Blog Sabree Hussin

Kemaskini link affiliate Lazada kepada Smart Link untuk elak kehilangan komisen!

Beberapa bulan kebelakangan ini, saya dapati pendapatan yang terhasil menerusi Program Affiliate Lazada agak kurang memuaskan.

 

Tahun 2017, saya menerima 7 kali bayaran dari pihak Lazada. Tapi kali ini, pada tahun 2018, walaupun dah berada di bulan 6, saya baru menerima bayaran sebanyak dua kali sahaja.

 

Dari apa yang saya perhatikan, ia mungkin berpunca daripada beberapa faktor, seperti

(1) Link asal yang telah rosak

Ini berlaku disebabkan produk asal telah habis dijual. Jadi, apabila pembaca klik link tersebut, ia tak membawa pembaca blog ini ke halaman jualan, sebaliknya pembaca dibawa ke halaman page rosak.

Atas ini adalah contoh page yang telah rosak. Dulu, saya selalu juga promosikan restoran Seoul Garden menerusi laman web Lazada. Tapi nampaknya sekarang ini, tawaran tersebut telah ditamatkan dan saya tak jumpa lagi produk Seoul Garden dijual melalui Lazada Malaysia.

 

Broken link seperti ini, yang akan menyebabkan pembaca rasa kecewa dan seterusnya melupakan hasrat untuk berbelanja di laman web Lazada.

 

(2) Saya target pembaca yang berbelanja menggunakan desktop sedangkan pembaca yang sama membeli guna apps 

Saya perlu akui, pengguna internet di Malaysia rata-rata menggunakan smartphone untuk melayari internet. Pengguna smartphone juga semakin meningkat saban tahun.

 

Oleh kerana link affiliate yang saya gunakan hanya boleh track sales, jika mereka buat pembelian menggunakan desktop, maka saya terlepas banyak peluang untuk dapatkan jualan dari kalangan mereka yang menggunakan smartphone untuk berbelanja.

 

Lazada Malaysia melancarkan Smart Link untuk para affiliate

Sebelum ini, pihak Lazada ada memaklumkan tentang penamatan penggunaan fungsi MY Deeplink Generator untuk mendapatkan link affiliate.

 

Saya ada cerita tentang MY Deeplink Generator dan cara penggunaannya menerusi posting saya yang berjudul macam mana cara nak buat duit dengan Lazada.

 

Ok… oleh kerana sekarang ni, dah tak boleh guna MY Deeplink Generator, maka kenalah kita gunakan applikasi baru iaitu App Deeplink Generator.

Memandangkan saya dah mula mempromosikan produk-produk Lazada, sejak dari tahun 2015 lagi, bermakna memang banyak link affiliate saya yang dah mati dan tak berfungsi.

 

Link tersebut masih menerima klik dari pelawat dan pembaca blog ini, cuma ia dah tak berfungsi dengan sepatutnya. Bila pelawat klik link tersebut, pelawat itu tadi masih lagi akan dibawa ke laman web Lazada, cuma bezanya, jika pelawat tersebut membuat pembelian, saya tak akan menerima sebarang komisen.

 

Dari apa yang saya tanyakan kepada Christine, tiada komisen yang akan di rekodkan jika masih belum update kepada Smart Link.

 

Bagusnya penggunaan Smart Link ini ialah, kita selaku affiliate, akan dapat komisen, tak kira orang yang klik pada link affiliate kita tu, menggunakan smartphone atau laptop sewaktu menekan klik pada link affiliate kita.

 

Tapi… yang tak berapa bagusnya ialah, saya kena update semua link-link Lazada yang ada di laman web ini, dan juga lain-lain link yang saya siarkan di lain-lain blog kepunyaan saya.

 

Bila saya semak satu per satu, ternyata memang ada link yang dah tak berfungsi, dan pelawat akan dibawa ke halaman error. At least, bila berlaku perubahan macam ni, saya boleh update artikel terdahulu dan kemaskini kepada link yang masih elok.

 

 

Ini paparan untuk dapat smartlink atau App Deeplink Generator.

Cara pakai App Deeplink Generator tak jauh beza dengan MY Deeplink Generator sebelum ini. Tak susah pun. Ringkasnya

1. Pilih negara Malaysia

2. Masukkan link produk yang nak dipromosikan dalam ruangan Product URL for desktop

3. Tekan butang search atau gambar kanta dekat sebelah tu

4. Bila dah jumpa produk, klik pula pada Copy Link to Clipboard

 

Itulah dia link yang baru, yang kita perlu promosikan. Link yang baru ini, berkali ganda lagi panjang dari link affiliate yang dulu. Ini contohnya.

http://ho.lazada.com.my/SHdE0Y?web_url=https%253A%252F%252Fwww.lazada.com.my%252Fproducts%252Fsokano-15m-adjustable-kids-safety-anti-lost-wrist-band-toddler-harness-leash-strap-blue-i105634332-s107072165.html&deeplink=lazada%3A%2F%2Fmy%2Fd%3Fps%3DSO416TBAAELK5ZANMY-30296554

 

Kali ini, saya perlu gunakan plugin pretty link untuk pendekkan setiap url yang terhasil supaya nampak lebih kemas. Bawah ini adalah link yang telah saya pendekkan menggunakan plugin pretty link

https://www.sabreehussin.com/anti-lost-wristband

 

Kedua-duanya akan membawa anda ke laman web yang sama. Setelah saya lakukan kerja-kerja update link affiliate lama kepada yang baru, Alhamdulillah sales mula masuk.

Kali ini, sales yang masuk akan ada nama MY Smart Link Product Page Generator pada bahagian OFFER.

 

Walaubagaimanapun, sales yang masuk tak begitu rancak. Boleh jadi sebab sekarang ni tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat Islam yang merupakan pembaca majoriti blog ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kalau shopping sekarang ini pun, belum tentu akan dapat barang dalam masa yang cepat.

 

Maklumlah, syarikat kurier dah mula mengehadkan pergerakkan mereka. Tak apa, kita tunggu dan lihat hasilnya selepas raya nanti. Mudah-mudahan, ada perubahan dan jualan akan bertambah rancak. Baru semangat nak edit semula link-link lama yang mungkin dah tak berfungsi tu.

 

Baiklah, jika anda juga ada sertai program affiliate Lazada sebelum ini, dan anda juga menggunakan blog seperti saya sebagai medium pemasaran, saya sarankan anda cepat-cepat update link affiliate kepada Smart Link. Lagi lama anda tangguh, nanti lagi banyak sales yang anda akan kehilangan.

 

Buat pengguna servis url shortener seperti yang ditawarkan di bit.ly atau goo.gl mungkin anda perlu tukar semua sekali. Sebabnya, kalau tak silap saya, tak ada fungsi edit url disediakan. Ya, memang leceh tapi pasti usaha ini akan dirasakan berbaloi apabila ia mula memberikan sales kepada anda.

 

 

 

Exit mobile version