“Saya ingin mempromosi bisnes Tone Excel saya di fb. Apa itu squeeze page? Saya masih baru dalam bidang internet ini. Boleh komen…”
Jika anda menjalankan pemasaran secara online, besar kemungkinan anda akan temui beberapa istilah seperti squeeze page, landing page, sales page dan juga minisite. Keempat-empat istilah ini walaupun digunakan dalam situasi yang berbeza, namun adakalanya ia merujuk kepada benda yang sama.
Pening? Bagus. Ini bermakna anda perlu teruskan pembacaan untuk dapatkan kefahaman yang lebih jitu.
“Apa yang membezakan antara squeeze page, landing page dan juga sales page?”
Bezanya adalah dari segi fungsi.
Squeeze Page
Fungsi squeeze page adalah untuk mengumpul data dan maklumat prospek yang melayari sesebuah laman web. Selalunya maklumat yang akan kita kumpul adalah seperti nama dan alamat emel sahaja. Lihat contoh dibawah.
Atas ini adalah format yang biasa digunakan untuk membina squeeze page. Komponen yang penting yang perlu ada ialah
(1) Headline
Ini merujuk kepada ayat-ayat yang mengajak pembaca, pelawat dan prospek untuk untuk melakukan tindakan tertentu.
(2) Free Gift
Bagi memujuk prospek untuk memberi nama dan alamat emel, anda perlu berikan satu sebab yang kukuh kenapa prospek itu tadi perlu berbuat demikian. Dalam contoh ini, bolehlah bagi hadiah. Kalau berminat nak baca ebook ini, prospek tu kena bagi nama dan emel terlebih dahulu.
(3) Borang Opt In
Tempat dimana pelawat akan masukkan nama dan alamat emel. Borang opt in ini kita boleh bina menggunakan sistem Autoresponder. Jika anda masih belum ada akaun sistem autoresponder, bolehlah dapatkan akaun anda secara percuma di laman web emelmatik.
Kebiasaannya, tiga komponen ini sahaja sudah memadai untuk anda bina laman squeeze page. Walaubagaimanapun, bagi meningkatkan conversion ataupun kadar opt in, anda boleh juga tambah beberapa perkara, contohnya seperti testimoni.
Letakkan bersama testimoni dari subscriber terdahulu yang memuji-muji kehebatan free gift yang anda berikan. Ini boleh membuatkan pelawat yang baru pertama kali melihat tawaran anda merasa tak sabar untuk download free gift yang diberikan. Sudah tentu, sebelum boleh download dia kena bagi nama dan emel dulu.
Landing page
Landing page adalah apa-apa laman web yang anda gunakan sebagai tempat mendaratnya pelawat yang anda perolehi dari kerja-kerja pemasaran.
Anda boleh gunakan squeeze page, blog, forum, FB Fanpage, FB personal, twitter atau apa-apa sahaja laman web milik anda sebagai landing page. Jika anda ingin gunakan sales page sebagai landing page juga boleh.
Contohnya, bila anda buat promosi secara online, anda akan gunakan ayat-ayat seperti “sila ke laman web ini untuk maklumat lanjut dan menikmati diskaun sehingga 95%”. Link yang saya pautkan pada perkata “laman web ini” itu adalah landing page yang saya gunakan.
Bergantung kepada strategi pemasaran individu tersebut. Anda boleh bawa trafik terus ke laman jualan, atau boleh juga bawa trafik ke laman blog milik anda. Selain daripada itu, anda juga boleh bawa trafik (pelawat) masuk ke halaman squeeze page terlebih dahulu.
Kelebihan kalau anda bawa trafik ke halaman squeeze page terlebih dahulu ialah anda mungkin dapat tukarkan sebahagian pelawat menjadi subscriber. Andaikan anda berjaya membawa masuk 100 pelawat baru, dan dari 100 orang tu, ada dalam 50 orang yang berikan nama dan alamat emel mereka.
Selepas ini kerja anda hanya perlu follow up kepada 50 orang yang dah beri nama itu sahaja. Tak perlu risau lagi jika anda tidak berjaya memperolehi pelawat yang baru.
Sales Page
Ataupun dalam bahasa Melayu merujuk kepada halaman jualan. Fungsi sales page adalah untuk menjual sesuatu produk atau perkhidmatan. Di dalam sales page selalunya mengandungi ayat-ayat jualan yang lebih panjang. Format yang biasa digunakan bagi membina sales page adalah seperti berikut
(1) Headline
(2) Sub headline
(3) Body copy/ Content
(4) Testimoni
(5) Guarantee
(6) Call to action
Bagaimana cara mudah untuk membina squeeze page?
Sebelum kita nak bina squeeze page, saya syorkan anda siap sedia dengan bahan-bahannya terlebih dahulu.
(1) Platform untuk bina squeeze page
Ada beberapa platform yang anda boleh gunakan bagi membina squeeze page. Ada yang percuma, dan ada yang berbayar. Sebagai contoh, jika anda nak guna platform yang berbayar, bolehlah guna wordpress self hosted ataupun boleh guna software minisite mudah. Anda perlu keluar kos untuk langgan domain dan juga hosting.
Kalau cara yang percuma pula adalah dengan menggunakan platform dari blogspot. Bagi mencantikkan lagi laman squeeze page yang bakal dibina, anda bolehlah menggunakan perisian blogspot to minisite.
(2) Free Gift
Kita cadangkan anda guna ebook sebabnya ia boleh dihasilkan sendiri tanpa melibatkan kos dari segi wang ringgit. Mudah sahaja untuk cipta ebook sendiri.
Buka perisian microsoft words, tulis apa-apa topik yang anda rasakan berguna kepada target prospek anda dan seterusnya anda mula menulis. Bila dah siap topik tersebut, pastikan anda convert dokumen tersebut ke dalam format .pdf
Langkah seterusnya adalah membina design ebook ecover. Kalau tak pandai design, boleh dapatkan khidmat design dari freelancer di laman web Fiverr. Kosnya baru USD5 atau lebih kurang duit kita RM20 untuk satu design.
(3) Sistem Autoresponder
Benda ni penting untuk bina borang opt in. Apabila prospek masukkan nama dan emel, maklumat mereka akan disimpan di dalam sistem autoresponder. Pada bila-bila masa, anda boleh log in ke akaun autoresponder anda, dan seterusnya menghantar emel secara pukal kepada para prospek yang telah beri nama dan emel sebelum ini.
Autoresponder ni ada macam-macam jenis. Antara yang biasa digunakan ialah Aweber, Getrespons, Traffic Wave, dan juga emelmatik.
Dulu saya merupakan pengguna autoresponder Aweber. Namun, sejak kadar tukaran matawang antara RM dengan USD jadi makin mahal, saya beralih kepada autoresponder tempatan iaitu sistem autoresponder emelmatik.
(4) Set emel follow up
Set emel ini perlu di masukkan ke dalam sistem autoresponder. Fungsinya adalah untuk menghantar emel kepada subscriber secara automatik dan berkala tanpa perlu anda bersusah payah menghantar emel kepada subscriber tersebut.
Kebiasaannya saya akan siap sedia dengan 5 – 7 set emel follow up. Ini susunan emel yang biasa saya gunakan.
Emel pertama – Beri link ebook dan perkenalkan diri
Emel kedua – Tanya sama ada dapat download atau tidak dan tanya dah baca ke belum
Emel ketiga – Cerita serba sedikit pengalaman dalam bidang berkaitan
Emel keempat – Tanya sama ada minat atau tidak untuk join atau beli
Emel kelima – Tanya jika prospek itu ada sebarang soalan
Emel keenam – Tanya kenapa masih tak ambil tindakan
Emel ketujuh – Kongsi link atau ebook baru yang mungkin bermanfaat kepada prospek
.
..
…
Bila dah ada keempat-empat item ini, barulah mula bina squeeze page.
Satu kelebihan pemasaran menggunakan squeeze page seperti ini ialah, kita boleh fokus untuk promosikan atau bawa masuk trafik ke halaman squeeze page kita sahaja. Matlamat kita adalah supaya prospek memberikan nama dan alamat emel. Itu sahaja. Tiada sebarang bayaran dikenakan dan tiada komitmen kewangan akan terlibat.
Apa yang bestnya ialah, bila prospek dah beri nama dan emel, proses pemasaran akan berjalan dengan automatik.
Prospek itu tadi akan menerima emel follow up dari sistem autoresponder kita secara berkala dan automatik, sampailah prospek itu join atau beli apa yang dipromosikan, ataupun dia keluar sendiri dari mailing list.
Kesimpulannya, jika anda tidak pernah menggunakan kaedah ini semasa menjalan promosi secara online, bolehlah mula buat sekarang.