Blog Sabree Hussin

Buka booth untuk mempromosikan Tone Excel – Ini pandangan saya

“Assalamualaikum tuan sabree, maaf mengganggu, saya nak mintak sedikit nasihat dan pandangan, saya ada membuka booth untuk perniagaan bisnes toneexcel, dah 6 kali saya buat, pergi pasar, pergi depan bank, tapi! Belum ada rezeki, yang berhenti bertanya pun tiada, kami sambil edar flyer jugak.. apa pendapat tuan?

Terima kasih..

 

Kata bijak pandai, kalau nak berjaya, kenalah ikut dan contohi apa yang orang-orang berjaya dah buat. Dapatkan nasihat dari dia. Cuba dapatkan pandangan dari dia berhubung sesuatu perkara, pasti akan ada satu dua pendapat yang dapat kita manfaatkan untuk diri kita.

 

Secara peribadi, saya TAK PERNAH join mana-mana booth atau buka booth untuk promosikan simkad Tone Excel ini. Kalau nak cerita dari sudut pengalaman, memang saya zero. Rasanya yang bertanya tu lebih banyak pengalaman daripada yang ditanya.

 

Perjalanan saya dalam bisnes simkad ini pun sebenarnya ada naik turunnya. Ada ketika, saya lihat ramai betul yang nak join rangkaian saya. Ada ketika, saya lihat yang ramai-ramai tu banyak pulak yang expired.

 

Kemudian pada satu hari muncul pula tawaran untuk join bisnes yang baru disaat saya sedang mendaki dengan susah payahnya untuk menuju ke puncak kejayaan di Tone Excel. Peluang-peluang perniagaan baru datang silih berganti, cuba untuk menarik fokus bagi menjadi yang terawal dan perintis dalam program bisnes simkad yang baru.

Macam-macam jenama dan macam-macam nama keluar sebagai “alternatif” kepada bisnes simkad Tone Excel. Just to name a few yang saya tahu, antaranya ONEXOX, Red One, Best Mobile (dah terminated tanpa sebab yang jelas), Wafy Mobile (pernah dapat offer untuk join tapi saya tolak), Salam Fone (servis telah ditamatkan) dan tak lupa juga kepada Clixster (servis telahpun ditamatkan)

 

Secara tak langsung, jenama-jenama alternatif ini “mengganggu” kelancaran perjalanan bisnes saya di Tone Excel. Bohonglah kalau ada leader yang kata dia tidak tergugat atau terusik dengan kemunculan bisnes-bisnes simkad yang baru ini. Kalau yang baru join bisnes simkad ni, mungkin tak berapa rasa kesannya.

 

Ok… apa sebenarnya yang saya cuba nak sampaikan? Pada hari ini, boleh dikatakan orang Malaysia ni kebanyakkannya memang dah tau tentang peluang buat duit dengan handphone. Tinggal lagi terpulang pada mereka sama ada nak buat atau tak nak?

 

Setidak-tidaknya dia pernah dengar tentang buat duit dengan handphone. Sekurang-kurangnya dia ada kawan dalam friendlist FB atau mana-mana media sosial yang memang selalu duk pung pang pung pang pasal buat duit dengan simkad dan hanphone. Dan mungkin dia kenal seseorang yang memang buat duit dengan handphone… atau tak mustahil dia kenal seseorang yang kenal seseorang yang memang berjaya buat duit dengan handphone… atau gagal buat duit dengan hanphone.

 

Mungkin juga ada dalam famili dia yang memang dah pernah join program-program seumpama ini, jadi dia tak berapa hairan sangat dengan konsep buat duit dengan handphone ni.

 

“Buat duit dengan handphone… Nak jual produk atau fokus pada pembinaan rangkaian?”

Apa ayat pertama yang akan keluar dari mulut anda apabila ada orang yang bertanya tentang produk yang anda jual? Apa angle atau sudut penerangan yang bakal anda gunakan?

 

Adakah anda akan fokus kepada kelebihan menggunakan produk? … Atau anda akan lebihkan beri penekanan kepada aspek penjanaan pendapatan?

 

Jika anda lebih condong kepada jual produk, maka anda perlu ceritakan kelebihan yang paling power yang ada pada produk, tetapi tidak terdapat pada lain-lain jenama.

 

Mungkin cash back 3% dari topup yang dilakukan. Ataupun mungkin nak cerita dari segi perlindungan insurans yang kini dikuasakan oleh Takaful Etiqa (berkuatkuasa 11 Julai 2016).

 

Tetapi, apa yang buatkan simkad ini menarik dan unik, sebenarnya adalah pada aspek penjanaan pendapatan tu. Sebab utama kenapa saya guna simkad ni pun sebab saya nak buat duit.

 

Saya berpendapat, adalah lebih mudah untuk terangkan apa kelebihan simkad ini dari sudut penjanaan pendapatan dan kepentingan memiliki pendapatan pasif berbanding nak cerita dari aspek kepenggunaan. Bukan saya nak kata yang aspek kepenggunaan dan kelebihan menjadi pengguna simkad ini tak berapa penting, sebaliknya dari pengalaman saya sendiri, lebih mudah untuk yakinkan orang untuk jadi ahli apabila mereka nampak betapa mudahnya cara nak buat duit dengan simkad ini.

 

“Betul ke mudah nak buat duit dengan simkad Tone Excel ini?”

Ya, memang mudah. Malahan, SANGAT MUDAH. Of course, dari segi teorinya ianya memang mudah. Semua orang boleh lakukannya.

 

Seseorang itu hanya perlu tukar simkad yang dipakai sekarang ni kepada simkad Tone Excel, kemudian aktifkan simkad tersebut. Seterusnya, ceritalah kelebihan simkad ini kepada kenalannya dan apabila kenalan mereka tu bertukar ke simkad Tone Excel, dia yang bercerita ni akan dapat komisen.

 

Kemudian kenalan tadi tu pula akan bercerita kepada kenalan mereka, dan begitulah seterusnya sampailah dalam dunia ni dah tak ada orang yang belum lagi bertukar kepada sim Tone Excel.

 

How about reality? Realitinya, ia tak seindah teori. Ada sesetengah pengguna yang langsung tidak bercerita tentang kelebihan simkad ini apabila dah bertukar ke simkad ni. Semua ni berlaku atas pelbagai alasan dan sebab. Tak tau nak cerita. Tak pandai nak cerita. Malu. Tak tau nak mula dari mana.

 

Akhirnya simkad tu pun dibiar expired begitu sahaja. Ah… satu tragedi dalam bisnes.

 

Bisnes Tone Excel adalah bisnes yang memerlukan ahlinya membina rangkaian yang kuat

Biasa dengar konsep duplikasi? Dalam konsep duplikasi, seseorang itu dikehendaki untuk tiru (duplicate) atau ulang apa yang upline mereka lakukan. Lakukan sebijik-sebijik apa yang upline tu dah buat, especially jika teknik yang upline tu gunakan memang dah TERBUKTI berjaya buat duit dan convert kepada sales.

 

Kalau upline kata, buat blog. Kena duplicate apa yang upline tu buat. Kalau upline kata kena guna teknik pemasaran emel, kena duplikasi apa yang upline tu buat… dan kalau upline kata buka booth, buka je la tanpa banyak soal. Memandangkan kebanyakkan yang buat bisnes network marketing ni lazimnya tidak mempunyai background business, dan ramai juga yang tidak mempunyai pengalaman bisnes atau menerima pendidikan secara formal, maka konsep duplikasi ini adalah salah satu cara untuk dapatkan pengalaman dan belajar cara berbisnes.

 

Pengalaman itu diperolehi dengan cara buat bisnes tu ikut cara yang upline ajar. Mungkin tak ramai yang bersetuju dengan konsep duplikasi ini. Sebabnya setiap orang ada kelebihan dan egonya yang tersendiri. Mungkin juga sebab memang dah jadi sifat semulajadi manusia untuk buat sesuatu yang opposite daripada apa yang diajarkan.

 

Tetapi, untuk orang yang setuju dengan konsep duplikasi ini, lazimnya dia akan lihat terlebih dahulu apa yang upline aku buat. Bila dia dah lihat apa method yang digunakan, teknik, taktik dan strategi semua tu, barulah dia akan buat keputusan sama ada nak join atau tidak.

 

Anggapan ini juga bermakna, jika seseorang prospek itu melihat bakal upline mereka menggunakan teknik yang kelihatan sangat sukar, hingga perlu memujuk rayu, semata-mata untuk dapatkan seorang downline atau pelanggan, atau perlu berdiri berjam-jam lamanya dikhalayak ramai, maka kebarangkalian untuk dia tak nak join adalah tinggi.

 

Dalam situasi ini, sebab kenapa dia tak nak join bukan sebab dia reject produk, tapi sebab dia reject upline tu.

 

Cubalah tanya kepada kenalan anda secara rawak soalan spontan seperti “… bro, boleh aku tau tak kenapa ko tak minat nak join ye?” 

 

Anda mungkin akan perolehi respons seperti

 

… macam-macam lagi jawapan.

 

Kalau itulah kaedah pemasaran yang kita gunakan, dan prospek kita tak suka dengan kaedah pemasaran yang kita gunakan, besar kebarangkaliannya yang kita tak akan dapat pelanggan hanya sebab prospek kita tu bimbang dia perlu duplikasi teknik pemasaran yang kita gunakan.

 

Dalam bisnes berkonsepkan network marketing, guru pertama adalah direct upline. Direct upline ini lah yang akan perkenalkan kita dengan bisnes ni, dan dia juga yang akan jadi tempat rujukan utama kita. Kalau ada masalah, dialah yang akan kita hubungi, dan kalau nak bincang dari segi kaedah pemasaran, sepatutnya dialah orang pertama yang kita pergi.

 

Pada saya, saya akan syorkan rangkaian saya untuk buat pemasaran menggunakan teknik pemasaran emel.

Bila buat marketing, kena fikir untuk jangka masa panjang juga. Kita nak buat duit biarlah berterusan. Apa yang tak kurang pentingnya ialah jangan sia-siakan usaha pemasaran yang kita jalankan pada hari ini dengan begitu sahaja. Apabila kita buat pemasaran menerusi emel, pada masa yang sama kita dapat bina database pelanggan.

 

Atas ni merupakan bilangan prospek yang berjaya saya kumpulkan sepanjang saya menggunakan teknik pemasaran emel. Ada 469 orang yang sign up, tetapi dari jumlah tersebut, ada 322 sahaja yang confirm untuk subscribe.

Baca juga: Apa itu Squeeze page? Bagaimana mempromosikan Tone Excel menggunakan Squeeze Page 

 

Walaupun bukannya kesemua 322 orang ini jadi downline saya, setidak-tidaknya dengan mengumpul nama dan alamat emel mereka dan membina database prospek, saya masih lagi boleh keep in touch dengan mereka ini semua untuk buat promosi produk-produk lain yang berkaitan.

 

“Apa masalah dengan buka booth yang buatkan saya tak minat nak guna kaedah pemasaran ini?”

Selain masalah tak ada orang yang nak datang dekat, saya rasa ada masalah lain yang lebih saya bimbangkan iaitu masalah untuk follow up dengan mereka yang dah pernah dengar penerangan yang saya berikan.

 

Melainkan anda ada cara untuk kekal berhubung dengan orang yang anda approach semasa buka booth, maka saya kira itu tak ada masalah.

 

Terpulanglah sama ada, anda

(1) Masukkan nama prospek tu tadi dalam whatsapp group ke,

(2) Minta nama dalam FB dan add masuk dalam FB Group ke

(3) Minta prospek tu tadi untuk beri nama dan alamat emel kat squeeze page pun boleh

 

… asalkan usaha anda menerangkan tentang kelebihan dan potensi bisnes ni tak terhenti setakat disitu sahaja. Yang penting, kena ada cara untuk buat follow up.

 

Kalau ikut dari pengalaman saya yang tak berapa pandai ni, untuk jual satu simkad ada step-stepnya iaitu

(1) Step perkenalkan produk

(2) Step untuk ceritakan manfaat produk

(3) Step untuk terangkan bagaimana cara nak buat duit, kaedah pemasaran offline dan online, dan sebagainya

(4) Follow up

(5) Close deal

 

Ada sesetengah keadaan, prospek sendiri yang akan serah diri dan minta untuk join sebagai ahli. Tapi itu adalah peristiwa yang agak jarang-jarang berlaku. Kebanyakkannya perlu melalui proses penerangan dan follow up yang agak panjang.

 

Iye la, nak yakinkan orang untuk berpisah dengan RM100 miliknya bukan semudah petik jari. Lagipun kita tak tau, apa kesukaran dan kesulitan yang dia dah terpaksa tempuhi semata-mata untuk dia dapatkan RM100 tu. Tiba-tiba kita nak suruh dia serahkan RM100 tu kepada kita dan suruh lagi dia buat kerja (promosi sim ini).

 

Sudah tentu kena ada satu sebab yang sangat kuat, munasabah, lagi konkrit untuk dia buat sedemikian.

 

Kesimpulannya,

Kalau nak teruskan buka booth pun boleh. Namun kena pastikan ada cara untuk sentiasa follow up dengan prospek yang kita dah jumpa tu.

 

Kalau masih tak ada prospek, kena selitkan juga dengan kaedah pemasaran secara online. Kena dapatkan prospek dari kawasan dan negeri lain juga. Mungkin sebab kawasan kita tu dah tepu, atau masing-masing dah kaya dan tak perlu buat bisnes ni lagi dah.

 

Cara paling biasa yang orang gunakan untuk promosikan sim ini adalah dengan menggunakan FB. Saya rasa cara ini tak payah nak cerita pun ramai yang dah tahu. Cuma, nak lihat orang yang guna FB dan pada masa yang sama gabungkan dengan teknik pemasaran melalui emel tu yang jarang-jarang berlaku.

 

Apa pun, terima kasih sebab baca.

 

Saya harap apa yang saya cerita dalam ni sedikit sebanyak dapat membantu. Lagi satu, Tone Excel sudah ada di pasaran sejak dari tahun 2010 lagi. Justeru, mungkin kita kena pelbagaikan lagi teknik pemasaran yang digunakan. Selepas lebih 6 tahun dipasaran, takkan kita masih nak guna kaedah pemasaran yang lama juga, kan?

 

Exit mobile version