Blog Sabree Hussin

Review dan pandangan saya tentang Jutawan App – Adakah ianya satu penipuan?

Dalam perjalanan saya mencari peluang-peluang untuk tambahkan pendapatan secara online, saya temui sebuah laman web yang diberi nama Jutawan App – Biarkan robot menjana wang anda secara otomatik!

 

Boleh percaya ke laman web Jutawan App ni? 

 

Saya percaya, ini adalah persoalan biasa, bagi mereka-mereka yang terjumpa laman web seperti ini. Walaupun dah jelas, ianya too good to be true, tapi rasa ingin tahu tu pasti ada.

 

Sebenarnya, saya tak bercadang pun nak tulis tentang topik Jutawan App ni. Pada asalnya, saya nak tulis pasal benda lain. Tapi bila saya cuba nak tulis pasal topik lain, otak saya ligat memikirkan tentang Jutawan App.

 

Jadi, nak tak nak saya tulislah jugak pasal topik ni. Selagi saya tak tulis tentang topik ini, selagi tu saya akan asyik fikir pasal benda ni.

 

Satu lagi keadaan yang buatkan saya tergerak hati nak tulis pasal applikasi, yang kononnya boleh bantu penggunanya jadi jutawan ni ialah disebabkan oleh emel-emel yang saya selalu terima. Ini antaranya

 

Emel ini saya terima pada 28 December 2017 dari alamat emel yahtassa62@gmail.com

Dengan menggunakan applikasi yang penghantar emel ni gunakan, kononnya saya juga boleh hasilkan pendapatan sekelip mata dalam masa 1 jam. Lama betul dia kelip mata, kan? Sampai satu jam tu.

 

Dalam emel tu ada pautan dan ia membawa ke halaman ini iaitu halaman jualan Jutawan App.

 

Pada tarikh 27 December 2017 saya juga ada terima emel yang lebih kurang sama dari alamat emel azrezal17@gmail.com

Hanya dengan muat turun applikasi, instal dan biarkan ia berjalan sendiri, pengguna ni dah tak perlu risau tentang masalah negara, masalah GST dan juga masalah turun naik harga minyak. Wah besar sungguh rahmat yang dibawa oleh applikasi ni.

 

Pada tarikh yang lebih awal dari itu, iaitu pada 15 December 2017, saya juga ada dapat emel dari seseorang yang menggunakan alamat emel sabaniproton90@gmail.com yang turut mempromosikan apps ni kepada saya.

Sebenarnya ada banyak lagi emel yang lebih kurang sama yang saya dah terima sebelum ini. Saya menjangkakan, emel seperti ini memang tak akan berhenti.

 

Saya pun dah tak larat nak tekan butang block sender dan juga report spam.

Akhirnya sekarang ni, saya biarkan je emel-emel yang masuk dalam inbox saya.

 

Apa yang saya nak cerita tentang Jutawan Apps dan kemana hala tuju perkongsian saya ini?

Saya pun tak tau, dari mana mereka ni semua dapat alamat emel saya.

 

Saya tak pernah minta untuk diberikan emel-emel promosi sedemkian rupa. Dalam bidang pemasaran online, atau bidang pemasaran menerusi emel, apabila kita menghantar emel promosi kepada seseorang tanpa kebenaran, atau tanpa pihak penerima emel tu meminta untuk dihantar emel, maka tindakan ini sudah dikira SPAM.

 

Masih ramai yang tak tau beza, antara SPAM dengan SCAM.

 

SPAM merujuk kepada aktiviti menghantar mesej yang tak diingini kepada penerima secara rawak tanpa kebenaran penerima.

SCAM pula merujuk kepada aktiviti PENIPUAN.

 

Adakah Jutawan App boleh dipercayai atau ia sekadar scam?

Untuk mendapatkan jawapannya, kita lihat informasi yang dibekalkan di laman web utama Jutawan App. Baca dari mula sampai habis, dan kalau masih tetap tak faham, cuba ulang dua, tiga, empat atau ulanglah seberapa banyak yang anda mampu ulang.

 

Cuba dapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut.

 

  1. Apa sebenarnya yang dijual di laman web Jutawan App?
  2. Dari mana duit tu datang?
  3. Apa sebenarnya punca pendapatan ahli Jutawan App?
  4. Apa yang dijual sampai boleh hasilkan income ribuan ringgit?
  5. Apakah jaminan yang anda juga akan dapat pendapatan yang sebegitu jika mendapatakan Jutawan App ini?

 

Saya akan ceritakan satu per satu berdasarkan apa yang saya baca di laman web utama mereka.

 

(1) Apa sebenarnya yang dijual di laman web Jutawan App? 

Mereka jual apps yang hanya boleh beroperasi menggunakan sistem android. Apps ini fungsinya adalah untuk buat kerja-kerja pemasaran.

 

(2) Dari mana duit datang?

Duit datang melalui proses jual dan beli. Ada orang beli apps ni, maka adalah aliran duit yang masuk. Kalau tak ada orang yang beli, maka tak ada duit yang masuk.

 

(3) Apa punca pendapatan ahli Jutawan Apps?

Tak berapa jelas. Tapi dari tiga contoh diatas, mereka join sebagai pengguna Jutawan Apps, dan lepas tu mereka promosikan pula apps ini kepada orang lain yang belum join. Saya rasa, kalau setakat nak promosikan apps ni, tak perlu bayar RM390 pun tak apa.

Join sebagai affiliate, tak perlu nak bayar apa-apa. Ianya PERCUMA sahaja.

 

(4) Apa yang dijual sampai boleh hasilkan income ribuan ringgit?

Mereka jual Apps yang dipanggil Jutawan Apps ni. Apps ini kemudian digunakan untuk jual Jutawan Apps kembali hinggalah kitaran itu berterusan sampailah tak ada sesiapa yang minat nak beli benda ni lagi.

 

(5) Apakah jaminan yang anda juga akan dapat pendapatan yang sebegitu jika mendapatkan Jutawan App ini?

Sudah tentu tiada jaminan. Sila ke halaman terma dan syarat dan baca setiap baris ayat yang ditulis disitu. Tiada sebarang jaminan yang anda akan dapat meraih sebarang pendapatan.

 

Ini bahagian yang dinyatakan bahawa pihak Jutawan App tidak menjamin yang anda akan dapat income yang lumayan seperti mereka.

JUTAWANAPP ADALAH SEBUAH APLIKASI MARKETING TOOL YANG BOLEH BERJALAN DI TELEFON ANDROID ANDA. SILA PASTIKAN TELEFON ANDA MENGGUNAKAN OS ANDROID UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI INI. JUTAWANAPP BUKAN SEBUAH SKIM CEPAT KAYA, SKIM PELABURAN ATAU MLM YANG PERLU DI SERTAI UNTUK MENJANA PENDAPATAN. IA ADALAH PENJUALAN SEBUAH PRODUK BERUPA APLIKASI YANG BOLEH DI PASANG DI TELEFON BIMBIT ANDROID YANG BERFUNGSI UNTUK MENJADI SEBUAH MARKETING TOOL UNTUK PEMBELI.

 

JUTAWANAPP.COM MEMBUAT SEGALA USAHA UNTUK MEMASTIKAN IA MENERANGKAN DENGAN JELAS MENGENAI PRODUK DENGAN TEPAT DAN SEGALA POTENSI PENDAPATAN MEREKA. ANGGARAN PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN YANG DIBUAT OLEH JUTAWANAPP.COM DAN PELANGGANNYA ADALAH ANGGARAN TENTANG APA YANG JUTAWANAPP.COM FIKIR ANDA MUNGKIN BOLEH DAPAT DAN JUGA BERDASARKAN PENDAPATAN YANG DIPEROLEHI SENDIRI OLEH PIHAK JUTAWANAPP.

 

TIADA SEBARANG JAMINAN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MEMBUAT TAHAP PENDAPATAN INI DAN ANDA SETUJU BAHAWA PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN DARI PENGGUNAAN APLIKASI ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU. SEPERTI MANA-MANA PERNIAGAAN, HASIL ANDA MUNGKIN BERBEZA-BEZA, DAN AKAN BERDASARKAN KEUPAYAAN ANDA, PENGALAMAN PERNIAGAAN, KEPAKARAN DAN TAHAP KEINGINAN MASING-MASING. TIDAK ADA SEBARANG JAMINAN MENGENAI TAHAP KEJAYAAN YANG MUNGKIN DI CAPAI. CONTOH YANG DIGUNAKAN ADALAH BERDASARKAN TESTIMONI PEMBELI YANG LUAR BIASA DAN TIDAK DIMAKSUDKAN UNTUK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA SESIAPA PUN AKAN MENCAPAI HASIL YANG SAMA ATAU SERUPA. KEJAYAAN SETIAP INDIVIDU BERGANTUNG PADA LATAR BELAKANG, DEDIKASI, KEINGINAN DAN MOTIVASI MEREKA.

 

TIDAK ADA JAMINAN BAHAWA CONTOH PENDAPATAN MASA LALU BOLEH DIDUPLIKASI UNTUK MASA AKAN DATANG. JUTAWANAPP.COM TIDAK DAPAT MENJAMIN HASIL DAN / ATAU KEJAYAAN MASA DEPAN ANDA. TERDAPAT BEBERAPA RISIKO YANG TIDAK DIKETAHUI DALAM PERNIAGAAN DAN DI INTERNET YANG JUTAWANAPP.COM TIDAK DAPAT JANGKA YANG DAPAT MENGURANGKAN HASIL DARI APA YANG DI PAPARKAN DI LAMAN INI. JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SETIAP TINDAKAN ANDA. PENGGUNAAN MAKLUMAT, PRODUK DAN PERKHIDMATAN JUTAWANAPP.COM HARUS BERDASARKAN KETEKUNAN ANDA SENDIRI DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN PERNIAGAAN ANDA YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN DAN PENGGUNAAN JUTAWANAPP MAKLUMAT, PRODUK DAN PERKHIDMATAN.

 

(6) Bagaimana kalau saya dah join Jutawan App dan dah bayar RM390. Adakah saya akan dapat balik duit saya?

Pembelian produk ini disertakan dengan jaminan wang kembali dalam masa 60 hari. Walaubagaimanapun, anggap sahajalah selepas anda bayar RM390 tu, anda TIDAK AKAN DAPAT SEMULA duit anda.

 

Pihak Jutawan App meletakkan syarat yang cukup ketat, untuk dapatkan semula duit selepas dah join atau dah terbeli produk mereka. Lihat syarat yang mereka letakkan.

(A) jaminan itu HANYA sah di mana pembelian telah dibuat oleh anda sebagai bahan semata-mata bertujuan untuk anda seorang sahaja. Apa- apa permintaan bayaran balik perlu memasukkan kenyataan / pengesahan bahawa anda, sebagai pembeli, membeli bahan-bahan ini dengan suci hati;

(B) untuk mendapatkan bayaran balik, anda mesti terlebih dahulu memulangkan bahan-bahan dan apa-apa cetakan kepada JutawanApp.com, salinan atau sebahagian daripadanya serta semua URL memuat turun dan semua akses kepadanya dalam keadaan asal tanpa sebarang kerosakan apapun. Permintaan pengembalian dana anda mesti mengandungi pengesahan kepada fakta dan jika pada masa kami menemui sebarang bukti bahawa pengesahan anda salah (sama ada secara sengaja atau tidak), permintaan pengembalian akan ditolak dan anda akan kehilangan hak ke atas bayaran balik secara kekal;

(C) bayaran balik ini HANYA sah jika anda membayar balik dalam tempoh 60 hari dari penerimaan produk dan apabila JutawanApp.com menerima kembali bahan dalam tempoh 60 hari dari penerimaan bahan oleh anda;

(D) anda perlu memberikan bukti yang JELAS dan tidak dapat disangkal lagi bahawa pembayaran melalui deposit bank memang jelas dibuat untuk pembelian bahan tersebut. Pengesahan deposit bank dari bank anda menunjukkan bahawa wang telah dipindahkan ke akaun bank JutawanApp.com harus disediakan dan anda adalah pemilik akaun bank tersebut. Jika pembayaran dilakukan melalui mesin deposit tunai, pastikan nama dan email anda tertera pada resit deposit tunai tersebut secara terang. Juga pengesahan dari bank perlu ada untuk memastikan bayaran tersebut telah benar-benar dilakukan oleh anda;

(E) dengan meminta pengembalian wang dan mengesahkan perkara di atas, anda bersetuju dengan liabiliti kerosakan yang tidak dapat diperbaiki ke JutawanApp.com sekiranya didapati bahawa anda telah menyimpan salinan atau bahagian bahan atau memberikannya kepada pihak ketiga. Liabiliti ini berdiri walaupun tanpa permintaan pengembalian dana, tentu saja, kerana ia adalah sebahagian daripada hak cipta dan lesen produk maklumat;

(F) mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran balik, anda mesti membuktikan bahawa anda telah mematuhi batasan hak cipta produk maklumat ini dan tidak memberikan apa-apa salinan atau mana-mana bahagian kepada SETIAP pihak ketiga;

(G) bayaran balik HANYA boleh dilakukan untuk sebarang KEROSAKAN PADA PRODUK seperti masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. Bayaran balik tidak boleh dilakukan untuk apa-apa tujuan lain selain dari ini. Tidak mendapat pendapatan bukan sebab yang dibenarkan untuk mendapat bayaran balik. Disebabkan sifat produk digital aplikasi, kami tidak boleh memberikan bayaran balik jika anda hanya mengubah fikiran anda selepas membelinya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan anda mempunyai segala peralatan yang secukupnya dan memenuhi kriteria seperti yang diceritakan di laman sebelum melakukan pembelian produk;

(H) hak bayaran balik ini tidak dimaksudkan sebagai peluang untuk melihat dan menggunakan bahan-bahan dalam laman web secara percuma. Jangan teruskan untuk mendapatkan dan melihat bahan- bahan melainkan jika anda benar-benar berminat dengan subjeknya dan berhasrat untuk menilai cara untuk mencapai kawalan yang lebih baik terhadap kewangan anda dan mencapai kebebasan kewangan.Alasan bahawa produk tidak memenuhi apa yang di tawarkan tidak boleh diterima. Segala maklumat tawaran adalah berdasarkan apa yang di letakkan di laman web jutawanapp.com sahaja. Sebarang tawaran lain atau janji lain tidak di ambil kira. Anda mesti memberikan keterangan dan bukti lengkap (jawatan media sosial, sms, mesej e- mel yang dihantar dan lain-lain) yang telah anda jalankan dan cuba SEMUA kaedah yang diterangkan dalam ebook panduan. Tanda-tanda permintaan bayaran balik adalah sangat khusus dalam industri maklumat dan jika kami mendapati tanda-tanda yang ada dalam permintaan anda, ia mungkin ditolak atas dasar yang anda menyalahgunakan jaminan wang untuk mendapatkan bahan-bahan secara percuma, dengan itu berniat memperoleh keuntungan dengan penipuan;

(I) pembelian asal anda mesti dibuat atas nama anda sendiri dan dalam permintaan bayaran balik anda, anda mesti memasukkan tarikh pembelian asal anda, ID keahlian nama dan laman web yang diberikan oleh kami kepada anda; DAN

(J) semua yuran pemprosesan, kos pembungkusan, YURAN AFFILIATE, kos penghantaran dan penghantaran dan semua perbelanjaan lain yang berkaitan dengan proses penyerahan bahan kepada anda AKAN DITOLAK dari bayaran balik kepada anda.

Kami tidak berunding dengan pelanggan mengenai format permintaan pengembalian yang betul selain membuat halaman ini tersedia. Terpulang kepada anda untuk memastikan permintaan bayaran balik anda mengesahkan perkara-perkara di atas dari permulaan dan jika tidak, permintaan anda akan ditolak. Semua keputusan penolakan adalah muktamad. Kami memohon maaf atas perlunya syarat-syarat khusus ini untuk mendapatkan bayaran balik, meminta dan memproses bayaran balik. Langkah-langkah ini malangnya perlu kerana sesetengah individu telah menyalahgunakan dasar pembayaran balik kami untuk mendapatkan produk percuma. Jaminan wang balik 60-hari bermaksud apa yang dikatakan selagi anda membeli bahan tersebut dengan niat penuh untuk menggunakannya dan, sekiranya anda benar-benar tidak puas hati, hantarkan permintaan bayaran balik anda mengikut kaedah yang di nyatakan di atas.

 

Bagi mereka yang jenis gelabah dan cepat sangat nak join, mungkin sebab banyak duit, ketahuilah, the moment anda keluarkan duit untuk dapatkan aplikasi ini, bermakna kesudahannya cuma ada dua.

  1. Anda akan sangat gembira dan bahagia sebab anda berjaya buat duit.
  2. Kedua, anda akan jadi makin sengsara sebab dah keluar modal tapi duit langsung tak dapat.

 

Benda-benda macam ni, memang sangat berisiko. Mungkin sebab itu, setiap yang join dijanjikan pulangan pendapatan yang tinggi.

 

Lagi satu, program seumpama ini, bukan untuk orang yang cuma nak cuba-cuba. Nak tengok sama ada boleh berjaya atau tak. Orang yang ada mindset macam ni, sila jauhkan diri dari program macam ni.

 

Penjual applikasi ini juga, tidak bersembunyi disebalik website, sebaliknya menunjukkan gambar dirinya, isteri dan juga anak, walaupun kita tak tahu, adakah mereka benar-benar sebuah keluarga bahagia atau sekadar satu lakonan sahaja.

 

Dari review yang saya baca tentang Jutawan App ni, ada yang mengatakan benda ini tak ubah sebagai satu money game sahaja. Duit datang dari penyertaan ahli baru. Ada yang join maka adalah duit baru masuk dalam sistem.

 

Bila dah tak ada yang nak join, maka that’s it. Semuanya terhenti. Apa pun, itu hanya pendapat satu pihak dan ia mungkin tidak menggambarkan niat asal orang yang cipta apps ni.

 

Saya tidak join atau beli atau dibayar untuk menulis tentang produk ini. Tetapi, oleh kerana saya dah habiskan lebih kurang 3 jam untuk buat pembacaan, menulis artikel ini, dan melakukan proof reading, maka saya tak nak masa saya dihabiskan begitu sahaja. Kebanyakkan link-link yang saya sertakan dalam artikel ini adalah link affiliate saya.

 

Jika ada mana-mana pembaca yang klik pada link tersebut lalu membuat pembelian, saya akan menerima sedikit komisen (RM200 untuk setiap jualan).

 

Tapi saya tetap nak buat duit dengan Apps!

Well, duit anda… terpulanglah anda nak buat apa pun.

 

Sebenarnya saya ada jumpa cara lain nak buat duit melalui apps. Ringkasnya, caranya adalah seperti berikut.

  1. Kita bina apps kita sendiri
  2. Upload dekat Google Appstore
  3. Daftar dengan program pengiklanan Admob
  4. Biarkan apps kita di appstore dan akan ada orang install
  5. Setiap kali pengguna tersebut buka apps, akan muncul iklan dan dari situ kita akan dapat duit

 

Pengalaman hasilkan lebih RM100,000 dengan melancarkan apps sendiri

Sebelum tu, untuk pengetahuan anda, program Admob ini sebenarnya dibawah kendalian syarikat Google Inc. Jadi, ia memang program yang SAH.

 

Cuma kalau nak cari orang kita yang betul-betul berjaya melalui program ini, agak susah. Mungkin individu tersebut lebih suka low profile.

 

Tapi anda bernasib baik sebab ada seorang ni yang bernama Yuzairi ni nak kongsi teknik macam mana nak buat duit dengan apps. Anda akan belajar dari dia, macam mana nak bina apps, cara nak upload ke Google Appstore dan juga cara nak buat duit melalui Admob.

 

Ini bukti pendapatan yang dia dah hasilkan dari program Google Admob ini.

Kalau anda minat nak belajar macam mana dia buat income sampai RM100 ribu dari apps, boleh belajar dekat sini. Buat duit dengan apps melalui kaedah ini, tak perlu nak jual barang, tak perlu nak marketing sangat, dan tak perlu nak spam orang.

 

Biarkan je apps tu berada di Google Appstore, orang download, guna apps tersebut dan income anda akan berjalan dengan sendirinya.

.

..

Sekiranya ada pembaca atau pelawat blog ni, yang sudi untuk kongsikan pengalaman sertai atau menjadi pengguna Jutawan App ni, dan sudi untuk kongsi pengalaman, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen.

 

Tak kisahlah sama ada pengalaman pahit atau pengalaman manis. Komen positif mahupun negatif. Saya nak tahu juga, feedback dari user sendiri.

 

Silakan. Jangan malu-malu!

 

 

Exit mobile version