Blog Sabree Hussin

Komisen Affiliate Lazada April 2016

Alhamdulillah. Bulan April ni, saya masih lagi berpeluang untuk menerima bayaran dari program affiliate yang dikendalikan oleh pihak Lazada. Ini merupakan bayaran komisen yang kedua, yang saya terima daripada platform eCommerce terbesar di Asia Tenggara ni.

 

Nama Lazada memang dah tak asing lagi dalam kalangan pengguna internet di Malaysia. Malahan tak salah kalau dikatakan, Lazada adalah salah satu laman web eCommerce paling dikenali di Malaysia. Ada banyak barangan yang boleh kita beli di Lazada.

 

Pada hari ini, saya perhatikan, ada banyak jenama-jenama dan perniagaan yang menyertai Lazada dengan menjual produk mereka menerusi platform yang dibangunkan oleh Lazada. Antara yang saya boleh senaraikan adalah seperti Borders, Tesco, Shaklee dan banyak lagi.

Sebenarnya ada terlalu banyak produk dan jenama-jenama popular boleh didapati di laman web Lazada ini. Sebahagiannya dijual dengan harga yang begitu murah, iaitu lebih murah berbanding harga di kedai-kedai, dan ada waktu-waktu tertentu, pelanggan boleh nikmati potongan harga yang begitu tinggi, iaitu sehingga 90% diskaun.

 

Memang gila! Kat luar memang tak akan dapat diskaun seperti ini. Tetapi, kalau beli kat laman web Lazada, anda mampu untuk menikmati kelebihan-kelebihan dan penjimatan tersebut. No wonder, setiap hari makin ramai yang berkenan untuk beli barang kat laman web Lazada.

 

Apa pun, kita beruntung kerana Lazada ada menawarkan program affiliate yang kita boleh sertai. Jika dilakukan dengan betul, In Shaa Allah, kita juga boleh buat duit dengan Lazada. At least, terisi juga kegiatan kita secara online dengan perkara yang memberi manfaat.

 

Biarlah orang lain habis duit bila bukak laman web Lazada. Tapi kita? Kita ISTIMEWA. We are special. Kita dapat duit dengan Lazada.

 

Ini invois bayaran yang saya terima dari Lazada. Jumlahnya adalah sebanyak RM158.20. Untuk sesetengah orang, jumlah ini mungkin tidak sebanyak mana. Saya percaya, setengah orang, dia shopping lebih banyak daripada yang saya dapat ni. Setakat seratus lebih, apalah sangat.

 

Bagus. Saya suka orang seperti itu. Kalau boleh, shopping la lebih banyak lagi. Namun sebelum shopping, pastikan anda klik link ini untuk layari laman web Lazada. Dengan ini, setiap perbelanjaan yang anda lakukan, saya akan dapat sedikit komisen. Berapa banyak? Kira-kira 6% sahaja.

 

Buat para pembaca dan pelawat sekalian, yang masih lagi no idea, dan masih lagi mencari-cari peluang untuk buat duit online, sekarang ni peluang ada di depan mata. Anda boleh buat duit dengan Lazada. Bila saya kata, anda boleh buat duit dengan Lazada, saya bukan cakap kosong. Saya dah buktikan. Saya sendiri dah berjaya buat duit dengan Lazada.

 

Jadi apa yang anda tunggu? Apa yang menghalang anda untuk bersama-sama saya, dan ramai lagi para affiliate lain untuk buat duit dengan Lazada?

 

Kali pertama saya menerima bayaran dari program affiliate Lazada adalah pada bulan Mac 2016. Anda boleh baca artikel saya yang sebelum ini, berjudul:

Klik untuk baca: Komisyen Affiliate Lazada March 2016 

 

Pada mulanya, saya juga kurang yakin. Bukannya saya tak yakin yang lazada akan membayar saya, sebaliknya saya tak yakin dengan diri saya sendiri. Saya ragu-ragu. Betul ke saya akan mampu buat duit dengan Lazada.

 

Kemudian saya ubah gaya pemikiran. Lupakan itu semua. Asalkan saya buat kerja saya, buat kerja-kerja promosi, In Shaa Allah, lambat laun pasti akan ada hasilnya. Cepat atau lambat, banyak atau sedikit, semua tu saya serahkan pada yang Maha Memberi Rezeki. Bak kata kawan-kawan Tone Excel, BUAT AJE…

 

Dua bulan berturut-turut dapat komisen dari Lazada… Saya rasa ini satu pencapaian yang patut dibanggakan. Oh bukannya niat nak bangga diri, tetapi sekadar nak memotivasikan diri. Jika buat dengan sepenuh hati, tak mustahil untuk jadikan laman web Lazada ni sebagai sumber pendapatan utama lagi konsisten setiap bulan.

 

Sekali lagi saya perlu tegaskan kat sini. Saya berkongsi kisah ini bukan untuk membangga diri atau untuk menunjuk-nunjuk berapa banyak yang saya dapat. Sebaliknya saya tulis semua ini, adalah untuk anda. Ya, anda. Anda yang sedang membaca perkongsian saya ini.

 

Tak ada istilah buat duit dengan mudah di internet. However, as long as you know what to do, and how to do it correctly, saya percaya anda juga boleh dapat seperti mana yang saya dapat.

 

Berapa banyak yang saya dapat, ITU LANGSUNG TAK PENTING. Ianya sekadar angka. Namun, satu yang saya nak anda tahu, anda memang boleh buat duit dengan Lazada.

 

Dalam sebulan ada dalam 30 hari. Jika anda konsisten buat marketing, saya percaya, pasti akan ada sales dan komisen yang akan anda terima. Ringkasnya, anda buat kerja, pasti anda akan terima upahnya.

 

Pengalaman saya sendiri, saya juga terpaksa tunggu agak lama untuk merasa komisen dari Lazada. Saya dah join program affiliate Lazada kalau tak silap saya sejak dari tahun 2015 lagi. Tapi waktu tu, saya tak pernah dapat merasa sebarang komisen. Mungkin silap saya sendiri. Saya yang tak buat kerja betul-betul.

 

Masuk tahun 2016, saya kena sedar diri. Kehidupan akan menjadi makin mencabar. Kalau serius nak hidup dengan lebih selesa, atau mungkin lebih baik, memang kena buat sesuatu. Saya temui jawapan dan jalan penyelesaiannya di Lazada.

 

Kita berhak untuk berusaha. Ada rezeki, In Shaa Allah, ada lah habuannya. Mudah-mudahan bulan depan akan dapat lagi komisen dari Lazada.

 

Apa pun, jika anda minat nak join sebagai affiliate Lazada, saya pernah kongsikan caranya di blog ni. Silalah baca perkongsian saya sebelum ini.

Klik untuk baca: Program Affiliate Lazada: Bagaimana cara daftar sebagai ejen affiliate?

 

Silakanlah baca. Hadamkan kemudian bertindaklah. Ini mungkin peluangnya untuk anda gembirakan insan yang tersayang, yang bergantung kepada anda. Ini masanya.

 

… dan jika anda terlepas pandang, tiada sebarang bayaran yang dikenakan untuk menjadi ejen affiliate. Dah la tak kena bayar apa-apa, kini anda boleh buat banyak duit pula dari lazada. Jadi lepas ni, bolehlah tinggalkan apa-apa program, skim dan pelaburan-pelaburan mengarut yang belum tentu lagi boleh beri anda sebarang pendapatan.

 

Fokus kat Lazada ni sahaja dah kira ok!

 

 

Exit mobile version