Blog Sabree Hussin

Cara memilih produk yang TEPAT untuk memulakan perniagaan secara online

Dalam posting yang lepas, saya ada cerita tentang panduan dalam bentuk video yang diberikan secara percuma oleh tim SifuFbads yang berjudul High Impact Newbie.

Klik untuk baca: SifuFBads High Impact Newbie E-video Step by step ON9 Marketing for newbie 

 

Saya telahpun menonton video yang pertama, yang membincangkan tentang cara untuk memilih produk yang sesuai dan tepat untuk diniagakan secara online.

 

Pada hari ini, sebenarnya isu tak tau nak jual apa atau tak tau nak promosikan produk apa bukanlah satu masalah yang besar. Malahan, kalau difikir-difikirkan, kat sekeliling kita ni ada terlalu banyak produk yang boleh kita pilih untuk diniagakan.

 

Masih tak jelas? Ok saya bagi contoh beserta dengan sumber pembekal sekali.

Produk-produk yang anda boleh jual dan promosikan secara online

1. Buku dan majalah boleh dapat dari Lazada Malaysia, Kinokuniya, Bookcafe dan juga Buku Online 2U.

2. Ebook boleh dapatkan dari Klikjer dan Lazada Malaysia.

3. Barangan keperluan harian dan beribu-ribu produk fizikal sama ada gadget, barangan kesihatan, minyak wangi dan sebagainya. Boleh dapatkan dari Lazada Malaysia.

 

Eh saya rasa saya tak perlu nak teruskan la. Sebabnya kalau anda bukak je laman web Lazada Malaysia tu, ada macam-macam produk yang anda boleh pilih untuk diniagakan. Model perniagaan ini kita panggil sebagai affiliate program yang mana menerusi kaedah ini anda menjadi ejen jualan bagi pihak pengendali program.

Video pertama adalah tentang cara-cara untuk memilih produk yang mempunyai permintaan berdasarkan kepada kepakaran yang anda miliki.

 

Macam menarik, kan? Jadi, apa kata anda juga muat turun dan tonton video tersebut. Kena bertindak cepat sementara akses masih lagi dibuka. Boleh klik sini untuk muat turun ataupun klik pada gambar diatas.

 

Apakah dia kemahiran yang boleh diniagakan dan menghasilkan keuntungan?

Dari video ini, ada 6 kemahiran yang dibincangkan. Saya ceritakan secara ringkas sahaja disini.

 

Kemahiran pertama – Memasak

Bisnes masakan adalah salah satu bisnes yang cukup popular dan tidak begitu susah untuk dilakukan. Hanya perlu sediakan makanan yang hendak dijual, iklankan dan tunggu tempahan dari bakal pelanggan.

 

Ada ramai orang yang sebenarnya cukup pakar dalam memasak makanan tertentu. Sama ada sedar atau pun tidak. Ya, mungkin bukan semua orang ada kemahiran untuk memasak makanan yang sedap dan cantik dari segi persembahannya.

 

Akan tetapi, ianya boleh dipelajari.

1. Panduan masakan makanan berasaskan bakeri

2. Cara buat bun, pau dan pizza untuk diniagakan

 

Kemahiran kedua – Mengajar

Kalau kita lihat orang yang lebih pandai dari kita, pastilah kita akan rasa macam tak ada sesiapa yang nak belajar dari kita. Itu cara yang kurang tepat.

 

Sebaliknya, kita lihat kepada mereka yang kurang pandai berbanding kita. Kita ambil contoh, katakanlah anda adalah seorang pemegang ijazah. Jika anda ingin memulakan perniagaan anda sendiri sebagai seorang tenaga pengajar, mungkin anda boleh pilih untuk buka kelas private tuition kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM ataupun PMR.

 

Saya percaya, ini lebih mudah untuk dilakukan. Setuju?

 

Dalam bisnes mengajar ini, ada beberapa kaedah yang boleh digunakan, contohnya personal tutoring, personal coaching, seminar, bengkel, kelas dan sebagainya. Memandangkan masa yang agak terhad, sesetengah orang, mereka akan tulis apa yang nak diajar sama ada dalam bentuk buku ataupun bentuk ebook dan jual. Ini juga masih lagi dikira mengajar juga.

 

Kalau nak yang lebih bagus, rakamkan apa yang nak diajar dalam bentuk video dan jual video tutorial tersebut. Dengan cara ini, anda boleh mengajar lebih ramai orang tanpa perlu jumpa orang yang nak diajar itu nanti.

 

Kemahiran ketiga – Menaip

Menaip kertas kerja, menaip dokumen, taip tesis, taip semula artikel dan sebagainya.

Anda boleh muat turun contoh-contoh kertas kerja berikut dari pelbagai bisnes, edit dan kemudian jual semula dengan harga yang mahal. Download disini.

 

Saya pernah lihat di salah satu laman web carian kerja di luar negara, ada orang yang memang perlukan servis menaip seperti ini. Situasinya begini, satu hari dia pergi ke satu seminar. Dalam seminar tu, dia tak salin nota yang ditayangkan oleh penceramah. Apa yang dia buat ialah, dia cuma tangkap gambar sahaja.

 

Untuk taip semula benda ni memang akan makan masa yang panjang, jadi apa yang dia buat ialah, dia cari freelancer yang mungkin boleh lakukan kerja-kerja menaip semula bagi pihak dia. Kalau anda ada kemahiran seperti ini, anda juga boleh tawarkan servis menaip.

 

Kemahiran keempat – Copywriting service

Ini servis yang saya sendiri turut tawarkan. Sepanjang saya libatkan diri dalam bidang pemasaran secara online, boleh dikatakan banyak juga buku-buku tentang copywriting, swipe file, artikel, video dan lain-lain bahan latihan yang telah saya khatam.

 

Jadi, kalau nak kata pakar tu tidaklah. Tapi saya selesa untuk kata yang saya tahu apa yang saya buat. Untuk orang yang dah power tu, tak perlulah susah payah nak dapatkan khidmat ini dari saya. Tujuan saya offer service ini adalah untuk bantu usahawan yang memang ada masalah untuk hasilkan copywriting sendiri.

 

Memandangkan saya ada kemahiran tersebut, maka saya tawarkan servis ini. Sambil bantu orang, saya juga dapat buat sedikit pendapatan. Jika anda perlukan seseorang untuk menulis tentang perniagaan dan syarikat yang anda bangunkan, anda boleh dapatkan servis tersebut dari saya. Rujuk halaman ini ya.

 

Kemahiran kelima – Buat logo

Kerja-kerja design, memang saya tak berapa pandai. Sebab tu hingga ke hari ini, saya masih belum lagi ada logo untuk blog mahupun perniagaan saya sendiri. Saya pun masih mencari lagi, mana-mana designer yang boleh hasilkan logo untuk saya.

 

Jika anda mempunyai kemahiran untuk design logo, anda sebenarnya boleh tawarkan servis anda kepada ramai peniaga online yang masih belum ada logo sendiri. Anda boleh approach mereka secara terus ataupun kalau anda segan, boleh juga pertimbangkan untuk menawarkan servis anda menerusi portal iLancee.

 

Saya tak akan cerita dengan panjang lebar mengenai portal iLancee ini, sebabnya cerita tentang iLancee saya dah pernah tulis sebelum ini.

Baca lagi tentang iLancee: Kerja dari rumah dengan iLancee

 

Kemahiran keenam – Mengurut

Bukan semua orang ada kemahiran jadi tukang urut, tetapi jika anda ada kemahiran ini, ianya juga boleh diniagakan. Disamping tawarkan servis mengurut ini, boleh juga dipakejkan dengan menjual barang-barang yang berkaitan seperti minyak angin, makanan kesihatan dan lain-lain makanan tambahan.

 

Itu antara yang dikongsikan dalam panduan video yang pertama ini. Video yang seterusnya, masih belum keluar lagi. Tengoklah nanti, kalau ada masa mungkin saya akan kongsikan kat sini.

 

Kalau anda juga minat nak tonton video tersebut, bolehlah muat turun kat sini. Sekali lagi saya ingatkan, panduan ini hanya dibuka aksesnya kepada umum hanya untuk masa terhad sahaja.

 

Baca juga:

1. Bagaimana cara nak pilih produk apa yang ada permintaan untuk dijual secara online?

2. Bagaimana meningkatkan kepercayaan dan keyakinan bakal pelanggan untuk membeli produk yang kita promosikan?

 

 

Exit mobile version