Blog Sabree Hussin

3 Tips copywriting untuk menjual pelbagai produk secara online

“Adakah anda mempromosikan produk secara online sama ada menggunakan medium seperti facebook, instagram ataupun laman blog?”

 

Jika jawapan anda adalah YA, post ini saya sediakan khusus untuk anda. Ada pelbagai tips dan formula copywriting yang anda boleh amalkan. Ada yang sesuai sepanjang masa, dan ada juga yang hanya berkesan mengikut situasi dan produk tertentu. Tak apa, ia bukannya satu isu yang besar.

 

Pada saya, selagi teknik penulisan yang digunakan itu memberi impak dan dapat convert kepada sales, maka selagi itu ianya tak salah untuk diamalkan. Kali ini, saya nak kongsikan tiga tips copywriting yang mungkin anda tak pernah tahu, ataupun anda mungkin dah pernah tahu, tapi asyik terlepas pandang.

 

Sebenarnya saya juga kerap terlepas pandang. Mujurlah saya terjumpa semula buku nota yang saya pernah gunakan untuk catit ilmu-ilmu berkaitan copywriting sebelum-sebelum ini. Ini dia tiga tips yang anda perlu tahu.

 

Jual benefit (manfaat) dan bukannya features (ciri-ciri) produk atau perkhidmatan

Tahukah anda, apa yang membezakan antara manfaat dengan ciri-ciri? Masih keliru?

 

Jika anda masih tak pasti apa itu ciri-ciri…

Bila anda bercerita tentang warna, bahan-bahan, design, reka bentuk, corak, kilang mana ia dihasilkan… anda sebenarnya sedang menceritakan tentang ciri-ciri produk tersebut.

 

Anda bercerita tentang manfaat apabila anda…

Bercerita tentang penjimatan wang, memudahkan urusan, mempercepatkan kerja… kali ini barulah anda menceritakan tentang manfaat.

 

Manfaat adalah “apa yang pelanggan akan dapat setelah menggunakan produk yang dibeli.”

 

Ciri-ciri pula adalah berkenaan dengan proses penghasilan sesuatu produk. Ia tidak mengubah apa-apa dan tidak memberi sebarang kelebihan kepada pelanggan. Sama ada pelanggan anda beli atau tidak produk yang anda promosikan, ia tidak mengubah design, bahan-bahan, corak, warna produk dan sebagainya.

 

Ia juga sebenarnya tidak terlalu memberi impak kepada bakal pembeli.

 

Jual Impian!

Apa yang pelanggan anda akan dapat selepas dah beli produk yang anda jual? Mungkin

1. Pelanggan anda akan memperolehi kulit yang licin dan bebas jerawat

2. Pelanggan anda akan dapat buat duit dalam masa 24 jam dalam pelaburan saham selepas mempraktikkan ilmu perlaburan saham seperti apa yang anda ajarkan

3. Pelanggan anda akan dapat membina rangkaian downline dalam bisnes Tone Excel dengan lebih mudah walaupun tak berapa pandai bercakap

 

Bila kita tahu, apa dia kemahuan, keinginan dan juga impian bakal pelanggan, proses jualan menjadi lebih mudah. Kalau kita tak tau, apa keinginan mereka, apa kita nak buat?

 

Cadangan saya, kita fokuskan sahaja untuk jual produk kita kepada golongan sasaran yang ada keinginan dan ada kemahuan tertentu. Anda rasa, kat Malaysia ni, ada ramai tak yang ada keinginan nak hidup mudah, nak bina rangkaian Tone Excel dengan cara yang mudah? Mesti ada… kan!

 

Beri jaminan

Walaubagaimanapun, pelanggan anda masih lagi mengambil sikap waspada sebelum buat sebarang keputusan untuk membuat pembelian. Maka atas sebab itu, anda perlu sentiasa berikan jaminan kepada pelanggan bahawa keputusan mereka untuk membeli adalah yang paling TEPAT.

 

Jadi, jangan tinggalkan komponen JAMINAN ini dalam tawaran ataupun ayat iklan anda.

 

Berilah jaminan seperti

1. Jaminan pulangan wang

2. Jaminan servis percuma

3. Jaminan penghantaran pantas

 

… dan lain-lain jaminan yang anda rasakan sesuai ya.

 

Baiklah, itulah dia, tiga tips copywriting mudah yang anda boleh praktikkan serta merta. Kalau anda dah memang amalkan tiga tips ini, tahniah saya ucapkan! Namun, jika anda tertinggal mana-mana satu daripada tiga komponen yang dibincangkan dalam artikel ini, saya cadangkan ada baiknya anda lakukan penambahbaikkan segera.

 

Kalau anda memang menggunakan medium pengiklanan percuma, ia mungkin tidak menjejaskan perniagaan anda. Sebaliknya, jika anda menggunakan kaedah pengiklanan berbayar, dikhuatiri, anda akan habis bajet pengiklanan hanya kerana tertinggal perkara-perkara yang mudah ini.

 

 

Exit mobile version