Blog Sabree Hussin

Adakah Beri Warranty Mampu Mempengaruhi Pelanggan Buat Keputusan Untuk Membeli?

Sebenarnya baru-baru ni saya ada masalah dengan bateri handphone Blackberry yang saya guna. Saya mula perasan sebulan kebelakangan ni bateri phone saya selalu buat masalah.

 

Contohnya baru online FB tak sampai 15 minit, kuasa bateri dah mula lemah.

 

Lepas tu bila cas, tak sampai 15 minit dah penuh. Bila guna untuk BBM, Whatsapp dan sebagainya dia mula kosong semula.

 

Kemuncaknya ialah pada Isnin lepas, 3 Feb 2014. Masa ini memang bateri ni dah tak boleh nak berfungsi dengan sepatutnya. Cas banyak kali pun tetap  tak masuk, dan blackberry saya ni tak boleh nak on.

 

Solutionnya ialah?

 

… beli bateri baru. Mungkin bateri blackberry saya ni dah sampai jangka hayatnya. Sebab tu dia buat masalah macam ni.

 

Memandangkan pada hari tu saya berada di Ampang, jadi saya ambil peluang ni untuk ke Plaza Low Yatt untuk cari bateri baru. Maka terjadilah dua situasi semasa saya survey harga bateri.

 

Saya kira ini adalah satu pengalaman yang agak menarik dan wajar untuk saya kongsikan dalam blog saya ni. Mungkin, satu masa nanti, saya juga boleh gunakan teknik ini dalam urusan jualan.

 

Kedai pertama yang saya pergi tawarkan harga RM60. Kalau menurut kata taukey kedai tu, harga asal ialah RM79. Dia bagi diskaun RM19 dan pada masa yang sama beri waranti selama 3 bulan.

 

Kedai kedua pulak, dia tak tawarkan sebarang diskaun dan dia tak ada pun reveal berapa harga asal bateri yang dia jual. Dia cuma bagitahu pada saya, harga RM75, dan waranti selama 6 bulan.

 

Antara dua kedai ni, beza harga yang ditawarkan ialah RM15, dan beza tempoh waranti pula ialah 3 bulan.

 

Saya telah lakukan survey bagi mengenalpasti, sebagai pengguna atau pelanggan, kedai mana satu yang akan jadi pilihan?

Adakah kedai pertama yang jual harga lebih murah dengan waranti 3 bulan, atau kedai kedua yang tawarkan harga lebih mahal dengan waranti selama 6 bulan.

 

Berikut adalah respons yang saya terima

1. “Kedai kedua la…biar mahal asalkan warranty nye lama” – Fathul

 

2. “Kedai kedua kot warranti lama ckit” – Haliza Baharun

 

3. “Kedai kedua..^^ Biar mahal jnji warranty lama hikhikk..puas hati kot..:)” – Ayu

 

4. “Saya pilih kedai ke 2..cuma bayar lebih rm15 dan saya dapat extra lagi 3 bulan waranti 🙂 apa yang jadi akan datang kita tak tau. dari kita rugi dan labur lagi wang untuk beli bateri yang baru, lebih baik kita tambah lagi sedikit pelaburan untuk jaminan yang lebih lama.. :)” – Luna Ed

 

5. “Saya akan pilih kedai 2,Namun pd realitinya kadang2 saya terburu-buru. Akan ke kedai 1 semula kerana dikaburi dgn harga murah. Lain kali saya kena berfikir pantas tetapi menguntungkan jangka masa yg lebih pnjg.” – Maslina

 

6. “sy pilih kedai no 2.. Teknik warranty ni memang sesuai. Contohnya, pengguna sanggup bayar tambahan sehingga 150 untuk panjangkan tempoh warranty apabila membeli laptop. :)” – Adam

 

7. “Wslm. . Sy pilih kedai no 2. . Walaupn mahal skit, tp sy lebih yakin.” – Herliana

 

8. “saya pilih yg rm75 warranty 6 bulan” – Suzaimah

 

9. “Kedai 2… Nice story :)” – Faris Osman

 

10. “ok.. saya balas. kalau saya.. saya akan pilih kedai yang kedua.. biarpun harganya agak mahal berbanding kedai yang pertama, iaitu dengan perbezaan harga RM15, kerana bagi saya jangka masa warranti tu penting.. sekiranya saya beli dari kedai yang pertama, mungkin bulan pertama ok, bulan kedua masih ok, bulan ketiga pun begitu. Akan tetapi, saya tak dapat menolak kemungkinan yang bakal berlaku, bulan ke-4, ke-5 dan  ke-6, sapa tahu kan, tiba-tiba dalam bulan ke 4-6.. bateri tu buat hal lagi. Terpaksa beli bateri baru. Kos bateri dah berapa, masa untuk survey cari bateri lagi, kos pengangkutan lagi (duit minyak/bas). Banyak dah kos dan masa terbazir kat situ. Mungkin juga, peniaga kedai pertama menawarkan harga yang lebih murah kerana kemungkinan bateri yang dia jual kurang berkualiti berbanding kedai yang kedua, nampak sangat tak berkualiti, warranti just 3 bulan sahaja. Harga murah cuma taktik dia nak melariskan jualan bateri dia yang tak berkualiti tu. Jadi, pada pandangan saya, saya pilih kedai yang kedua, biar rugi RM15, jangan rugi RM60++.. hehehe. “ – Yana

 

11. “salam En Sabree saya telah menerima email dari En Sabree…. mengenai persoalan En Sabree untuk membeli bateri h/pon Encik kedai mana jadi pilihan. Pilihan Saya kedai yang kedua atas alasan pengurangan harga (diskaun) ada sedikit dari harga sebenar,dan keduanya jaminan si penjual mementingkan kualiti barang yang di jual dengan memberi jaminan yang lebih tinggi. terimakasih” – Mohd Miskhairi

 

12. “Saya pilih kedai yg kedua sbb warranty 6 bln ( tambah 3 bulan ) dgn tambahan harga RM15 jer :)” – Sharmila

 

13. “Assalam.. menarik sekali kisah waranty ni. Sudah tentu kedai yg ke 2 kalau ada lebih duit, tapi kalau tak lebih, terpaksa ambik kedai yg pertama. Bercakap pasal waranty, tak tau sejauh mana relevant dalam masyarakat kita ni.
Produk yg saya jual pun ada money back guarantee. Tapi pelanggan lebih suka beli daripada penjual yg tak bagi apa apa guarantee. Mungkin kepercayaan lebih besar pegaruhnya berbanding guarantee ni.
Apa pendapat saudara?
Sekadar pandangan dari saya yg kerdil.” – Zarina

 

Jawapan di atas ini adalah mewakili mereka yang memilih untuk ke kedai kedua. Namun ini tak bermakna kedai pertama tak ada yang pilih.

 

Kali ini saya nak kongsikan jawapan mereka yang pilih kedai yang pertama

1. “Klo saya pilih yg pertama tu, murah sikit x kisah lah warranty dia kurg berbanding yg kedua tu.. Sbb klo rosak nk claim warranty kena pergi kedai tu kena kluar kos jugak.. Klo kedai depan umah lain citer.. Haha 😀 “ – BroFami

 

2. “Salam… Jika saya diberi pilihan maka saya akan pilih kedai yg pertama kerana harganya murah dan tetap ada warranty walaupun hanya 3 bulan.” – Piteri

 

3. “saya pilih kedai 1 :)” – Ain Zakiah

 

4. “saya akan pilih kedai pertama.ada ke orang nak pergi lowyat semata2 nak claim warranty battery hp je? tapi majoriti akan pilih kedai kedua, sebab nakkan warranty yang 6 bulan tu.” – Ahmad Zawawi

 

5. “Salam… sy pilih kedai pertama .. sebabnya pengalaman sy sendiri beli yg ada waranti setahun pun xblh nk claim.. sy xkisah ttg waranti sy hanya anggap kalau sy jaga elok maka elok lah barang sy..bila kita dah beli seolah2 penjual dah lepas tgn.. experience sendiri hehehe..” – Shafrina Asma

 

6. “Junn pilih kedai pertama..” – Junn Jeffrry

 

Daripada 19 orang yang beri respons kepada survey yang saya buat, 13 orang memilih kedai kedua yang tawarkan waranti yang lebih lama, manakala hanya 6 orang sahaja yang memilih kedai pertama yang tawarkan waranti lebih pendek.

 

Saya?

 

Of course saya pilih kedai pertama.

 

Saya nak beli bateri, bukan nak beli waranti :p

 

Kalau bateri tu rosak balik macam mana?

 

Hmm good question. In Shaa Allah ada rezeki, dengan handphone ni sekali saya ganti yang baru. Puas hati.

 

Dengan beri waranti terhadap produk yang anda jual, ia sememangnya mampu untuk mempengaruhi keputusan pelanggan untuk membuat pembelian.

 

Maksudnya, jika anda jual produk seperti ini, anda wajib tawarkan waranti walaupun hanya untuk 2 – 3 bulan sahaja.

 

Ok beri waranti hanyalah salah satu daripada elemen yang kita boleh gunakan untuk lariskan produk yang anda jual.

 

Ada lagi benda lain yang anda boleh offer. Ada 99 lagi.

 

Baca lagi tentang strategi promosi yang meningkatkan jualan di dalam ebook saya yang berjudul 100 Rahsia Psikologi Pelanggan. Dan jika anda perasan, dengan memberi waranti, anda juga boleh letakkan harga yang lebih tinggi, berbanding tanpa waranti, atau dengan beri waranti tetapi tempoh masa yang lebih pendek.

 

Semoga info dalam blogpost ini beri manfaat kepada anda.

 

Wallahua’lam

 

Exit mobile version