Blog Sabree Hussin

Hanya perlu share link dan anda akan dibayar RM50 SETIAP BULAN minima!

Jika anda telah menepati terma dan syarat.

 

Dari segi konsep, kaedah penjanaan pendapatan secara online seperti ini memang mudah. Anda tak memerlukan kemahiran mengendalikan sistem perkomputeran sehingga ke tahap seorang programmer. Kalau anda kata, kemahiran komputer anda setakat pandai untuk copy paste, itu pun dah memadai.

 

Semua orang ada peluang yang sama untuk berjaya. Cumanya, pendapatan yang akan dicapai oleh setiap orang tu sahaja yang mungkin akan berbeza-beza. Ikut pada sejauh mana dia sanggup berusaha. Kebiasaannya, benda yang senang nak buat ni la yang orang kita akan buat sambil lewa. Eh saya tak kata anda, saya cakap pasal diri saya sendiri.

 

Ok kisah dia macam ni, dua hari lepas, saya ada tulis tentang satu program yang membayar ahlinya pendapatan sekiranya ahli tersebut membantu mempromosikan iklan-iklan yang disediakan oleh pihak pengendali program. Program tersebut ialah Program Pengiklanan 8Share. Buat yang memang dah berpengalaman, dan dah biasa dengan program-program macam ni, anda boleh skip entri ni dan baca entri saya yang lain.

 

Entri ni saya tulis khas buat yang masih belum pernah buat sebarang duit di internet. Buat yang memang dah pandai tu, bolehlah tambah-tambah sikit info kat bawah ni.

 

Ini income saya di 8share pada 24 Jun 2015

 

Kat bawah ni pulak, income 8share saya pada 26 Jun 2015

 

Dalam masa lebih kurang 2 hari, pendapatan saya ada peningkatan sebanyak RM2.60

Ha ha ok fine

Bukan RM260. Dua ringgit 60 sen je.

Saya ingat, kalau saya nak claim pendapatan saya naik 3 angka pun tak ada masalah kot ha ha

Ps: Korang baik-baik sikit la dengan sifu sifu yang katanya income dia tiga angka la, 4 angka la, 5 angka la, tanya betul-betul kat diorang ni, apa maksud dia dengan 3 angka tu.

 

Baiklah, kembali kepada topik asal. Ini adalah contoh-contoh iklan yang kita perlu share dan dapatkan klik sebagai syarat untuk kita dapat komisyen dari program ni.

 

Sesetengah kempen iklan memang mudah nak dapatkan klik. Copy je link dia, kemudian paste dekat FB, terus ada ramai yang nak klik. Tanpa perlu bersusah payah langsung. Setiap klik pula, saya dibayar sebanyak 20 sen. Namun, ada juga sesetengah kempen iklan, cukup payah untuk di klik oleh orang lain.

 

Sama ada iklan tersebut tak menarik, tak relevan dengan audience ataupun sebab orang yang tengok iklan tu dah tau, kalau dia klik je iklan tu, nanti anda akan dapat duit. Ha ha at least saya kadang-kadang ada rasa macam tu.

 

Kenapa saya suka dengan 8share?

Saya bukanlah seorang yang betul-betul aktif mempromosikan program 8share dan juga mempromosikan iklan-iklan dari 8share ni. Tak… saya tak termasuk dalam kategori tu. Saya juga bukanlah seorang yang menjana pendapatan ribuan ringgit setiap bulan dengan 8share. Walaubagaimanapun, saya dah beberapa kali menerima bayaran dari program ini. Jadi, saya tak ada lah rasa kekok untuk bercerita tentang program ini, sebabnya ia memang betul-betul membayar ahlinya (bila dah cukup syarat)

 

Satu perkara yang buatkan saya suka dengan 8share ni ialah, dari kempen-kempen iklan yang disediakan di member area tu sebenarnya memberi saya peluang untuk mengukuhkan lagi asas dan kemahiran copywriting saya.

 

Eh ada kaitan ke? Mestilah ada kaitan.

 

Selama ni, bila saya tulis iklan pendek bagi tujuan melatih skil asas penulisan headline, saya boleh lihat sama ada ianya bagus atau tidak dengan cara melihat berapa ramai yang klik pada ayat iklan tersebut, berapa ramai yang tekan like, share dan sebagainya. Tetapi, bila saya ubah pendekatan, kali ini saya nak berlatih tulis headline dengan mempromosikan iklan-iklan dari 8share, bukan sahaja saya boleh dapat like dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama saya boleh dapat juga income dari program ini.

 

Walaubagaimanapun, tiada kemewahan segera dalam program ini. Setiap klik yang genuine, sah, dan valid anda hanya akan dibayar sebanyak 20 sen sahaja. Jadi, kalau anda membayangkan pendapatan sehingga ribuan ringgit, bermakna anda juga perlu dapatkan klik sehingga puluhan ribu klik banyaknya.

1 klik = 20 sen

10 klik = RM2

100 klik = RM20

1,000 klik = RM200

10,000 klik = RM2,000

 

Jika anda ingin mencuba, apa salahnya. Daftar pun sangat mudah. Hanya perlu klik sini.

 

Nanti bila dah mula dapat hasil, jangan lupa share dekat kawan-kawan lain pula dan ajar mereka pula macam mana nak buat duit macam yang anda berjaya dapat tu ya.

Ok entri ni sebenarnya adalah kesinambungan artikel terdahulu berjudul: Adakah anda mencari Program Buat Duit yang semudah kongsikan link dan dapatkan klik?

 

 

 

Exit mobile version