Saya tak pasti macam mana cara anda buat pemasaran untuk hasilkan jualan bagi produk-produk yang menawarkan komisen affiliate.
Memandangkan lain orang lain caranya, jadi tak mustahil jika anda juga menggunakan kaedah yang sangat berbeza berbanding dengan cara yang saya lakukan.
Kalau kita nak senaraikan medium pemasaran, maka platform-platform seperti berikut boleh digunakan. Antaranya
1. Media sosial (FB, twitter, instagram dll…)
2. Blog (wordpress, blogspot, dll…)
3. Email (pemasaran emel)
4. Pemasaran artikel (article directory – kat Malaysia masih tak popular)
5. Video (youtube, daily motion dll…)
Ada yang percuma dan ada yang perlu bayar.
Kita ambik contoh pemasaran menerusi media sosial, spesifik pada facebook.
Kalau nak guna cara yang percuma, pemasaran melalui wall post, FB Group, PM dan sebagainya. Itu percuma. Percuma memang bagus, tapi hasilnya lambat. Kadang-kadang langsung tak ada hasil.
Kalau nak guna cara yang berbayar, gunakan iklan FBAds. Kelemahannya ialah kos iklan mungkin mahal, dan anda akan rugi jika tak berjaya hasilkan jualan.
Nak buat pemasaran ni, kita kena work smart, bukannya work hard semata-mata.
Pemasaran adalah suatu proses. Ia proses di mana kita memberitahu kumpulan sasaran tertentu bahawa ada tawaran menarik untuk mereka.
Sama ada mereka nak dapatkan tawaran tersebut atau tidak, itu semua terpulang pada kumpulan sasaran tersebut.
Untuk memastikan kita akan dapat jualan, dan meningkatkan kebarangkalian kita dapat hasil, kita perlu cari kumpulan sasaran yang benar-benar perlukan produk yang ingin dipasarkan.
Untuk capai matlamat ini, kita perlukan proses segmentasi.
Maksudnya, kita asingkan prospek kita mengikut kriteria tertentu.
Contohnya, kita mahukan prospek yang menepati ciri-ciri berikut
–> seorang wanita
–> masih lagi belajar dan belum ada pendapatan (biasanya student U)
–> tinggal di kawasan bandar
–> belajar di institusi pengajian tertentu yang mahal kosnya
–> suka pada topik kewangan dan buat duit tambahan
… dan sekian-sekian
Maka lebih jelas anda dengan target kumpulan sasaran, maka dengan izin Allah lagi mudah untuk anda dapatkan jualan daripada golongan sasaran seperti ini.
Kita berbalik pada Facebook.
Facebook mempunyai sistem untuk kita mendekati golongan sasaran seperti ini.
Dah tentu bukan menerusi cara percuma. Walaupun anda boleh dekati mereka menerusi cara percuma, namun kesannya tidaklah sepantas kaedah berbayar.
Logiknya, satu-satu kaedah yang tinggal ialah dengan menggunakan kaedah pemasaran FBAds.
Kemudian, jika anda telah nekad untuk guna kaedah berbayar seperti ini, maka nak tak nak, anda kena main permainan yang peraturannya dah ditetapkan oleh pihak FB tu sendiri.
–> mereka akan sentiasa ubah algorithma
–> mereka akan perkenalkan benda-benda baru
–> mereka akan naikkan kos pengiklanan apabila persaingan antara pengiklan semakin meningkat
… dan macam-macam lagi.
Tak kan anda nak merungut? Sedangkan FB adalah tuan rumah, dan anda hanyalah pelawat a.k.a tetamu sahaja. Jika anda nak gunakan kemudahan dan teknologi yang dibangunkan oleh pihak FB, anda langsung tak ada hak nak merungut terhadap sistem FB.
Anda sendiri pun belum tentu tahu, berapa juta yang telah mereka laburkan untuk hasilkan sistem dan teknologi tersebut.
Bukanlah saya berniat nak back up pihak FB. Saya juga terkesan dengan perubahan tersebut, namun kita pun faham, FB adalah organisasi yang memang bertujuan nak buat untung. Saya tak pernah nampak FB declare yang mereka adalah non profit organization.
Jadi, ada tak cara lain nak buat untung menerusi program affiliate?
Ada.
Mesti ada punya.
Berbalik semula kepada senaraian yang saya dah buat kat atas tu.
Walaubagaimanapun, ianya tidaklah menjamin anda pasti akan dapat buat sales. Hak kita adalah untuk usahakan. Ada hasil ataupun tidak, lebih elok jika kita serahkan ketentuan tersebut kepada Allah yang Maha Memberi Rezeki.
Saya lebih banyak guna kaedah pemasaran menerusi blog.
Ianya tak offensive dan saya juga tak pening kepala.
Anda pula, bagaimana ya?