Blog Sabree Hussin

Adakah Teknik SEO sesuai untuk mempromosikan Bisnes Anda?

Sekiranya anda menjalankan perniagaan online anda sendiri, saya pasti anda pernah dengar istilah SEO. SEO ini merupakan singkatan bagi Search Engine Optimization. Memandangakan sebutan bagi istilah ni agak panjang, jadi kita akan gunakan singkatan bagi SEO sahaja.

 

Jadi pada hari ini, saya nak ajak anda semua untuk bincang-bincang tentang SEO. Saya akan cuba dengan sebaik mungkin untuk beri penerangan ringkas supaya konsep SEO ini tidak kelihatan begitu janggal dan nampak complicated.

 

Saya akan mulakan dengan bertanyakan soalan mudah.

“Dari mana anda memperolehi pelanggan yang membeli produk yang anda niagakan atau promosikan?”

 

Dah dapat jawapannya? Fikirkan ya. Pegang dulu jawapan anda.

Beberapa tahun kebelakangan ini, sekitar tahun 2009 macam tu, teknik SEO merupakan salah satu teknik paling popular untuk dapatkan prospek dan pelanggan untuk sesuatu perniagaan yang dijalankan secara online.

 

Pada masa tu, laman media sosial yang popular ialah friendster, myspace, tagged dan lain-lain lagi. Kewujudan laman media sosial seperti ini pulak hanya menarik minat golongan remaja.

 

Saya pun tak pasti sebab apa orang dewasa tak minat nak daftar mana-mana social network. Mungkin juga sebab marketing plan mereka yang hanya mensasarkan golongan remaja.

 

Ataupun mungkin golongan yang lebih senior ini masih belum nampak keupayaan sebenar penggunaan media sosial, atau mungkin sebab pada waktu itu, jaringan internet dan penggunaan peranti yang boleh mendapat akses internet masih lagi terhad. Tidak seperti sekarang, yang mana kita boleh melayari internet hanya menggunakan smart phone sahaja. Agaknya la…

 

Sekitar 2010 – 2011, kalau anda nak menjual sesuatu produk secara online, antara tempat terbaik ialah di forum. Kemudian, ebay, mudah.my, lelong dan sebagainya.

 

Pendek kata, pada waktu tu, idea untuk menjual sesuatu di laman media sosial merupakan sesuatu yang sangat asing. Macam yang saya dah kata tadi, majoriti yang minat dengan social network ni hanya golongan remaja, yang mana kebanyakkan mereka ini mempunyai kuasa membeli yang rendah.

 

Lagipun, penggunaan social network adalah lebih kepada untuk menambah kenalan, berhibur, dan sekadar untuk menghabiskan masa yang ada.

 

Berbalik kepada persoalan tadi, dari mana datang pelanggan anda?

Sekarang ni 2014. Rata-rata kenalan saya yang buat bisnes online, pelanggan mereka adalah datangnya dari Facebook.

 

Bukan satu perkara yang mustahil, lagipun, Facebook ini diterima pakai hampir semua peringkat usia. Dari yang masih kanak-kanak hinggalah yang vateran. Semua ada FB.

 

Walaubagaimanapun, seringkali saya ingatkan diri saya, FB adalah tempat untuk orang bersosial. Bukan berjual beli. Mood pengguna FB adalah untuk bersosial.

 

Jika anda ingin menjual sesuatu di FB, dan anda menggunakan personal profile anda sendiri, satu-satunya teknik yang sesuai untuk anda gunakan ialah soft selling.

 

Hard selling is a no no.

 

Jangan sesekali guna hard selling. Jika anda berdegil, dan tetap mahu gunakan teknik hard selling, jangan salahkan sesiapa kalau iklan produk anda hanya dipandang sepi.

 

Sekarang ni kita dah tahu, salah satu tempat terbaik untuk cari pelanggan ialah di laman FB. Alternatif bagi FB?

Ada… jawapannya ialah di search engine. Antara search engine yang popular ialah Google, Yahoo!, dan Bing. Ini semua adalah contoh-contoh laman carian yang popular.

 

Pada waktu bila anda akan bergantung pada laman carian seperti google?

Jawapan: ___. (sila isikan jawapan anda sendiri)

 

Kalau saya secara personally, saya akan mula guna search engine setiap kali saya

  1. Ada persoalan tentang sesuatu isu
  2. Perlukan informasi terhadap sesuatu perkara
  3. Ada masalah yang perlu diselesaikan
  4. Nak tau pendapat orang lain tentang sesuatu produk, terutama sekali sebelum saya buat sebarang pembelian
  5. Nak cari maklumat (eh sama la tu dengan nak cari informasi)

 

Lazimnya, mereka yang menggunakan search engine mempunyai kecenderungan yang lebih tinggi untuk membeli sesuatu produk berbanding pengguna laman sosial seperti FB.

 

Ya. Ia turut bergantung kepada berapa urgent masalah/isu/informasi/maklumat tersebut diperlukan.

 

Saya akan ambil contoh, seorang Ibu ada masalah dengan anak remajanya. Masalahnya ialah si anak tersebut degil dan kuat melawan.

 

Untuk selesaikan masalah ini, adakah si ibu tadi akan cari jawapannya di FB? Hmm… saya tak fikir begitu. Kalau nak cari jawapan di FB, mungkin akan ambil masa yang sangat lama.

 

Logiknya, si Ibu tadi pasti akan cuba dapatkan jawapan di laman web google. Itu pun jika si Ibu itu tadi bernasib baik.

Masalah si ibu tadi ialah, anak degil dan tak mendengar kata serta kuat melawan. Lalu bila dia search di google, akan keluar beberapa cadangan kata kunci, iaitu

Masalah anak degil

Mengatasi masalah anak degil

Menangani masalah anak degil

Atasi masalah anak degil

 

Anda ada produk yang sesuai yang boleh menyelesaikan masalah ini?

Saya ada. Untuk ibubapa yang mempunyai masalah anak degil boleh berikhtiar menerusi terapi minyak wangi kasturi Syifa’ Al-Muafi.

Setiap orang yang memerlukan informasi tentang cara atasi atau cara menangani masalah anak degil adalah prospek yang bagus untuk jadi pembeli produk minyak wangi kasturi Syifa’ Al-Muafi ini.

 

Namun begitu, mereka mungkin tak pernah dengar dan tak pernah tahu akan kewujudan produk ini. Pada masa yang sama, mereka tak peduli apa produknya, sebabnya… mereka hanya berminat dengan apa solusinya.

 

Teknik SEO ini sebenarnya tidaklah sesukar mana. Ianya adalah common sense. Apa yang penting sekali ialah, anda faham, bagaimana cara manusia normal berfikir.

 

Sebabnya, pengguna laman search engine google ini juga adalah manusia. Bila mereka ingin taip sesuatu, apa agaknya perkataan-perkataan yang akan mereka gunakan?

 

Disini saya akan kongsikan beberapa kaedah untuk memilih kata kunci untuk mempromosikan perniagaan anda.

1. Gunakan nama produk

Tujuannya ialah, setiap kali prospek cari info tentang produk tersebut, mereka akan terus jumpa laman web anda.

 

2. Gunakan keyword fungsi produk

Ini boleh ambil contoh sebelum ini iaitu untuk atasi masalah anak degil.

 

3. Gunakan keyword nama syarikat

Ini juga biasa berlaku kepada pembeli yang skeptikal. Mereka sedaya upaya akan cari info tentang sesuatu perniagaan terlebih dahulu barulah mereka puas hati dan mula melakukan pembelian.

 

4. Gunakan kata kunci masalah

Setakat hari ini, kata kunci pernyataan masalah adalah antara yang paling mujarab sekali untuk hasilkan jualan. Contoh pernyataan masalah ialah, masalah berat badan berlebihan, masalah kulit berjerawat dan sebagainya…

Jika hasil carian untuk masalah ini akhirnya menemukan prospek kepada laman web anda, bermakna, peluang untuk anda hasilkan jualan sangatlah tinggi.

 

Jangan gembira sangat, sebabnya prospek anda tidak akan terus membeli pada kali pertama mereka menemui laman web anda.

 

Mungkin ada la… seorang dua yang akan terus beli, namun lazimnya, prospek perlukan masa. Ada banyak perkara yang mereka perlu pertimbangkan terlebih dahulu seperti… adakah anda seorang yang boleh dipercayai, adakah anda tidak akan menipu, adakah produk ini betul-betul sesuai untuk mereka dan banyak lagi persoalan lain.

 

Sebab itu, anda perlukan satu mekanisme khas untuk ikat prospek anda dalam sistem database. Saya cadangkan sistem autoresponder.

 

Sesuatu keyword itu boleh dikembangkan lagi, untuk mendapatkan kesan yang lebih baik. Sebagai contoh, kita akan mula dengan keyword ‘blog’. Seterusnya keyword ini kita akan kembangkan dengan mencantumkan lain-lain perkataan. Contoh:

Buat duit dengan blog, cara buat blog, belajar buat blog, belajar tulis blog, belajar buat duit dengan blog, teknik tulis blog yang mantap, servis tulis blog… dan banyak lagi. Saya pasti anda juga boleh kembangkan sendiri mana-mana keyword pilihan anda.

 

Apa nak buat lepas dah dapat keyword?

Sekarang anda dah tahu apa keyword yang anda nak sasarkan. Apa langkah seterusnya? Saya tak akan cerita dengan panjang lebar, melainkan jika anda betul-betul berminat nak dalami topik ini 🙂

 

Lepas kita dah dapat keyword tertentu, seterusnya kita perlu semak di google untuk mengetahui berapa sengit persaingan untuk kata kunci tersebut.

 

Kata kunci : masalah anak degil, persaingan 263, 000

 

Kata kunci : buat duit dengan edyclick, persaingan 1,920

Kata kunci : buat duit dengan blog, persaingan 1, 110, 000

 

Kata kunci: Affiliate marketing, persaingan 54, 700, 000

Sekiranya kata kunci tersebut mempunyai persaingan dibawah 1 juta, peluang untuk anda sasarkan kata kunci tersebut untuk laman web anda itu masih ada. Namun, ia mungkin akan ambil masa yang lama.

 

Pendapat saya, jika persaingan sekitar 300,000 kebawah, ia masih lagi dalam kategori OK untuk kita target keyword tersebut.

 

Namun, kalau dah sampai juta-juta macam 54 juta persaingan, satu-satunya cara untuk target keyword tersebut untuk muncul di page pertama google ialah menerusi Google Adwords. Pengiklanan berbayar. Itupun mungkin anda perlu bayar mahal.

Baca lagi tentang Pengiklanan Google Adwords

 

Keyword yang baik dan kurang persaingan bukan segala-galanya

 

Mensasarkan keyword yang baik adalah kunci untuk anda berjaya memperolehi pelawat dari search engine. Pelawat ini akan jadi prospek anda dan sebahagiannya akan jadi pelanggan anda.

 

Namun, pemilihan keyword semata-mata masih lagi belum cukup.

 

Satu lagi aspek penting yang perlu anda beri perhatian ialah copywriting ataupun content laman web anda. Sekiranya anda tidak menyusun dengan baik setiap perkataan yang muncul di laman web anda, maaf saya kata, anda telah sia-siakan pelawat yang masuk ke laman web anda.

 

Sikit je lagi sebelum saya tamatkan artikel ini.

 

Setiap keyword yang anda dah sasarkan, anda perlu bina artikel yang mengandungi keyword tersebut. Panjang artikel sekurang-kurangnya ialah 600 patah perkataan. Dan pastikan kata kunci tersebut muncul sekurang-kurangnya 5 – 10 kali (anggaran) dalam artikel yang dihasilkan.

 

Lagi panjang artikel yang anda boleh hasilkan, lagi baik. Seperti yang anda dapat lihat, saya juga menulis artikel yang panjangnya mengandungi lebih 600 patah perkataan.

 

Untuk kesan SEO yang lebih baik, anda boleh juga masukkan gambar dan juga video dari Youtube dalam artikel yang dihasilkan.

 

Baiklah, terima kasih kerana membaca. In Shaa Allah kita sambung lagi lain kali topik mengenai SEO ini di lain masa. Anda ada soalan? Apa kata anda tuliskan soalan anda di bahagian komen.

 

Saya juga ada menawarkan servis pemasaran dan pengiklanan menggunakan kaedah SEO. Jika anda berminat nak tahu dengan lebih lanjut tentang servis ini, silalah dapatkan info lanjut disini.

 

 

Exit mobile version