Blog Sabree Hussin

Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

“Team Autodownline merupakan aplikasi yang berfungsi meningkatkan jualan 10 kali lebih pantas berbanding Sistem Online Biasa seterusnya menjana pendapatan pasif secara berterusan.”

 

Ini penerangan paling ringkas yang diberikan oleh pengendali laman web team AutoDownline ini. Ada dua bahagian yang penting tentang laman web autodownline ini yang perlu anda beri perhatian, iaitu

(1) Ia akan membantu meningkatkan jualan 10 kali lebih pantas berbanding lain-lain sistem online yang biasa, dan

(2) Sistem ini akan bantu anda jana pendapatan pasif secara berterusan

Jika anda serius dengan bisnes Tone Excel anda, maka saya yakin anda pasti akan luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian saya ini. Anda tak perlu bayar apa-apa pun, jadi dari segi wang ringgit, anda tak akan rugi satu sen pun. Sebaliknya, saya akan dedahkan semua yang anda perlu tahu mengenai sistem ini.

 

Jika anda suka dengan apa yang anda baca, berminat dengan apa yang anda bakal lihat, maka saya syorkan anda joinlah bisnes ni menerusi team ini. Join menerusi link ini (link saya) untuk menikmati kelebihan-kelebihan yang mungkin tak terdapat pada lain-lain rangkaian.

 

Apa pun, take your time, relax dan ambil masa untuk fikir-fikirkan dan buat keputusan. Sekali lagi saya ulang, jika anda suka dengan apa yang bakal anda lihat, berminat dengan apa yang bakal anda saksikan, barulah join. Jika tak minat, tak perlu paksa diri. Saya tak kecil hati pun. Jom kita mulakan…

 

(1) Sistem autodownline ini akan meningkatkan jualan 10 kali lebih pantas berbanding sistem online biasa

Ok… sistem online biasa tu, macam mana? Memandangkan kaedah pemasaran secara online ini ada pelbagai, dari yang ringkas seringkas-ringkasnya hinggalah yang paling complicated, maka saya mengandaikan kaedah jualan menggunakan sistem online yang biasa ialah seperti ini

Peniaga menghasilkan status update di wall FB kemudian tunggu kawan-kawan dalam friendlist untuk hubungi kita untuk bertanya tentang produk dan seterusnya beli produk yang kita pasarkan

 

Kenapa FB? Sebab itulah kaedah paling biasa untuk mereka-mereka yang baru nak menceburkan diri dalam pemasaran online. Lagipun, itulah sistem yang paling mudah. Setiap orang ada akaun FB, kan? Jadi inilah kaedah pemasaran paling cepat dan paling biasa yang akan digunakan oleh semua orang.

 

Masalahnya… berapa ramai yang berjaya dengan cara ini? Bukannya tak ada langsung. Ada. Cuma mungkin tak berapa ramai. Tak perlu terus percaya apa yang saya kata, sebabnya anda boleh uji sendiri keberkesanannya. Buatlah status update tentang Tone Excel di wall FB anda, dan lihat apa yang berlaku seterusnya.

(1) Berapa ramai yang klik like

(2) Berapa ramai yang komen

(3) Berapa ramai yang tekan butang share

(4) Berapa ramai yang mesej anda, atau

(5) Perkara (1) hingga (4) langsung tak pernah berlaku.

 

Aha… nampaknya ada yang tak kena dengan strategi ni. Kita perlu improvise nampaknya. Namun, untuk mereka yang masih lagi kurang pengalaman buat pemasaran secara online, pusing-pusing macam mana sekalipun, ia akan berlegar di sekitar laman web media sosial Facebook juga.

 

Bezanya ialah, kali ini mereka memanfaatkan fungsi FB Group, FB Fanpage dan juga FB Ads.

 

Jadi Sabree, kaedah atau sistem online yang “luar biasa” tu bagaimana bentuknya? Bagus soalan tu. Nampaknya anda mula memberi perhatian dan nak perbaiki mana-mana yang kurang dalam kerja-kerja pemasaran anda.

 

Pada pendapat saya, kaedah pemasaran yang di luar kebiasaan ialah apabila anda menggunakan teknik-teknik pemasaran yang berbeza namun setiap teknik adalah bertujuan untuk memainkan peranan yang SAMA iaitu untuk

(1) Mengumpul senarai prospek yang berminat dengan Tone Excel

(2) Melakukan siri-siri follow up terhadap prospek yang berminat

(3) Closing the deal

(4) Ulang langkah (1) hingga (3) secara automatik

 

Sistem seperti ini tak mustahil untuk dihasilkan, namun ianya agak LECEH. Of course, ia memerlukan serba sedikit technical know how.

 

Dari segi kaedah pemasaran, anda perlu luaskan capaian mesej anda. Facebook adalah salah satu medium yang penting, namun ia bukan segalanya-galanya. Untuk mewujudkan sistem yang sebegini HEBAT, anda perlu tahu beberapa perkara antaranya

(1) Bagaimana nak tarik trafik (prospek) dari laman web FB secara berterusan dan automatik

(2) Bagaimana nak dapatkan prospek dari laman web Youtube

(3) Bagaimana cara nak menggunakan sistem autoresponder

(4) Bagaimana mendapatkan prospek dari laman web enjin carian terkemuka seperti google.com, yahoo.com dan Bing.com dengan teknik Search Engine Optimization

 

Jangan risau. Memang nampak banyak, namun semua ni boleh dipelajari dan boleh dikuasai. Selepas kita SELESAI pada bahagian pemasaran, masih ada lagi perkara-perkara berbangkit seperti urusan penghantaran produk (simkad), proses pengaktifan simkad, support pengguna yang ada masalah dan macam-macam lagi.

 

Jadi, bila kita perhatikan, rupa-rupanya banyak betul kerja yang kita kena buat. Ia tak semudah copy paste copy paste iklan kat FB untuk berjaya dalam bisnes ni. Pernah tak seseorang beri nasihat pada anda, anda perlu ada stok simkad dalam tangan sekurang-kurangnya 10 keping untuk berjaya dalam bisnes ni?

RM95.40 x 10 keping = RM954!

 

RM954 kena ada sebagai modal! Wah… biar betul?! Oh tidak-tidak. Saya gurau je. Sebenarnya simpan stok simkad sekeping dua sahaja dah cukup. Melainkan jika anda berhasrat untuk memasarkan produk ini kepada setiap orang yang anda jumpa, tak kira walau dimana anda berada dan kemana anda pergi, maka simpan banyak stok simkad adalah perkara yang baik.

 

(2) Sistem ini akan bantu anda jana pendapatan pasif secara berterusan

Dari mana sumber pendapatan tersebut? Jawapannya adalah dari simkad Tone Excel. Sistem Autodownline ini adalah bertujuan untuk memudahkan anda menjual simkad Tone Excel.

 

Sistem autodownline ini semata-mata tidak menghasilkan sebarang wang. Tetapi, apabila ia digandingkan dengan simkad Tone Excel, dari situlah sumber pendapatan yang bakal terjana. Jelas, ya?

 

Ini adalah laman web team AutoDownline –> http://autodownlineplus.com/te/

Selepas anda log in, paparan seperti diatas akan kelihatan. Memandangkan saya dah pun upgrade sebagai VIP member, jadi mungkin paparan yang kelihatan adalah sedikit berbeza. Saya ada tandakan beberapa bahagian penting dengan anak panah pada gambar diatas.

ADL ID: 43375

Ini adalah ID unik saya selaku pengguna sistem autodownline ini. Jadi, apabila saya melakukan kerja-kerja pemasaran, saya akan mempromosikan link dengan ADL ID saya iaitu 43375

 

http://AutoDownLinePlus.com/te/?ref=43375

http://AutoDownLine123.com/?ref=43375

 

Ada dua link sebab sistem Facebook dah block link yang menggunakan alamat url autodownline123.com. Mungkin ada yang promosi terlalu agresif di Facebook sampai pihak FB detect link tersebut sebagai spam.

 

Status Akaun: 945115

Ini merujuk kepada nombor IDP Tone Excel saya. Selepas anda mengaktifkan simkad menerusi team AutoDownline ni nanti, anda juga akan dapat nombor IDP Tone Excel anda sendiri.

 

Berkesan ke buat promosi menggunakan strategi team AutoDownline ni?

Belum cuba belum tahu. Dah cuba, barulah boleh nampak sejauh mana keberkesanannya. Memandangkan saya dah guna sistem ini sejak dari bulan september 2015, jadi saya boleh share beberapa perkembangan yang tercapai daripada penggunaan sistem ini. Baiklah, sila lihat screenshot dibawah.

Setiap orang hanya diberi masa selama 30 hari sahaja untuk menggunakan sistem ini. Dalam tempoh 30 hari tersebut, anda boleh mula memperkenalkan produk Tone Excel ini, dan minta prospek untuk daftar akaun secara percuma sahaja.

 

Anda juga boleh join secara percuma. Namun, selepas 30 hari, jika anda masih tak upgrade sebagai VIP member, nama anda akan dibuang dari sistem dan tempat anda akan digantikan dengan orang lain yang berminat.

 

Seseorang pernah bertanya kepada saya

“Betul ke sistem ni bagus sangat? Nampak ringkas sangat, betul ke boleh dapat downline?”

 

Saya pun pernah fikir benda yang sama. Boleh ke sistem yang macam ni bantu kita dapatkan downline. Saya cukup malas nak main teka teki, lalu saya pun join menerusi team autodownline ni untuk dapatkan kepastian. Ini pula adalah screenshot akaun Tone Excel saya yang didaftar menerusi team Autodownline.

Setakat waktu catatan ni ditulis, jumlah subcriber (downline) yang saya perolehi setelah mengguna pakai sistem ini adalah seramai 7 orang. 4 orang di level 1 manakala 3 orang di level 2.

 

Kali terakhir saya terima bayaran komisyen adalah pada 5 Februari 2016 yang lalu. Berikut adalah komisyen yang dibayar ke akaun Maybank saya.

Lihat pada nombor IDP, jelas bukan ianya tercatat disitu 945115

 

Soalan seterusnya:

“Bolehkah saya dapat downline secara percuma apabila saya menggunakan sistem autodownline ini?”

 

Saya ada berita baik untuk anda. Jawapannya ialah, SUDAH TENTU BOLEH! Walaubagaimanapun, jangan bergembira terlalu awal wahai saudaraku, untuk anda layak mendapat downline secara percuma, ada beberapa perkara yang anda perlu buat terlebih dahulu.

(1) Anda perlu upgrade sebagai VIP member dan menjadi pengguna talian Tone Excel menerusi team autodownline

(2) Anda perlu pastikan yang anda join menerusi upline yang memang rajin buat promosi, atau setidak-tidaknya mempunyai sistem untuk buat promosi secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu, selama-lamanya. (Ehem… saya tengah cakap pasal diri saya la ni ha ha)

(3) Downline anda juga perlu rajin buat pemasaran kerana anda juga boleh dapat downline daripada usaha promosi downline yang masih belum upgrade sebagai VIP member

 

Dalam sistem autodownline ini, anda akan memperoleh downline menerusi 3 cara, iaitu

(1) Dari usaha pemasaran anda sendiri

(2) Dari usaha pemasaran upline anda yang dah cukup kuota 10 orang downline di level 1

(3) Dari usaha pemasaran downline anda yang masih belum upgrade menjadi VIP member

 

Walaupun anda boleh dapat downline secara FREE, namun saya harap anda tak terlalu bergantung harap pada perkara ini. Buanglah mentaliti “semua benda nak senang” dan “semua benda nak free”. Benda yang baik dan bagus, memang berbaloi untuk kita usahakan bagi mendapatkan hasilnya.

 

Baiklah, setakat cakap “guna sistem autodownline ni anda boleh dapat downline FREE” saya rasa semua orang boleh kata benda macam ni. Tapi apa buktinya? Saya percaya, pembaca blog ni semuanya hebat-hebat orangnya dan tak akan terus percaya bulat-bulat.

 

Mesti kena ada BUKTI yang kukuh dan konkrit. Barulah boleh percaya. Ok jom saya tunjukkan bukti bahawa dengan sistem autodownline ini, anda boleh dapat downline WALAUPUN ANDA TAK BUAT PROMOSI LANGSUNG dan cuma duduk rumah goyang kaki je.

 

Dah sedia?

 

Bila kita tekan pada butang “Klik sini untuk melihat DownLine List & Genealogy Tree” anda boleh lihat senarai tajaan anda. Anda boleh pilih sama ada nak menggunakan format File Folder ataupun menggunakan format Block.

Untuk memudahkan penerangan, saya akan menggunakan format Block. Paparan seperti dibawah akan kelihatan.

 

 

Ya… saya tahu. Gambar diatas adalah terlalu kecil. Yang saya tandakan dengan bulat-bulat, itu semua adalah ADL ID milik saya. Kalau tengok daripada gambar diatas, level 1 saya telah pun penuh dan dah cukup 10 orang. Maka, lain-lain prospek yang saya perolehi akan di letakkan secara automatik kepada downline yang berada di level 1 saya.

 

Saya berikan contoh berikut yang lebih jelas.

Mohd Aminudin Mad Rejab adalah downline saya di Level 1. Nama beliau berwarna biru sebab beliau dah upgrade sebagai member VIP. Dengan menggunakan sistem autodownline ini, saya telahpun menghadiahkan kepada beliau dua orang downline.

Seorang downline di level 1 iaitu Al-Irbad

Seorang downline di level 2 iaitu Muhammad Idham bin Abdul Hamid

 

Contoh lain pula

Ada lagi dua orang downline yang saya perolehi di level 1, iaitu Asri Mohamed dan juga Yahya Kolay. Lihat gambar diatas

Saya telah menghadiahkan seorang downline bernama Zamri kepada Asri Mohamed di level 1.

Yahya pula menerima dua orang downline dari saya, iaitu Mahadi di level 1, dan Zafidi di level 2.

 

Contoh seterusnya supaya lebih jelas untuk anda.

Dalam contoh ni, semua nama-nama yang tersenarai masih belum upgrade sebagai VIP member. Namun sistem autodownline telahpun bantu mendapatkan downline untuk mereka. Dah tentu, mereka dapat downline daripada kerja-kerja pemasaran yang saya jalankan. (Ehem…) Nampak kan, ADL ID kat situ tertulis 43375.

 

Lihat nama Nurfiza Velnisa Paimin. Di bawah nama beliau ada dua orang downline. Seorang di level 1 dan seorang lagi di level 2.

 

Kalau anda perasan, nama Catherine muncul dua kali. Ini biasa berlaku kalau individu ini daftar dua kali menggunakan alamat emel yang berbeza. Tak perlu daftar banyak-banyak kali sebenarnya. Daftar sekali je dah cukup.

 

Dah nampak, kan? Dengan menyertai Tone Excel menerusi team Auto Downline ini, anda TERBUKTI AKAN DAPAT DOWNLINE SECARA PERCUMA.

 

Adakah saya berasa rugi sebab “menghadiahkan” downline kepada mereka ni? Hmm… hmmm… bila difikir-fikirkan semula, saya pun tak tau di mana kerugiannya?

 

Sebab semua proses ini berlaku secara automatik! Ok ok… mungkin semi automatik. Sebelum ini, saya dah pun melakukan beberapa setting khas untuk mewujudkan satu sistem pemasaran yang boleh berjalan sendiri walaupun ketika saya sedang sibuk buat benda lain.

 

Sistem pemasaran yang saya reka menggabungkan kaedah pemasaran Advertorial, Search Engine Optimization dan juga teknik pemasaran emel menggunakan Sistem Autoresponder. Awal-awal dulu, memang agak leceh nak sediakan semua ni, namun sekarang semuanya dah mula berjalan sendiri secara automatik.

 

Tak ada apa yang pelik dengan kaedah pemasaran yang saya gunakan. Tak ada apa yang ajaib pun. Anda juga boleh pelajarinya dan anda juga boleh kuasainya. Caranya adalah dengan mencari guru yang memang mengajar topik-topik ni, dan belajar dengan mereka. Itu pun kalau mereka terima pelajar.

 

Jujurnya, saya lebih sukakan kaedah pemasaran seperti ini. Ia lebih santai dan relax. Siapa yang tak pandai buat pemasaran secara online, juga masih berpeluang untuk dapatkan downline, secara percuma pulak tu, apabila menjadi sebahagian daripada team AutoDownline ini.

 

Baiklah, sekarang ni masa untuk anda buat keputusan. Masa berjalan, dan setiap masa yang berlalu adalah tak mungkin untuk diputarkan semula untuk kembali.

 

Buatlah keputusan yang sewajarnya. Saya amat mengesyorkan anda join Tone Excel menerusi link saya, supaya dengan demikian saya tahu, setiap kali saya buat marketing, anda akan dapat manfaatnya. Sementara anda belum pandai buat marketing, belajarlah dan siapa tahu, sambil-sambil anda belajar tu, anda dapat pula downline dari saya.

 

Oh… bukankah ini bagus untuk anda?

 

Baiklah, jika anda dah join TE dan tak sempat menggunakan sistem ini, jangan risau. Ini bukan pengakhiran untuk anda. Anda boleh sahaja join menggunakan nama ahli keluarga yang masih belum join TE. Atau join semula ketika simkad TE anda dah expired.

 

Sebagai alternatif, anda juga sebenarnya ada pilihan sistem autodownline yang lain.

Baca: Sistem Autodownline TERBAIK untuk mempromosikan bisnes Tone Excel anda?

 

Terima kasih kerana membaca, dan saya doakan semoga anda maju jaya dalam perniagaan ini. Sebelum anda tekan pangkah, apa kata anda daftar dulu sebagai ahli Team Autodownline disini.

 

Exit mobile version