Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Lazada Julai 2016

Tahukah anda, bahawa laman web Lazada selain merupakan sebuah laman web shopping PALING popular, dan merupakan destinasi web untuk menghabiskan duit, ia juga sebenarnya membuka peluang kepada orang ramai untuk buat duit!

 

Bagi mereka yang suka shopping, laman web Lazada boleh dikatakan ada segalanya. Anda sebut sahaja apa yang anda mahukan dan cubalah buat carian di laman web Lazada. Anda mungkin akan terjumpa produk yang anda cari turut dijual di laman web ini.

 

Manakala untuk mereka yang masih lagi mencari-cari peluang bagaimana nak tambahkan pendapatan, kat laman web ini juga menyediakan caranya. Ya, anda boleh buat duit dengan Lazada menerusi program affiliate yang ditawarkan oleh mereka.

 

Komisen Affiliate Lazada bagi bulan Julai 2016 ini adalah merupakan bayaran kali yang keempat saya terima sepanjang saya menyertai program affiliate ini. Untuk bulan Julai ini bayaran yang saya terima adalah sebanyak RM102.64

Buat masa ni nampaknya komisen yang saya terima dari Lazada agak kurang stabil. Kali terakhir saya terima bayaran komisen adalah pada bulan May 2016 yang lalu. Bulan June tak dapat sebarang komisen, kemudian bulan Julai baru dapat komisen, itupun jumlahnya agak menurun kalau nak dibandingkan dengan bulan-bulan sebelum ini.

Baca juga: Komisen Affiliate Lazada May 2016  

 

Pasti ada hikmahnya. Dipihak saya, mungkin usaha untuk saya dapatkan jualan ni masih lagi ditahap yang agak lemah. Masih ditahap biasa-biasa, sebab tu income pun agak biasa-biasa jugak. Kalau nak lihat pada faktor luaran, mungkin sebab faktor bulan Ramadhan dan bulan Syawal ni orang agak kurang shopping online. Mungkin la.

 

Lagipun apa yang saya dapat perhatikan, kebiasaannya sempena musim perayaan ni, memang akan ada peniaga tak kiralah sama ada yang meniaga secara online mahupun yang meniaga secara offline akan menghadapi situasi dimana pendapatan dan jualan mereka jatuh merundum. Orang ramai terpaksa save budget bagi digunakan semasa musim perayaan daripada berbelanja sakan.

 

Tarikh bayaran pada invois tak sama dengan tarikh bayaran diterima

Sebenarnya saya rasa agak pelik jugak dengan sistem bayaran dari Lazada ni. Kalau kita rujuk kepada invois, bayaran sepatutnya dibuat pada 8 Julai 2016.

 

Akan tetapi, saya hanya menerima bayaran pada tarikh 22 Julai 2016. Ini bayaran yang masuk ke akaun Maybank saya.

Saya pun tak pasti kenapa jadi macam ni. Mungkin ini memang sistem pembayaran yang digunakan oleh pihak Lazada. Ada tempoh masa bertenang kot sebelum para affiliate menerima bayaran. Mungkin la. Saya pun tak berapa pasti. Tak kisahlah walau lambat, asalkan dapat. Daripada langsung tak ada komisen yang masuk kan.

 

Fokus pada Program Affiliate Lazada sahaja

Saya ada sertai beberapa program buat duit secara online. Dalam banyak-banyak tu, saya dapati program dari Lazada ini adalah antara yang agak mudah untuk dapat bayaran.

 

… dan ya, ia tak sesukar mendapatkan jualan jika nak dibandingkan dengan program referral Tone Excel.

 

Semasa awal-awal saya sertai program Tone Excel, saya ambil masa yang agak lama juga untuk berjaya capai komisen tiga angka (ratusan RM) dari program tersebut. Memang betul produk sim kad ini adalah produk keperluan, namun demikian, di luar sana ada banyak lagi jenama simkad yang dipasarkan yang menjadi pesaing kepada Tone Excel.

 

Jika prospek telahpun menggunakan simkad Celcom, Maxis, Digi atau lain-lain simkad, sebenarnya bukan mudah untuk mengajak mereka bertukar kepada simkad Tone Excel. Itu baru cabaran pertama. Cabaran seterusnya adalah untuk membantu prospek kita tu tadi untuk dapat komisen sama seperti yang kita perolehi.

 

Ia tak susah. Namun mencabar. Lebih mencabar kalau prospek yang kita dapat tu memang jenis yang banyak alasan dan selalu ada kekangan untuk buat kerja. Bila saya kata buat kerja, maksud saya ialah buat pemasaran, sama ada secara online atau offline.

 

Jika selepas satu tempoh masa, dia masih gagal dapat komisen dari Tone Excel, kebarangkalian untuk dia tukar kepada telco asal atau kepada lain-lain telco juga sangat tinggi. Jadi kat sini, apa yang saya nampak ialah, jika prospek atau pelanggan kita tu masih tak nampak income walaupun setelah satu tempoh masa sertai Tone Excel, sampai satu tahap dia akan give up dan tukar kepada telco lain.

 

Ok… sekarang saya nak bandingkan dengan Program affiliate Lazada pula. Walaupun dari segi perbandingan, ianya tak sama, dan bukannya perbandingan antara epal dengan epal, namun saya buat juga perbandingan ini sebabnya kaedah pemasaran yang akan dan biasa saya gunakan adalah SAMA SAHAJA.

Saya menggunakan medium BLOG untuk mempromosikan dan memperkenalkan simkad Tone Excel.

Saya juga menggunakan medium BLOG bagi mempromosikan produk dari Lazada.

 

In fact, saya gunakan blog yang SAMA. Usahanya SAMA sahaja. Saya masih lagi perlu buat kajian kata kunci, saya perlu menyediakan artikel, dan saya juga perlu sediakan bahan promosi.

 

Namun bila disebutkan dari segi hasil, ianya amat berbeza sama sekali.

 

Pengalaman saya dengan Tone Excel, saya pernah dapat komisen melebihi RM600. Walaubagaimanapun, dengan Lazada ni, saya masih lagi belum nampak ada tanda-tanda saya bakal mencapai jumlah tu.

 

Tak apa. Be positive dan teruskan usaha. Siapa tahu, keajaiban akan berlaku satu masa nanti, dan ada pelanggan yang beli barang harga puluhan ribu di laman web Lazada.

 

Tips promosi Lazada sampai dapat komisen

Erm… rasanya lain kali la saya cerita. For the time being, saya fokus untuk dapatkan lebih banyak klik pada link affiliate saya. Itu sahaja.

 

Jika anda juga ingin buat duit dengan program affiliate lazada ni, saya syorkan anda juga buat benda yang sama. Dapatkan seberapa banyak klik pada link affiliate anda.

 

Kalau sebelum ini, sehari cuma ada 10 klik, kali ini target untuk dapatkan 20 klik sehari.

Kalau sebelum ini dah ada 30 klik, kali ini cuba dapatkan 60 klik.

Teruskan buat kerja-kerja pemasaran sampailah bilangan klik yang anda terima tu mencecah 100 klik minima sehari.

Bila dah capai angka 100 klik tu, jangan cepat puas hati pulak. Target untuk naikkan lagi jumlah klik kepada 200, 500, atau mungkin 1,000 klik setiap hari.

 

Formulanya, lagi banyak klik bermakna ada lagi ramai orang yang pernah akses laman web Lazada menerusi link affiliate anda. Jika dalam masa 30 hari, kesemua individu ini membuat pembelian, walaupun hanya untuk satu produk sahaja, itu dah cukup untuk bantu anda jana komisen dari Lazada.

 

Saya harap anda boleh cuba sendiri, dan In Shaa Allah, anda juga ada peluang untuk berjaya buat duit dengan program ini. Selamat mencuba dan selamat menjana komisen dari lazada.

 

Exit mobile version