Blog Sabree Hussin

Soal Jawab Kemusykilan Penggunaan Simkad Tone Excel

Ok.

Saya jumpa komen-komen ini di wall FB salah seorang network saya.

Disebabkan saya MALAS nak berdebat tanpa hasil di wall FB tersebut, jadi saya ulas kat blog saya ni. Untung-untung boleh dapat trafik, dan jika dah rezeki, boleh dapat sales secara percuma.

Jom ikuti perbincangan ini.

Mana tahu ada manfaat yang anda boleh perolehi nanti. Tak banyak, sikit pun jadilah.

.

..

Benarkah caj bagi Tone Excel dua kali ganda?

Memandangkan dia ni pun tak nyatakan apa benda yang dua kali ganda, jadi saya akan buat comparison antara pengguna simkad Tone Excel dan juga pengguna simkad Tune Talk.

Persamaan bagi kedua-dua ini ialah menggunakan line Tune Talk.

Saya akan buat perbandingan dari segi kadar panggilan,

Kadar panggilan pengguna sim kad Tune Talk

Untuk pengguna Tune Talk, kadar panggilan seminit ialah 16 sen per minit ke semua rangkaian. Walaubagaimanapun, terdapat promosi khas yang ditawarkan oleh pihak Tune Talk iaitu

1.0  Tune Buddies – Bermula 16 March 2012, sebagai pengguna anda layak untuk menikmati kadar panggilan serendah 10 sen ke 10 nombor Tune Talk pilihan anda apabila anda mengaktifkan Tune Buddies.

 

2.0 38sen Daily – Anda juga layak untuk mendapatkan kadar panggilan serendah 10 sen per minit ke talian Tune Talk apabila anda mengaktifkan pelan ini. Syaratnya anda kena berbelanja sebanyak 38 sen pada hari tersebut barulah anda layak untuk menikmati promosi kadar panggilan 10 sen per minit ke mana-mana nombor Tune Talk.

 

3.0 3rd Minute Saving – Promosi ini bermula pada 10 April 2012 dimana sebagai pengguna, anda akan menikmati kadar panggilan seperti berikut:
1 minit pertama – caj panggilan 16 sen per minit
Minit kedua – caj panggilan 16 sen per minit
Minit yang ketiga – caj panggilan 10 sen per minit

Ketiga-tiga promosi ini hanya SAH untuk pengguna simkad Tune Talk sahaja. Untuk pengguna simkad Tone Excel, walaupun turut menggunakan line Tune Talk, namun anda bakal menggunakan pelan yang berbeza daripada pengguna Tune Talk biasa.

Lagipun, untuk pengguna Tune Talk biasa, mereka juga tak akan dapat nikmati kelebihan yang diperolehi oleh pengguna sim kad Tone Excel walaupun ada beberapa perkara yang pengguna simkad Tone Excel dan simkad Tune Talk biasa akan dapat.

 

Kadar panggilan simkad Tone Excel

Kadar panggilan yang dinikmati oleh pengguna Tone Excel adalah 28sen per minit kesemua rangkaian.

Walaubagaimanapun, pihak Tone Excel turut memperkenalkan plan baru yang dikenali dengan nama “Tone Mix n Match Plan” sekiranya anda memerlukan masa berbual yang lebih panjang dengan kadar yang lebih menjimatkan.

Sila lihat pada jadual

Lihat Option C,

High Local Voice, 360 minit bersamaan dengan RM85 sahaja. Ini bermakna, RM85/365minit bersamaan dengan RM0.232 per minit ataupun 23 sen per minit

Lihat pula Option A,

Low Local Voice, RM35/135 minit bersamaan dengan 26 sen per minit.

Perlu diketahui juga, andainya anda ambik option A, anda topup RM30, anda akan dapat free kredit sebanyak RM10 menjadikan jumlah yang anda perolehi ialah RM40.

Ini bermakna, anda topup RM30 tetapi boleh dapat masa berbual selama 135 minit. Secara tak langsung, ini menjadikan

RM30/135 minit = 22 sen per minit

Kredit anda juga masih lagi berbaki RM5 untuk tujuan SMS dan sebagainya.

 

Jom kita buat perbandingan, adakah benar Tone Excel dua kali ganda lagi mahal dari Tune Talk?

Rate Tune Talk ialah 16 sen per minit dan boleh jadi serendah 10 sen per minit

Rate Tone Excel pula ialah 28 sen per minit.

Jika ditolak, 28 sen – 16 sen = 12 sen sahaja.

Kadar panggilan Tone Excel hanyalah 12 sen lebih tinggi berbanding Tune Talk.

Kesimpulan? Tak sampai dua kali ganda. (jika dua kali ganda, kadar panggilan Tone Excel patutnya 32 sen per minit)

 

 

Rate untuk pengguna sim kad Tone Excel adalah berlainan sama sekali dengan pengguna simkad Tune Talk biasa. Sebagai pengguna simkad Tone Excel, kita akan ikut pelan Tone Excel.

Ini dia pelan penggunaan bagi simkad Tone Excel

Kadar panggilan 28 sen per minit

SMS 10 sen

Data 10 sen per MB

Walaubagaimanapun, sebagai pengguna simkad Tone Excel, saya telah menemui cara bagaimana untuk mendapatkan kos panggilan dan SMS yang MURAH. Anda boleh baca catatan saya yang lalu berjudul

Klik: Teknik Dapatkan Kadar Panggilan dan SMS Murah dengan Tone Excel 

 

Sebagai pengguna Tone Excel, untuk buat duit anda kena promosi, promosi dan promosi?

Sebenarnya, kalau anda tak nak promosi pun anda masih lagi boleh buat duit.

Tone Excel sebenarnya menawarkan rebate sebanyak 3% untuk pembelian topup untuk kegunaan peribadi.

Pada satu hari, saya bertemu dengan seorang prospek yang biasa topup handphone RM200 keatas dalam sebulan. Bagi dia, amaun tersebut adalah biasa.

Lebih-lebih lagi syarikat tempat dia bekerja menawarkan claim untuk setiap topup yang dibuat.

Jadi, saya pun cerita kat dia, jika topup RM200, dan anda dapat 3% cash rebate, bermakna setiap bulan komisyen anda akan jadi RM200 x 3% = RM6

Pada masa yang sama, dia juga layak untuk dapat perlindungan PA Insurans bernilai RM100 ribu, kredit percuma sebanyak RM80, dan juga BIG point sebanyak 480 yang boleh ditukarkan dengan smartphone dan juga tiket penerbangan ke mana-mana destinasi pilihan bersama Air Asia.

Memandangkan syarat untuk dibayar komisyen ke akaun bank ialah wajib ada RM30 terkumpul, maka prospek ini akan dapat komisyen sebanyak RM30 setiap 5 bulan sekali.

Anda nak dapat lebih?

Dah tentu la kena buat kerja. Kena buat marketing. Kalau tak nak buat kerja, tak nak buat marketing, memanglah cuma dapat sikit sahaja komisyen. Even kalau kerja yang kita buat sekarang ni, kalau tak datang kerja, tak buat kerja, boss nak ke bayar gaji? Tak kena buang kerja ke?

 

Rate Tone Excel lebih MAHAL dari rate Tune Talk, jadi susah nak jual?

Sebenarnya ini bukan satu masalah besar.

Jawapan untuk masalah ini ialah, “belajar buat marketing.”

 

Untuk promosikan simkad Tone Excel, anda cuma boleh promosikan kelebihan sahaja. Tak boleh cerita tentang kekurangan atau kelemahan?

Saya sendiri kalau buat marketing, buat sales presentation, bila ada orang tanya soalan, tak kisahlah soalan tu baik atau buruk, saya akan jawab.

Tak ada istilah selindung-selindung. Dalam urusniaga, kita kena dedahkan segalanya tentang produk yang kita nak jual. Tak boleh selindung-selindung.

Kelebihan dan kebaikkan program ini ada banyak.

Buat masa ini, saya masih belum jumpa lagi apa kelemahan produk ini.

Susah nak jual?

Itu masalah anda, bukan masalah produk. Anda yang tak pandai menjual, tiba-tiba anda kata semua tu salah produk? Macam tu sampai bila-bila anda tak akan maju, sebabnya anda lebih suka meletakkan kesalahan dan kelemahan pada orang lain, sedangkan diri sendiri yang tak cukup ilmu, tapi tak nak mengaku.

 

Syarikat kaut keuntungan dengan cara MLM!

Sebenarnya kaedah pemasaran yang digunapakai ialah kaedah Network Marketing.

Dalam kaedah pemasaran ini, pengguna yang berpuas hati diberi peluang untuk mempromosikan produk syarikat. Dan untuk setiap jualan yang terhasil, syarikat akan kongsikan keuntungan selagi mana pelanggan tersebut masih lagi gunakan produk tersebut.

Seumur hidup anda, berapa kali anda rekemen sesuatu produk kepada kawan-kawan anda? Adakah anda dipaksa untuk rekemen sesuatu produk kepada mereka?

Adakah anda dibayar dengan berbuat demikian?

Contoh paling senang.

Pada satu hari saya pergi tengok wayang. Cerita Frozen

Saya pun cerita kat kawan-kawan. Best rupanya cerita Frozen ni.

Tak cukup dengan tu, saya cerita juga di Facebook. Saya buat status update

“Best rupanya cerita Frozen ni. Rugi tak tengok awal-awal dulu masa tengah popular. Macam best pulak kalau aku ada power macam Elsa!”

Soalan: Apa saya dapat bila saya bercerita tentang cerita Frozen ni? Saya tak dapat sebarang upah. Tak ada komisyen. Tak ada royalti. Malahan saya mungkin akan kena saman sebabnya gunakan gambar poster ini di blog saya tanpa izin pemilik asal.

Dalam kes Tone Excel, saya promosikan Tone Excel kerana saya berpuas hati dengan servis mereka. Buktinya? Saya hanya menggunakan satu line telefon sahaja.

Ya, line Tune Talk yang dikuasakan oleh simkad Tone Excel.

Kalau saya tak puas hati dengan simkad ini, saya tak akan guna simkad ini. Saya juga tak akan promosi kat orang lain, kalau saya sendiri tak suka dengan sim ini. Faham?

 

Bila pasaran dah jadi tepu, sistem ini akan terkubur?

Tapi bila?

Rakyat Malaysia sekarang ini ada kira-kira 30 juta orang.

Pengguna telefon bimbit di Malaysia pula adalah seramai 40 juta pengguna. Data ini mungkin termasuk warga asing dan juga mereka-mereka yang guna dua handphone.

Pengguna sim kad Tone Excel kat Malaysia sekarang ni?

Pada waktu catatan ini ditulis, baru ada kira-kira 600 ribu pengguna sahaja.

600 ribu daripada 40 juta bersamaan dengan 1.5% (anggaran). Masih ada lagi lebih 90% yang masih belum menjadi pengguna simkad Tone Excel. Tak nampak lagi peluang ini?

 

Perkara ni biasa terjadi bila syarikat dah mula berkembang dan mula menerima raaaamai pelanggan.

Tanyalah soalan yang sama kepada mana-mana yang pernah bekerja dalam bidang customer service. Semua akan kata, pelanggan yang call semua ni teruk-teruk belaka.

Memang la macam tu. Pelanggan hanya akan hubungi syarikat bila ada masalah. Kalau tak ada masalah, buat apa mereka nak contact syarikat. Jadi memanglah semua panggilan yang perlu diuruskan teruk-teruk belaka sebab semua yang call ialah mereka yang ada masalah.

 

Guna Tone Excel dengan kos RM10 untuk RM5 Maxis?

Saya pun tak tau kat mana dia dapat data-data ini. Karut!

Manusia ni biasalah. Cakap memang senang. Pum pang pum pang. Seolah-olah dia ni berada dalam badan pengurusan dan terlibat sama dalam hal-hal berkaitan pembayaran komisyen.

Ok sampai part ini sebenarnya saya dah malas nak buat ulasan dah ha ha

Jujurnya saya sendiri dah penat nak taip.

Lagi satu, saya perhatikan komen-komen seterusnya dah makin mengarut dan nampak sangat brader ni tak study dulu sebelum buat ulasan.

By the way, simkad Tone Excel harganya RM90 ya. Bukannya RM80.

Ya.

Sim kad MAHAL ini akan jadi MAKIN MAHAL.

Anda boleh tunggu harganya dinaikkan jadi MAKIN MAHAL atau dapatkan segera sementara ia ditawarkan dengan harga yang masih murah. RM90 sahaja.

Nak harga promosi? Ala… harga kawan-kawan, harga kasih sayang…

Klik: Promosi Sim Kad Tone Excel + Bonus SUPER special

 

Last but not least, sebelum saya akhiri, kalau anda nak buat duit, saya amat rekemen anda guna simkad Tone Excel. TETAPI,

Kalau anda nak MURAH, nak JIMAT, carilah simkad jenama lain. Pakai Tune Talk biasa pun MURAH dan JIMAT jugak. Tapi tak dapatlah nak buat side income haha

 

 

 

Exit mobile version