Blog Sabree Hussin

Bagaimana meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bakal pelanggan untuk membeli produk yang kita promosikan?

AWAS! Persoalan-persoalan ini berkait antara satu sama lain.

Bagaimana anda ingin mendapatkan jualan untuk produk yang anda promosikan jika prospek TIDAK PERCAYA pada anda?

 

Macam mana pula prospek dapat percayakan anda, jika anda tidak mempunyai platform ataupun strategi untuk bina kepercayaan dengan bakal pelanggan anda itu tadi?

 

Berjaya buat jualan secara online memang SERONOK. Lagi tambah teruja apabila kita dapat notifikasi daripada pihak Maybank2u ataupun CIMBClicks yang mengatakan komisyen telah pun dibayar ataupun someone has transferred money to your account.

 

Jika anda dah “biasa” melalui pengalaman terima bayaran secara automatik seperti ini, tahniah saya ucapkan!

Oh ini bukan statement akaun saya ya, ini milik saudara Oswald Justin.

Siapa Oswald Justin?

Beliau adalah salah seorang top Internet Marketer yang berjaya menunjukkan result yang outstanding dalam bidang pemasaran affiliate. Berpengalaman dalam bidang pemasaran secara online sejak dari tahun 2009 lagi, dan boleh kata banyak pengalaman jatuh, bangun, kena tipu dan macam-macam lagi cabaran telah dilalui.

 

Hari ini, beliau dapat tersenyum puas melihat hasil usaha dan pengalaman yang dulu dilalui membuahkan hasil, and the best part is, beliau berbesar hati untuk berkongsi kepada anda, bagaimana dan apa resepi kejayaan yang digunapakai untuk berada ditahap dimana beliau berada sekarang.

 

Teruskan baca jika berminat nak korek lebih mendalam tentang teknik dan strategi buat duit ini jika anda ingin ikuti jejak langkah beliau!

“Bagaimana nak bina kepercayaan antara anda dan juga pelanggan?” Seterusnya, “bagaimana pula nak dapatkan keyakinan bakal pelanggan untuk berurusan dengan anda?”

 

Ada dua perkara yang saya harap anda dapat berikan perhatian dalam kedua-dua persoalan ini. Perkara pertama ialah aspek mendapatkan kepercayaan (trust) manakala aspek kedua adalah dari segi membina keyakinan (confident).

 

Kedua-dua aspek ini semestinya adalah ramuan yang WAJIB ada sebelum dua belah pihak (pelanggan dan penjual) bersetuju untuk melakukan sebarang transaksi.

 

“Adakah mesej pemasaran anda boleh dipercayai?”

Kejayaan sesebuah kempen pemasaran adalah berkait rapat dengan bagaimana cara anda menyampaikan sesebuah mesej jualan kepada bakal pelanggan atau kelompok sasaran pelanggan.

 

Apa beza antara seorang doktor dan juga seorang salesman ubat?

Jika seorang yang mengalami sakit demam berjumpa dengan doktor, besar kemungkinan doktor itu tadi akan mengesyorkan pesakit tersebut mengambil paracetamol.

 

Nasihat yang sama yang akan diberikan oleh seorang salesman ubat. Jika pesakit tersebut demam, salesman ubat juga akan mengesyorkan pesakit untuk beli ubat demam iaitu paracetamol juga.

 

Solution yang SAMA. Tetapi apabila nasihat tersebut datangnya dari seorang doktor, ia dilihat lebih berharga dan lebih dipercayai.

 

“Adakah tawaran anda cukup meyakinkan untuk membuatkan pelanggan TAKE ACTION?”

Soalan ini anda sahaja yang ada jawapannya. Malahan, jawapan untuk persoalan ini dimanifestasikan dalam bentuk berapa banyak jualan yang berjaya dihasilkan. Jika kurang atau langsung tak ada sales… obviously… Kaedah dan pendekatan pemasaran yang anda gunakan masih kurang menyakinkan.

 

Mungkin tanpa anda sedari, sebenarnya prospek anda TAKUT untuk melakukan transaksi dengan anda!

 

Bagaimana cara anda salurkan informasi dan maklumat tentang produk?

 

Bermula dari saat anda approach prospek, memperkenalkan produk hinggalah mendapatkan tempahan daripada bakal pelanggan. Adakah anda mengikut step dan aturan yang teratur ataupun anda jenis yang pakai redah je?

 

Saya nak kongsikan kepada anda, satu cara memperkenalkan produk kepada pengguna, yang mana cara ini mempunyai success rate yang sangat rendah. Kenapa saya kata success rate sangat rendah?

 

Contoh senario: Promosi produk merawat penyakit resdung

Anda bermula dengan menulis draf ayat-ayat iklan yang menerangkan serba sedikit tentang produk, bahan-bahan dan kelebihan penggunaan produk tersebut. Sejurus ayat iklan tersebut siap, anda pun join seberapa banyak group FB yang anda mampu sertai.

Rutin harian anda setiap hari ialah copy paste ayat iklan yang sama ke group yang berbeza-beza dan pada masa yang sama, anda juga turut updates status tentang produk yang anda jual di wall FB.

 

Adakah dengan melakukan kaedah pemasaran seperti ini, anda merasakan yang anda bakal hasilkan jualan yang lumayan? Saya percaya, selepas satu tempoh masa, anda pasti akan dapat pelanggan. Namun, seperti yang saya sebutkan sebelum ini, kaedah pemasaran seperti ini mempunyai kadar kejayaan atau success rate yang sangat rendah.

 

Mahukah anda pelajari, teknik pemasaran yang lebih baik dari itu, yang mana dengan teknik ini

1. Anda boleh bina kepercayaan dengan bakal pelanggan anda

2. Anda berpeluang untuk meyakinkan bakal pelanggan bahawa produk anda adalah yang terbaik

3. Anda boleh lakukan follow up pada bila-bila masa hingga pelanggan tersebut buat pembelian

 

Jawapan bagi ketiga-tiga persoalan diatas inilah yang dikongsikan oleh saudara Oswald Justin. Jika anda minat untuk mengetahui, bagaimana cara beliau lancarkan kempen pemasaran, apa dia tools yang digunakan, dan bagaimana strategi beliau berhasil untuk bantu beliau hasilkan pendapatan yang tak kurang lumayannya, maka anda bolehlah dapatkan panduan yang beliau hasilkan di laman web ini.

 

Panduan ini telahpun dimuat turun dan dibaca oleh lebih 1,000++ usahawan yang ingin memperbaiki skil jualan dan pemasaran mereka. Tiada risiko dan tak perlu bayar apa-apa.

 

Akhir kata dari saya…

 

Ikutilah contoh praktik seorang doktor

Masih ingat lagi contoh seorang doktor dengan salesman ubat sebelum ni? Kedua-duanya menjual ubat, tetapi kaedah yang digunapakai oleh seorang doktor lebih diyakini. Malahan, tidak dinafikan lagi, doktor akan jadi one stop center apabila ada pesakit yang memerlukan rawatan.

 

Saya dapati dari pengalaman saya sendiri, ada banyak bisnes kat luar sana yang kini membuat pendekatan seperti kaedah “doktor – pesakit”. Mereka bermula dengan mengenalpasti terlebih dahulu, apa masalah sebenar prospek, kemudian dari situ barulah mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan kewangan prospek.

 

Sama ada anda terlibat dalam bidang pemasaran produk kewangan, produk kesihatan, produk kecantikkan dan sebagainya, pendekatan ini tetap boleh dan amat sesuai digunakan.

 

Baiklah semoga bermanfaat, dan jom perbaiki dan naik taraf skil!

 

Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa untuk dapatkan akses kepada teknik meningkatkan kepercayaan pelanggan secara percuma disini. Ini adalah perkongsian oleh saudara Oswald Justin. Semoga bermanfaat untuk anda.

 

Exit mobile version