Blog Sabree Hussin

Pemasaran Affiliate dan Kajian Statistik Klik Yang Sering Dilupakan

Pemasaran affiliate.

 

Bidang ini sememangnya menawarkan peluang penjanaan pendapatan yang sangat lumayan dengan usaha yang minima.

 

Anda tak perlu risau bab modal, kerana melalui program affiliate ini, modal dari segi wang ringgit akan jatuh kepada perkara yang ke seterusnya. Senang cerita bukan perkara penting.

 

Namun, anda tetap perlukan pengetahuan dan ilmu pemasaran yang sebenar untuk membantu anda jana wang yang lumayan.

 

Dalam catatan pada kali ini, saya nak kongsikan pada anda, bagaimana dan apa yang perlu anda buat bagi meningkatkan peluang anda untuk jana pendapatan daripada program affiliate ini.

 

Hari ini, kita sembang bab statistik je dulu.

 

Berapa ramai yang buat affiliate marketing, dia kaji statistik?

Maksud saya, statistik klik. Dalam kajian klik ini, kita akan lihat dari mana klik tu datang, pukul berapa paling banyak klik, hari apa yang ada banyak klik, dan dekat mana terhasilnya klik tersebut?

Bila kita tak semak maklumat-maklumat ini, dari statistik ini semua, mudah untuk kita beranggapan yang pemasaran affiliate tak mampu untuk beri pendapatan.

 

Padahal, anda mungkin tak sedar… link affiliate anda sudah lama tidak menerima sebarang klik!

 

Lazimnya, untuk program affiliate yang menggunakan sistem affiliate lite, anda boleh semak statistik dan perkembangan kerja-kerja pemasaran anda. Rujuk screenshot diatas untuk lihat kat mana lokasi untuk cek statistik yang saya maksudkan.

 

Kalau selama ini, anda hanya semak berapa jualan yang pending, berapa yang verified, dan berapa komisyen yang dah dibayar, maka, pada kali ini, kita ubah sikit. Kaji dengan lebih mendalam lagi dalam bab-bab statistik ini.

Dalam ruangan statistik yang saya maksudkan juga, anda sebenarnya boleh lihat, dalam satu-satu masa, atau hari misalnya, ada berapa banyak klik pada link affiliate anda yang terhasil.

Contohnya, pada tarikh 17hb, saya menerima 15 klik pada link affiliate saya.

 

Manakala klik pada link affiliate tersebut pula datangnya daripada…

Ada pelbagai sumber.

 

Memandangkan produk ini, saya promosikan menerusi kaedah

1. Pemasaran emel

2. Pemasaran FB

3. Pemasaran Blog dan teknik SEO

 

Maka, anda dapat lihat klik tu datangnya dari pelbagai sumber.

 

Sumber klik yang saya nak highlight pada anda ialah dari enjin carian google. Pada saya, itu yang paling berharga, kerana selagi ada klik daripada google, maka, ini bermakna, link yang saya promosikan menggunakan teknik SEO, berhasil dan selagi ia menerima klik, selagi itu saya tak perlu terlalu risau tak dapat sales.

 

Lagi satu.

 

Conversion rate.

 

Lazimnya, untuk produk-produk affiliate, conversion rate (trafik yang akan ditukarkan kepada pembeli) adalah agak rendah. Sekitar 2- 3% sahaja.

 

Maksud conversion rate 3% ini ialah daripada 100 orang yang klik, mungkin, hanya 3 orang sahaja yang beli. Lagi 97 orang mungkin cuma tengok-tengok sahaja tawaran, dan akan buat keputusan pada lain hari.

 

Jadi, bila anda dah tahu maklumat ini, maka, anda hanya perlu fokus untuk dapatkan 100 klik dalam sehari. Dengan ini, In Shaa Allah, anda akan berjaya dapatkan sales konsisten 2 – 3 sales dalam sehari.

 

Sebenarnya, pemasaran affiliates ni tak adalah susah sangat. Especially kalau anda benar-benar tahu dan faham, apa sebenarnya yang perlu dilakukan.

 

Bagi pengamal kaedah pemasaran Search Engine Optimization (SEO) seperti saya, mungkin kita tak perlu risau untuk fikir tentang berapa banyak klik, berapa ramai trafik dan sebagainya, sebab semua itu akan berlaku secara automatik.

 

Tetapi, for those yang kena actively buat marketing, memang kena selalu ambil perhatian tentang statistik klik ini. Lagi banyak klik yang anda terima, sepatutnya lagi tinggi dan lagi banyak komisen yang bakal anda perolehi.

 

Lain program affiliate, lain cara baca statistik klik

Ada banyak program affiliate dekat luar sana.

 

Setiap satu mungkin menggunakan sistem affiliate yang berbeza. Namun, apa yang saya nak sampaikan ialah, tak kisahlah apa platform sekalipun, apa yang penting anda kena selalu monitor berapa banyak klik yang terhasil.

 

Kalau tidak, nanti akan sia-sialah usaha pemasaran anda.

 

 

Exit mobile version