Blog Sabree Hussin

Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

“Sistem autodownline TERBAIK adalah sistem yang digunakan, dipromosikan dan menggunakan konsep yang mudah difahami serta ringkas.”

 

Well… at least itulah pendapat saya. Ada sistem autodownline yang saya sendiri susah nak faham, dan hampir mustahil untuk diterangkan kepada prospek. Sistem macam ni walaupun kononnya sangat canggih dan bersifat futuristicbetter kita abaikan sahaja.

 

Lebih baik, kita fokus sahaja untuk gunakan sistem-sistem yang mudah untuk difahami.

 

“Adakah anda memerlukan sistem autodownline untuk memperkenal dan mempromosikan peluang bisnes yang terdapat pada Program Keahlian Tone Excel?”

 

Sebenarnya, bukan semua orang perlu ada sistem autodownline ni. Setengah orang lebih selesa untuk buat bisnes ni cara konvensional. Edar fliers, buat sesi table talk, buat presentation di ofis dan sebagainya.

Bila nak close deal, boleh buat pada waktu tu juga. Jika anda adalah terdiri daripada individu seperti ini, anda pasti perasan, dalam setiap proses yang dilalui untuk mendapatkan pelanggan (downline) yang baru, langsung tak memerlukan anda mempunyai sistem autodownline.

 

Ok… ok… anda tak perlu ada sistem autodownline. Bagaimana pula dengan downline anda di level 1? Just because anda tak perlu guna sistem autodownline untuk dapat pelanggan, tak bermakna level 1 anda dapat menduplikasi apa yang anda lakukan. Setuju?

 

Adakah saya dah dapatkan perhatian anda? Baik. Dalam perkongsian kali ini, saya nak share dengan anda semua, antara sistem-sistem autodownline yang terdapat di pasaran yang boleh bantu anda untuk dapatkan pelanggan dan mempromosikan peluang bisnes ni secara online.

 

Kalau anda langsung tak bercadang nak promosikan Tone Excel secara online, dan level 1 anda juga memang langsung tak minat nak buat bisnes secara online, saya kira lebih baik anda abaikan sahaja post saya ni. Anda boleh kembali memikirkan hal-hal seperti macam mana nak bayar hutang kad kredit anda atau fikirkan tentang apa menu makanan yang anda hendak makan malam nanti.

 

Saya akan kongsikan 3 sahaja sistem autodownline dalam post kali ini. Ketiga-tiga sistem autodownline ini telahpun saya uji sendiri dan ada antaranya yang memang berkesan.

 

(1) Sistem Autodownline 123

Laman web: http://autodownlineplus.com/te/

Sistem autodownline ini dibangunkan oleh Tuan Shamsudin Zakaria yang berpangkat branch dalam bisnes Tone Excel ni. Jadi, tak perlu risau lagi tentang stok simkad dan sebagainya.

 

Untuk pengetahuan anda, sistem autodownline ini adalah khusus untuk orang yang baru nak join Tone Excel. Untuk yang dah pernah join, sila teruskan perjuangan anda. Nampaknya anda dah terlepas peluang untuk memiliki senjata pemasaran yang begitu hebat seperti ini.

 

Seseorang pernah bertanya kepada saya

“Betul ke sistem ni bagus sangat? Nampak ringkas sangat, betul ke boleh dapat downline?”

 

Saya pun pernah fikir benda yang sama. Boleh ke sistem yang macam ni bantu kita dapatkan downline. Saya cukup malas nak main teka teki, lalu saya pun join menerusi sistem autodownline ni. Ini pula adalah screenshot akaun Tone Excel saya yang didaftar menerusi team Autodownline.

Setakat waktu catatan ni ditulis, jumlah subcriber (downline) yang saya perolehi setelah mengguna pakai sistem ini adalah seramai 7 orang. 4 orang di level 1 manakala 3 orang di level 2.

 

Kali terakhir saya terima bayaran komisyen adalah pada 5 Februari 2016 yang lalu

Lihat pada nombor IDP, jelas bukan ianya tercatat disitu 945115

 

Dah cukup yakin dengan sistem autodownline ni? Boleh klik sini untuk daftar kemudian upgrade. Dengan berbuat demikian anda akan berada dalam rangkaian saya, dan akan menerima sedikit sebanyak tempias daripada hasil usaha pemasaran saya kelak.

 

“Pernahkah anda terfikir, kenapa sistem seperti ini dinamakan sebagai sistem autodownline?”

Ada? Bagus. Saya harap anda bukanlah jenis orang yang suka terima bulat-bulat tanpa bertanya soalan. Baik, biar saya jelaskan.

 

Sistem ini dipanggil autodownline sebab

(1) Anda hanya perlu promosikan link url anda sahaja ketika buat promosi

(2) Sistem akan lakukan follow up menerusi emel secara automatik untuk anda

(3) Admin akan jawab sebarang soalan jika prospek anda yang berdaftar menerusi sistem ini ingin bertanya sesuatu

(4) Sebarang urusan pembelian dan penghantaran simkad, admin akan uruskan

(5) Pengaktifan simkad menggunakan IDP anda juga akan dilakukan oleh admin

(6) Cukup bulan anda hanya perlu semak akaun bank untuk melihat komisyen yang dibayar

 

Item (1) hingga (6) adalah bahagian pertama yang diautomasikan menerusi penggunaan sistem autodownline ini.

 

“Bolehkah saya dapat downline secara percuma apabila saya menggunakan sistem autodownline ini?”

Saya ada berita baik untuk anda. Jawapannya ialah, SUDAH TENTU BOLEH! Oh walaubagaimanapun, jangan bergembira terlalu awal wahai saudaraku, untuk anda layak mendapat downline secara percuma, ada beberapa perkara yang anda perlu buat terlebih dahulu.

(1) Anda perlu upgrade sebagai VIP member dan menjadi pengguna talian Tone Excel menerusi team autodownline

(2) Anda perlu pastikan yang anda join menerusi upline yang memang rajin buat promosi, atau setidak-tidaknya mempunyai sistem untuk buat promosi secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, selama-lamanya. (Ehem… saya tengah cakap pasal diri saya la ni ha ha)

(3) Downline anda juga perlu rajin buat pemasaran kerana anda juga boleh dapat downline daripada usaha promosi downline yang masih belum upgrade sebagai VIP member

 

Dalam sistem autodownline ini, anda akan memperoleh downline menerusi 3 cara, iaitu

(1) Dari usaha pemasaran anda sendiri

(2) Dari usaha pemasaran upline anda yang dah cukup kuota 10 orang downline di level 1

(3) Dari usaha pemasaran downline anda yang masih belum upgrade menjadi VIP member

 

Jadi, bila kita kumpulkan dalam satu tempat. Anda, upline anda dan downline anda. Masing-masing buat pemasaran dengan serius, hasilnya…. Boooom! Semua boleh dapat income. Dari segi konsep dan teori, sistem ni memang boleh bantu anda untuk ramaikan lagi downline.

 

Namun itu dari sudut teori dan konsep. Hakikatnya, ada-ada sahaja alasan untuk ahli tak buat kerja. Tak cukup masa la, tak sempat, malas, nak buat assignment, kena tidur awal dan macam-macam lagi. Maka akhirnya, tinggallah individu yang memang benar-benar nak berjaya yang akan terus komited dalam kerja-kerja pemasaran.

 

(2) Sistem Autodownline ToneXpress

Laman web: http://tonexpress.com/

Semua yang dah jadi ahli Tone Excel ataupun yang masih belum join boleh menjadi pengguna sistem ini. Satu yang saya suka mengenai sistem ToneXpress ni ialah, selain kita dapat mempromosikan bisnes Tone Excel kita, kita juga dapat buat duit dengan memperkenalkan website ini kepada prospek kita.

 

Sebagai ahli VIP di laman web ToneXpress, jika anda mengesyorkan orang lain untuk jadi ahli VIP juga, anda akan menerima komisyen daripada admin laman web ini. Saya juga sudah beberapa kali menerima komisyen dari laman web ini, dan kali terakhir saya terima komisyen adalah pada bulan lepas.

Klik untuk baca: Komisyen ToneXpress Januari 2016

 

“Saya dah join ToneXpress, tapi sampai sekarang saya masih belum pernah dapat apa-apa hasil pun…”

 

Adakah anda berdepan dengan isu yang sama? Dah join ToneXpress tapi sampai sekarang masih tak pernah merasa sebarang komisyen, walaupun hanya RM10. Ada ke?

 

Ok… kalau anda ada masalah macam ni, selalunya satu je sebabnya. Anda kurang aktif dalam melakukan pemasaran, ataupun anda memang tak cukup buat pemasaran. Cuba anda login ke ruangan ahli akaun ToneXpress anda, dan lihat statistik klik terhadap link url anda yang berjaya anda hasilkan. Biar saya tunjukkan yang saya punya.

Setakat waktu catatan ini saha tulis, link url saya telah pun menerima klik atau kunjungan sebanyak 62, 523 kali. Dengan kunjungan sebanyak ini, ia telah pun convert kepada jumlah komisyen sebanyak RM690. Sudah tentu ini semua bukannya adalah hasil usaha pemasaran selama sehari ataupun seminggu.

 

Ia perlukan usaha pemasaran yang berterusan, tanpa mengira jemu. Kalau jumlah kunjungan melalui link anda masih lagi kurang daripada 100 kunjungan, kemudian anda mengatakan yang anda telah cuba segalanya… hmm… saya tak pasti, adakah itu boleh dikira sebagai usaha yang bersungguh-sungguh ataupun cuma saja-saja nak mencuba.

 

Jika anda menggunakan ToneXpress, anda hanya akan menerima limpahan downline daripada downline sedia ada anda sahaja. Setiap downline yang berjaya anda perolehi, akan menyumbangkan 2 orang lagi downline kepada anda. Anda tidak akan menerima sebarang downline daripada upline anda. Ia sedikit berbeza dengan sistem autodownline yang saya ceritakan mula-mula tadi.

 

(3) Sistem autodownline TE AutoNetwork

Laman web: http://teautonetwork.com/9178

Laman web sistem autodownline ini diasaskan oleh tuan Yazid Daud. Juga salah seorang yang berpangkat branch dalam bisnes Tone Excel ni. Rasanya tak perlu saya perkenalkan lagi siapa Yazid Daud, sebabnya sesiapa yang pernah join TE pasti pernah dengar nama ni.

 

Beliau merupakan pengasas kepada teknik Close Deal Tanpa Suara. Macam mana tu? Close deal secara online sahaja la.

 

Sistem autodownline ini terbuka kepada semua, tak kiralah sama ada orang tu dah ada IDP Tone Excel ataupun belum. Buat yang belum pernah join TE, dan ingin mencuba sertai bisnes ni juga amat digalakkan untuk sertai menerusi laman web ini.

 

Konsep laman web ini, dari sudut pemerhatian saya, ia menggabungkan konsep sistem autodownline123 dengan sistem autodownline ToneXpress.

 

Sebabnya? Anda bukan sahaja boleh gunakan laman web ini untuk mempromosikan simkad Tone Excel, malahan pada masa yang sama, jika anda mengajak rakan-rakan TE untuk jadi ahli VIP di laman web ini, anda juga berpeluang untuk buat duit tambahan. Lebih kurang macam ToneXpress.

Jadi, dengan adanya ciri-ciri seperti ini, walaupun prospek anda tak join sebagai downline anda di Tone Excel, anda masih lagi berpeluang untuk buat duit dengan mengajak mereka jadi ahli VIP di laman web TE AutoNetwork. Setiap orang dihadkan hanya boleh kumpul 30 orang downline sahaja.

 

Screenshot diatas adalah simulasi unjuran pendapatan yang bakal anda perolehi sekiranya mengajak orang lain untuk jadi ahli VIP di laman web tersebut. Menarik, bukan? Ha… kalau rasa menarik, apa kata anda dapatkan akaun anda dengan mendaftar menjadi ahli VIP disini.

 

Apa langkah seterusnya?

Baiklah… ini cadangan saya. Sudah tentu anda bebas untuk ikut ataupun untuk abaikan. Setuju?

 

Jika anda belum pernah join TE langsung, dan memang masih baru, saya syorkan anda join menerusi laman web ini. Terus upgrade sebagai ahli VIP dan dapatkan simkad Tone Excel anda. Memandangkan itu adalah link saya, maka dari masa ke masa, anda juga akan menerima tempias dari aktiviti pemasaran yang saya lakukan.

 

Adakah anda dah join sebagai ahli TE menerusi link tersebut? Sila hubungi saya. Saya akan bantu anda sebaik mungkin, dan kita boleh cerita panjang lebar lagi tentang apa yang saya boleh bantu anda.

 

Jika anda dah pun join Tone Excel dan telah mempunyai IDP… baik untuk kes ini, anda boleh daftar akaun sama ada di ToneXpress, TE AutoNetwork atau kedua-duanya sekali. Luaskan capaian mesej pemasaran anda kepada seramai mungkin bakal pelanggan di luar sana.

 

In Shaa Allah, dengan usaha yang ikhlas dan berterusan, anda pasti akan nampak hasilnya yang positif. Baiklah, jika anda ada sebarang persoalan, boleh tanyakan dibahagian komen. Atau boleh juga hubungi saya menerusi emel ya. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

 

 

Exit mobile version