Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara nak konsisten mempromosikan simkad Tone Excel?

Hari catatan ini saya tulis, kita telah pun berada di bulan yang baru. Ya, bulan Mac 2016. Bulan lepas, kita dapat “bonus” satu hari, yang mana setiap 4 tahun, kita akan dapat extra satu hari, menjadikan secara keseluruhannya terdapat 29 hari dalam bulan Februari.

 

Bulan lepas, ada beberapa sasaran yang saya dah tetapkan tapi saya gagal dengan penuh “bergaya”. Daripada sasaran saya untuk capai kejayaan 100%, saya cuma berjaya capai 41% sahaja. Memang langsung tak membanggakan. Mujurlah, Allah masih beri saya peluang untuk terus bernafas dibuminya, agar saya dapat perbetulkan segala kesilapan.

 

Kita mula balik dari awal. Kita mula semula dari 1hb seperti bulan-bulan yang sebelumnya. Cuma satu sahaja yang kita tak tau, malahan tak ada siapa yang akan tahu pun, berapa lama kita akan diberikan masa dan kesempatan seperti ini?

 

Salah satu misi dan sasaran yang saya nak capai ialah, untuk dapatkan sekurang-kurangnya satu (1) sales setiap bulan dalam bisnes Tone Excel. Hanya satu sales dalam tempoh 30 hari (atau sebulan) maknanya ini bukannya satu sasaran yang melampau ataupun sasaran yang mustahil untuk dicapai. Setuju?

 

Cuma dalam situasi saya, saya perlu banyakkan berkongsi kepada para pembaca dan pelawat laman web ini, betapa mudah dan senangnya nak jalankan bisnes ini apabila ia dilakukan secara berkumpulan. Oh bukan itu sahaja, selain ia memerlukan kumpulan yang kuat, pada masa yang sama, kejayaan dalam perniagaan ini turut bakal disumbangkan oleh kekuatan sistem yang digunakan.

 

Tak ada apa yang menjadi rahsia. Saya gunakan sistem autodownline untuk membantu saya mendapatkan pelanggan dalam bisnes ni. Saya juga pernah menulis secara terperinci mengenai modus operandi dan bagaimana sistem ini berfungsi sebelum ini. Saya nak persilakan anda untuk baca dulu disini.

Klik untuk baca: Sistem Autodownline Tone Excel: Apa yang anda perlu tahu tentang TeaM AutoDownLine

 

Apabila dah berada dalam bisnes ni, saya hanya ada dua pilihan sahaja. Sama ada saya perlu buat yang terbaik, ataupun saya perlu berada dalam kumpulan yang terbaik. Kadang-kadang, apa yang terbaik yang kita lakukan mungkin masih belum cukup terbaik. Masih ada banyak lagi kekurangan-kekurangan dan kelemahan yang perlu dibaiki.

 

Masa ini, barulah kita akan nampak. Pentingnya untuk memiliki kumpulan yang boleh memberi sokongan kepada kerja-kerja pemasaran kita, walaupun kita tak bertemu secara 4 mata dan secara fizikal. Saya temuinya di sistem autodownline ini. Malahan, dengan menggunakan sistem autodownline ini juga, saya berpeluang untuk membantu ahli dalam rangkaian saya untuk memperoleh pelanggan (downline) secara automatik.

 

Sistem dah HEBAT. Kumpulan pun dah HEBAT. Namun, ini tak bererti selepas ini dah tak perlu nak lakukan kerja-kerja pemasaran ya. Sepatutnya, lebih hebat sistem yang kita guna, lagi agresif dan lagi hebat kempen-kempen pemasaran yang perlu dilakukan.

 

“Bagaimana nak konsisten dan kekalkan momentum untuk buat pemasaran?”

 

Saya pun tak buat marketing setiap hari. Namun, kaedah pemasaran yang saya gunakan, iaitu teknik pemasaran SEO, membolehkan kempen pemasaran yang saya lancarkan bekerja untuk saya setiap hari, tanpa henti. Sama ada saya sedar atau tidak, sedang rajin atau malas, ataupun sama ada sedang tidur ataupun sedang berjaga.

 

Itu salah satu kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada kaedah pemasaran ini. Baiklah, anda mungkin tak berapa yakin dengan kaedah saya, ataupun anda mungkin ingin gunakan cara anda sendiri, yang mana anda fikir cara tersebut lebih berkesan untuk anda.

 

Tapi, anda ada satu persoalan. Bagaimana nak kekal aktif melakukan pemasaran dan bagaiamana nak terus konsisten?

 

Saya cadangkan, anda bermula dengan menetapkan matlamat. Ya, orang kita memang kurang minat dengan benda-benda macam ni. Menetapkan matlamat ataupun goal setting. Boleh jadi, mereka fikir hal-hal seperti ini hanya sesuai kalau dilakukan semasa minggu orientasi di kolej-kolej ataupun ketika program motivasi semata-mata.

 

Cuma satu je la yang saya nak anda fikirkan.

“Jika anda tiada matlamat, bagaimana anda nak tahu sama ada anda dah buat sesuatu yang betul ataupun tidak?”

 

Mudah sahaja. Kalau tak ada matlamat,

(1) Macam mana kita nak tau sama ada kita dah boleh berehat ataupun belum pada bulan tertentu

(2) Macam mana kita nak tau adakah apa yang kita dah buat sudah mencukupi?

 

Jadi apa yang saya nak tekankan disini ialah, menetapkan matlamat adalah sesuatu yang PENTING. Dalam situasi saya, jika saya hanya mensasarkan untuk dapatkan seorang pelanggan baru sahaja di level 1, dan untuk mencapai misi tersebut, saya hanya perlu menulis 20 artikel pemasaran, maka that’s it. Itu sahajalah yang saya perlu buat.

 

Jika saya rasakan, saya nak dapatkan lebih, maka saya perlu gandakan usaha kepada buat 40 artikel pemasaran. Ia akan menjadi konsep matematik yang mudah setelah kita dah faham konsep dan telah mempunyai matlamat yang jelas.

 

Idea-idea berikut mungkin dapat membantu anda,

 

Jika anda menggunakan teknik pemasaran SEO. Teruskan buat pemasaran, teruskan menulis artikel-artikel baru hingga apabila ada yang menaip kata kunci “Tone Excel” laman web atau laman blog anda yang muncul di muka surat pertama google.

 

Jika anda menggunakan teknik pemasaran emel. Teruskan mengumpul senarai emel prospek, dan target untuk kumpul sekurang-kurangnya 1,000 – 10,000 senarai emel prospek yang berminat untuk mengetahui tentang peluang buat duit dalam bisnes ni. Tak kiralah sama ada dalam senaraian tersebut, ada termasuk individu yang dah join Tone Excel atau yang masih belum join. Jika anda masih tak pasti nak guna sistem autoresponder mana, boleh gunakan autoresponder emelmatik.

 

Jika anda menggunakan teknik pemasaran media sosial Facebook. Memandangkan pemasaran menggunakan Facebook boleh dibahagikan kepada pemasaran menggunakan personal profile, fan page dan group, maka anda perlu tahu bagaimana nak memaksimakan fungsi ketiga-tiga ini. Jujurnya, saya berpendapat menggunakan FBAds untuk mempromosikan Tone Excel mungkin bukan satu idea yang baik.

 

Jika anda menggunakan kaedah pemasaran table talk. Fokus untuk bercakap dan berkongsi dengan lebih ramai orang. Kalau bulan lepas kita bercakap dengan 30 orang, bulan ini kita tambahkan jumlahnya kepada 40 atau 50 orang. Walaubagaimanapun, jangan lupa untuk follow up. Jika tidak, sia-sialah usaha anda. Kebanyakkan orang yang anda bakal jumpa, majoriti semua dah ada talian telefon sendiri. Kebarangkalian untuk anda mendapat jawapan YA pada pertemuan kali pertama adalah sangat tipis. Anda perlu bercerita pada orang yang sama sekurang-kurangnya 5 kali.

 

Saya tak tau apa kaedah yang bakal anda gunakan. Setiap satu kaedah ada kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri. Kenalpasti, mana satu yang anda paling selesa dan paling sesuai untuk anda, dan tetapkan satu jumlah tertentu yang hendak dicapai dalam masa yang ditetapkan. Sebagai contoh

 (1) Tulis 30 artikel pemasaran dalam masa 30 hari

(2) Berkongsi tentang TE kepada 20 orang prospek dalam masa 30 hari

(3) Edar 1,000 keping fliers kepada 1,000 orang prospek dan bertanya khabar dengan mereka dalam masa 30 hari

 

Anda mungkin tak akan mampu untuk mengawal apa dia outcome ataupun hasil yang bakal anda perolehi. Namun demikian anda masih boleh kawal, berapa banyak usaha yang anda nak laburkan untuk capai kejayaan yang anda idam-idamkan tu.

 

Kalau semua ni masih kurang berkesan dan masih tak membantu anda untuk kekal konsisten, cuba cara ini…

“Anggap sahaja kerja-kerja pemasaran Tone Excel ni macam kita makan nasi…”

 

Orang Malaysia, kita memang makan nasi setiap hari. Nasi sememangnya adalah makanan ruji kita. Apa jadi kalau kita tak makan nasi dalam sehari?

 

Tak jadi apa-apa. Sebab itu masih lagi normal. Kadang-kadang memang kita akan rasa jemu dan teringin nak ubah selera. Namun, selepas dua atau tiga hari, kita akan kembali makan nasi. Begitu jugalah dengan kerja-kerja pemasaran Tone Excel ini.

 

Sehari dua hari berhenti buat pemasaran, itu normal. Namun, jangan berhenti lama sangat. Bisnes ni dibina dengan kerja keras dan konsisten. Ia memerlukan komitmen kita. Jika tiada komitmen, tiada sales, maka tiadalah bisnes.

 

Jadi, bulan Mac ni… Jom kita buat yang terbaik. Jika anda berminat nak sertai rangkaian saya, bolehlah berbuat demikian dengan mendapatkan simkad anda disini. Dapatkan akaun anda secara percuma sahaja terlebih dahulu, kemudian barulah anda upgrade kepada VIP member.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

 

Exit mobile version