Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara nak pilih produk apa yang ada permintaan untuk dijual secara online?

Ada terlalu banyak produk yang kita boleh jual, jika kita memilih untuk berniaga secara online sahaja. Apa yang buatkan meniaga secara online ini begitu menarik ialah, kita tak perlu mempunyai atau memegang stok produk tersebut untuk mula meniaga.

 

Sudah tentu ini berbeza sama sekali jika kita berniaga secara offline. Kita kena ada modal, dan paling penting, kita kena ada produk yang nak diniagakan. Produk perlu ada dalam tangan untuk kita tunjukkan kepada bakal pelanggan kita.

 

Realititnya, apabila kita berniaga secara online sahaja, perkara yang paling utama bukanlah untuk mempunyai stok produk yang nak diniagakan dalam tangan, sebaliknya yang lebih utama ialah mendapatkan tempahan untuk sesuatu produk terlebih dahulu. Bila dah ada tempahan, barulah kita hubungi pihak supplier untuk bekalkan produk tersebut.

 

Sebab tu saya kata, kalau tak ada simpan stok pun masih boleh berniaga! Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan risiko untuk alami kerugian, memandangkan barang yang bakal kita dapatkan dari pihak supplier nanti, adalah barang-barang yang memang sudah ada pemiliknya.

 

Sebenarnya, benda yang sama yang saya praktikkan dalam bisnes simkad Tone Excel saya. Ya, pada hari ini, saya dah tak memegang walau satu keping pun simkad Tone Excel. Hanya apabila ada permintaan, dan pelanggan tersebut dah buat bayaran kepada saya, barulah saya akan hubungi pihak supplier saya untuk bekalkan simkad tersebut.

 

Bagaimana kalau pelanggan tersebut nak jumpa saya dan dapatkan simkad secara by hand? Mudah sahaja. Saya akan cakap terus terang yang saya tak simpan simkad. Kalau dia sanggup susah payah nak jumpa saya, saya rasa baik dia beli je simkad di HQ, sebabnya tempat saya tinggal bukannya jauh sangat dengan HQ Tone Excel. Ok ok… cerita kali ni, bukannya tentang Tone Excel.

 

Sebabnya dalam post kali ini, saya ingin kongsikan kepada para pembaca dan pelawat sekalian, bagaimana cara untuk kita kenal pasti, apa dia produk yang mempunyai permintaan di pasaran yang boleh kita promosikan dan jual. Kalau anda dah sedia nak tau, sila teruskan pembacaan.

 

“Bagaimana untuk tahu, produk apa yang ada banyak permintaan dari laman web Facebook?”

Laman web Facebook juga sebenarnya boleh dijadikan satu laman web media sosial rujukan untuk kita mengetahui apa produk yang mempunyai permintaan.

 

Bagaimana caranya? Ini cara yang saya sendiri gunakan. Mungkin cara ini juga anda boleh praktikkan untuk mengesan apa produk yang bagus untuk anda promosikan.

 

Ringkasnya, apa yang perlu anda buat ialah

(1) Buat beberapa akaun dengan Facebook dengan identiti yang berbeza. Orang kata buat Fake Account. Buatlah akaun untuk profile sebagai seorang lelaki, seorang wanita, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan. Pastikan usia adalah sekitar 25 – 38 tahun. Untuk set usia, kena pilih tarikh lahir yang sesuai.

(2) Add rakan-rakan seperti biasa

(3) PENTING: Perhatikan, apa iklan yang keluar di newsfeed anda. Pada peringkat ini, anda akan dapat lihat terdapat iklan yang berbeza, untuk akaun FB seorang lelaki dengan akaun FB milik seorang wanita. Ini adalah kerana, pengiklan akan target kelompok yang berbeza untuk produk yang berbeza.

(4) Perhatikan iklan-iklan yang dipaparkan. Bagaimana dengan respon para audiens? Adakah mereka komen “minat” “saya nak” “PM” atau ada yang beri nombor telefon dalam komen? Ini semua adalah signal yang produk tersebut memang ada permintaan.

(5) Lihat pada iklan berbayar ya, bukannya iklan percuma. Nak tau iklan berbayar atau tidak, ia akan tulis perkataan sponsored. Contohnya macam kat bawah ni.

Iklan seperti ini, biasanya memang agak mustahil untuk muncul di wall news feed seorang lelaki. Tetapi kalau pengguna akaun tersebut adalah wanita, maka iklan seperti ini memang boleh muncul.

 

Bila berniaga secara online ni, terutama di Facebook, apa produknya tidaklah begitu penting. Yang penting ada permintaan. Lagipun, bila kita berniaga menggunakan Fanpage, orang bukannya tahu sama ada admin fanpage tu lelaki ke perempuan. Ok faham dah kan? Nak penerangan yang lebih clean and clear?

Klik sini untuk baca: Produk hot di Facebook

 

“Bagaimana nak tau, buku apa yang ada banyak permintaan sekarang ni?”

Salah satu produk yang saya jual secara online (atau patut saya katakan promosikan) adalah buku. Baiklah, buku ni sebenarnya ada banyak dah laman web yang jual buku secara online. The best part is, kita boleh pinjam sahaja info yang mereka biasanya memang akan siarkan di laman web mereka.

 

Contohnya kat laman web ini.

Kita boleh bandingkan dengan lain-lain laman web jika inginkan lebih kepastian. Memandangkan data ini adalah berdasarkan kepada jumlah order ataupun jualan yang berjaya dihasilkan oleh laman web bookcafe ini sahaja.

 

Daripada senaraian kat atas tu, dapat kita lihat salah satu buku yang banyak orang beli ialah buku berjudul 40 kisah palsu tetapi masyhur.

 

Last but not least, saya nak tunjukkan kepada anda semua satu lagi laman web untuk kita mengesan apa dia produk-produk yang mempunyai permintaan yang tinggi dan boleh kita promosikan secara online sahaja.

 

Ini dia laman web yang saya maksudkan, iaitu lelong.my

Ada produk yang berjaya dijual hingga ribuan unit banyaknya.

 

Ini merupakan satu signal yang bagus, sebabnya ia menunjukkan pada satu-satu masa, produk tersebut berjaya dijual dengan kuantiti yang agak banyak. Baiklah, mana nak dapat supplier untuk produk-produk ini?

 

Begini….

 

Memandangkan ceritanya agak panjang, jadi saya akan tulis lain kali. In Shaa Allah, kalau ada kesempatan nanti saya akan tulis dalam blog ni.

 

 

 

Exit mobile version