Dalam perjalanan saya mencari peluang-peluang untuk tambahkan pendapatan secara online, saya temui sebuah laman web yang diberi nama Jutawan App – Biarkan robot menjana wang anda secara otomatik!
Boleh percaya ke laman web Jutawan App ni?
Saya percaya, ini adalah persoalan biasa, bagi mereka-mereka yang terjumpa laman web seperti ini. Walaupun dah jelas, ianya too good to be true, tapi rasa ingin tahu tu pasti ada.
Sebenarnya, saya tak bercadang pun nak tulis tentang topik Jutawan App ni. Pada asalnya, saya nak tulis pasal benda lain. Tapi bila saya cuba nak tulis pasal topik lain, otak saya ligat memikirkan tentang Jutawan App.
Jadi, nak tak nak saya tulislah jugak pasal topik ni. Selagi saya tak tulis tentang topik ini, selagi tu saya akan asyik fikir pasal benda ni.
Satu lagi keadaan yang buatkan saya tergerak hati nak tulis pasal applikasi, yang kononnya boleh bantu penggunanya jadi jutawan ni ialah disebabkan oleh emel-emel yang saya selalu terima. Ini antaranya
Emel ini saya terima pada 28 December 2017 dari alamat emel yahtassa62@gmail.com
Dengan menggunakan applikasi yang penghantar emel ni gunakan, kononnya saya juga boleh hasilkan pendapatan sekelip mata dalam masa 1 jam. Lama betul dia kelip mata, kan? Sampai satu jam tu.
Dalam emel tu ada pautan dan ia membawa ke halaman ini iaitu halaman jualan Jutawan App.
Pada tarikh 27 December 2017 saya juga ada terima emel yang lebih kurang sama dari alamat emel azrezal17@gmail.com
Hanya dengan muat turun applikasi, instal dan biarkan ia berjalan sendiri, pengguna ni dah tak perlu risau tentang masalah negara, masalah GST dan juga masalah turun naik harga minyak. Wah besar sungguh rahmat yang dibawa oleh applikasi ni.
Pada tarikh yang lebih awal dari itu, iaitu pada 15 December 2017, saya juga ada dapat emel dari seseorang yang menggunakan alamat emel sabaniproton90@gmail.com yang turut mempromosikan apps ni kepada saya.
Sebenarnya ada banyak lagi emel yang lebih kurang sama yang saya dah terima sebelum ini. Saya menjangkakan, emel seperti ini memang tak akan berhenti.
Saya pun dah tak larat nak tekan butang block sender dan juga report spam.
Akhirnya sekarang ni, saya biarkan je emel-emel yang masuk dalam inbox saya.
Apa yang saya nak cerita tentang Jutawan Apps dan kemana hala tuju perkongsian saya ini?
Saya pun tak tau, dari mana mereka ni semua dapat alamat emel saya.
Saya tak pernah minta untuk diberikan emel-emel promosi sedemkian rupa. Dalam bidang pemasaran online, atau bidang pemasaran menerusi emel, apabila kita menghantar emel promosi kepada seseorang tanpa kebenaran, atau tanpa pihak penerima emel tu meminta untuk dihantar emel, maka tindakan ini sudah dikira SPAM.
Masih ramai yang tak tau beza, antara SPAM dengan SCAM.
SPAM merujuk kepada aktiviti menghantar mesej yang tak diingini kepada penerima secara rawak tanpa kebenaran penerima.
SCAM pula merujuk kepada aktiviti PENIPUAN.
Adakah Jutawan App boleh dipercayai atau ia sekadar scam?
Untuk mendapatkan jawapannya, kita lihat informasi yang dibekalkan di laman web utama Jutawan App. Baca dari mula sampai habis, dan kalau masih tetap tak faham, cuba ulang dua, tiga, empat atau ulanglah seberapa banyak yang anda mampu ulang.
Cuba dapatkan jawapan bagi soalan-soalan berikut.
- Apa sebenarnya yang dijual di laman web Jutawan App?
- Dari mana duit tu datang?
- Apa sebenarnya punca pendapatan ahli Jutawan App?
- Apa yang dijual sampai boleh hasilkan income ribuan ringgit?
- Apakah jaminan yang anda juga akan dapat pendapatan yang sebegitu jika mendapatakan Jutawan App ini?
Saya akan ceritakan satu per satu berdasarkan apa yang saya baca di laman web utama mereka.
(1) Apa sebenarnya yang dijual di laman web Jutawan App?
Mereka jual apps yang hanya boleh beroperasi menggunakan sistem android. Apps ini fungsinya adalah untuk buat kerja-kerja pemasaran.
(2) Dari mana duit datang?
Duit datang melalui proses jual dan beli. Ada orang beli apps ni, maka adalah aliran duit yang masuk. Kalau tak ada orang yang beli, maka tak ada duit yang masuk.
(3) Apa punca pendapatan ahli Jutawan Apps?
Tak berapa jelas. Tapi dari tiga contoh diatas, mereka join sebagai pengguna Jutawan Apps, dan lepas tu mereka promosikan pula apps ini kepada orang lain yang belum join. Saya rasa, kalau setakat nak promosikan apps ni, tak perlu bayar RM390 pun tak apa.
Join sebagai affiliate, tak perlu nak bayar apa-apa. Ianya PERCUMA sahaja.
(4) Apa yang dijual sampai boleh hasilkan income ribuan ringgit?
Mereka jual Apps yang dipanggil Jutawan Apps ni. Apps ini kemudian digunakan untuk jual Jutawan Apps kembali hinggalah kitaran itu berterusan sampailah tak ada sesiapa yang minat nak beli benda ni lagi.
(5) Apakah jaminan yang anda juga akan dapat pendapatan yang sebegitu jika mendapatkan Jutawan App ini?
Sudah tentu tiada jaminan. Sila ke halaman terma dan syarat dan baca setiap baris ayat yang ditulis disitu. Tiada sebarang jaminan yang anda akan dapat meraih sebarang pendapatan.
Ini bahagian yang dinyatakan bahawa pihak Jutawan App tidak menjamin yang anda akan dapat income yang lumayan seperti mereka.
JUTAWANAPP ADALAH SEBUAH APLIKASI MARKETING TOOL YANG BOLEH BERJALAN DI TELEFON ANDROID ANDA. SILA PASTIKAN TELEFON ANDA MENGGUNAKAN OS ANDROID UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI INI. JUTAWANAPP BUKAN SEBUAH SKIM CEPAT KAYA, SKIM PELABURAN ATAU MLM YANG PERLU DI SERTAI UNTUK MENJANA PENDAPATAN. IA ADALAH PENJUALAN SEBUAH PRODUK BERUPA APLIKASI YANG BOLEH DI PASANG DI TELEFON BIMBIT ANDROID YANG BERFUNGSI UNTUK MENJADI SEBUAH MARKETING TOOL UNTUK PEMBELI.
JUTAWANAPP.COM MEMBUAT SEGALA USAHA UNTUK MEMASTIKAN IA MENERANGKAN DENGAN JELAS MENGENAI PRODUK DENGAN TEPAT DAN SEGALA POTENSI PENDAPATAN MEREKA. ANGGARAN PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN YANG DIBUAT OLEH JUTAWANAPP.COM DAN PELANGGANNYA ADALAH ANGGARAN TENTANG APA YANG JUTAWANAPP.COM FIKIR ANDA MUNGKIN BOLEH DAPAT DAN JUGA BERDASARKAN PENDAPATAN YANG DIPEROLEHI SENDIRI OLEH PIHAK JUTAWANAPP.
TIADA SEBARANG JAMINAN BAHAWA ANDA AKAN DAPAT MEMBUAT TAHAP PENDAPATAN INI DAN ANDA SETUJU BAHAWA PENDAPATAN DAN KEUNTUNGAN DARI PENGGUNAAN APLIKASI ADALAH BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDU. SEPERTI MANA-MANA PERNIAGAAN, HASIL ANDA MUNGKIN BERBEZA-BEZA, DAN AKAN BERDASARKAN KEUPAYAAN ANDA, PENGALAMAN PERNIAGAAN, KEPAKARAN DAN TAHAP KEINGINAN MASING-MASING. TIDAK ADA SEBARANG JAMINAN MENGENAI TAHAP KEJAYAAN YANG MUNGKIN DI CAPAI. CONTOH YANG DIGUNAKAN ADALAH BERDASARKAN TESTIMONI PEMBELI YANG LUAR BIASA DAN TIDAK DIMAKSUDKAN UNTUK MEWAKILI ATAU MENJAMIN BAHAWA SESIAPA PUN AKAN MENCAPAI HASIL YANG SAMA ATAU SERUPA. KEJAYAAN SETIAP INDIVIDU BERGANTUNG PADA LATAR BELAKANG, DEDIKASI, KEINGINAN DAN MOTIVASI MEREKA.
TIDAK ADA JAMINAN BAHAWA CONTOH PENDAPATAN MASA LALU BOLEH DIDUPLIKASI UNTUK MASA AKAN DATANG. JUTAWANAPP.COM TIDAK DAPAT MENJAMIN HASIL DAN / ATAU KEJAYAAN MASA DEPAN ANDA. TERDAPAT BEBERAPA RISIKO YANG TIDAK DIKETAHUI DALAM PERNIAGAAN DAN DI INTERNET YANG JUTAWANAPP.COM TIDAK DAPAT JANGKA YANG DAPAT MENGURANGKAN HASIL DARI APA YANG DI PAPARKAN DI LAMAN INI. JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SETIAP TINDAKAN ANDA. PENGGUNAAN MAKLUMAT, PRODUK DAN PERKHIDMATAN JUTAWANAPP.COM HARUS BERDASARKAN KETEKUNAN ANDA SENDIRI DAN ANDA BERSETUJU BAHAWA JUTAWANAPP.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN PERNIAGAAN ANDA YANG SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG BERKAITAN DENGAN PEMBELIAN DAN PENGGUNAAN JUTAWANAPP MAKLUMAT, PRODUK DAN PERKHIDMATAN.
(6) Bagaimana kalau saya dah join Jutawan App dan dah bayar RM390. Adakah saya akan dapat balik duit saya?
Pembelian produk ini disertakan dengan jaminan wang kembali dalam masa 60 hari. Walaubagaimanapun, anggap sahajalah selepas anda bayar RM390 tu, anda TIDAK AKAN DAPAT SEMULA duit anda.
Pihak Jutawan App meletakkan syarat yang cukup ketat, untuk dapatkan semula duit selepas dah join atau dah terbeli produk mereka. Lihat syarat yang mereka letakkan.
(A) jaminan itu HANYA sah di mana pembelian telah dibuat oleh anda sebagai bahan semata-mata bertujuan untuk anda seorang sahaja. Apa- apa permintaan bayaran balik perlu memasukkan kenyataan / pengesahan bahawa anda, sebagai pembeli, membeli bahan-bahan ini dengan suci hati;
(B) untuk mendapatkan bayaran balik, anda mesti terlebih dahulu memulangkan bahan-bahan dan apa-apa cetakan kepada JutawanApp.com, salinan atau sebahagian daripadanya serta semua URL memuat turun dan semua akses kepadanya dalam keadaan asal tanpa sebarang kerosakan apapun. Permintaan pengembalian dana anda mesti mengandungi pengesahan kepada fakta dan jika pada masa kami menemui sebarang bukti bahawa pengesahan anda salah (sama ada secara sengaja atau tidak), permintaan pengembalian akan ditolak dan anda akan kehilangan hak ke atas bayaran balik secara kekal;
(C) bayaran balik ini HANYA sah jika anda membayar balik dalam tempoh 60 hari dari penerimaan produk dan apabila JutawanApp.com menerima kembali bahan dalam tempoh 60 hari dari penerimaan bahan oleh anda;
(D) anda perlu memberikan bukti yang JELAS dan tidak dapat disangkal lagi bahawa pembayaran melalui deposit bank memang jelas dibuat untuk pembelian bahan tersebut. Pengesahan deposit bank dari bank anda menunjukkan bahawa wang telah dipindahkan ke akaun bank JutawanApp.com harus disediakan dan anda adalah pemilik akaun bank tersebut. Jika pembayaran dilakukan melalui mesin deposit tunai, pastikan nama dan email anda tertera pada resit deposit tunai tersebut secara terang. Juga pengesahan dari bank perlu ada untuk memastikan bayaran tersebut telah benar-benar dilakukan oleh anda;
(E) dengan meminta pengembalian wang dan mengesahkan perkara di atas, anda bersetuju dengan liabiliti kerosakan yang tidak dapat diperbaiki ke JutawanApp.com sekiranya didapati bahawa anda telah menyimpan salinan atau bahagian bahan atau memberikannya kepada pihak ketiga. Liabiliti ini berdiri walaupun tanpa permintaan pengembalian dana, tentu saja, kerana ia adalah sebahagian daripada hak cipta dan lesen produk maklumat;
(F) mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran balik, anda mesti membuktikan bahawa anda telah mematuhi batasan hak cipta produk maklumat ini dan tidak memberikan apa-apa salinan atau mana-mana bahagian kepada SETIAP pihak ketiga;
(G) bayaran balik HANYA boleh dilakukan untuk sebarang KEROSAKAN PADA PRODUK seperti masalah teknikal yang tidak dapat diselesaikan. Bayaran balik tidak boleh dilakukan untuk apa-apa tujuan lain selain dari ini. Tidak mendapat pendapatan bukan sebab yang dibenarkan untuk mendapat bayaran balik. Disebabkan sifat produk digital aplikasi, kami tidak boleh memberikan bayaran balik jika anda hanya mengubah fikiran anda selepas membelinya. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan anda mempunyai segala peralatan yang secukupnya dan memenuhi kriteria seperti yang diceritakan di laman sebelum melakukan pembelian produk;
(H) hak bayaran balik ini tidak dimaksudkan sebagai peluang untuk melihat dan menggunakan bahan-bahan dalam laman web secara percuma. Jangan teruskan untuk mendapatkan dan melihat bahan- bahan melainkan jika anda benar-benar berminat dengan subjeknya dan berhasrat untuk menilai cara untuk mencapai kawalan yang lebih baik terhadap kewangan anda dan mencapai kebebasan kewangan.Alasan bahawa produk tidak memenuhi apa yang di tawarkan tidak boleh diterima. Segala maklumat tawaran adalah berdasarkan apa yang di letakkan di laman web jutawanapp.com sahaja. Sebarang tawaran lain atau janji lain tidak di ambil kira. Anda mesti memberikan keterangan dan bukti lengkap (jawatan media sosial, sms, mesej e- mel yang dihantar dan lain-lain) yang telah anda jalankan dan cuba SEMUA kaedah yang diterangkan dalam ebook panduan. Tanda-tanda permintaan bayaran balik adalah sangat khusus dalam industri maklumat dan jika kami mendapati tanda-tanda yang ada dalam permintaan anda, ia mungkin ditolak atas dasar yang anda menyalahgunakan jaminan wang untuk mendapatkan bahan-bahan secara percuma, dengan itu berniat memperoleh keuntungan dengan penipuan;
(I) pembelian asal anda mesti dibuat atas nama anda sendiri dan dalam permintaan bayaran balik anda, anda mesti memasukkan tarikh pembelian asal anda, ID keahlian nama dan laman web yang diberikan oleh kami kepada anda; DAN
(J) semua yuran pemprosesan, kos pembungkusan, YURAN AFFILIATE, kos penghantaran dan penghantaran dan semua perbelanjaan lain yang berkaitan dengan proses penyerahan bahan kepada anda AKAN DITOLAK dari bayaran balik kepada anda.
Kami tidak berunding dengan pelanggan mengenai format permintaan pengembalian yang betul selain membuat halaman ini tersedia. Terpulang kepada anda untuk memastikan permintaan bayaran balik anda mengesahkan perkara-perkara di atas dari permulaan dan jika tidak, permintaan anda akan ditolak. Semua keputusan penolakan adalah muktamad. Kami memohon maaf atas perlunya syarat-syarat khusus ini untuk mendapatkan bayaran balik, meminta dan memproses bayaran balik. Langkah-langkah ini malangnya perlu kerana sesetengah individu telah menyalahgunakan dasar pembayaran balik kami untuk mendapatkan produk percuma. Jaminan wang balik 60-hari bermaksud apa yang dikatakan selagi anda membeli bahan tersebut dengan niat penuh untuk menggunakannya dan, sekiranya anda benar-benar tidak puas hati, hantarkan permintaan bayaran balik anda mengikut kaedah yang di nyatakan di atas.
Bagi mereka yang jenis gelabah dan cepat sangat nak join, mungkin sebab banyak duit, ketahuilah, the moment anda keluarkan duit untuk dapatkan aplikasi ini, bermakna kesudahannya cuma ada dua.
- Anda akan sangat gembira dan bahagia sebab anda berjaya buat duit.
- Kedua, anda akan jadi makin sengsara sebab dah keluar modal tapi duit langsung tak dapat.
Benda-benda macam ni, memang sangat berisiko. Mungkin sebab itu, setiap yang join dijanjikan pulangan pendapatan yang tinggi.
Lagi satu, program seumpama ini, bukan untuk orang yang cuma nak cuba-cuba. Nak tengok sama ada boleh berjaya atau tak. Orang yang ada mindset macam ni, sila jauhkan diri dari program macam ni.
Penjual applikasi ini juga, tidak bersembunyi disebalik website, sebaliknya menunjukkan gambar dirinya, isteri dan juga anak, walaupun kita tak tahu, adakah mereka benar-benar sebuah keluarga bahagia atau sekadar satu lakonan sahaja.
Dari review yang saya baca tentang Jutawan App ni, ada yang mengatakan benda ini tak ubah sebagai satu money game sahaja. Duit datang dari penyertaan ahli baru. Ada yang join maka adalah duit baru masuk dalam sistem.
Bila dah tak ada yang nak join, maka that’s it. Semuanya terhenti. Apa pun, itu hanya pendapat satu pihak dan ia mungkin tidak menggambarkan niat asal orang yang cipta apps ni.
Saya tidak join atau beli atau dibayar untuk menulis tentang produk ini. Tetapi, oleh kerana saya dah habiskan lebih kurang 3 jam untuk buat pembacaan, menulis artikel ini, dan melakukan proof reading, maka saya tak nak masa saya dihabiskan begitu sahaja. Kebanyakkan link-link yang saya sertakan dalam artikel ini adalah link affiliate saya.
Jika ada mana-mana pembaca yang klik pada link tersebut lalu membuat pembelian, saya akan menerima sedikit komisen (RM200 untuk setiap jualan).
Tapi saya tetap nak buat duit dengan Apps!
Well, duit anda… terpulanglah anda nak buat apa pun.
Sebenarnya saya ada jumpa cara lain nak buat duit melalui apps. Ringkasnya, caranya adalah seperti berikut.
- Kita bina apps kita sendiri
- Upload dekat Google Appstore
- Daftar dengan program pengiklanan Admob
- Biarkan apps kita di appstore dan akan ada orang install
- Setiap kali pengguna tersebut buka apps, akan muncul iklan dan dari situ kita akan dapat duit
Pengalaman hasilkan lebih RM100,000 dengan melancarkan apps sendiri
Sebelum tu, untuk pengetahuan anda, program Admob ini sebenarnya dibawah kendalian syarikat Google Inc. Jadi, ia memang program yang SAH.
Cuma kalau nak cari orang kita yang betul-betul berjaya melalui program ini, agak susah. Mungkin individu tersebut lebih suka low profile.
Tapi anda bernasib baik sebab ada seorang ni yang bernama Yuzairi ni nak kongsi teknik macam mana nak buat duit dengan apps. Anda akan belajar dari dia, macam mana nak bina apps, cara nak upload ke Google Appstore dan juga cara nak buat duit melalui Admob.
Ini bukti pendapatan yang dia dah hasilkan dari program Google Admob ini.
Kalau anda minat nak belajar macam mana dia buat income sampai RM100 ribu dari apps, boleh belajar dekat sini. Buat duit dengan apps melalui kaedah ini, tak perlu nak jual barang, tak perlu nak marketing sangat, dan tak perlu nak spam orang.
Biarkan je apps tu berada di Google Appstore, orang download, guna apps tersebut dan income anda akan berjalan dengan sendirinya.
.
..
…
Sekiranya ada pembaca atau pelawat blog ni, yang sudi untuk kongsikan pengalaman sertai atau menjadi pengguna Jutawan App ni, dan sudi untuk kongsi pengalaman, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen.
Tak kisahlah sama ada pengalaman pahit atau pengalaman manis. Komen positif mahupun negatif. Saya nak tahu juga, feedback dari user sendiri.
Silakan. Jangan malu-malu!
anuar says
Ramai yang dok promote jutawan apps ni melalui email.. tapi tak tahu dari mana mereka sedut email saya.. huhuhu..
sabree hussin says
Mungkin mereka sedut emel dari mana-mana sumber sebelum ni. Contohnya dekat laman blog sendiri, atau website milik kita. Ataupun mungkin juga orang yang promosikan benda ni melalui emel sebelum ni pernah jadi subcriber kita, jadi mereka ada alamat emel kita.
titan says
ramai promosi.
tapi aku delete je terus.
malas nak layan.
sabree hussin says
Aku tak delete. In future boleh rujuk balik 🙂
zik says
mungkin diaorang pakai spider web mail.. senang jer pakai software tuh.. pergi ke laman blog/ website, forum.. masukkan, tekan start… terus dia keluar semua senarai email yang ada dalam website/blog.. dulu ada software tuh..tapi dah tak ingat..
sabree hussin says
Saya pun pernah jumpa software yang boleh extract alamat emel, no fon dan sebagainya. Sumbernya adalah laman web terbuka yang dedahkan maklumat-maklumat tersebut. Ada juga sesetengah apps yang mana pemiliknya, sebenarnya dia beli je senarai emel tu.
Zahar says
Sy pun dah terbeli….. Berbulan2 tak da apa masyuk… Tapi ada satu part dlm app tu boleh market produk2 sendiri. Sediakan link fb anda… App ni akan hantar link fb anda ke email2 yg dia cari sendiri … Tapi berkesan ke idak tak tau la…
Sapa ada pengalaman bole la kongsi.
sabree hussin says
Kenapa tak cuba sendiri? Mungkin berkesan.
Zahar says
Dh cuba. Takat yg sy cuba… X nampak kesan.. Itu yg tak tau org lain mcm mana.
Yg auto hantar iklan fb link ke email2 tu memang ada hantar cuma target audience maybe tak tepat.
sabree hussin says
Oh macam tu. Baru saya faham. Saya ingatkan tuan masih belum cuba. Biasanya kalau iklan tu tak convert kepada sales, sebabnya adalah kandungan iklan tu tak match dengan penerima.
Sebagai contoh, kita siarkan iklan pampers kepada seorang budak lelaki umur 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Apa kebarangkalian untuk budak lelaki ni beli pampers tu?
MOHD SALMAN BIN SALLEH says
aha.. saya pun dah kena brain wash ni… boleh pakai x apps ni kawan?
sabree hussin says
Baca bagi faham dulu then buat la keputusan. Artikel yang saya tulis kat atas tu hanya pendapat saya semata.
Pit says
Ade jg y x dpt sesen jg ker..bru nk join..nmpk wang berkepuk org promote..berisiko tinggi..x jd la
sabree hussin says
Program seperti ini, memang tak ada jaminan yang para peserta pasti akan dapat duit.
asri says
Baru pagi tadi saya daftar…cuma belom buat bayaran lagi….bila terbaca artikal tentang jutawan app ni…tak jadi nk bank in….betul juga kata admin…ada yg berjaya dan ada yg gagal langsung…fikir2lah sahabat
Haziq says
Citer die camni , aku dh buat payment haritu. Tp at the same time ttbe kete aku problem and aku try mintak refund. Sedangkan apps and email pun aku tk dpt tau. Tp bila aku mintak refund berhari hari aku tunggu sampai sekarang tk dpt dpt
Ammar says
Hmm betulke awak dh join jutawan apps ni?
Amrit says
Saya dulu beli jutawan app tapi bisnes tak jadi, saya tak terima satu sen pun, saya rugi Rm390
sabree hussin says
Satu pengalaman yang MAHAL tu.
Amrit says
Macam mana kalau tak dapat satu sen dari jutawan app, kena buat apa untuk jana income, sudah beberapa email sudah ganti
Hariz says
dari video yang di tunjukkan pun dah x meyakinkan…mcm kena paksa baca je…
sabree hussin says
Saya pun masih menunggu dari para peserta yang dah berjaya dalam program ni untuk memunculkan diri 🙂
Ida bear says
Alhamdulillah..join xsmpai sbln dh dpt 2k..tp saya buat dua2 la
sabree hussin says
Tahniah, sila bagi BUKTI supaya saya dan pembaca boleh lihat yang ini bukannya cakap kosong.
ariz says
hahaha ni confirm scam cakap kosong ja tau… bukti mana bukti>??
H64 says
Bnyak tuu ,boleh dah tu start buat modal MLM dngan sy,
whaddupitscha says
true, alhamdulillah untung up to 15k sejak join jt apps tiga bulan lepas. If you know how to market the apps, you’ll ace in the business. If youre joining and thinking its a place where your money grows, youre dumb. You have to work on it.
Jayniss says
Erm…. Masa terbaca tntg jutawan apps ni, terfikir jga dari mana apps ni bole menjana wang utk kita. Yg terlintas kat fikiran adalah berdasarkan wang drpd ahli baru. Tak sangka ada betulnya yg sy fikirkan tu lepas baca statement sini… Nasib baik sblm join apps ni, sempat menelah mencari info tntg apps jutawan. Sbb rm390 tu, banyak kot.
sabree hussin says
Begitulah sepatutnya, sebelum buat apa-apa keputusan terutamanya yang melibatkan duit, kena fahamkan betul-betul. Kalau kita nak buat investment sama ada saham, unit trust, property dan sebagainya, kita juga kena fahamkan dulu sebelum nak terus buat.
Ashrofzai says
Saya pun sudah Cuba jutawan app ni. Tapi malangnya hanyalah kerugian. Orang yang ajar saya ni pun dah beranak dua, base on fb picture profile. Tapi dia ajar saya tak faham. Senang kata dia ajar lepas tangan macam tu je. At the end, duit dah keluar, but non-profits.
sabree hussin says
Belajarlah dari pengalaman ini. Kalau nak buat duit, ada banyak lagi program lain yang boleh dicuba. Saya ada tulis tentang alternatif bagi program ini dalam posting saya. Boleh baca di sini >> https://www.sabreehussin.com/alternatif-bagi-jutawan-app-untuk-anda-pertimbangkan/
EN H says
Ada check nama syarikat Japps, Jalur Gemilang (SA 0412058 – U) di BNM, “Financial Consumer Alert: List of unauthorised companies and websites has been updated”, terus niat nak join cancel.
sabree hussin says
Ya, boleh semak di pautan ini >> http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=570&lang=bm
Laman web rasmi Bank Negara Malaysia.
atiqah says
thanks bagi pencerahan terutamanya en. sabree hussin, terus saya tak jadi join Jutawan Apps
Dania says
Sy buat kesimpulan ini adalah perjudian dlm hidup. Antara nasib anda baik ..atau tidak itu shaja.
Aurochi says
Org bodoh j join… Sebab kenape, malas, nak idup mewah j, bertuhankn duit, lalai, sombong, benda mcm ni xyah nak bg neutral review, da terang2 bodo,ramai sgt
suhaizal says
Salam.. Nk tanya admin sendiri dah join kan? Mcmana hasilnya?
sabree hussin says
Kalau Suhaizal baca apa yang saya tulis, dekat situ saya dah bagitahu, yang saya tak join.
atiqah says
Saya nak join tapi saya takut rugi, rm390 merupakan jumlah yang banyak bagi orang yang bergaji kecil macam saya. Nak buat bisnes memang tak mudah. Sekecil mana pun bisnes tu tetap ada risiko. RM390 nak kumpul setahun pun susah. Saya fikir nak buat solat istikharah dulu biar lambat. Sebulan, dua bulan, mungkin setengah tahun baru saya buat keputusan. Simpan dulu dalam tabung haji, cukup masa dapat hibah. Sekali dah join memang tak boleh nak patah balik.
sabree hussin says
Ya saya pun setuju RM390 itu merupakan jumlah yang banyak. Jadi kena buat keputusan dengan bijak setelah faham semua risiko.
Amran says
Aslkm tuan, link affiliate yang tuan bagi di atas mcm tak berfungsi je. Click lps tu dia bawa kita ke jutawan apps punya website. Aik, tuan salah letak link ke??
sabree hussin says
Wasalam, link affliate saya ok je.
Afiq says
Hai boleh tanya? Macam mana nak buat app sendiri?tolong balas please
sabree hussin says
Kena pandai programming.
zul says
betul cik amran.. saya clik pun dapat jutawan apps punya website..adehh
nana says
kira nya encik ni ada penyakit yg dinamakan phsycopath dimana encik tak kisah kesan buruk yg terjadi kt org lain (kerugian dan tertipu) yg penting encik dpt apa yg encik nak (keuntungan). ingatlah duot yg tak berkat tu mengalir mcm air dan tak pernah cukup.
sabree hussin says
Tuduhan yang tak berasas.
ila says
haah lah ,ade sorang ni ,saye cari kerja kosong kat fb pastu terjumpa org ni promote n saye pun wsap lah ,almost 3 months dr bln 5 smpai skrg bln 7 saye mmg usaha betul2 cari risiko bg japps ni ..bru terbaca kat sni ..sbb pelik juga mne dieorg dpt duit ,mcm rolling money je ,game money ..die mcm kate nak desak x desak ,,tp cara die tunjuk aplikasi ni betul2 efisien ,cara die terangkan betul2 nampak apps ni takde risiko and dpt duit tanpa gagal rm400 dlm seminggu ..saye oenah sent pasal apps ni scammer ,die jate diw cari duit halal la ape lah ..rse mcm bru je gaji bln 7 ni nk join tp mcm was2 lepas sy nace encik punye pndapat …smpai org yg promote tu slma 3bln saye japps ni tersuka saya plk ..tibew jatuh cinta kat saya katanye ,x tahu lah treat je ke atau ape …manusia macam2 kan ..nak duit macam2 boleh buat
missbee says
sy berbisnes since 2014 , susah senang sy lalui ..tp bila jumpa apps ni sy try mhu buat smpingan..last2 xde hasil..msa tu rsa rugi rm390 .. tpi bila sy check apps tu blh cri nombor2 org yg kt mlysia ni sye gne tu utk promokan bis sy..smpai skg sye msih gne bnde ni utk cri org join bis sy..ade untong jgk lh dr apps ni
ziyyaddane says
jadi…berapa profits awak sekarang??
Jamal says
Haha.. Baru nak join.. Sekali surf cari info, dpt pula info2 yg banyak sekali dlm blog2 yg cite pasal apps ni.. Nasib baik x join.. Selamat duit 390.. Huhu..
Thank u so much la pada blogger2 yg byk info n buat kajian ttg apps ni.
Che Ahmad says
hasil duit dari j apps adakah halal ke ?
Hazwan says
Daftar: RM390
Setiap seorang beli app under kita, kita dpt komisen rm200.
Atas angin saja si developer app ni dpt rm190 (390-200)
Sah terang jelas nyata money game.
sabree hussin says
Ianya tak dikira money game sekiranya produk atau servis yang dijual memang mempunyai manfaat tertentu.
Razu says
Tuan… Maaf lari tajuk… Next entry boleh Tuan ulas ttg richfinity pula? 🙂
graandees says
saya dah tahu lama pasal benda ni..dan paham cara program or biz ni dijalankn..sbb tu sy x join..cuma sy join affiliate je..bg meriah..hahaha..tp biz ni masih beroperasi..ape yg diterangkan oleh owner biz tu mmg betul dan ianya x salah..cuma ramai dikalangkan pembaca yg x teliti dan x sabar dlm memilih..dalam dunia maya ni klu nk cari duit kena bijak dan jgan menipu agar duit yg diperolehi itu berkat..
saya cuma join affiliate jutawan app dan buat promo sendiri tp skrg sy dah stop..sbb klu ramai yg join affiliate biz or program tersebut tu akan berkubur,,,sbb dlm jutawan app terang2 dia kata sumbernya hasil wangnya dari penjualan produk app.. dan anda akan paham dgan jelas bila anda baca terma dan syarat untuk affiliate dia plak.. 🙂
sabree hussin says
Kalau nak promosikan sebagai affiliate, memang tak perlu beli apps ni dan tak perlu bayar apa-apa. Apa yang penting, sebelum buat sebarang keputusan tu, baca dulu terma dan syarat. Bukan sekadar untuk apps ni sahaja, malahan untuk semua perkara. Kita kena faham dulu apa terma dan syarat dia.
Hanis Yusof says
Salam,
Mcm mana project ceo? Byrn keahlian boleh tahan juga…
Amylenz says
Saya lihat app ni sbenarnya berguna utk promosi brg. Tpi ianya kelihatan illegal kerana mghantar email tanpa kebenaran pemilik email.. Cuma pada sy msih relevan.. Sy x pnah beli app ni tpi sy fhm mcm mana sistem nya bkerja
Ribka sim says
Ni penipu… Aku baru kena tipu… Hahaha scammer weh haram jadah… Aku x ikhlaskan duit yg kau ambil…. Penat titik peluh aku cari… Last 2 byr x dpt send kat org tu… Email lagilah x dpt… Aku sarankan jgn kena tipu macam aku… Menyesal wehhh
HAZ HAZRIQUE says
Samelah, aku pun da kene tipu 2 bulan
Az mi says
Sekarang da x panggil jutawan apps da tuan… Da tukar nama Sistem Sedut Duit… Harga pun da naik jd rm 490… hrp semua berhati2…
Aizzuddin says
Thanks bro buat review pasal ni… Saya pon hampir2 nk beli apps ni tapi nak jugak google review org lain yg pernah beli benda ni. Tengok2 ramai jugak yang rugi pasal benda ni.. Betul cakap orang, xada jalan pintas untuk berjaya
sabree hussin says
Jalan pintas tu mungkin tak ada. Namun dengan ilmu yang betul, pasti boleh buat duit. Even buat blog yang simple2 pun boleh jadi duit.
Nashir Saibi says
Adakah aplikasi Jutawan Apps ini sama dgn aplikasi “mesin sedut duit”? Laman webnya mesinsedutduit.com.. harga promosi sekarang RM490…
tidak diterangkan bagaimana apps itu berfungsi dan dari mana datangnya pendapatan peserta.
Shah Geehan says
Pendapat sy kedua2nya menggunakan kaedah dan konsep yg sama.
Rosli says
Saya pon dah terkena juga ,tapi sekarang ni muncul pula satu lagi jenis sama tapi berbeza nama ,mesin sedut duit,rasanya admin yang PON sama .
Zul Dtown says
alhamdulillah… selagi kita berusaha… ada je jalannya… dapat peluang buat je.
Drahman @ Abdul Rahman Japar says
Jutawan Apparatus int tidak menjaminkan anda memperolehi apoa apa kerana tidak benda yang kita jual.Kita dijadikan promoter dan saya sendiri telah kerugian hampir lima ratus untuk beli apparatus berkenaan .Lain dijanji lain jadi
Abdul says
Program ini adaptasi drp piramid skim yg porpular tahun 80an..tapi ini versi maya
Nurul says
Salam…saya tak tahu nak kata apa?…😩😞😟
Rasa teraniaya sbb sblm penaja dpt duit kita…alahai manisnya berkata2 sampai sanggup tunggu jam 3am dan bila dah dpt komisen dari syarikat siap screen shoot statement rasa macam teraniaya pun ada…kalo boleh diputarkan masa nak cakap satu jer…Ya Allah…
tak sanggup lihat org lain seterusnya jadi mangsa… mohon pihak tertentu siasat J Apps ni???…
Mohamad bin masood says
Assalamualaikum. Saya oku pekak minta bantuan utk bayar modal rm390. Bagaimana buat apa? Kalau bicg dgn saya . InsyaAllah. .
Mr.gadoq says
Mngkin sya antara orng yg trbru trjumpa japp ni..2 hri dok pikir mcm menarik je,kena plak mcm sya yg komintmen beso tiap2 bulan,kononye nk cari sdincome le..promote smpai 22/1 ni rm390.00 lpas tu jdi harga biasa rm890.0.smbil dok sarapan pgi ni smbil mncari maklumat,alhamduillah ada prkongsian dri sahabat2 di luar sana…terima kasih…
sabree hussin says
Mungkin bulan depan tuan boleh tengok balik web ni, dan semak berapa harga dia.
Atika anuar says
Alhamdulillah terbaca statement ni terus bersyukur, makin menjadi” apps ni, mohon diboikot, tiada jalaj pintas untuk berjaya , semuanya usaha kemudian tawakkal kepada Allah, Allah lah yang memberi rezeki kepada mereka yang tidak berputus asa
Bayangan Gelap says
Cara masak sama jer , tukar menu jer
Anda jangan join program ni kalau takut hilang duit.. Anda perlu buat apa yg founder ni buat baru untung.
Pikir 1 produk.. cth harga 200
Komisen RM100 ( RM200-RM100 ) = RM100 untung anda sebagai founder
Target 10 ribu orang SEBAB = untung x 10 orang = 1 juta
10,000 orang x RM100 = RM 1,000,000
Dapat 1 juta terus laburkan ke ASB = 1,000,000 / RM200,000 1 akaun = 5 akaun diperlukan
Sebab ASB ,1 nama had perlaburan RM200,000
So..
Bapa = RM200,000
Bini = RM200,000
Anak 1 = RM200,000
Anak 2 = RM 200,000
Anak 3 = RM 200,000
Anak 4 = RM 200,000
RM 1juta saham asb x 6.50 peratus = RM 65 ,000 setahun
RM65,000 setahun / 12 bulan = RM5,416.66 sebulan income
Kena tunggu 1 tahun dulu sebelum ENJOY
HAHA
Teyaa says
Kadang rasa menyesal sebab berhabis duit macam tu je bila mintak refund terus senyap and the end dia block kita
Mel says
Banyaknya modal😱
AG says
Ada macam macam cara buat duit melalui platform internet. Supported by macam macam app dan ini bukan perkara baru. Bila kita tengok FB .. guna FB .. kita rasa seronok. Ada yg guna FB buat duit dan ada sekadar sosial media jer. Maka terpulang pada diri masing masing. Gagal setelah mencuba (apa pun kaedah) lebih baik dari gagal tanpa mencuba apa apa pun. Yang positive sentiasa mencuba dan begitu juga yg sebaliknya. Maaf cakap, pada saya jika nak mencuba perniagaan dengan RM less dari 400 bukan satu angka yg besar (jgn kecam). Apa pun sebelum nak buat keputusan tanya diri kita sendiri sejauh mana kita faham dan hadam terhadap peluang yg kita nampak. Kalau homework tidak ketat maka apa jugak jenis perniagaan bermodalkan RM10 sekali pun akan tetap masuk longkang. Yg positive intai peluang dan yg sebaliknya mencari alasan. 100% orang yg berjaya akan sentiasa bagi tahu kita yg mereka dah gagal hampir 1000 kali sebelum berjaya. Wallahualam.
whaddupitscha says
Some great insights working with jt apps :
1. You need to understand you’ll be selling the apps.
2. Kalau rasa awak ada skills in marketing, you’ll ace in the business.
3. Kalau awak expect awak bayar modal and duit tu berkembang sendiri, awak bodoh.
4. Jt apps takda mention ni platform investment whereby awak campak duit dlm apps tu, duit tu grow.
5. Be smart, if you think this job is risky, and if you join it, youre a risk taker.
6. Alhamdulillah berjaya collect almost 15k within 3 months.
Bieber says says
Orang Japps ni ada sorg save number aku. Tgok komisen hari2 masuk tapi profile picture x pernah tukar x pernah update profile picture sendiri. Still the same. Itu satu masalah, satu lagi selalu buat sttus fon rosak la apa la, ko dah banyak duit asal x beli gon baru? Tengok duit masuk hari2 beratus n beribu. Pelik sangat