Pada tarikh 20 September 2017, pihak Bank Negara Malaysia telah mengemaskini senarai Financial Consumer Alert List dan nama Jutawan Apps telah termasuk dalam senaraian tersebut.
Lihat screenshot dibawah.
Selain Jutawan Apps, satu lagi laman web yang lebih kurang sama dengannya, iaitu Applikasi Duit turut tersenarai dalam Financial Consumer Alert list ini.
Baca juga: Review dan pandangan saya tentang Jutawan Apps – Adakah Jutawan Apps merupakan satu penipuan?
Sumber laman web ini, adalah dari laman web Bank Negara Malaysia sendiri, dan ianya boleh dicapai menerusi pautan ini.
Apabila dah masuk dalam senarai berjaga-jaga yang dikeluarkan oleh pihak Bank Negara ni, maka kenalah berjaga-jaga. Berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.