Pada tarikh 20 September 2017, pihak Bank Negara Malaysia telah mengemaskini senarai Financial Consumer Alert List dan nama Jutawan Apps telah termasuk dalam senaraian tersebut.
Lihat screenshot dibawah.
Selain Jutawan Apps, satu lagi laman web yang lebih kurang sama dengannya, iaitu Applikasi Duit turut tersenarai dalam Financial Consumer Alert list ini.
Baca juga: Review dan pandangan saya tentang Jutawan Apps – Adakah Jutawan Apps merupakan satu penipuan?
Sumber laman web ini, adalah dari laman web Bank Negara Malaysia sendiri, dan ianya boleh dicapai menerusi pautan ini.
Apabila dah masuk dalam senarai berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara ni, maka kenalah berjaga-jaga. Berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
Diluar sana, sebenarnya masih ada banyak lagi peluang-peluang penjanaan pendapatan. Walaupun ianya tak menjanjikan sebarang pulangan segera, ataupun menjanjikan anda pulangan yang lumayan, namun ianya lebih SELAMAT dan terbukti boleh hasilkan pendapatan.
Salah satu yang mungkin anda boleh lihat sendiri ialah Program bekerja dari rumah bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018. Saya sendiri ada sertakan bukti pendapatan yang telah dihasilkan baru-baru ini.
Memanglah pendapatan yang terhasil tak sampai 4 – 5 angka, namun ia sudah tentu lebih bermakna, sebabnya dalam program tersebut kita mempromosikan dan usaha untuk dapatkan jualan bagi produk-produk harian yang memang ada penggunanya.
Dari pihak pengguna itu sendiri, dia membeli sebab ada keperluan. Bukannya mereka membeli sebab dijanjikan pulangan wang, atau janji-janji manis akan hasilkan pendapatan yang lumayan.
Apa pun, anda telah diberi peringatan.
Kalau masih nak ambil risiko, semuanya terpulang pada anda. Duit anda, anda buatlah apa yang anda suka.
Sampah bagi sesetengah orang, emas bagi orang lain pula.
sebab ramai orang tak faham dan tak tahu serta tak nak ambil tahu.
semua nak duit cepat.
sebab tu duit depa semua lebur cepat jugak.
Jutawan Apps ni pun memang target kepada mereka yang terdesak nak duit cepat.
Kalau dah masuk dalam senarai bank negara macam tu.. memang tak berani nak ambil risiko.. sebaiknya elok dihindari..
Ya, saya setuju
Tq atas penerangan anak saya yg berusia 16 tahun xcited sgt dgn benda alah tu wpun saya mmg tk percaya langsung tp sebagai mak yg tkmo patahkan semangat anak nk jd kaya gigihla mak ni baca segala artikel yg berkaitan smpai berair mata ni menatap screen hp😂
Harap puan dapat educate anak puan tentang risiko untuk menyertai program seumpama ini, apa langkah seterusnya selepas terjebak dengan program ini, supaya tak kecewa dikemudian hari ya.
Salam,
Dah seminggu Lebih Abang saya mandaftar dan dah bayar duit untuk muat Turun applikasi jutawan app. Saya Tidak ingin nak Ambil tahu tentang syarikat ini yang dia masuk dalam senarai list bank negara dan tentang risiko dia. Saya cuma baca testimony2 pengguna dan laman applikasi yg di ikhlan di face book. Saya Masih tak ada hasil pendapatan dengan applikasi ini dan tak tentu lagi yang Saya Boleh dapat pendapatan dengan sistem ini. Minta nasihat dari pehak di sana. T.kasih
Salam,
1. Hubungi pengasas sistem dan program ini untuk bantuan khidmat pelanggan atau khidmat selepas jualan (after sales support)
2. Jadikan apa yang berlaku ni satu pengajaran. Bukan semua benda yang ada di internet, kita boleh terima terus. Kena buat banyak kajian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan wang.