Blog Sabree Hussin

Adakah BERNIAGA dari rumah adalah satu keputusan yang TEPAT?

“Jika diberi pilihan, mana satu yang anda akan pilih. Berniaga dari rumah ataupun bekerja dari rumah?”

 

Jika anda pilih untuk bekerja dari rumah, isu terbesar yang anda perlu hadapi ialah untuk mendapatkan majikan yang sudi untuk menerima anda bekerja dan sudi untuk memberi anda job. Ada kerja, ada job maka adalah upahnya. Jika tiada sebarang majikan yang sudi menawarkan anda sebarang kerja, memang pening kepala jadinya nak fikirkan mana nak dapat duit.

 

Bagi yang berminat untuk bekerja dari rumah dan tak mahu terlibat dengan sebarang aktiviti jualan dan pemasaran, anda boleh cuba dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan skil dan minat anda menerusi platform yang disediakan oleh pihak Jobdirumah ataupun boleh juga baca entri saya sebelum ni yang bertajuk Bekerja dari rumah dan tak perlu jual barang tetapi masih dibayar lumayan.

 

Baca slow-slow dan cuba fahamkan. Ia mungkin bakal mengubah kehidupan anda kepada yang lebih baik lagi lepas ni.

 

Ok selain nak bekerja dari rumah, anda juga sebenarnya ada opsyen lain iaitu berniaga dari rumah. Satu kelebihan yang terdapat pada berniaga dari rumah ni ialah, anda boleh jana seberapa banyak pendapatan yang anda suka tanpa had. Orang putih kata, the sky is the limit.

 

Akan tetapi, lazimnya, si peniaga tu sendiri yang akan letakkan limit pada kemampuan dia menghasilkan jualan. Kenapa macam tu ya? Saya pun tak tau jawapannya.

 

“Ada berniaga, ada kala untung besar adakala untung cukup-cukup makan, dan kadangkala akan rasai kerugian.”

 

Tak kiralah sama ada anda berniaga secara offline mahupun online. Pasti anda akan lalui semua fasa-fasa yang saya sebutkan ni. Adakah berniaga secara online dari rumah adalah satu keputusan yang TEPAT lebih-lebih lagi sekarang ni?

 

Konsep berniaga dari rumah

 

Berniaga dari rumah ni ada yang berisiko, dan ada juga yang kurang risikonya. Kalau anda bukanlah jenis yang berani mengambil risiko, anda boleh lihat peluang perniagaan tanpa modal menerusi bisnes percetakkan ni ataupun anda boleh juga menceburi bidang perniagaan yang menawarkan konsep dropship.

 

Konsep dropship ni kurang risikonya. Namun ia bukan bermakna konsep dropship ni langsung bebas risiko. Sepanjang saya berniaga menerusi konsep dropship ni, ada beberapa perkara yang saya kurang suka. Ini antaranya

1. Supplier lambat hantar barang yang diorder

Sudahlah barang lambat hantar lepas tu tak ada nak bagitahu kenapa barang tu tak dihantar. At least kalau sibuk sangat sekalipun, updatelah dekat para ejen dropshipper ni. Kita yang berurusan dengan pelanggan, kita yang dapatkan pelanggan akhirnya kita juga yang akan diasak oleh pertanyaan-pertanyaan dari pelanggan.

Dari pihak supplier yang menawarkan konsep dropshipping ni pun perlulah bertimbangrasa sikit. Bila ejen tanya soalan, kenalah jawab seberapa pantas yang boleh.

 

2. Nak dapatkan tracking number pun lambat 

Salah satu perkara yang buatkan pelanggan lebih yakin ialah bila kita berikan mereka tracking number untuk order yang mereka buat.

Cara saya, saya lebih suka berikan tracking number on the spot apabila pelanggan dah pun buat bayaran, walaupun barang yang ditempah saya masih belum siap packing lagi. Tapi kalau saya buat dropship ni dia slow… dan satu perkara yang rakyat Malaysia ni kurang gemar ialah perlu tunggu.

 

3. Kita tak dapat nak lihat kondisi barang yang dibeli oleh pelanggan

Memandangkan supplier yang akan packagingkan produk yang kita promosikan, dan supplier jugaklah yang akan pos kan barang, jadi dipihak kita susah nak bayangkan macam mana agaknya kualiti barangan yang di pos tu.

Melainkan kita sendiri pun ada pengalaman beli barang dari supplier tu sendiri.

 

Sebab itulah saya lebih gemar simpan stok sendiri untuk barang yang saya niagakan.

 

Ini antara stok barang niaga yang ada dalam simpanan saya.

 

Modal untuk dapatkan kesemua produk ni adalah sebanyak RM8,465

 

Of course, bila saya dah dapat jual kesemua sekali, keuntungan yang akan saya dapat juga mencecah 4 angka juga. Produk yang saya jual ni ialah Merchandise Best Mobile. Jika anda sudi untuk membeli dari saya, berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan.

 

Berniaga dengan stok simpan sendiri adalah suatu tekanan yang membina

Saya dapati, bila saya simpan stok sendiri, automatik saya jadi lebih rajin dan lebih gigih untuk dapatkan sales. Saya gunakan hampir kesemua teknik marketing yang saya tahu, daripada menggunakan FB Group, FB Fanpage, blog dan sebagainya. Senang cerita, semua medium yang saya tahu, saya akan gunakan. Saya akan beriklan walaupun hanya dengan sepotong ayat.

 

Alhamdulillah, ada yang berminat nak order. Saya melihat ini sebagai feedback terbaik yang menandakan usaha pemasaran kita berkesan.

 

Pelanggan ni telah screenshot tawaran yang saya buat di fanpage saya.

 

Bila saya buat perbandingan antara bisnes yang saya gunakan khidmat supplier dropship dengan bila saya simpan stok sendiri… alamak memang jauh sangat bezanya.

 

Walaupun dari segi risiko, saya berhadapan dengan risiko yang lebih tinggi, setidak-tidaknya bila stok ada depan mata ni, mahu atau tidak, rajin atau malas, macam mana pun saya kena paksa diri untuk buat marketing… dan tiada yang lebih menggembirakan hati saya sebagai seorang peniaga selain daripada menerima feedback dari bakal pelanggan yang minat nak membeli.

 

Asas perniagaan…

Sebarang perniagaan, asas yang anda perlu ketahui ialah “pemasaran”. Bila anda dah mahir tentang pemasaran dan dah tahu, kaedah yang mana satu yang anda nak gunakan, anda tak perlu khuatir untuk mengeluarkan modal untuk beli stok barangan niaga.

 

Banyakkan berdoa, amalkan amalan-amalan murah rezeki seperti solat sunat dhuha, dan In Shaa Allah, Allah akan bantu anda untuk dapatkan jualan.

 

 

Exit mobile version