh?”

“Nak buat promosi kat FB ni senang je. Ko boleh promosi guna FBAds, tapi ada kos. Atau pun ko boleh guna kaedah yang percuma, contohnya ko promot pakai FB Group, ataupun boleh jugak promot kat wall personal page ataupun wall fan page.” 

“FB Ads tu la kan yang orang kata boleh dapat income 4 -5 angka tu kan?”

“Agaknya… Ye la tu kot.”

“Ha Ok ok. Ajar aku yang tu macam mana nak buat?!”

 

Senang je cara-cara dia. Mula-mula sekali kena ada FB fan page. Kalau belum ada FB Fan Page, boleh buat secara percuma. Senang je. Pergi dekat link >> https://www.facebook.com/pages/create/

 

Lepas dah ada Fan Page, barulah kita buat iklan gunakan FBAds. Tengok dekat gambar di bawah ni

Klik pada Create Ads.

 

“Kalau guna FBAds ni gerenti dapat buat duit ke?”

“Tak la, mana ada macam tu.”

 

Bergantung juga pada faktor seperti

1. Siapa target buyer (audience). Iklan kita perlu ditujukan kepada golongan sasaran yang spesifik mengikut minat ataupun interest mereka. Serba sedikit kena tau tentang konsep customer avatar. Minat tengok cerita-cerita penyiasatan tak? Saya syorkan cerita criminal minds. Boleh contohi cara diorang buat profiling.

 

2. Gambar yang digunakan untuk iklan menarik ke tak. Kalau guna gambar produk, kena pastikan cara ambil gambar tu menarik. Sekali orang tengok, terus terasa nak beli.

 

3. Ayat iklan bagus ke tak. Untuk hasilkan ayat iklan yang bagus perlu ada asas copywriting. Bila cerita bab copywriting ni memang agak panjang. Sekurang-kurangnya kena tahu beberapa perkara seperti teknik tulis headline, subheadline, ayat call to action dan sebagainya.

 

4. Berapa bajet pengiklanan. Ada beza antara orang yang letak bajet RM30 sehari dengan RM300 sehari. Kalau bajet yang besar, iklan tersebut dapat pergi ke capaian prospek yang lebih besar. Mungkin, selepas membelanjakan RM150, barulah iklan tersebut dijumpai oleh golongan sasaran yang ada kuasa beli.

 

5. Yang penting kena kaji produk tu, produk tu ada permintaan ke tidak. Kaedah FBAds bukannya kaedah pengiklanan AJAIB sampaikan produk yang dah memang tak laku dan tak ada permintaan pun boleh dapat jualan. Kaji produk tu betul-betul, dan sesuaikan manfaat produk tu dengan kelompok sasaran pengguna.

 

Kita guna FBAds ni sebab kita nak beritahu kepada prospek yang kita ada jual produk tu. Guna kaedah berbayar, maka lagi cepat prospek kita tau tentang produk kita. Kalau setakat guna kaedah percuma, macam post di wall sendiri, maka lambatlah orang tau yang kita ada jual produk tu. Kena tunggu ada yang komen, ada yang like, ada yang share barulah ramai orang tau pasal produk yang kita jual. Dengan kaedah berbayar, tak perlu tunggu itu semua.

 

“Maknanya… kalau aku bajet RM300, kalau produk ni tak boleh jual, so RM300 tu burn macam tu je la?”

“Yup, burn. Dan memang ramai yang buat iklan tak ada tujuan. Main buat je, lepas tu memang confirm rugi sebab promote produk yang tak ada permintaan… ataupun sebab promote produk kat salah orang.”

“Macam banyak risiko je… Cara lain macam mana? Yang free ada tak?”

“Ada. Ko promosilah guna FB Group. Kalau ko ada FB Group ko sendiri lagi bagus, promote dekat ahli-ahli group terus.”

“Aku mana lah ada group ni semua. Ajar aku cara nak promote kat FB Group.”

“Kalau serius nak belajar, ko muat turun ebook ni >> Panduan Dominasi FB Group version 3.0

“Buat promosi kat FB Group ni yang pakai software tu ke? Yang kita join banyak-banyak group lepas tu software tu tolong copy paste iklan kita untuk kita tu?”

“Itu pun salah satu daripada kaedah pemasaran. Tapi, kaedah tu aku tak galakkan.

 

Ini sebab kenapa saya tak berapa galakkan anda buat promosi di FB Group guna apps atau software autopost

1. Kaedah tu tak berkesan. Kalau betul kaedah tu berkesan, dah tentu orang kita tak perlu lagi susah payah nak keluar duit untuk buat FBAds. Buat je iklan banyak-banyak kat group. Tapi, benda macam ni tak berlaku, kan? 

 

2. Kaedah tu dah lebih kurang macam SPAM. Tau tak apa maksud spam? Maksudnya anda membuat posting secara pukal dengan mesej yang sama tanpa ikut konsep dan konteks group tersebut. Ianya adalah sejenis post yang tidak dikehendaki dalam group. Contohnya, group tentang baby tapi anda post pasal joran murah. Apa kaitan? Lepas tu anda lebih minat jual joran murah pulak tu. Post yang tak ada kaitan ini lah yang kita katakan sebagai spam.

 

3. Kaedah tu mungkin tak boleh digunakan untuk long term.

 

“Eh kenapa pulak long term tak boleh guna kaedah ni?”

 

Kaedah yang guna software, apps ni semua dengan mudah akan jadi obsolete atau dah tak boleh pakai kalau

1. FB  ubah privacy policy… dan ya, FB memang kerap ubah privacy policy. Biasanya apps dan software autopost ini memang boleh pakai untuk jangka masa yang sekejap sahaja.

 

2. FB banned penggunaan software atau apps. Ini pun biasa berlaku.

 

3. Ada pengguna report sebab iklan-iklan tu semua mengganggu privacy diri dia. Kesannya, anda akan dapati yang anda dah tak boleh nak buat sebarang post di group.

 

4. Anda kena banned dan dibuang dari group. Ini juga biasa berlaku. Kalau saya selaku admin, saya juga akan buang ahli group yang suka post iklan tak tentu pasal.

 

“So ada cara ke untuk elak benda-benda ni semua?”

“Memang ada. Sebab tu aku juga tunjukkan kaedah pemasaran emel + pemasaran FB Group. Kalau jadi pape kat FB Group kita, kita masih boleh buat marketing melalui emel. Kalau jadi pape kat emel kita, kita masih ada FB Group, macam tu la formula dia.”

“Ada beza ke buat promosi kat wall personal dengan wall fan page?”

“Mestilah ada”

“Bezanya apa pulak?”

“Kalau kita update status kat personal wall, cuma mereka yang dalam friendlist kita je yang akan nampak status update kita. Kalau kita update status kat wall fanpage, orang yang dah like fan page kita je yang boleh baca dan nampak status update kita.”

“Hah peningla… Aku masih tak faham lagi sebenarnya ni.”

“La… aku dah terangkan punyalah panjang, ko masih tak faham jugak? Amenda yang ko tak faham?”

“Aku keliru la… Aku kan baru belajar.”

“Ye la, amenda yang ko keliru?”

 

Selepas 5 jam.

 

… dah tak ada reply.

 

Ni yang letih ni. Kita beriya-iya bagi penerangan, tapi dia jawab tak faham. Betul ke tak faham? Kalau betul tak faham, apa benda yang anda tak faham… ataupun, anda sendiri pun tak faham apa benda yang anda tak faham.

 

Parah ini. Kalau anda ada masalah macam ni, tak ada siapa yang boleh bantu anda, kecuali diri anda sendiri. Kalau anda sendiri pun tak faham diri anda, macam manalah orang lain nak faham tentang anda?

 

Saya suka bila orang tanya soalan pada saya.

 

Tapi saya lagi suka kalau orang tanyakan soalan yang spesifik pada saya. Soalan yang spesifik menunjukkan si penanya faham apa masalah sebenar dia.

 

Berbeza betul dengan soalan

“Macam mana ya?”

 

Macam mana apa? Apa benda yang macam mana? Ha… jangan ingat orang macam ni tak ada atau tak wujud ya. Saya pernah kena banyak kali. Tiba-tiba je orang tu tanya saya, “macam mana ya? aku tak faham la…” 

 

“Saya dah baca, tapi saya masih tak faham, boleh tolong terangkan?”

 

Nak terangkan bahagian mana? Semua ke? Janganlah cuma baca sekali, itupun main skip skip lepas tu kata tak faham.

 

Anda mungkin ada banyak masa untuk tanya, tapi saya selalu tak cukup masa untuk jawab semua soalan yang dah dijawab dan yang dah diterangkan dalam ebook tu. Lagi satu, sebagai pakej, ada juga penerangan yang saya muatkan dalam blog ini.

 

Penerangan untuk benda yang sama cuma saya persembahkan dalam konteks yang berbeza. Supaya orang lebih faham. Tapi, kena cuba cari dan at least cuba untuk fahamkan. Benda yang melibatkan hal-hal teknikal seperti pembinaan minisite dan integrasi dengan sistem autoresponder memang agak susah nak faham kalau cuma baca sahaja. Ia perlu dilakukan sendiri. Sambil baca kena terus buat.

 

Ok la, terima kasih kerana baca. Harapnya anda dapat belajar sesuatu. Kalau rasa macam masih tak cukup, bacalah artikel-artikel lain yang saya dah muatkan dalam blog ini.

 

 

Exit mobile version