Blog Sabree Hussin

Soal Jawab Kaedah Pemasaran Di FB Group

1. “Masih relevan dan masih berkesan ke teknik pemasaran di FB Group ni?”

Jawapan saya… Dah tentu masih berkesan.

Untuk kaedah pemasaran di FB, saya lebih selesa gunakan medium FB Group berbanding fanpage, personal profile dan sebagainya. Memang la kadang-kadang tu nampak macam tak ada hasil, macam tak ada respons, tapi sebenarnya untuk jangka masa panjang, ada sesuatu yang best menanti untuk kita.

2. Sampai bila pemasaran di FB Group akan berkesan?

Selagi ada orang nak log in FB, scroll down newsfeed, subscribe pada notification, selagi tu la kaedah pemasaran ni masih lagi tetap berkesan.

3. Kat mana nak belajar kaedah pemasaran di FB Group? Maksudnya, nak belajar kaedah pemasaran yang betul-betul boleh hasilkan duit.

Kat sini –> Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Amaran keras. FB Group hanya platform. Anda yang kena bijak susun strategi dan olah supaya ia beri kebaikkan kepada kempen pemasaran anda.

4. Ada bukti ke strategi dalam ebook ini memang boleh dapatkan sales?

Ada.

Namun setiap orang pasti akan dapat hasil yang berbeza. Anda kena bijak pilih orang untuk anda jemput masuk ke group anda. Asalkan anda tawarkan sesuatu yang memang mereka perlukan, dan matching dengan kemahuan mereka, tak mustahil untuk anda dapatkan jualan.

Contohnya

Ada lagi yang tak komen sebenarnya.

Tak apa lah. Itu bukan point utama, cuma saya harap bukti ni boleh pakai.

5. Betul ke semua yang komen tu pembeli?

Ya. Semua tu adalah pembeli.

6. Saya masih tak percaya! Buktikan

Ini screenshot pembayaran yang diterima menerusi Maybank.

7. Kalau saya beli ebook Panduan Dominasi FB Group tu, saya boleh dapat hasil macam tu jugak ke?

Kenapa nak dapat hasil yang sama? Saya tak boleh jamin anda akan dapat hasil yang sama.

Sebab ada juga kemungkinan anda akan dapat hasil yang lebih baik daripada saya. Berkali ganda lebih baik pulak tu.

Namun, terdapat juga kemungkinan, anda langsung tak dapat apa-apa hasil langsung.

Semua ini bergantung kepada perancangan dan strategi anda. Group ini hanya platform. Anda yang tentukan perjalanan kempen pemasaran anda.

Setengah kempen pemasaran yang saya buat, (di FB Group) saya perlu jalankan sebulan lebih awal baru dapat hasil. Bukannya on the spot buat ayat marketing, on the spot tu jugak dapat sales.

Proses soft selling tu saya dah buat sebulan lebih awal. Kalau anda memang dah kenal baik dengan ahli group anda, ada juga yang seminggu dah cukup untuk buat soft selling.

8. Apa yang buatkan platform FB Group ni sesuai untuk buat marketing?

Hmm… mungkin sebab ada faktor social influence. Bila ada ahli group yang tengok semua orang duk beli produk yang kita promote, diorang pun tak nak ketinggalan.

9. Adakah semua produk sesuai dipromosikan menerusi platform FB Group?

Ya. Sesuai.

10. Kalau betul sesuai, kenapa saya buat marketing tetap tak ada hasil? Saya dah buat post kat beratus-ratus group, tak ada respon apa pun!

Sebab cara anda marketing pun dah salah.

11. Habis tu, cara marketing yang betul tu macam mana?

Saya dah cerita kat dalam ebook Panduan Dominasi FB Group version 3.0

Maaf ya, tak larat nak explain panjang-panjang dan nak taip semula apa yang saya dah pernah taip sebelum ni 🙂

Saya doakan semoga anda berjaya menemui jawapan bagi persoalan tak ada sales dalam ebook ini.

Wallahua’lam

Klik sini untuk dapatkan sesalinan ebook ini untuk panduan dan rujukan anda.

 

 

 

 

 

 

Exit mobile version