Blog Sabree Hussin

Program Affiliate Pay Per Click: Anda dibayar RM0.40 untuk setiap klik pada link affiliate anda

Anda tak perlu jual apa-apa. Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda. Apabila terdapat seseorang yang menekan klik pada link affiliate anda, anda akan dibayar komisen affiliate sebanyak RM0.40 untuk setiap klik. Nak buat lagi banyak duit? Formulanya mudah! Hanya perlu pastikan ada ramai yang tekan klik pada link affiliate anda.

 

Itu sahaja.

 

Ramai sebenarnya yang tak berapa suka nak menjual. Menjual bukannya satu perkara yang mudah. Walaupun secara online. Rasanya tak salah kalau saya katakan, menjual secara online adalah lebih sukar berbanding menjual secara depan-depan.

 

Apabila menjual secara online, si penjual tak nampak barang yang dijual, dan tak dapat nak pegang, nak rasa, serta nak semak barang yang hendak dijual tu. Lebih-lebih lagi dalam situasi mereka yang terlibat dengan aktiviti bisnes dropship dan juga bisnes affiliate.

 

Begitu juga keadaannya dengan bakal pelanggan. Situasi bakal pelanggan juga tak jauh berbeza. Dia juga tak dapat nak lihat barang yang hendak dibeli, tak boleh nak pegang, nak rasa dan juga nak semak kualiti barang yang bakal dibeli.

 

Segalanya bergantung harap pada gambar yang dibekalkan oleh si penjual. Oh bukan itu sahaja. Selain gambar, ayat-ayat mahupun penerangan yang diberikan oleh si penjual turut memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Sekiranya bagus penerangan yang diberikan, dan si bakal pembeli dapat membayangkan apa sebenarnya yang ditawarkan oleh si penjual, maka peluang untuk berlaku jualan agak tinggi.

 

Jika sebaliknya, maka sayonara, good bye… Tiada jualan terhasil.

 

Memang tak hairan, apabila ada ramai yang berikan respons seperti

(1) Saya memang dah lama join program affiliate ni, tapi sampai sekarang masih tak pernah dapat sebarang sales… kurang fokus kot.

(2) Saya pernah cuba dah buat bisnes dropship ni, tapi susahlah. Tak dapat sales pun…

 

Siapa-siapa yang mengharapkan wang mudah akan datang dari program affiliate mahupun dari bisnes dropship, sorry to say, anda dah tersilap besar. Mereka yang mendakwa, pada hari ini mereka dengan senang-senang boleh buat banyak duit dengan program affiliate, boleh jadi sebenarnya dia juga telah melalui saat-saat yang sukar satu masa dulu.

 

Setelah fasa-fasa sukar berjaya ditempuhi, akhirnya pada hari ini, proses untuk menghasilkan wang dari program affiliate jadi lebih mudah. Sudah tentu, untuk buat duit dengan program affiliate, ada proses yang perlu dilalui. Ini pernah saya ceritakan dalam blog ini satu masa dulu. Jadi saya tak akan ulas dalam catatan pada kali ini.

 

Baiklah. Kita terus menuju kepada skop perbincangan pada kali ini, iaitu program affiliate Pay Per Click (PPC) yang menawarkan komisen sebanyak RM0.40 per klik. Adakah ia cukup lumayan bagi anda?

 

Belasah je la ya. Asalkan boleh buat duit, dan halal pulak tu. Tak perlu nak pilih-pilih sangat kan. Buat aje. Kalau buat dengan betul, In Shaa Allah anda boleh dapat komisen yang lebih banyak daripada ahli Tone Excel yang baru je join sebagai ahli.

 

Program Affiliate PPC yang saya maksudkan adalah dari Trivago. Anda boleh lihat screenshot dibawah ni bukti saya sedang kumpul RM0.40 dari Trivago.

Sekiranya anda juga berminat nak sertai program affiliate PPC ini, dan mempromosikan laman web Trivago seperti yang saya sedang lakukan, anda boleh berbuat demikian dengan menjadi sebahagian daripada affiliate Involve Asia.

 

Baca artikel saya yang sebelum ini untuk mengetahui bagaimana cara nak join affiliate Involve Asia

Klik untuk baca: Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar

 

Saya difahamkan, syarat kelayakkan untuk menjadi sebahagian daripada affiliate Involve Asia semakin ketat hari demi hari. Ada banyak juga permohonan baru yang kena REJECT kerana tak menepati syarat.

 

Kebetulan sebelum ini, permohonan saya diterima. Mungkin sebab saya ada blog. Bukan sebab ada blog semata-mata, malahan kena pastikan yang laman blog yang dibina tu mempunyai kunjungan trafik yang konsisten.

 

Baiklah.

 

Jika anda dah cuba untuk join Involve Asia, namun permohonan anda ditolak, apa kata dalam masa sebulan ke dua bulan ni, anda cuba bangunkan laman blog anda sendiri. Cuba target untuk siarkan lebih kurang 60 – 100 blog post dalam masa dua bulan, kemudian cuba sekali lagi buat permohonan untuk menjadi affiliate Involve Asia.

 

Kalau masih kena reject. Tak ada masalah. Fokus dulu untuk bangunkan blog anda. Dapatkan seberapa banyak trafik yang berkualiti untuk masuk ke blog anda, dan selepas mungkin 6 bulan, cuba sekali lagi untuk buat permohonan menjadi ahli Involve Asia.

 

Siapa tahu, mungkin percubaan seterusnya akan membuahkan hasil.

 

Program affiliate Trivago ini mungkin hanya akan berjalan untuk sementara waktu sahaja. MUNGKIN. Saya pun tak tau sampai bila ia akan terus berjalan. Biasalah tu. Setiap benda pasti akan ada pengakhirannya, kan.

 

Selagi peluang tu masih ada, kita buat aje. Cuba sehabis baik, dan usaha untuk hasilkan yang terbaik.

 

Kalau anda nak join program affiliate ini, boleh isikan borang pada laman web ini. Selamat mencuba dan semoga anda juga akan berjaya dapat komisen.

 

Exit mobile version