Blog Sabree Hussin

Bekerja Dari Rumah Atau Berniaga Dari Rumah?

Jika diberi pilihan, mana satu yang anda akan pilih? Bekerja dari rumah atau nak berniaga dari rumah? Tiada jawapan yang betul ataupun salah. Anda bebas untuk buat pilihan.

 

Mana-mana satu yang anda pilih, pastikan ianya adalah yang TERBAIK buat anda. Pertimbangkan juga baik buruk yang mungkin berlaku dari setiap pilihan yang anda buat? Dah fikir masak-masak ke belum nak pilih yang mana satu?

 

Saya dah buat pilihan, dan pilihan saya ialah untuk buat dua-dua sekali.

 

Bekerja dari rumah saya buat, dan pada masa yang sama, saya juga berniaga dari rumah. Kalau anda nak bekerja dari rumah, tetapi anda memang zero atau cuma tau sikit-sikit tentang selok belok dan cara bekerja dari rumah, ini cadangan saya.

Dapatkan pakej latihan bekerja dari rumah oleh Jobdirumah… dan ketahui lubuk-lubuk yang anda boleh terokai untuk dapatkan lebih banyak peluang kerja dari rumah.

 

Mungkin pada waktu anda baca catatan ini, anda ada banyak persoalan nak tau, bagaimana agaknya cara untuk bekerja dari rumah? Adakah kerja dari rumah yang saya maksudkan ini sesuai untuk anda atau tidak? Saya juga pernah berada dalam situasi seperti anda.

 

Berminat nak bekerja dari rumah tetapi saya tak tau nak rujuk pada siapa atau nak bertanya pada siapa? Mujurlah pada waktu tu, saya temui panduan yang menceritakan secara lengkap bagaimana proses dan prosedur untuk bekerja dari rumah. Panduan yang saya maksudkan adalah Panduan e-Kursus Jobdirumah yang anda boleh muat turun menerusi pautan ini.

 

Bila saya dah ada panduan ini, saya boleh terus mula untuk study. Tak perlu lagi saya nak bersusah payah nak google atau nak baca blog itu blog ini semata-mata untuk dapatkan maklumat lengkap tentang macam mana nak mula bekerja dari rumah. Semua jawapan yang saya perlukan tentang cara bekerja dari rumah ada dalam panduan tersebut.

 

Ya, kena keluar modal sikit. Anggaplah ia sebagai yuran untuk pembelajaran. Macam kita masuk sekolah atau belajar di universiti. Kenalah bayar yuran. Kalau tak bayar yuran, siapa yang nak ajar kita secara PERCUMA? Memang tak ada. Kena keluar modal sikit untuk jadi lebih pandai, itu lebih baik.

 

Kalau anda nak tengok salah satu contoh kerja dari rumah yang saya sendiri buat, boleh baca post saya sebelum ni yang berjudul pengalaman bekerja dari rumah.

 

Kalau nak berniaga dari rumah pulak? Macam mana?

Ini lagi senang. Apa benda yang boleh dijual, yang boleh diniagakan, benda tu lah yang anda jual. Bila saya kata benda, namun saya tak hadkan ia kepada produk fizikal semata-mata. Kalau anda nak jual perkhidmatan pun boleh tak ada masalah.

 

Bercakap tentang perkhidmatan ini, boleh jadi ia dalam bentuk khidmat memotong rumput, khidmat make up, khidmat jurugambar, servis aircond dan sebagainya.

Buat khidmat fotografi juga boleh hasilkan pendapatan yang selesa. Cuma anda kena tahu macam mana nak mula, pelanggan yang bagaimana yang anda nak target dan sama ada anda ada masa atau tidak.

 

Untuk diri saya sendiri, saya sebenarnya ada bukak kedai runcit kat depan rumah. Masa perniagaan dari jam 7.00 pagi hingga 10.30 malam. Memandangkan kedai ni saya bukak kat depan rumah, so bolehlah dikira sebagai berniaga dari rumah. Tak perlu nak pergi jauh-jauh untuk berniaga. Hanya perlu melangkah beberapa tapak dah boleh sampai ke tempat berniaga.

 

Setiap hari saya kena buka kedai macam biasa, dan tunggu pelanggan masuk untuk beli barang. Sambil-sambil tunggu pelanggan, saya buka fb, menulis dalam blog, dan buat lain-lain kerja yang boleh dilakukan secara online bagi menghasilkan pendapatan tambahan.

 

Walaupun situasi kita mungkin jauh berbeza, namun saya rasa idea dalam ini mungkin ada yang anda boleh praktikkan. Cubalah fikirkan, apa agaknya barang yang anda boleh niagakan hanya dari rumah anda? Tak semestinya anda perlu buka kedai runcit seperti yang saya sendiri buat, sebabnya masih ada banyak lagi cara lain untuk berniaga dari rumah.

 

Pada hari ini, lebih ramai orang yang berniaga dari rumah hanya dengan bantuan laman web media sosial sahaja. Contohnya, anda mungkin jual power bank yang boleh digunakan untuk jump start kereta. Contohnya macam gambar kat bawah ni.


Klik sini untuk lihat Power Bank ini

 

Anda tak perlu susah payah nak buka kedai. Anda boleh mula jual dengan persediaan yang cukup minima. Sebagai contoh anda pasang banner dekat depan rumah, dan selebihnya bagi tujuan promosi, anda promosi secara aktif di media sosial ataupun di group FB dan whatsapp. Mudah sahaja, kan?

 

Itu cerita bab berniaga offline.

 

Kalau berniaga secara online pulak adalah seperti yang saya sedang buat sekarang ni. Saya juga menjual beberapa produk menggunakan konsep dropship dan juga affiliate. Pada masa ini, saya lebih tumpukan kepada program affiliate.

 

Walaupun pada dasarnya pendapatan dari program affiliate adalah lebih rendah berbanding dropship, namun saya lebih selesa buat affiliate. Kalau buat affiliate untuk produk fizikal misalnya, saya ambil contoh affiliate bagi laman web ini, komisen paling besar yang boleh saya dapat adalah lebih kurang 10% sahaja daripada harga barang yang dijual. Itupun bergantung kepada apa jenis produk yang saya berjaya jual.

 

Sesetengah produk komisennya adalah 6% atau 9% sahaja. Ya, memang tak banyak kalau nak dibandingkan dengan bisnes dropship yang boleh dapat untung sekitar 20% – 40% untuk sesebuah produk.

 

Namun, apabila saya masukkan faktor RISIKO dalam perniagaan, dan membandingkan antara dropship dengan affiliate sahaja, saya dapati risiko berniaga sebagai ejen affiliate adalah berkali ganda lebih rendah. Mungkin ada kalangan pembaca yang nak tau, apa dia risiko dalam perniagaan berkonsepkan affiliate ni?

 

Baik.

 

Risikonya ialah komisen kita mungkin tak captured apabila pelanggan membuat pembelian menggunakan dua peranti yang berbeza. Contohnya, kali pertama dia lihat iklan yang kita siarkan adalah menerusi komputer di pejabat. Tapi dia tak terus buat pembelian. Kemudian bila dia balik rumah baru dia nak buat pembelian. Waktu tu dia dah tak lagi klik pada link affiliate kita, sebaliknya dia boleh terus buka laman web penjual.

 

Situasi kat atas ini adalah salah satu contoh situasi bagaimana sebagai ejen affiliate kita mungkin akan kehilangan komisen kita. Ah… tapi ini semua small matter je. Fokus sahaja untuk dapatkan lebih ramai pelanggan dan lebih banyak trafik untuk masuk ke laman web kita. Itu lebih baik.

 

Katakanlah, anda lebih cenderung untuk berniaga dari rumah, dan pada masa yang sama anda tak suka nak gunakan platform social media untuk jual barang. Saya faham situasi anda.

 

Anda mungkin kurang berkenan dengan salah satu situasi dibawah ini

i. Anda tak suka FB personal anda jadi tempat iklan

ii. Anda tak suka nak melayan pertanyaan pelanggan yang suka PM PM

iii. Anda tak mahu friendlist anda dipenuhi dengan individu yang anda tak kenali

 

Baiklah, kalau begitu keadaannya, saya kira anda ada dua opsyen yang sangat bagus. Apa kata anda berniaga melalui sistem marketplace. Dekat luar sana memang terdapat banyak sistem marketplace yang anda boleh gunakan.

 

Anda juga ada pilihan sama ada nak bina sendiri laman web ecommerce bagi tujuan perniagaan ataupun guna sahaja laman web ecommerce sedia ada yang telah pun popular dan diterima baik oleh penduduk Malaysia.

 

Saya syorkan dua laman web, iaitu

(1) Lazada Malaysia

Baca: langkah demi langkah berniaga di Lazada Malaysia disini.

 

(2) Shopee

Baca: langkah demi langkah berniaga di Shopee sehingga berjaya hasilkan RM10,000!

 

Cabaran berniaga dari rumah ini ialah, pendapatan kita ditentukan berdasarkan berapa banyak jualan yang kita boleh hasilkan. Kalau jualan kita banyak, maka banyaklah income kita. Kalau jualan kita tak ada atau kurang, maka sikitlah income kita. Pada pendapat saya la kan, berniaga dari rumah ini sememangnya lebih mencabar berbanding bekerja dari rumah.

 

Ada satu lagi bentuk perniagaan yang anda boleh jalankan hanya dari rumah. Perniagaan yang saya maksudkan adalah perniagaan berasaskan konsep network marketing.

 

Memang betul, sesetengah orang agak anti dengan konsep networking atau multi level marketing. Namun hakikatnya, bisnes ini adalah antara bisnes yang ada potensi untuk berkembang dan memberi pulangan yang lumayan.

 

Apa lagi kelebihan bisnes network marketing? Ada banyak. Bisnes network marketing ini boleh dijalankan tanpa sebarang modal! Bila tak keluar modal langsung, maka risiko untuk alami kerugian juga hampir tiada.

 

Jika anda minat nak jalankan bisnes network marketing hanya dari rumah dan tak perlu keluar modal untuk disertai, bolehlah hubungi saya. Syarikat adalah syarikat global, dari Korea Selatan.

 

Produk-produk memang berkualiti tinggi. Kalau betul-betul minat, jom hubungi saya dan kita buat bisnes ni sama-sama.

 

Ada orang dia memang tak minat berniaga, lebih suka bekerja. Kalau dah macam tu, maka pilihlah bekerja dari rumah. Bagi yang memang tak kisah untuk berniaga dan bersaing di pasaran, bolehlah pilih untuk berniaga.

 

Mana-mana satu pilihan sekalipun, kedua-duanya In Shaa Allah menjanjikan rezeki yang Halal. Jadi, selepas anda baca perkongsian saya ini, mana satu yang anda lebih suka? Bekerja dari rumah atau berniaga dari rumah? Boleh kongsikan di bahagian komen?

 

 

Exit mobile version