Blog Sabree Hussin

Jutawan Apps antara yang termasuk dalam senarai Financial Consumer Alert list Bank Negara Malaysia

Pada tarikh 20 September 2017, pihak Bank Negara Malaysia telah mengemaskini senarai Financial Consumer Alert List dan nama Jutawan Apps telah termasuk dalam senaraian tersebut.

 

Lihat screenshot dibawah.

Selain Jutawan Apps, satu lagi laman web yang lebih kurang sama dengannya, iaitu Applikasi Duit turut tersenarai dalam Financial Consumer Alert list ini.

Baca juga: Review dan pandangan saya tentang Jutawan Apps – Adakah Jutawan Apps merupakan satu penipuan?

 

Sumber laman web ini, adalah dari laman web Bank Negara Malaysia sendiri, dan ianya boleh dicapai menerusi pautan ini.

 

Apabila dah masuk dalam senarai berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara ni, maka kenalah berjaga-jaga. Berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

 

Diluar sana, sebenarnya masih ada banyak lagi peluang-peluang penjanaan pendapatan. Walaupun ianya tak menjanjikan sebarang pulangan segera, ataupun menjanjikan anda pulangan yang lumayan, namun ianya lebih SELAMAT dan terbukti boleh hasilkan pendapatan.

 

Salah satu yang mungkin anda boleh lihat sendiri ialah Program bekerja dari rumah bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018. Saya sendiri ada sertakan bukti pendapatan yang telah dihasilkan baru-baru ini.

 

Memanglah pendapatan yang terhasil tak sampai 4 – 5 angka, namun ia sudah tentu lebih bermakna, sebabnya dalam program tersebut kita mempromosikan dan usaha untuk dapatkan jualan bagi produk-produk harian yang memang ada penggunanya.

 

Dari pihak pengguna itu sendiri, dia membeli sebab ada keperluan. Bukannya mereka membeli sebab dijanjikan pulangan wang, atau janji-janji manis akan hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Apa pun, anda telah diberi peringatan.

 

Kalau masih nak ambil risiko, semuanya terpulang pada anda. Duit anda, anda buatlah apa yang anda suka.

 

Sampah bagi sesetengah orang, emas bagi orang lain pula.

 

 

Exit mobile version