Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jutawan Apps antara yang termasuk dalam senarai Financial Consumer Alert list Bank Negara Malaysia

December 30, 2017 by sabree hussin 8 Comments

Pada tarikh 20 September 2017, pihak Bank Negara Malaysia telah mengemaskini senarai Financial Consumer Alert List dan nama Jutawan Apps telah termasuk dalam senaraian tersebut.

 

Lihat screenshot dibawah.

jutawan-apps-penipu

Selain Jutawan Apps, satu lagi laman web yang lebih kurang sama dengannya, iaitu Applikasi Duit turut tersenarai dalam Financial Consumer Alert list ini.

Baca juga: Review dan pandangan saya tentang Jutawan Apps – Adakah Jutawan Apps merupakan satu penipuan?

 

Sumber laman web ini, adalah dari laman web Bank Negara Malaysia sendiri, dan ianya boleh dicapai menerusi pautan ini.

 

Apabila dah masuk dalam senarai berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara ni, maka kenalah berjaga-jaga. Berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.

 

Diluar sana, sebenarnya masih ada banyak lagi peluang-peluang penjanaan pendapatan. Walaupun ianya tak menjanjikan sebarang pulangan segera, ataupun menjanjikan anda pulangan yang lumayan, namun ianya lebih SELAMAT dan terbukti boleh hasilkan pendapatan.

 

Salah satu yang mungkin anda boleh lihat sendiri ialah Program bekerja dari rumah bersama Lazada Malaysia untuk tahun 2018. Saya sendiri ada sertakan bukti pendapatan yang telah dihasilkan baru-baru ini.

 

Memanglah pendapatan yang terhasil tak sampai 4 – 5 angka, namun ia sudah tentu lebih bermakna, sebabnya dalam program tersebut kita mempromosikan dan usaha untuk dapatkan jualan bagi produk-produk harian yang memang ada penggunanya.

 

Dari pihak pengguna itu sendiri, dia membeli sebab ada keperluan. Bukannya mereka membeli sebab dijanjikan pulangan wang, atau janji-janji manis akan hasilkan pendapatan yang lumayan.

 

Apa pun, anda telah diberi peringatan.

 

Kalau masih nak ambil risiko, semuanya terpulang pada anda. Duit anda, anda buatlah apa yang anda suka.

 

Sampah bagi sesetengah orang, emas bagi orang lain pula.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Fungsi List Automation Dalam Sistem Autoresponder Aweber
  2. Lahirnya Seorang Jutawan: Bagaimana untuk kekal sebagai pekerja dan menjadi jutawan
  3. Review dan pandangan saya tentang Jutawan App – Adakah ianya satu penipuan?
  4. Senarai program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: jutawan app, jutawan apps, review jutawan apps

Comments

  1. titan says

    December 30, 2017 at 4:31 pm

    sebab ramai orang tak faham dan tak tahu serta tak nak ambil tahu.

    semua nak duit cepat.

    sebab tu duit depa semua lebur cepat jugak.

    Reply
    • sabree hussin says

      December 30, 2017 at 8:56 pm

      Jutawan Apps ni pun memang target kepada mereka yang terdesak nak duit cepat.

      Reply
  2. anuar says

    December 30, 2017 at 7:15 pm

    Kalau dah masuk dalam senarai bank negara macam tu.. memang tak berani nak ambil risiko.. sebaiknya elok dihindari..

    Reply
    • sabree hussin says

      December 30, 2017 at 8:40 pm

      Ya, saya setuju

      Reply
  3. Yani says

    May 11, 2018 at 1:23 pm

    Tq atas penerangan anak saya yg berusia 16 tahun xcited sgt dgn benda alah tu wpun saya mmg tk percaya langsung tp sebagai mak yg tkmo patahkan semangat anak nk jd kaya gigihla mak ni baca segala artikel yg berkaitan smpai berair mata ni menatap screen hp?

    Reply
    • sabree hussin says

      May 12, 2018 at 3:48 pm

      Harap puan dapat educate anak puan tentang risiko untuk menyertai program seumpama ini, apa langkah seterusnya selepas terjebak dengan program ini, supaya tak kecewa dikemudian hari ya.

      Reply
  4. Jayarani A/P Nadesan says

    June 28, 2018 at 11:46 am

    Salam,
    Dah seminggu Lebih Abang saya mandaftar dan dah bayar duit untuk muat Turun applikasi jutawan app. Saya Tidak ingin nak Ambil tahu tentang syarikat ini yang dia masuk dalam senarai list bank negara dan tentang risiko dia. Saya cuma baca testimony2 pengguna dan laman applikasi yg di ikhlan di face book. Saya Masih tak ada hasil pendapatan dengan applikasi ini dan tak tentu lagi yang Saya Boleh dapat pendapatan dengan sistem ini. Minta nasihat dari pehak di sana. T.kasih

    Reply
    • sabree hussin says

      June 29, 2018 at 9:47 am

      Salam,

      1. Hubungi pengasas sistem dan program ini untuk bantuan khidmat pelanggan atau khidmat selepas jualan (after sales support)

      2. Jadikan apa yang berlaku ni satu pengajaran. Bukan semua benda yang ada di internet, kita boleh terima terus. Kena buat banyak kajian, lebih-lebih lagi apabila melibatkan wang.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara mudah untuk jadi lebih kaya
  • Cara membina Unique Selling Proposition untuk Bisnes Homestay
  • Cara mencipta keunikan bagi bisnes homestay anda berbanding pesaing di pasaran
  • Apa sebab orang pergi travel?
  • Senarai 19 Jenis Pelaburan di Malaysia

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Go to mobile version