Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara nak mempromosikan Tone Excel menggunakan sistem Autoresponder

Sebelum ni saya asyik bercerita tentang sistem autodownline, kali ini saya nak bercerita tentang sistem autoresponder pula. Saya harap anda tak salah faham beza antara kedua-dua sistem yang saya maksudkan ini.

 

Sekiranya anda ingin mempromosikan bisnes ini secara dalam talian 100%, maka anda perlu tahu, apa itu sistem autoresponder. Ia berbeza dengan sistem autodownline dari segi fungsi. Sistem autodownline ada kegunaannya yang tersendiri, manakala sistem autoresponder pula ada fungsinya.

 

Kalau anda masih belum tahu, apa benda sebenarnya sistem autoresponder ini, biar saya terangkan secara ringkas terlebih dahulu. Sistem autoresponder digunakan bagi tujuan-tujuan berikut, iaitu

(1) Mengumpul senarai nama dan alamat emel prospek apabila melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian. Senarai ini akan menjadi database milik kita.

(2) Sistem autoresponder berperanan untuk menghantar emel secara automatik kepada prospek. Dengan ini, sistem autoresponder akan bekerja untuk kita dengan melakukan follow up kepada pelanggan secara automatik.

(3) Sistem autoresponder membantu kita untuk menghantar emel promosi secara pukal dengan hanya menekan sekali sahaja butang send kepada penerima yang berbeza. Setiap emel yang dihantar akan di “personalized” dengan nama penerima yang berbeza.

 

Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan sistem autoresponder dalam kempen-kempen pemasaran anda. Jika sebelum ini, anda masih belum pernah menggunakan sistem autoresponder, jadi saya kira inilah masanya.

 

(1) Dapatkan sistem autoresponder anda terlebih dahulu

Sudah tentu, kalau nak mula melakukan kerja-kerja pemasaran menggunakan sistem autoresponder, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah “dapatkan sistem autoresponder anda terlebih dahulu.”

Kalau anda masih tak tau nak pakai sistem autoresponder mana satu, saya syorkan anda guna sahaja sistem autoresponder emelmatik. Memandangkan sistem ini memang cukup bagus, dan boleh berfungsi dengan baik, saya juga adalah pengguna bagi sistem autoresponder ini.

 

Sampai sekarang, saya masih lagi mengumpul senarai nama dan emel prospek secara automatik dengan bantuan sistem autoresponder emelmatik ini. Anda boleh daftar secara percuma dan menggunakan sistem autoresponder ini secara percuma sahaja. Setiap pengguna akan diberi masa selama 365 hari (Ya, setahun!) untuk jadi pengguna sistem ini.

 

(2) Sediakan hadiah untuk diberikan kepada prospek sebagai imbuhan kerana memberikan nama dan alamat emel

Untuk hadiah ni, biasanya kita akan gunakan apa-apa hadiah dalam bentuk digital. Kalau anda tak ada idea, apa hadiah yang nak diberikan, saya berikan anda idea, antaranya

(1) Ebook

(2) Software

(3) Rakaman audio atau rakaman video

(4) Kad keahlian

(5) Kupon diskaun

 

Itu antara contoh-contoh hadiah digital yang anda boleh sediakan. Hadiah mestilah cukup menarik untuk buatkan prospek tertarik untuk berikan nama dan alamat emel mereka kepada anda. Saya sendiri menggunakan ebook untuk menarik prospek saya agar memberikan nama dan alamat emel mereka.

 

Kat mana nak dapat hadiah-hadiah digital ni? Mudah sahaja. Sama ada anda beli, upah orang untuk buatkan untuk anda, atau anda buat sendiri. Paling senang nak siapkan ebook. Anda boleh taip sendiri sahaja konten ebook tersebut.

 

“Boleh ke saya nak berikan produk fizikal?”

Jawapannya sudah tentu boleh! Walaubagaimanapun, jika guna produk fizikal, ia mungkin akan melibatkan kos penghantaran. Bila ada kos yang terlibat, ia mungkin akan mencederakan dompet anda pula nanti.

 

Sebagai contoh, kos barang fizikal tersebut ialah RM2. Kos penghantaran pula RM1 (contohnya). Jika anda ada 1,000 orang prospek, kosnya akan menjadi

RM2 (harga produk) + RM1 (postage) x 1,000 prospek = RM3, 000

 

Rasanya kurang berbaloi. Lagipun, bukan semua prospek kita tu adalah prospek berkualiti yang CONFIRM akan join kita. Mungkin ada antara prospek kita tu yang dah join TE dan saja suka-suka nak dapatkan free gift dari anda.

 

Dalam situasi ini, lebih baik guna sahaja produk digital. Ianya lebih jimat dari segi kos.

 

(3) Sediakan set emel follow up

Sediakanlah sekurang-kurangnya 5 – 7 set emel follow up untuk dihantar secara automatik kepada prospek yang telah memberikan nama dan alamat emel mereka kepada anda.

 

Contohnya

Emel 1 – Berikan download link

Emel 2 – Tanya sama ada dah berjaya download atau belum

Emel 3 – Perkenalkan diri dan ceritakan bagaimana anda boleh bantu

Emel 4 – Ceritakan kelebihan menjadi pengguna simkad TE

Emel 5 – Terangkan apa dia kelebihan dan potensi menyertai perniagaan ini

… dan seterusnya.

 

Sebelum ini saya pernah tulis artikel berjudul Berapa kali perlu bercerita tentang Tone Excel kepada orang yang sama? dan jawapnnya ialah, anda perlu bercerita tentang TE kepada orang yang sama sekurang-kurangnya 5 kali. Atas sebab ini jugalah, anda perlu siap sedia dengan set emel follow up sekurang-kurangnya 5 emel. Buat lebih lagi bagus, let say sehingga 10 kali. Lagipun emel-emel ini akan dihantar secara automatik, jadi tak ada masalah pun nak sediakan berapa banyak emel sekalipun.

 

(4) Sediakan landing page @ Squeeze page

Kedua-dua istilah ni sebenarnya merujuk kepada benda yang sama. Anda dah ada sistem autoresponder dari emelmatik, anda dah ada set emel follow up dan dah disusun pada autoresponder anda. Seterusnya ialah untuk bina laman web squeeze page anda sendiri.

 

Anda boleh bina laman web landing page sama ada menggunakan perkhidmatan dari

(a) Blogspot

(b) Bina sendiri laman web menggunakan software seperti minisite mudah

(c) Gunakan blog seperti wordpress

 

Saya menggunakan ketiga-tiga cara diatas, dan daripada eksperimen yang saya sendiri jalankan, cara yang ketiga, iaitu menggunakan blog seperti wordpress adalah cara yang paling berkesan untuk saya.

Jika anda layari laman web ini, sesekali mungkin akan anda lihat paparan seperti diatas. Saya menggunakan plugin Hybrid Connect untuk menghasilkan pop up seperti diatas. Memandangkan plugin ini adalah berbayar, anda boleh gunakan plugin WP Responsive Popup + Optin ini. Klik sini untuk download.

 

(5) Promosikan landing page yang siap itu tadi

Sekarang kita dah boleh teruskan dengan kerja-kerja hakiki kita, iaitu buat kerja-kerja promosi dan juga pemasaran. Itu sahaja. Prospek yang berminat dengan tawaran free gift kita akan berikan nama dan alamat emel mereka dengan suka rela.

 

Seterusnya, dia akan menerima emel-emel follow up dari kita. Sampailah dia opt out, atau unsubscribe ataupun prospek kita tu tadi akan jadi downline kita di TE. Pada masa yang sama, akan ada juga prospek kita yang tak unsubscribe, dan dia juga tak join kita sebagai ahli TE. Tak ada masalah. Untuk individu seperti ini, kita boleh promosikan benda lain kepada beliau.

 

(6) Anda nak lagi BEST?

Untuk kesan yang lebih bagus, gabungkan fungsi sistem autoresponder dengan fungsi sistem autodownline. Justeru, apabila ada prospek yang berminat nak jadi ahli TE, dia boleh buat tempahan menerusi team autodownline.

 

Mereka (prospek) tak perlu susah payah nak hubungi anda, dan anda pula tak perlu nak susah payah melayan sebarang soalan dari prospek anda ini. Semuanya akan diuruskan oleh team AutoDownline. Lihat bagaimana fungsi AutoDownline ini akan dapat membantu anda.

Klik untuk baca:  Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

 

Ya, saya pasti anda dah nampak, betapa mudahnya nak menggunakan sistem autoresponder dalam kerja-kerja memasarkan simkad Tone Excel, kan? Jadi apa tunggu lagi tu. Cepatlah dapatkan akaun autoresponder anda, dan mulakan hari ini juga. Klik sini untuk daftar akaun autoresponder.

 

Pada asasnya, inilah step-step yang diperlukan untuk anda mula mempromosikan Tone Excel dengan bantuan sistem autoresponder. Ianya tak sesukar mana. Sudah tentu, mungkin ada bahagian yang anda kurang faham. Benda ni melibatkan perkara TEKNIKAL. Jadi, anda kena lakukan sendiri. Tak cukup kalau cuma baca semata-mata.

 

Kalau saya jadi anda, saya akan terus praktikkan. Mana-mana part yang saya tak berapa faham, itu saya boleh baca kemudian. Pada saya, itu lebih baik daripada baca semata-mata dan tak ada apa-apa tindakan. Kalau setakat cuma baca, itu semua orang boleh buat. Part yang lebih mencabar ialah part pelaksanaan. Saya dah sediakan guideline, kini terpulang pada anda untuk laksanakan.

 

Anda ada soalan? Boleh tanyakan kepada saya anytime.

 

 

 

 

Exit mobile version