Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Fungsi List Automation Dalam Sistem Autoresponder Aweber

January 18, 2014 by sabree hussin 2 Comments

Kali ini saya nak kongsikan satu lagi fungsi menarik yang terdapat pada sistem Autoresponder Aweber yang dikenali sebagai List Automation.

Fungsi list automation ini ialah untuk beri arahan kepada sistem aweber untuk unsubscribe atau subscribe kan subscriber tertentu yang mendaftar masuk ke dalam mailing list kita.

Lazimnya, sebagai usahawan online, kita akan sediakan dua jenis kempen pemasaran.

Kempen pemasaran pertama adalah untuk prospek yang sudah melihat tawaran kita tapi masih belum buat keputusan sama ada nak beli atau tidak.

sistem autoresponder aweber

Mereka ini akan Opt In dalam autoresponder kita terlebih dahulu untuk melihat preview atau special report dari kita.

Selepas mereka muat turun, sistem Aweber akan mula buat follow up kepada mereka secara automatik dengan menghantar emel follow up yang telah kita tetapkan siap-siap di ruangan dashboard.

Setengah prospek kita hanya perlu buat follow up sekali je. Lepas tu mereka akan terus beli.

Sesetengah prospek ni pulak degil bukan main. Kita dah hantar berbelas-belas emel pun dia masih tak nak beli.

Andai kata kita dah siap sedia dengan 21 emel follow up kepada prospek yang masih belum beli. Selepas prospek ini terima emel ketiga mereka terus beli. Ini menjadikan kandungan emel yang keempat hingga emel ke 21 tak relevan dengan diri dia.

Lebih teruk lagi mereka akan rasa menyampah dengan kita sebab masih lagi terus follow up walaupun sebenarnya mereka dah jadi pembeli. Seolah-olah kita nak suruh dia beli berulang-ulangkali pulak.

Jadi, untuk elakkan berlaku salah faham yang tak diingini seperti ini, maka kita boleh gunakan fungsi list automation yang disediakan oleh Aweber. Dengan mudah kita boleh pindahkan emel subscriber yang berada dalam list prospek kepada list pembeli.

Berikut adalah cara-caranya.

1. Klik List Options dan pilih List Automation

sistem autoresponder terbaik

2. Pastikan anda memilih list yang mana satu yang anda ingin setting dalam opsyen Current List

aweber list automation 002

3. Tetapkan rules action yang anda ingin Aweber lakukan secara automatik untuk anda.

Dalam perbincangan ini, kita nak mereka yang mendaftar sebagai prospek dipindahkan secara automatik atau unsubscribe secara automatik setelah mereka menjadi pembeli produk kita.

Dengan ini mereka hanya akan terima emel follow up khusus untuk pembeli. Kalau kita tak buat macam ni, mereka akan terima dua emel dari kita.

Set emel pertama adalah set emel follow up, manakala set emel satu lagi ialah set emel untuk pembeli.

Kadang-kadang mereka akan terima lebih daripada satu emel dari kita. Kalau kebetulan pada hari itu kita ada buat broadcast emel, lagi parah, sebabnya mereka akan terima tiga emel serentak pada hari yang sama.

1. Emel pertama ialah emel follow up sebagai prospek yang dah tak relevan

2. Emel kedua ialah emel follow up sebagai pembeli

3. Emel ketiga ialah emel broadcast yang kita hantar untuk tujuan promosi atau pemberitahuan

… tak pasal-pasal kita dah dicap sebagi SPAMMER sebab hantar emel banyak sangat dalam sehari.

aweber list automation 003

Kita akan pilih rule seperti berikut iaitu

Unsubscribe from [list prospek] when subscribing to [list pembeli]

4. Pilih list yang subscriber akan pilih untuk sign up

Dalam kes ini kita akan pilih list pembeli.

aweber list automation 004

Siap.

Sebenarnya sebelum ini saya juga terlepas pandang.

Jadi, mintak maaf banyak-banyak lah ye kalau ada yang dapat emel dari saya lebih dari sekali dalam sehari.

Saya tak pasti sama ada autoresponder lain boleh buat macam ini atau tidak.

Buat masa ini saya hanya berminat nak kaji dan nak tulis tentang Aweber. Kalau ditakdirkan satu hari nanti saya bertukar autoresponder, mungkin pada waktu tu barulah saya akan tulis tentang autoresponder lain pulak.

Wallahua’lam

 

 

[hcshort id=”9″]

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Masalah Subscriber HILANG Dalam Sistem Autoresponder
  2. Cara Integrasi Blog WordPress Dengan Autoresponder Aweber
  3. 10 Sebab Kenapa Saya Guna Autoresponder Aweber
  4. Tips memilih sistem autoresponder untuk kempen pemasaran emel anda

Filed Under: Pemasaran Emel, Pemasaran Internet

Comments

  1. Hafizul says

    February 2, 2014 at 3:01 pm

    Thanks bro kongsikan…nanti dah cukup modal leh la apply menda ni..hahaha

    Reply
    • sabree hussin says

      February 2, 2014 at 5:36 pm

      Ala sekarang pun kalau nak buat boleh dah tu, income dari blog tu pun banyak kan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut