Blog Sabree Hussin

Adakah saya akan berjaya jika bekerja dari rumah?

“Bagaimana cara untuk saya tahu sama ada saya akan berjaya apabila bekerja sendiri dari rumah kelak?”

 

Membuat keputusan untuk berhenti kerja sekarang lalu memilih untuk bekerja sendiri dari rumah adalah satu keputusan yang besar. Ia bakal mencorakkan perjalanan kehidupan anda di masa akan datang.

 

Sesetengah orang akan rasa berbelah bahagi apabila dihadapkan dengan pilihan ini. Maka tak hairanlah ramai yang lebih suka untuk menjadi Usahawan Makan Gaji berbanding berhenti kerja dan fokus untuk bekerja hanya dari rumah sahaja.

Tak ada siapa yang tahu sama ada anda akan berjaya atau tidak. Hanya anda yang tahu jawapannya. Walaupun kehidupan yang bakal anda lalui apabila bekerja sendiri kelak adalah sangat menyeronokkan, namun ia bukannya seronok setiap masa.

 

Ada ketikanya anda juga akan berdepan dengan cabaran yang tidak disangka-sangka. Ironinya ialah, kebanyakkan cabaran yang bakal anda lalui hampir kesemuanya berkaitan dengan isu kewangan.

 

Justeru, untuk mengetahui sama ada anda akan berjaya atau tidak dalam perjalanan anda sebagai seseorang yang ingin bekerja sendiri dari rumah, persoalan pertama yang perlu anda jawab ialah, adakah anda mempunyai kedudukan kewangan yang baik untuk berhenti kerja sekarang dan fokus pada kerja-kerja yang boleh dilakukan dari rumah?

 

Sesetengah orang mencadangkan supaya anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya mampu untuk menyara kehidupan anda selama 6 bulan. Itu minimum.

 

Ini bermakna, sekiranya terjadi apa-apa terhadap apa yang anda usahakan, atau terhadap diri anda, anda patut mempunyai jumlah wang yang mencukupi untuk menyara hidup anda sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

 

Sebenarnya, jumlah simpanan selama 6 bulan ini hanyalah untuk tujuan keselamatan sahaja. Anda tak digalakkan untuk guna duit simpanan tersebut untuk menyara kehidupan anda. Sebaik-baiknya anda menggunakan duit yang terjana daripada kerja-kerja dari rumah yang anda lakukan. Biarkan duit simpanan anda tanpa diusik.

 

Itu baru syarat pertama.

 

Syarat kedua untuk mengetahui sama ada anda akan berjaya atau tidak, ia ada kaitan dengan sikap dan ciri-ciri peribadi anda. Ya, sikap dan ciri-ciri peribadi anda akan menentukan sama ada anda bakal berjaya atau tidak.

Cuba lihat ke dalam diri anda. Adakah anda jenis yang akan menyiapkan sesuatu tugasan sampai benar-benar siap atau anda jenis yang biasa tinggalkan sesuatu tugasan separuh jalan?

 

Contohnya kalau baca buku. Anda mungkin minat buku tersebut. Jadi anda pun mula baca buku tersebut. Mula-mula anda memang sangat bersemangat nak baca dari mula sampai habis buku tersebut. Tapi, adakah anda akan baca buku tersebut sampai habis atau anda akan berhenti di tengah jalan.

 

Itu baru buku.

 

Bagaimana pula dengan benda-benda lain. Contohnya macam movie. Adakah anda akan tengok sesuatu movie dari mula sampai habis atau anda jenis yang akan skip skip pada part part tertentu sahaja.

 

Ataupun bagaimana pula kalau dengan projek. Adakah anda jenis yang akan siapkan sesuatu projek ataupun anda jenis yang biasa berhenti tanpa siapkan projek tersebut?

 

Sebelum anda buat sesuatu keputusan yang begitu besar, yang akan mengubah kehidupan anda 360 darjah, apa kata anda mulakan dengan sesuatu yang lebih mudah. Anggaplah ia sebagai latihan sebelum melangkah ke bidang ini secara sepenuh masa.

 

Cadangan saya, anda biasakan diri dengan kerja-kerja seperti mempromosikan mana-mana produk affiliate, menjual barang atau perkhidmatan secara dropship mahupun mula menawarkan perkhidmatan anda secara part time.

 

Kalau anda nak cuba mempromosikan produk-produk affiliate, saya syorkan anda sertai program affiliate Lazada.

 

Jika anda ingin menjual perkhidmatan, anda mungkin boleh jual perkhidmatan anda menerusi portal Fiverr. Ada beberapa contoh servis yang memang sesuai dijual menggunakan platform Fiverr. Anda mungkin boleh lihat sendiri laman web Fiverr untuk mengetahui sama ada servis yang anda bakal jual itu sesuai atau tidak untuk dijual disana.

Jika sesuai, ini mungkin peluang anda untuk jana pendapatan dalam matawang USD tanpa perlu berhijrah ke US.

 

Seterusnya, adakah anda pakar atau setidak-tidaknya anda mempunyai pengetahuan tentang kerja-kerja pemasaran? 

 

Penting ke tahu buat marketing atau pemasaran ni? Jawapannya sudah tentu sangat penting. Sebab itu kalau anda perasan, saya ada mengesyorkan anda untuk ceburi dulu bidang pemasaran affiliate. Tujuannya bukanlah sekadar untuk buat duit, sebaliknya untuk mendapatkan pengalaman melakukan pemasaran secara online.

 

Apabila anda dah ada asas pemasaran yang bagus, anda boleh jimatkan banyak duit untuk tujuan pemasaran. Sebabnya? Anda boleh buat pemasaran sendiri. Tak perlu nak bergantung kepada iklan di TV, Radio dan sebagainya.

 

Last but not least, untuk berjaya dalam bidang ini, iaitu bekerja dari rumah, anda juga perlu mempunyai keberanian untuk bekerja dan mencuba sesuatu yang baru.

 

Kita tak tau apa yang akan berlaku di masa akan datang. Jadi tak salah untuk kita bersiap sedia dengan menguasai pelbagai kemahiran dan ilmu baru pada masa ini. Ia mungkin akan berguna pada diri anda di masa akan datang.

 

Jadi, bagaimana? Anda rasa ada peluang tak untuk anda berjaya bila bekerja sendiri dari rumah nanti?

 

Exit mobile version