Blog Sabree Hussin

Boleh ke gunakan kaedah pemasaran FB Group untuk bisnes saya?

Ini adalah antara soalan popular yang kerap ditanyakan kepada saya oleh pelanggan yang berminat untuk dapatkan ebook Panduan Dominasi FB Group yang saya tulis. “Saya buat bisnes tudung, jual ubat kuat, vitamin, baju dan lain-lain, boleh ke saya gunakan kaedah pemasaran di FB Group ini untuk mempromosikan produk saya sampai la dapat jualan? Saya keliru ni…. kalau betul boleh buat duit dan boleh dapat lagi banyak sales, saya minat nak beli ebook awak…”

 

Begitulah kebanyakkan pertanyaan yang saya temui dan terima. Ada sesetengahnya saya akan jawab, dan ada sesetengahnya, saya akan abaikan sahaja soalan-soalan macam tu. depends pada mood saya. Kalau mood saya cantik, saya akan jawab. Kadang-kadang geram jugak, sebabnya dari soalan tu dah jelas menunjukkan yang dia sebenarnya tak baca betul-betul apa yang saya tulis pada sales page.

Ini adalah ebook PANDUAN. Dalam ebook ini saya muatkan PANDUAN tentang cara-cara melakukan pemasaran menggunakan medium PERCUMA yang disediakan oleh pihak FB sendiri iaitu, Facebook Group. Dalam panduan ini juga, saya terangkan satu per satu, bagaimana cara dan teknik sebenar untuk bina FB Group anda sendiri dan mempunyai penyokong dan juga pengikut anda sendiri.

 

Saya tahu, ramai antara anda yang dah biasa buat marketing di FB Group. Itupun dengan cara meninggalkan iklan sebanyak yang mungkin di group-group yang berlainan. Ironinya, setiap group itu tadi pula adalah group iklan dan ahlinya hanya berminat untuk meletakkan iklan. Jadi, kalau semua orang letak iklan, siapa yang nak jadi pembeli?

 

Adakah anda tahu, kebarangkalian untuk dapatkan pembeli di FB Group adalah lebih tinggi jika anda menjual di group anda sendiri? Ya. Segala bukti transaksi yang lampirkan, itu semua adalah hasil saya melakukan jualan di group saya sendiri, bukannya di group orang lain.

 

Walaubagaimanapun, dari masa ke masa, saya akan aktif melakukan perkongsian di group milik orang lain. (Bukan group iklan). Tujuannya adalah untuk menarik perhatian mereka supaya berminat untuk follow saya dan jadi pengikut saya.

 

Dari segi flow, saya akan aktif di group orang lain. Pengguna FB yang minat nak ikuti perkembangan saya, saya akan tawarkan mereka untuk join FB Group saya. Kemudian, di FB Group saya ni la, saya akan buat soft selling hingga saya dapat tarik jualan di sana.

 

Panduan jual tudung, baju, dan lain-lain guna FB Group ada tak?

Inilah masalah dan sikap kebanyakkan orang-orang yang nak buat bisnes. Mereka sedar yang mereka ada banyak perkara yang mereka tak tau. Panduan ini, saya tulis secara UMUM. Ia sesuai untuk apa juga bisnes, tak kiralah apa bisnes yang anda sedang jalankan.

 

Saya tak spesifikkan panduan ini untuk produk tertentu. Ini bukannya panduan bisnes tudung dengan FB Group, atau Panduan bisnes pakaian dengan FB Group. In panduan yang umum. Terpulanglah pada anda, bagaimana nak gunakan ilmu dalam panduan ini untuk bisnes anda.

 

Saya suka guna analogi kereta. Pada satu hari, ada seorang pengajar yang mengajar anda cara-cara nak pandu kereta. Dia pun menyampaikan ilmunya kepada anda. Adakah anda akan tanya pada dia soalan seperti “tuan, saya nak pergi ke Ipoh, ilmu pandu kereta yang tuan nak ajar ni ada cerita tak macam mana nak memandu ke Ipoh?” Dah tentu anda tak akan tanya soalan macam tu kan. Nampak bodoh, kan?

 

Serupa dengan panduan ini. Ia adalah PANDUAN yang mengajar anda bagaimana untuk buat pemasaran menggunakan medium FB Group. Bagaimana anda nak uruskan group anda nanti, itu kan terpulang pada anda. Katakanlah, anda memang dah tau macam mana nak gunakan FB Group dalam membantu kerja-kerja pemasaran dan support, maka saya kira panduan ini dah tak relevan dengan anda.

 

Sebagai bonus, saya tunjukkan juga kepada pembaca, bagaimana nak buat duit dengan memanfaatkan sepenuhnya fungsi FB Group dan digabungkan pulak dengan pemasaran emel menggunakan sistem autoresponder. Dalam tutorial yang saya sediakan, anda akan menggunakan sistem autoresponder emelmatik. Ianya adalah sistem autoresponder yang menawarkan pelan penggunaan percuma untuk selama 365 hari.

 

Kenapa anda masih perlukan sistem pemasaran emel dalam FB Group?

Rasionalnya begini. Anda dah pun bersusah payah bina follower. Anda dah kumpulkan semua prospek dan pelanggan anda di platform FB Group. Apa seterusnya?

 

Tahukah anda, sebagai marketer, kita tak seharusnya meletakkan sepenuh kepercayaan hanya pada satu medium pemasaran semata-mata? FB Group misalnya. Pihak FB seringkali merubah peraturan dan policy pada sistem mereka. Hari ini, jika anda update status kat group, semua orang akan dapat emel notifikasi, tetapi, tahukah anda, satu hari nanti, bila group anda dah jadi terlalu besar, akan ada yang mula terlepas pandang notifikasi tersebut?

 

Inilah sebabnya, anda perlukan back up plan, dan back up plan tersebut pula ialah kaedah pemasaran menggunakan sistem autoresponder. Baiklah, saya harap penerangan saya ni JELAS. Buat yang dah beli, tolong… TOLONG PRAKTIKKAN. Sehari anda gagal praktikkan, bermakna beribu-ribu ringgit anda terlepas.

 

Baiklah, jika anda masih belum pernah beli, boleh beli kat sini.

 

 

 

Exit mobile version