Blog Sabree Hussin

Perlu ke saya berikan sample untuk produk yang saya ingin promosikan?

“Saya berminat nak dapatkan servis pengiklanan kat blog ni, tapi sebelum tu saya nak tau, perlu ke saya bagi sample produk yang nak dipromosikan tu?”

 

Sebenarnya ia bergantung kepada apa keperluan dan matlamat pengiklanan yang anda ingin capai.

 

Sekiranya anda mahu saya hasilkan artikel advertorial untuk anda, maka tak perlu berikan sample pun tak ada masalah. Artikel iklan tersebut akan ditulis dan disiapkan mengikut maklumat-maklumat yang anda berikan. Please bear in mind, anda perlu pastikan yang anda dapat memberikan saya maklumat yang selengkapnya.

 

Bila saya katakan maklumat selengkapnya, maksudnya saya akan perlukan SEMUA info tentang produk ataupun perkhidmatan anda.

Ini berbeza dengan artikel jenis review.

 

Review adalah seperti testimoni. Ini bermakna untuk saya menghasilkan sesebuah artikel review, saya perlu mempunyai pengalaman menjadi pengguna produk ataupun perkhidmatan anda. Dari situ saya akan membuat penilaian dan akan memberikan feedback, komen, dan testimoni tentang produk anda.

 

Boleh jadi saya akan cerita yang baik-baik sahaja. Ada kemungkinan saya akan cerita yang buruk tentang produk anda.

 

Kebiasaannya, artikel jenis review perlu menceritakan segala kebaikkan dan beberapa kelemahan produk (jika ada) apabila ianya digunakan. Saya percaya, anda juga sedar bahawa dalam dunia ini tak ada produk atau perkhidmatan yang 100% PERFECT kan?

 

Saya percaya anda pernah dengar nama Syarikat Lazada. Betul tak? Kalau dalam arena shopping online, nama Lazada memang dah tak asing lagi. Pada saya, dari pengalaman saya sendiri, saya jarang ada masalah dengan Lazada. Setiap barang yang saya ataupun isteri saya beli, semuanya kami terima dalam keadaan yang elok.

 

Walaubagaimanapun, pernah juga berlaku beberapa isu terhadap tempahan yang kami lakukan. Antaranya

1. Order barang lain, model lain yang sampai.

2. Barang yang ditempah sampai lewat berbanding waktu yang dijanjikan.

 

Benda ni memang dah lama berlaku. Saya juga dah dapat kenalpasti apa punca masalah ini. It just human error. Contohnya masalah yang pertama, saya order barang lain, tapi bila sampai, barang lain yang dapat. Ini berlaku sebab kesilapan oleh vendor yang mengurus tempahan tersebut.

 

Kalau anda perasan, setiap tempahan akan tertulis fulfill by (nama vendor). Kesilapan adalah pada pihak vendor yang mengurus tempahan. Tetapi disebabkan Lazada ni memang ada menjanjikan satisfaction guarantee, jadi tak ada masalah. Barang yang salah tu boleh dipulangkan dan akan diganti dengan yang baru.

 

Masalah kedua ialah barang lambat sampai. Benda ini pernah berlaku sekali sahaja. Itupun sebab waktu tu dah dekat-dekat nak raya. Biasanya pada musim perayaan, Lazada akan buat promosi besar-besaran, dan banyak barang yang akan dijual dengan harga yang sangat murah.

 

Maka akan ada banyak tempahan dilakukan pada waktu tersebut. Dalam situasi ini, biasanya yang akan buat masalah adalah syarikat kurier. Mereka ini yang tak cukup manpower untuk uruskan semua parcel milik pelanggan-pelanggan lazada.

 

Dalam artikel jenis review, selalunya memang saya akan cerita dari semua sudut. Sudut baik, sudut kurang baik dan sudut yang boleh diperbaiki. Katakanlah produk anda tu memang TERBAIK dan memang tak ada cacat celanya, maka hanya yang baik-baik sahaja yang akan saya cerita.

 

Sudah tentu, untuk saya benar-benar memahami produk anda, saya perlu menjadi pengguna produk anda. Ini bermakna, saya perlu ada sample produk anda.

 

Hasil artikel review yang siap itu nanti anda boleh jadikan ia sebagai testimoni kepada bakal pelanggan anda yang lain. Katakanlah ada bakal pelanggan yang masih kurang pasti, atau belum yakin untuk mencuba produk anda, anda boleh berikan link artikel review yang telah saya siapkan untuk dibaca oleh bakal pelanggan anda.

 

Artikel review itu sendiri sifatnya seperti testimoni. Ianya lebih panjang, lebih details dan In Shaa Allah lebih menyakinkan.

 

Saya dan isteri juga kerap bergantung kepada artikel review sebelum melanggan atau mencuba sesuatu yang baru. Contohnya kalau saya baru pertama kali ingin bercuti dan beristirehat ke Pengkalan Balak, Melaka, saya akan menggunakan perkhidmatan Google terlebih dahulu untuk mencari info-info seperti kat mana chalet terbaik untuk menginap, kat mana tempat makan, tempat solat dan sebagainya.

 

For me, artikel review sangat-sangat memberi impak dan mampu untuk mempengaruhi saya dan keluarga untuk buat keputusan tertentu. Kalau dari review yang saya baca, ianya sangat mengujakan, maka saya akan jadi lebih yakin untuk menjadi pelanggan kepada produk mahupun perkhidmatan tersebut.

 

Akan tetapi, jika saya tidak menjumpai sebarang review, atau lebih teruk lagi saya hanya menjumpai review yang buruk, maka kemungkinan untuk saya tidak mendapatkan perkhidmatan dari perniagaan tersebut sangatlah tinggi.

 

Sekarang, mari kita buat eksperimen mudah. Cuba anda buka laman web google dan cuba cari review tentang produk anda.

Tak tau bagaimana caranya? Mudah sahaja. Taip pada ruangan search nama produk atau nama perkhidmatan anda ditambah dengan perkataan review.

 

Contohnya, jika anda adalah pemilik laman web Jobdirumah anda boleh taip kata kuncijobdirumah review pada ruangan carian.

 

Apa hasilnya? Adakah anda menemui sebarang review mengenai produk ataupun perkhidmatan anda? Saya percaya, jika anda menaip kata kunci “jobdirumah review” anda akan temui banyak review tentang produk tersebut. Jadi bakal pelanggan tidak mempunyai sebarang masalah untuk buat keputusan daripada pembacaan review tersebut.

 

Bagaimana pula dengan situasi anda. Adakah produk yang anda jual mempunyai sebarang review? Jika tidak terdapat sebarang review, mungkin inilah masanya untuk anda dapatkan perkhidmatan dari mana-mana penulis blog untuk menulis review tentang perniagaan anda.

 

Untuk makluman anda, saya juga menawarkan perkhidmatan review ini. Anda boleh rujuk halaman perkhidmatan iklan untuk maklumat lanjut.

 

Saya mungkin akan kenakan caj tambahan untuk beberapa keadaan, misalnya.

 

(1) Anda mahu saya review tentang event, program, seminar, kursus, bengkel dan sebagainya

Caj tambahan ini adalah untuk tujuan logistik sahaja. Saya tinggal di Cheras dan jika program yang anda anjurkan itu memerlukan saya untuk travel agak jauh, sudah tentu saya perlu ada transport untuk ke tempat anda.

 

(2) Review tentang buku, ebook atau lain-lain bahan bacaan

Untuk saya menulis review tentang buku atau sebarang bahan bacaan, saya perlukan MASA untuk baca isi kandungan terlebih dahulu. Kita semua sedia maklum, masa yang kita dah terlepas ini, kita tak akan dapat ganti semula, betul tak?

 

Jadi, saya mungkin akan kenakan caj tambahan.

 

Apa pun, semua ini bergantung kepada perbincangan lanjut. Apa yang saya nyatakan disini adalah sebagai general idea sahaja supaya nanti tiada sebarang kejutan antara kita.

 

Kesimpulannya, apa yang boleh saya katakan ialah, saya akan menghasilkan artikel yang lebih baik jika saya ada sample produk ditangan saya berbanding tanpa sample produk. Pilihan ditangan anda.

 

Sekala lagi saya nyatakan disini, ia bergantung kepada apa matlamat pengiklanan anda. Adakah anda beriklan sekadar untuk cukupkan syarat, atau anda benar-benar inginkan suatu hasil yang boleh memberi keuntungan kepada perniagaan anda.

 

Sekian dulu. Jika anda ada sebarang pertanyaan atau soalan, boleh tinggalkan dibahagian komen.

 

Exit mobile version