Blog Sabree Hussin

Bila anda akan menerima bayaran apabila bekerja dari rumah?

Jika anda ingin bekerja dari rumah pada hari ini, salah satu perkara yang anda perlu tahu adalah bagaimana dan bila anda akan menerima bayaran, hasil daripada melakukan kerja-kerja dari rumah.

 

Saya akan jawab tentang bagaimana bayaran dibuat terlebih dahulu.

Kebiasaannya, jika majikan atau klien kita dari dalam negara, bayaran akan dibuat sama ada menggunakan cek ataupun bank transfer. Setakat hari ini, saya tak pernah lagi terima bayaran dalam bentuk cek. Kebiasaannya bayaran yang diterima adalah dalam bentuk bank transfer.

 

Lagipun leceh la bayaran dalam bentuk cek ni. Kita kena pergi bank, dan tunggu clearkan cek tersebut. Kan lebih senang kalau transfer je duit bayaran upah tu ke dalam akaun bank.

 

Kalau majikan dari luar negara, bayaran yang akan diterima adalah dalam matawang USD. Biasa yang saya pernah dapat, duit tu akan dimasukkan dalam akaun Paypal. Jadi, jika anda masih belum lagi ada akaun paypal, silalah buat sekarang.

 

Bila anda akan menerima bayaran upah sekiranya ingin bekerja dari rumah?

Saya akan cerita berdasarkan kepada pengalaman saya sahaja.

 

(1) Majikan bayar dulu baru mula buat kerja

Ini cara pembayaran yang paling saya suka. Ye la, kalau majikan tu nak kita buat kerja untuk dia, bayar la dulu. Bila duit dah ada dalam tangan, baru semangat nak mula kerja.

 

Tak kisahlah sama ada nak buat full payment, ataupun nak buat bayaran secara berperingkat-peringkat mengikut progres kerja yang dilakukan. Yang penting, bayar dulu sejumlah duit dan selebihnya kalau nak bayar selepas kerja tersebut siap pun dah kira ok.

 

Kalau kerja jenis copywriting atau penulisan artikel, biasanya kerja akan bermula sejak dari majikan kata berminat nak dapatkan servis tersebut. Walaupun secara fizikal, tak nampak macam kerja dah dijalankan, namun hakikatnya sebagai penulis, kita akan mula buat research dan study pasal topik yang ingin dihasilkan.

 

Awal-awal dulu, kerap berlaku, saya dah buat research, dah cari bahan untuk ditulis, tiba-tiba majikan tak jadi ambil servis advertorial dari saya. Masa pun terbuang macam tu je. Sekarang ni, mana-mana majikan atau individu yang serius nak dapatkan khidmat dari saya, sila bayar dulu, atau sila cari penulis lain.

 

Saya faham, ada individu yang tak biasa mengupah freelancer untuk buat kerja. Jadi, sedikit sebanyak ada rasa bimbang kalau-kalau kena tipu atau kalau-kalau freelancer tu tak siapkan kerja. Saranan saya, pilihlah freelancer yang anda percayai sahaja sebelum nak berurusan.

 

(2) Siapkan kerja dulu, setelah majikan puas hati baru dia akan bayar

Ini adalah bertentangan dengan yang nombor (1). Sebagai pekerja, kita kena siapkan dulu kerja, then bila pihak majikan dah puas hati, barulah dia akan buat bayaran.

 

Saya cukup TAK GEMAR kaedah pembayaran seperti ini. Nak buat research pasal produk atau servis yang nak ditulis pun saya akan rasa lemah. Saya rasa, masa saya lebih baik digunakan untuk buat benda lain, contohnya untuk bangunkan lain-lain laman blog yang saya miliki.

 

Kalau saya boleh bagi contoh, ialah Sushivid.

Ikut pengalaman saya sebelum ni, saya kena siapkan dulu artikel untuk pihak Sushivid buat penilaian sama ada hasil kerja saya tu, sesuai atau tidak, dan layak atau tidak untuk menerima bayaran.

 

Kalau anda jenis yang penyabar, bolehlah join program ni.

 

(3) Majikan perlu bayar dulu, duit akan dipegang oleh pihak pemegang amanah, hanya apabila majikan puas hati baru bayaran akan disalurkan kepada akaun kita

Cara yang ketiga ni pun sebenarnya lebih kurang sama dengan cara yang kedua. Cuma dalam situasi ini, saya nak bagi contoh yang berbeza, iaitu Fiverr.com

Kita perlu senaraikan apa perkhidmatan yang mampu kita tawarkan dilaman web Fiverr. Rujuk posting ini untuk panduan lebih jelas.

 

Apabila ada majikan yang berminat dengan servis kita, dia akan buat tempahan dari laman web Fiverr. Duit akan dipegang oleh pihak Fiverr. Majikan tu tadi akan bagitahu pada kita, apa kriteria yang dimahukan. Baru-baru ni, saya juga ada gunakan laman web Fiverr untuk cari theme wordpress premium untuk dipasangkan pada laman web saya.

 

Selepas kita dah tahu, apa kehendak majikan, maka seterusnya kita buat kerja seperti yang dimahukan. Selepas siap kerja, kita serahkan hasil kerja kepada majikan. Setelah majikan puas hati, atau selepas satu tempoh masa, pihak Fiverr akan buat bayaran upah kepada kita.

 

Saya pernah buat senaraian kerja di Fiverr tapi tak lama lepas tu, saya delete senaraian yang saya buat. Rasa malas pulak nak buat kerja menerusi Fiverr ni.

 

(4) Kerja jenis promosi – Dapat jualan baru dapat bayaran dalam bentuk untung

Jika anda memilih untuk bekerja dari rumah dalam bidang jualan, berita baiknya adalah kerja untuk anda sentiasa ada. Untuk poin yang nombor 4 ni, contoh yang paling dekat ialah anda bekerja sebagai ejen promosi yang mengamalkan sistem dropship.

Pelanggan akan terus buat bayaran kepada anda. Selepas terima bayaran, barulah anda buat tempahan dengan pihak pembekal pula. Dalam keadaan ini, anda akan dapat duit untung lebih awal.

 

(5) Kerja jenis promosi – Dapat jualan, komisen akan dibayar hujung bulan atau setelah capai pembayaran minimum

Satu lagi kerja dari rumah yang termasuk dalam bidang jualan adalah dengan menjadi ejen affiliate.

 

Jadi ejen affiliate ni pun ada beberapa kaedah pembayaran yang anda bakal perolehi. Bergantung kepada siapa pihak penganjur.

 

5.1 Dapat sale, on the spot anda akan dapat bayaran komisen

Program affiliate macam ni memang tak banyak. Selalunya, pihak pengendali program akan beri masa lebih kurang 30 hari untuk proses pembayaran. Selalunya, program yang menawarkan FULL REFUND kepada pembeli, akan ada tempoh bertenang untuk proses pembayaran komisen.

 

Sekiranya, pihak penjual atau pengendali program tak menawarkan opsyen refund, mereka boleh bayar komisen on the spot.

 

5.2 Dapat sale, hujung bulan atau awal bulan baru dapat bayaran

Kebanyakkan program affiliate menawarkan bayaran seperti ini. Hujung bulan, atau awal bulan baru akan buat bayaran komisen kepada ahli yang berjaya hasilkan jualan.

 

5.3 Dapat sale tapi kena tunggu capai minimum payment baru anda akan dapat bayaran yang dibuat pada hujung bulan atau awal bulan

Untuk program yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat besar, contohnya seperti Involve Asia atau Lazada Malaysia, bayaran komisen akan dibuat sekali sahaja dalam sebulan. Sama ada pada awal bulan, ataupun pada hujung bulan.

 

Walaubagaimanapun, kena cukup minimum payment baru anda akan dapat bayaran. Logiknya begini, jika dalam sebulan tu, anda cuma berjaya dapat komisen 50 sen sahaja, tak kan pihak pengendali program nak susah payah buat bayaran komisen kepada anda.

 

Mungkin dalam sebulan, ada beribu orang yang cuma ada komisen 50 sen sahaja dalam akaun. Lebih baik dia letakkan minimum payment, contohnya RM100, baru buat bayaran.

 

Adakah bekerja dari rumah sesuai untuk anda?

Saya tiada jawapannya. Apa kata anda cuba sendiri dan nilaikan bagaimana keadaannya. Untuk peringkat permulaan, buatlah secara part time sahaja dulu.

 

Kalau rasa boleh pergi jauh, atau anda dapati pendapatan anda semakin bertambah dari bulan ke bulan, masa tu bolehlah buat keputusan yang lebih drastik, sama ada nak buat full time terus atau kekalkan sebagai aktiviti part time.

 

 

Exit mobile version