Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara pilih FB Group yang berkualiti untuk disertai?

Sebelum nak cerita lebih-lebih, nak cerita panjang-panjang, first of all, saya nak ucapkan bebanyak terima kasih buat para pelanggan yang pernah mendapatkan ebook yang saya tulis sebelum ni berkenaan dengan panduan buat duit di FB Group. Saya harap anda semua dapat manfaatkan panduan tersebut dan terus praktikkan apa yang saya kongsikan dalam tu.

 

Antara part yang penting dalam tu ialah berkenaan dengan pengurusan group dan juga cara untuk back up senarai ahli group dalam sistem autoresponder. Anda dah penat-penat kumpul ahli group, jangan sia-siakan list tersebut. Ajak mereka untuk opt in dalam sistem autoresponder anda jugak.

MUNGKIN dari 1,000 orang yang ada dalam group, tak semua yang akan follow instruction anda. Itu tak ada masalah, sebabnya mereka yang follow anda rapat-rapat inilah yang anda perlu jaga dengan baik-baik.

 

Setakat hari ini, boleh jadi kat facebook tu terdapat beratus-ratus ribu group sekarang ni. Terlalu banyak group sampaikan bercampur, antara group yang ada kualiti dengan yang langsung tak ada kualiti. Anda join beribu-ribu group sekalipun, kalau group tersebut tak ada kualiti langsung, ia buat serabut dan buat semak kat newsfeed anda je nanti. Anda suka ke bila kat newsfeed anda penuh dengan iklan-iklan yang sama, dari individu yang sama, cuma bezanya ia dicopy paste dalam group yang berbeza?

 

Satu masa dulu, mungkin idea “join lagi banyak group, lagi banyak iklan, maka lagi banyak prospek yang akan nampak iklan anda” adalah satu idea yang bagus.

 

Tapi sebenarnya, pada hari ini, kaedah iklan seperti itu sebenarnya terbukti sangat menjengkelkan! Annoying sungguh tau tak? Biasanya, kalau saya terjumpa mana-mana rakan di FB yang masih lagi buat kaedah iklan macam ni, saya sendiri akan un-follow beliau, (tanpa menekan butang unfriend). Saya masih lagi kawan dengan dia di FB, cuma bezanya sekarang saya dah tak akan nampak sebarang status update dari dia.

 

Kalau anda begitu teruja, nak buat iklan di group orang lain, carilah group yang memang ada kualiti. So kat sini, saya nak share beberapa tips, macam mana nak kenalpasti group yang ada kualiti di Facebook dari group yang sampah. Ready to learn buddy?

 

Cari group yang statusnya closed ataupun secret group

Tak perlu buang masa dengan group yang berstatus public. Kebanyakkan group yang statusnya public dah pun bertukar jadi group iklan. Nak buat bisnes, buat la betul-betul. Kalau iye pun, cari la group yang lebih eksklusif sikit. Pilihla group yang mana suara anda didengari.

 

Adakah admin suruh anda add 100 orang rakan kemudian baru boleh post dalam group bla bla bla…

Benda ni mengarut je. Saya pun tak tau, kenapa boleh ada yang terpengaruh nak ikut cakap admin tu, pergi add ramai-ramai. Sebenarnya, kalau anda tak add sampai 100 orang seperti yang admin suruh pun, admin tu tak ada cara nak buat semakkan pun.

Sebenarnyakan, bila anda main suka-suka hati je add orang masuk dalam group tanpa orang tu sendiri ada keinginan nak join, anda cuma buat orang marah je. Saya sendiri, kalau tiba-tiba kena add masuk dalam group pun saya rasa macam “apahal minah ni, baru je add friend terus nak add masuk dalam group iklan!”

 

Cari group yang kalau nak masuk kita kena bayar yuran kemasukkan dulu

Beli produk dulu, baru boleh masuk ke group khas. Ataupun, sebelum nak diterima masuk memang kena buat bayaran terlebih dahulu.

Bila anda jumpa group yang macam ni, satu yang anda perlu tahu, setiap orang ada kuasa membeli. Setiap orang juga adalah pelanggan. Setiap orang juga mempunyai minat yang hampir sama antara satu sama lain.

 

Pilih group yang ahlinya memang aktif berkongsi di wall dan reply kepada komen

Banyak group, hanya admin sahaja yang rajin untuk menulis di wall. Ahli lain cuma menjadi ahli senyap atau sekadar pemerhati. Ok… group macam ni tak berapa best. Kalau nak dapatkan group yang best ialah group yang mana ahlinya juga turut aktif menulis dan berkongsi di wall.

 

Beri keutamaan untuk join group yang AHLI TAK DIBENARKAN BERIKLAN

Macam mana nak iklankan perniagaan anda ditempat yang anda tak dibenarkan untuk beriklan? Tau tak macam mana nak buat? Keliru? Atau anda totally no idea macam mana nak buat?

Jawapannya mudah sahaja, anda lakukan soft selling. Teknik softselling jika beriklan di FB Group telah saya terangkan dalam panduan bisnes FB Group ini. Anda download dan baca disitu.

Joinlah group yang adminnya adalah someone yang anda hormati!

Seseorang yang anda anggap sebagai sifu, master, tok guru dan sebagainya. Join group dia. Disitu anda akan kenali individu lain seperti anda, yang turut sama-sama memerlukan tunjuk ajar dan mereka ini juga lazimnya tidak keberatan untuk membeli sesuatu produk yang di rekemen oleh sifu tersebut.

.

..

Baiklah, ni ada satu tips yang saya nak ceritakan pada anda. Anda fahamkan betul-betul, dan In Shaa Allah, hasil daripada ketekunan anda ikuti nasihat ini, anda akan dapat sales dari group anda itu tadi.

 

1. Jika anda menjual produk kecantikan, binalah sebuah group tentang “Tips kecantikan semulajadi: 1 hari 1 tips”

2. Jika anda menjual produk suami isteri, binalah group berkisarkan tentang “Suka duka kehidupan berumah tangga”

3. Jika anda menjual produk pelaburan seperti emas dan perak misalnya, binalah group “Rancang kewangan dengan Emas dan perak.”

… dan seterusnya. (ah bagi banyak-banyak nak buat apa. Baik anda fikir sendiri, sebabnya anda lebih memahami apa bisnes anda berbanding saya)

 

Formula buat pemasaran di FB Group saya ialah,

Bina FB Group –> Buat ia nampak SUPER INTERESTING –> Rekrut ahli –> Back up dalam sistem autoresponder –> Buat marketing

 

Saya tak kata ianya mudah, tetapi ia sememangnya doable and achievable. Lebih-lebih lagi kalau anda memang cuma nak fokus pada pemasaran di Facebook semata-mata. Patutnya anda ada banyak masa nak buat ni semua. Lainlah kalau anda nak jadi macam saya, pemasaran kat FB Group saya buat, pemasaran kat emel saya buat, dan pemasaran kat blog pun saya buat jugak.

 

Serius, ada masanya saya rasa jari-jari saya sangat sakit nak menaip terlalu banyak perkataan! Ha ha

 

Kalau anda nampak saya macam tak update group, blog dan tak hantar emel tu, tandanya saya sedang rehatkan jari jemari la tu ya haha

 

 

Exit mobile version