Blog Sabree Hussin

Adakah produk saya sesuai dipromosikan di laman blog ini?

“Adakah produk ataupun perkhidmatan yang syarikat atau perniagaan saya tawarkan sesuai untuk dipromosikan di blog sabreehussin dot com ini?”

 

Ini adalah salah satu soalan dari banyak-banyak soalan penting yang anda perlu jawab sebelum mendapatkan perkhidmatan iklan dari blog ini. Jika tersilap langkah, saya khuatir anda hanya akan membazirkan bajet pengiklanan anda untuk beriklan di medium yang kurang sesuai dengan perniagaan anda.

 

Hakikatnya, tiada sebarang jaminan bahawa iklan yang anda hasilkan sama ada di radio, televisyen, majalah, iklan di internet, iklan di google menggunakan Google Adwords, mahupun iklan di Facebook menggunakan FBAds akan convert kepada sales. Begitu juga halnya apabila anda ingin menggunakan khidmat pengiklanan yang ditawarkan di blog ini.

 

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa petua yang mungkin saya boleh cadangkan kepada anda sebelum membuat sebarang keputusan untuk mendapatkan khidmat pengiklanan dari blog ini atau tidak.

(1) Pastikan produk mahupun perkhidmatan anda adalah dari niche yang SAMA atau hampir sama dengan konten yang saya siarkan dalam blog ini.

Jika anda tak pasti, apa niche blog ini, saya syorkan anda buka muka surat yang saya namakan sebagai arkib ini dan lihat artikel-artikel terdahulu yang pernah saya siarkan dalam blog ini.

 

Jika anda tak ada masa nak baca semua penulisan yang pernah saya siarkan dalam blog ini, anda boleh lihat pada tajuk sahaja. Pada pandangan anda, adakah tajuk-tajuk yang pernah saya siarkan dalam blog ini ada mempunyai kaitan dengan produk dan perkhidmatan anda?

 

Selain daripada merujuk ke halaman arkib, anda boleh juga melihat pada bahagian Categories blog ini. Pada dasarnya ini adalah senarai kategori yang saya selesa untuk menulis. Mungkin anda akan dapati dalam beberapa kategori dalam blog ini, hanya terdapat satu atau dua artikel sahaja. Sebabnya saya sedang fokus untuk bangunkan satu kategori terlebih dahulu sebelum saya beralih ke kategori yang seterusnya.

 

Kategori yang paling kerap saya update ialah kategori Buku & Bahan Bacaan. Sekiranya anda mengeluarkan produk dalam kategori ini, sama ada buku, majalah, ebook atau lain-lain bahan bacaan, maka sangatlah sesuai untuk dapatkan perkhidmatan iklan ini dari saya.

 

(2) Jika anda menjual kereta, iklankan di majalah kereta. Jika anda menjual peralatan memancing, iklankan di majalah kaki pancing

Ini formula yang lazimnya digunakan oleh para pengiklan. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk memastikan iklan mereka hanya disiarkan kepada golongan yang benar-benar berminat dengan apa yang dtawarkan oleh syarikat mereka.

 

Dengan ini, mereka tidak perlu membazir bajet pengiklanan untuk membuat iklan di tempat yang tak ada siapa akan baca.

 

Jika anda setuju dengan formula ini, maka anda juga pasti setuju bahawa amatlah tidak efektif untuk mengiklankan produk kecantikkan wanita di majalah yang majoriti pembacanya adalah lelaki.

 

Ya, mungkin akan ada daripada kalangan pembaca lelaki itu yang akan membeli produk kecantikkan untuk dihadiahkan kepada pasangan masing-masing, namun apakah kebarangkaliannya?

 

Itu kalau kita cerita tentang pengiklanan di majalah.

 

Walaubagaimanapun, kaedah iklan menggunakan medium blog adalah sedikit berbeza berbanding kaedah iklan menggunakan majalah. Apa yang menjadikan kaedah pengikalan di blog begitu efisien dan berkesan sekali ialah kerana kita dapat bekerjasama dengan syarikat besar seperti Google, Yahoo dan lain-lain syarikat yang menawarkan servis enjin carian di internet.

 

Nampak macam hebat bukan?

 

Sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan ialah tentang Search Engine Marketing atau SEM. Itu sahaja. Lazimnya, apa-apa artikel atau posting yang dihasilkan di blog akan di index oleh laman carian dan seterusnya laman carian tersebut akan menyenaraikan artikel tersebut di database search engine mereka.

 

Saya ambil contoh google.

 

Saya pernah menulis tentang sistem autoresponder emelmatik pada tahun 2014. Sejak artikel tersebut saya hasilkan dan siarkan dalam blog ini, ia telah pun diindex oleh laman carian google, dan seterusnya pihak google menyenaraikan artikel tersebut di muka surat pertama hasil carian, apabila ada orang yang menaip kata kunci “sistem autoresponder emelmatik” menggunakan enjin carian google.

 

Ya, perkara yang lebih kurang sama akan berlaku kepada artikel iklan yang bakal dihasilkan untuk anda.

 

Ada beberapa teknik dan formula yang boleh dilakukan untuk memastikan artikel yang dihasilkan berjaya masuk ke page pertama google. Saya juga pernah menulis tentangnya dalam blog ini.

Klik untuk baca:

1. Panduan ASAS SEO Untuk Blog

2. Panduan SEO dan Perubahan Pada Search Engine Google 

 

Namun begitu, ada ketikanya anda akan dapati bukan mudah untuk memastikan artikel yang dihasilkan berjaya masuk ke page pertama google. Ini biasanya akan berlaku apabila kita terpaksa bersaing dengan banyak laman web yang turut menulis topik yang sama dengan artikel yang kita telah hasilkan.

 

Sebenarnya bukan anda sahaja yang mahu menduduki tempat pertama atau muka surat pertama enjin carian google. Ada beribu-ribu lagi orang yang mengidamkan kedudukan tempat pertama di enjin carian google.

 

Apabila artikel anda berjaya masuk ke muka surat pertama untuk kata kunci yang mempunyai kuasa menjual, maka pada saat itu, anda akan dapati jika anda tak buat sebarang promosi pun tak ada masalah. Tempahan akan terus masuk tanpa perlu anda buat apa-apa.

 

Apa yang saya sedang cerita sekarang ini ialah serba sedikit tentang Search Engine Marketing menggunakan teknik pemasaran yang dikenali sebagai Search Engine Optimization. Jika anda lihat di muka surat ini, saya ada nyatakan bahawa setiap artikel yang saya hasilkan, akan di optimasikan dengan teknik SEO atau “SEO Optimized”.

 

Kalau anda kurang faham atau kurang jelas dengan apa itu search engine marketing atau apa itu search engine optimization, anda tak perlu risau. Itulah salah satu kelebihan apabila anda dapatkan perkhidmatan iklan dari blog ini. Biar saya sahaja yang fikirkan untuk anda.

 

Secara peribadi, saya selesa untuk menulis artikel-artikel yang berkaitan dengan

1. Buku atau apa-apa bahan bacaan

2. Bekerja dari rumah dan peluang perniagaan dari rumah

3. Buat duit online

4. Perniagaan dan pemasaran internet

5. Tempat peranginan dan pelancongan

6. Hotel, Homestay atau Motel

7. Servis atau apa-apa perkhidmatan

8. Review produk

9. Review kursus, bengkel, seminar dan sebagainya

 

Jika produk anda tidak termasuk dalam senaraian diatas, tak ada masalah. Saya juga terbuka untuk menulis tentang apa-apa topik baru dan mempelajari tentang perkara-perkara baru.

 

Saya harap saya dah menjawab pertanyaan anda.

 

Sebelum saya tutup artikel ini, saya ingin mengesyorkan anda untuk lihat kategori advertorial dalam blog ini. Dalam kategori ini saya muatkan semua projek advertorial yang pernah saya jalankan untuk para pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan ini dari saya.

 

Selain dari itu, anda juga boleh lihat ke muka surat senarai syarikat ini.

 

Sekiranya anda yakin, saya dapat bantu anda, bolehlah dapatkan perkhidmatan ini dari saya. Sekian dulu.

 

 

Exit mobile version