Blog Sabree Hussin

Panduan Bekerja Dari Rumah – Adakah Program Affiliate Marketing sesuai untuk anda?

Terdapat banyak perkara yang anda boleh lakukan secara online dan pada masa yang sama, anda dibayar untuk melakukannya. Sampai satu tahap, anda boleh lakukan perkara tersebut secara FULL TIME dan menukar kehidupan anda 365 darjah dari seseorang yang bekerja di pejabat kepada seseorang yang boleh bekerja hanya dari rumah.

 

Perkongsian yang lepas, saya telahpun berikan senarai 10 pekerjaan yang popular dan yang anda boleh lakukan dari rumah.

Sila klik kalau masih belum baca: Panduan Bekerja Dari Rumah – Contoh kerja dari rumah yang Popular dan boleh dipercayai 

Sesetengah orang yang mencari peluang pekerjaan dari rumah, mereka mencari kebebasan dari segi masa untuk mereka bekerja. Apalah gunanya terkejar-kejar dengan dateline dan kemahuan majikan yang membayar upah tak seberapa sedangkan pada masa yang sama mereka sudah mempunyai boss di tempat kerja.

 

Individu seperti ini mungkin hanya mencari peluang pekerjaan dari rumah bagi tujuan menambahkan serba sedikit pendapatan yang boleh dihasilkan setiap bulan.

 

Melakukan kerja-kerja secara online sebagai seorang ejen affiliate mampu untuk menawarkan kebebasan dari segi masa dan cara kerja. Seseorang itu dapat melakukan kerja tersebut mengikut keselesaan dan kreativiti masing-masing.

 

Program affiliate ini sangat sesuai dilakukan terutama sekali untuk mereka yang mempunyai semangat sebagai seorang usahawan. Almaklumlah, seorang usahawan ni memang cukup pantang kalau disuruh buat itu buat ini. Mereka ni ada egonya tersendiri.

 

Tahukah anda, bahawa pada hari ini, peluang untuk buat duit dengan bekerja dari rumah sebagai ejen affiliate sebenarnya terbuka dengan sangat luas dan anda boleh bekerja dalam pelbagai industri?

 

Perkongsian pada kali ini saya akan senaraikan beberapa syarikat dan program affiliate yang mungkin anda boleh sertai bagi menjana pendapatan sampingan. Seperti yang saya dah sebutkan sebelum ini, dalam program affiliate tiada sebarang paksaan dan tidak perlu kejar sebarang dateline. Anda juga tak perlu ikut arahan dan kemahuan mana-mana majikan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

 

Semuanya terpulang kepada kreativiti dan skil pemasaran anda. Anda berpeluang untuk jana pendapatan TANPA HAD. Well, theoretically memang tiada had. Semuanya terpulang kepada usaha yang anda mahu dan sanggup berikan.

 

(1) Program Affiliate bagi bidang penerbangan

Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan program affiliate yang saya kira ianya benar-benar menarik perhatian saya. Antaranya ialah

 

1.1 Etihad Airways

 

1.2 Qatar Airways

 

Kedua-dua syarikat penerbangan Qatar Airways dan juga Etihad Airways adalah syarikat penerbangan luar negara. Komisen yang ditawarkan sekiranya berjaya menjual tiket penerbangan dari kedua-dua syarikat ini adalah sebanyak 1.4%

 

Komisen sebanyak 1.4% memang kedengaran tidak begitu lumayan. Akan tetapi, jika kita cuba buat dummy booking, kebanyakkan tiket adalah berharga RM1,000 dan keatas.

 

Saya ambil contoh dari laman web Qatar Airways. Di situ dinyatakan bahawa harga tiket penerbangan ke Amsterdam adalah dari RM2,279 

 

Kita andaikan kosnya ialah RM2,279. Sekiranya anda berjaya jual satu tiket penerbangan dengan komisen sebanyak 1.4%, sebenarnya komisen yang anda perolehi dalam RM ialah sebanyak RM31.90

 

Itu kalau cuma satu keping tiket. Bagaimana pula jika pelanggan anda membeli 5 keping tiket misalnya dalam satu booking number? Sudah tentu pada waktu itu, komisen anda juga akan jadi lebih besar.

 

Syarikat Penerbangan Tempatan

Program affiliate untuk syarikat penerbangan tempatan seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Fire Fly dan sebagainya, juga boleh disertai.

 

Walaubagaimanapun, cara untuk promosikan tiket-tiket penerbangan syarikat-syarikat adalah sedikit berbeza, iaitu kita jual menerusi laman web AirPaz.

Fungsi laman web Airpaz ini adalah untuk membantu penumpang untuk mendapatkan tiket flight dengan harga paling murah yang terdapat di pasaran. Laman web AirPaz ini akan membandingkan harga tiket dari syarikat penerbangan yang berbeza yang terbang ke destinasi yang sama.

 

Komisen yang ditawarkan bagi setiap jualan yang terhasil ialah sebanyak 1%. Program affiliate ini boleh disertai menerusi platform yang disediakan oleh pihak Involve Asia. Involve Asia ini sememangnya one stop center untuk para penggemar program affiliate.

 

(2) Program Affiliate bagi shopping pelbagai produk secara online

Kita ada beberapa opsyen program yang menarik yang boleh disertai, antaranya

 

2.1 Lazada Malaysia

Link: http://www.lazada.com.my

Terdapat pelbagai jenis barangan dari pelbagai jenis jenama dijual di laman web Lazada. Semuanya ini boleh kita promosikan dan kita berpeluang untuk menerima komisen per jualan sebanyak 6%, 9% dan 10% mengikut kategori produk yang berbeza.

 

 

2.2 Zalora Malaysia

Link: http://www.zalora.com.my

Zalora Malaysia menawarkan pelbagai jenis pakaian untuk lelaki dan wanita. Untuk penggemar fesyen terkini, laman web Zalora semestinya menjadi pilihan untuk membeli belah secara dalam talian.

 

2.3 EZ Buy Malaysia

Link: http://www.ezbuy.my

EZ Buy Malaysia menawarkan servis untuk mendapatkan pelbagai barangan import dari negara China dengan harga yang berpatutan. Untuk mereka yang tidak berapa yakin untuk memborong secara online terus dari laman web borong terkemuka seperti Tao Bao, anda boleh borong dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak EZ Buy.

Sekiranya anda perlukan panduan untuk borong barangan dari China dengan selamat, boleh muat turun panduan ini.

 

Ketiga-tiga program affiliate yang saya sebutkan ini, anda boleh sertai dengan membuat pendaftaran di Involve Asia.

 

(3) Program Affiliate yang memasarkan produk buku

Bagi peminat buku sama ada dalam genre novel, motivasi, keagamaan dan sebagainya, anda boleh sertai program affiliate yang memasarkan buku-buku ini.

 

Ada beberapa program affiliate yang anda boleh sertai antaranya

 

3.1 Bookcafe Online

Link: http://www.bookcafe.com.my

Kebanyakkan buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit buku dan penulis tempatan ada dijual di laman web ini. Sekiranya anda adalah penggemar buku-buku tempatan, program affiliate ini mungkin sesuai untuk anda sertai.

 

3.2 Kinokuniya Malaysia

Link: https://malaysia.kinokuniya.com/

Satu perkara yang saya suka dengan Program Affiliate Kinokuniya ni ialah ia menawarkan pelbagai jenis buku dari pelbagai jenis bahasa. Ada buku bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, Bahasa Jepun dan banyak lagi.

.

..

Apa yang saya senaraikan disini sebenarnya hanya sebahagian kecil sahaja daripada program-program affiliate yang anda boleh sertai dan buat duit dari rumah.

 

Senarai program affiliate yang anda boleh sertai untuk buat duit sebenarnya terlalu banyak. Kalau satu masa dulu, program affiliate mungkin hanya terhad kepada produk-produk digital seperti ebook, software, program latihan dan sebagainya. Program affiliate ini pula kebanyakkannya dianjurkan oleh orang perseorangan.

 

Sekarang situasinya sudah berbeza.

 

Ada banyak juga sebenarnya syarikat-syarikat besar yang mula nampak potensi dan peluang untuk jana lebih banyak pendapatan apabila mereka membuka program affiliate. Dengan ini mereka bukan sahaja dapat memasarkan produk syarikat dengan lebih baik, malahan pada masa yang sama mereka juga dapat berkongsi keuntungan syarikat kepada masyarakat.

 

Syarikat yang beroperasi dalam bidang perbankan dan kewangan juga ada yang dah mula menawarkan program affiliate. Antaranya yang saya boleh berikan contoh ialah

# Hong Leong Assurance

# SSPN-i Plus

 

Pada masa akan datang, kita mungkin akan dapat saksikan ada banyak lagi program-program affiliate bakal dilancarkan. Ini secara tak langsung memberi kita lebih banyak pilihan untuk bekerja hanya dari rumah dalam bidang jualan dan pemasaran.

 

Pilih sahaja mana-mana satu yang berkenan di hati. Ada banyak sebenarnya peluang kerja yang tidak menipu dan bukan scam.

 

Panduan bekerja dari rumah telahpun saya kongsikan dalam blog ini. Semoga anda dapat baca dan dapat belajar sedikit sebanyak dari panduan tersebut.

 

[monkeytools msnip=”http://memochimp.com/memo.php?u=870&p=1541″]

Exit mobile version