Tahukah anda, laman web Lazada sebenarnya ada membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar menjadi ejen affiliate atau nama lainnya ejen promosi?
Khas buat mereka yang suka kongsi-kongsi link, tak kiralah sama ada nak kongsi link di blog, laman web, facebook, twitter dan mana-mana tempat lain yang boleh kongsi link, program affiliate lazada ini boleh jadi amat sesuai untuk anda.
Kerjanya juga tidaklah sesukar mana. Hanya perlu dapatkan link promosi dan mula promosi. Itu sahaja. Apabila ada pelanggan yang buat belian menerusi link anda, maka dari situ anda akan terima upah.
Kadar upah yang paling tinggi boleh diperolehi ialah 12%. Sekarang, cubalah bayangkan jika anda berjaya menjual produk yang agak mahal, sebagai contoh produk yang berharga RM2,000 dan komisyen anda pula adalah sebanyak 12%.
Berapa agaknya pendapatan yang boleh anda perolehi dari Lazada? Jawapannya ialah RM240. Kalau tanya saya, ianya cukup lumayan, dengan mengambil kira bebanan kerja yang perlu kita lakukan yang sangatlah minima.
Walaubagaimana, kebiasaannya peratus komisyen yang saya terima adalah sekitar 6% sahaja. Sebenarnya, ia bergantung juga kepada jenis produk atau ketagori produk yang berjaya dijual.
“Bagaimana cara nak join program affiliate Lazada?”
Sebenarnya, pada saat catatan ini dibuat, terdapat dua cara bagaimana anda boleh jadi seorang ejen affiliate bagi laman web Lazada. Sila teruskan pembacaan ya.
(1) Menerusi platform yang dibangunkan oleh HasOffers.com
Sebelum ni, kalau kita nak jadi ejen affiliate berdaftar untuk Lazada, kita akan dapatkan akaun dengan pihak HasOffers.com
Sama la dengan saya. Saya pun ada buka satu akaun dengan hasoffers. Bawah ni pula adalah screenshot komisyen dari Lazada yang dapat saya hasilkan untuk bulan Januari 2016.
Tak ada la banyak mana. Buat masa sekarang ni, dalam sebulan Alhamdulillah, saya dapat maintain dalam 10 sales minimum. Memang ada banyak benda kena buat dan memang kena usaha dengan lebih keras lagi untuk dapatkan income yang lebih baik dengan Program Affiliate Lazada ni.
Komisyen (pay out) yang anda dapat lihat diatas adalah dalam matawang USD. Pihak HasOffers akan menukarkan (convert) kepada matawang RM pada hari invoice dikeluarkan. Jadi, siapa-siapa yang terasa nak buat duit dalam matawang USD, ha… kat sinilah tempatnya.
Tak perlu susah payah nak keluar negara. Hanya dari keselesaan rumah anda, hanya semudah mendaftar sebagai ejen affiliate untuk Lazada, anda dah boleh jana pendapatan dalam matawang USD. Cool kan?
Untuk mendaftar sebagai ejen affiliate Lazada, anda boleh terus ke laman web Lazada dan klik pada pautan Affiliate Program ataupun boleh juga klik pada pautan ini.
Sebaik sahaja anda menekan klik pada pautan tersebut, paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.
Klik pada butang SIGN UP.
Seterusnya anda akan dibawa ke halaman seperti berikut.
Pada langkah ini, anda hanya perlu masukkan alamat emel dan juga password pilihan anda. Maklumat ini bakal diperlukan untuk anda log in ke member area.
Setelah anda melengkapkan step diatas, anda akan diminta untuk berikan maklumat berkaitan diri anda dan melengkapkan profile anda.
Maklumat yang akan diminta adalah seperti nama anda, alamat, nombor telefon, nama syarikat (jika ada), nama laman web milik anda dan sebagainya. Isi sahaja seperti yang dimahukan oleh pihak Lazada.
Anda perlu ada laman web sendiri bagi memudahkan anda menjalankan kerja-kerja promosi produk-produk di lazada. Meskipun anda boleh terus mula promosi walaupun hanya ada akaun Facebook, twitter, linked dan lain-lain akaun media sosial, namun pada pandangan saya, mempunyai laman web sendiri adalah lebih baik.
Sekurang-kurangnya anda perlu ada laman blog. Saya sendiri menggunakan blog dalam kerja-kerja promosi produk Lazada.
Ini pula adalah sebahagian daripada contoh komisen yang pernah saya perolehi.
Seperti yang anda dapat lihat, komisen dari program ini tidaklah begitu besar. Ianya dalam bentuk sen-sen sahaja. Walaupun begitu, sebenarnya ia dalam matawang USD. Jadi, kalau nak tahu berapa nilainya dalam matawang RM, anda kenalah convert dulu.
Cuba lihat pada bahagian yang saya tandakan pada kotak berwarna merah. Pada tarikh tersebut, saya berjaya hasilkan komisen sejumlah USD22.30
Di laman web Lazada, ada juga produk yang MAHAL harganya. Jika lagi mahal produk yang dibeli oleh pelanggan, maka lagi tinggilah komisen yang bakal diperolehi.
Bagi sesetengah orang, mereka merasakan yang memiliki laman web sendiri, atau blog untuk mempromosikan program affiliate lazada ni seperti satu beban.
Padahal, ia bukannya satu beban. Sebaliknya, apabila mempunyai laman web sendiri, dan laman web anda tu mempunyai pelawat setiap hari sehingga ribuan orang, anda boleh dapat komisen dari Lazada secara automatik dan pasif.
Kebanyakkan jualan dan komisen yang saya terima, saya tak tau pun apa produknya. Saya hanya update blog seperti biasa, kemudian masukkan link affiliate Lazada di mana-mana bahagian pada artikel yang saya rasakan sesuai.
Kemudian, apabila ada pembaca yang klik pada link tersebut, lalu membuat pembelian di laman web Lazada, maka saya dapat komisen. Bukankah ini lebih senang berbanding kena setiap hari update status kat Facebook, twitter atau lain-lain media sosial?
Apapun, ia terpulang pada strategi pemasaran masing-masing.
Saya lebih selesa menggunakan blog seperti ini, dan pada saya, strategi ini lebih berkesan pada saya.
Anda tak semestinya perlu ikut kaedah saya. Namun, kaedah saya ini, dah terbukti, PROVEN, berjaya hasilkan jualan dan komisen.
Update 2019: Untuk pengetahuan anda, bagi pendaftaran program affiliate, pihak Lazada telah memperkenalkan platform yang baru.
Memandangkan pihak Lazada sudah tidak menggunakan platform HasOffers lagi, anda boleh abaikan perkongsian sebelum ini.
Saya nak tunjukkan cara baru untuk anda sertai program affiliate Lazada.
Pergi ke halaman https://www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program/ atau terus ke http://adsense.lazada.com.my
Paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Kalau sebelum ini belum pernah jadi member, klik pada perkataan Register here.
Anda akan dibawa ke halaman yang meminta anda untuk isikan nama dan butiran diri anda.
Isikan maklumat yang diminta selengkapnya dari mula sampai habis.
Jika anda berikan maklumat dengan lengkap, TAHNIAH, anda kini telah berjaya daftar sebagai affiliate Lazada. Lepas ni boleh mula login ke member area dan mula buat kerja-kerja pemasaran.
Sebenarnya saya rasa pening juga, bila pihak Lazada mula menukar platform untuk affiliate mereka. Ada banyak link affiliate sebelum ini yang pernah menyumbangkan sales untuk saya secara automatik, dengan tiba-tiba terus dah tak boleh pakai.
Saya kena semak balik entri-entri lama dalam blog, update link yang dah tak boleh pakai untuk ditukarkan dengan link yang baru. Kerja ini memang sangat memakan masa, tapi nak buat macam mana kan.. kalau tak update, tak dapat la komisen.
Bila saya dah mula update link lama kepada link yang baru, barulah sales masuk seperti biasa. Ya, secara automatik juga, sebab saya gunakan kaedah pemasaran blog dan search engine optimization.
Sekarang ini paparan komisen adalah seperti diatas ini. Saya lebih suka paparan yang sebelum ini kalau nak bandingkan dengan yang sekarang.
Tak apalah… asalkan boleh buat duit, saya rasa saya tak perlu ada rasa suka pun tak apa.
(2) Sertai program affiliate Lazada menerusi Involve Asia
Involve Asia dah pun dibangunkan sejak dari tahun 2014 lagi. Namun, mungkin sebab kurangnya publisiti, jadi agak ramai yang tak tau tentang kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada platform ni.
Saya sendiri baru tau tentang laman web ini sekitar pertengahan tahun 2015, dan cuma baru-baru ni saya mula aktif mempromosikan produk-produk merchant yang bekerjasama dengan Involve Asia.
Anda boleh klik sini untuk dapatkan akaun dengan Involve Asia.
Paparan seperti dibawah akan kelihatan. Isikan sahaja maklumat yang diperlukan.
Syarat dan maklumat yang diperlukan juga sebenarnya tak banyak beza dengan hasoffers.
Sekiranya pautan diatas sudah tidak berfungsi, anda juga boleh join menerusi Involve Asia menggunakan link ini.
Kalau anda lihat pada screenshot diatas, menerusi Involve Asia, anda bukan sahaja boleh mempromosikan produk-produk di Lazada, malahan boleh juga promosikan laman web enjin carian hotel Trivago dan turut dibayar komisyen.
Komisyennya adalah dalam matawang RM dan ia lebih mudah. Kenapa saya kata lebih mudah? Sebab dalam laman web utama Lazada, matawang yang digunakan juga adalah dalam nilai RM.
Saya rasa agak rumit bila transaksi dalam RM, kemudian komisyen ditukar dalam matawang USD, tak lama lepas tu bila nak bayar komisyen, kena convert semula ke RM. Dalam pengiraan saya, lebih mudah kalau awal-awal lagi menggunakan matawang RM atau satu jenis matawang sahaja.
Jadi lepas ni, anda nak buat yang mana satu?
Saya akan buat kedua-duanya sekali. Rasanya, kalau dapat bayaran dari kedua-dua program, ia lebih menyeronokkan dan lebih mengujakan. Bukankah begitu?
Jika anda sependapat dengan saya, bermakna kita geng! Jom sedut lebih banyak komisyen dari laman web Lazada.