Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Lazada September 2016

Sebenarnya masih ramai lagi yang tak tau, bahawa dengan menyertai Program Affiliate Lazada Malaysia, kita boleh jana pendapatan tambahan dari rumah dengan cara berkongsikan link affiliate kita sahaja.

 

Hanya perlu kongsikan link sahaja dah boleh buat duit? Betul ke ni?

 

Ya sudah tentu. Memang itulah yang saya lakukan selama ini untuk cari duit dengan menjadi ejen affiliate Lazada. Nak kata saya ni hebat sangat itu tidaklah… sebabnya masih ada ramai lagi ejen affiliate Lazada kat luar sana yang berjaya jana komisen ribu-ribu ringgit setiap bulan. Mereka ni diam-diam je buat duit.

Langsung tak pernah cerita kat sesiapa. Mereka ni senyap-senyap buat duit tanpa ada sesiapa yang tahu.

 

Kalau nak diikutkan, saya pun boleh buat macam yang diorang ni buat. Dapat duit dari Lazada, diam je. Tak payah nak bagitau sesiapa… Makan sorang-sorang. Tapi saya berpendapat bahawa saya juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk menghebahkan kepada orang lain bahawa kat website Lazada ni korang sebenarnya boleh buat duit tau!

 

Anda mungkin tak perasan, atau anda mungkin mengambil pendekatan untuk tak nak ambil peduli. Namun sedarkah anda bahawa kat sekeliling kita ni ada ramai orang yang mengalami kerugian hingga ribu-ribu ringgit sebabnya tersilap join program dan juga skim yang rupa-rupanya skim cepat kaya.

 

Mereka tertipu dan terpesona dengan peluang untuk hasilkan pulangan mudah tanpa perlu usaha apa-apa. Hanya perlu keluarkan modal sekali sahaja dan tunggu hasilnya setiap bulan.

 

Pengasas skim cepat kaya ini begitu licik sekali. Adakalanya program mereka (skim cepat kaya) berselindung disebalik nama yang ala-ala islamic, ada yang mengeksplotasi nama pelaburan emas, pelaburan saham, pelaburan hartanah dan macam-macam lagi.

 

 

Semua ini sudah tentu bertujuan untuk mengaburi mata bakal peserta.

 

Selepas dah ramai yang join, akhirnya pengasas program ini lari. Tiba-tiba mereka menghilangkan diri dan program jatuh begitu sahaja. Yang rugi adalah peserta.

 

Dah la keluar modal sampai ribu-ribu ringgit, duit hasil penat lelah bekerja selama bertahun-tahun, akhirnya semuanya hilang begitu sahaja. Punyalah terpengaruh sebab nak buat duit cepat.

 

Sesetengah orang ada yang sanggup ambil risiko untuk ditipu sekali lagi bagi mendapatkan semula modal yang dah lesap sebelum ini. Ini namanya tak serik-serik. Dari satu skim ke satu skim. Berkubur skim yang lama, join pula skim yang baru.

 

Bermula dengan kena tipu, akhirnya perlahan-lahan diri sendiri pula yang jadi penipu profesional.

 

Saya harap dengan usaha saya yang kerdil ini, saya dapat memecahkan rantaian penipuan seperti itu. Caranya? Caranya adalah dengan memberitahu kepada pembaca dan pelawat blog ini, bahawa anda sebenarnya boleh lupakan sahaja skim-skim yang nampak sangat too good to be true itu dan sertai program yang memang betul-betul sah.

 

 

Program yang saya maksudkan itu ialah Program Affiliate Lazada Malaysia ini lah. Ini adalah bayaran komisen Lazada yang telah dibayar kepada saya bagi bulan September 2016 ini.

Jumlahnya adalah sebanyak RM221.40

 

Ya saya tahu, bagi sesetengah orang, jumlah ini tidaklah seberapa. Namun saya kenal ada ramai lagi yang merasakan jumlah seperti ini pasti dapat berikan kehidupan yang lebih baik buat keluarga masing-masing.

 

Kalau anda benar-benar follow blog ini, anda pasti perasan yang sebenarnya saya dah beberapa kali berikan tips bagaimana nak hasilkan pendapatan dengan program affiliate Lazada ini.

 

Ada sesetengah orang yang saya jumpa, dia fokus pada teknik SEO untuk promosikan produk-produk dari Lazada. Ya, teknik tersebut pun bagus. Cuma penat sikit la. Akan tetapi, ianya memang berbaloi. Tidak mustahil untuk anda dapat banyak komisen hasil daripada teknik SEO walaupun pada waktu itu anda dah berhenti mempromosikan barang-barang dari Lazada.

 

Apa pun, jika anda ingin menggunakan blog sebagai medium pemasaran, teknik SEO adalah teknik wajib guna. Anda boleh bangunkan blog ala-ala blogshop jika mahu, namun jangan sesekali abaikan teknik SEO. Panduan untuk belajar hasilkan blog dengan konsep blogshop boleh dapatkan di pautan ini.

Kalau anda tak tau macam mana nak main SEO, sila belajar. Kalau rajin, anda juga boleh ceduk beberapa tips SEO dalam blog ini. Untuk memudahkan anda, sebagai permulaan boleh baca post saya yang bertajuk Panduan ASAS SEO Untuk Blog.

 

Komisen dari Lazada ini mula di bank in ke akaun Maybank pada tarikh 28 September 2016. Terima kasih Lazada dan terima kasih kepada para pelawat, pembaca dan pelanggan Lazada yang membeli menerusi link affiliate saya. Saya doakan semoga anda semua semakin beroleh rezeki yang melimpah ruah.

 

Jika anda ingin jimat dan beli pelbagai barang dengan harga lebih rendah dari harga pasaran, bolehlah sentiasa untuk semak laman web Lazada Malaysia ini ya.

 

Exit mobile version